Meh KLIK sini kalau korang berminat macam aku :P
Aku kenal ngan Nia (bukan nama sebenar) sewaktu majlis persandingan Pak Su aku. Aku pengapit lelaki, manakala Nia pengapit perempuan. Dari mata bertentang mata, kemudian senyum2 malu dan akhirnya bertukar2 nombor telefon. Nia merupakan rakan kepada Mak Su aku..jiran sekampungnya. Semangat aku semakin lama, semakin berkobar2 tatkala hasratku ingin berkenalan dengan Nia disambut baik oleh abahku sendiri. Abahku berkenan dengan sikapnya yang lemah lembut, tampak ayu gitu. Familiku tiada masalah dalam hubungan kami, cuma Pak Su aku saja..mengambil keputusan berdiam diri. Tak menunjukkan tanda setuju..ataupun membantah. Aku bahagia sewaktu dengan Nia.
27 November 2008 kami mula berkenalan sehingga kedua2 belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan upacara merisik dan bertunang 6 bulan kemudian. Terlalu awal kan untuk mengenali hati budi masing2?? Sehari selepas majlis pertunangan, Nia terus tak membalas mesej dan panggilanku. Pada mulanya aku fikir mungkin dia penat selepas kenduri, tetapi masalah ini berlanjutan selama seminggu..dua minggu. Setiap mesej2 dan panggilanku tak pernah dibalasnya. Aku pernah menelefon akaknya bagi mendapatkan kepastian.Tapi hampa kerana akaknya tidak mahu masuk campur.
Kerunsingan tersebut terbawa2 sehinggakan mengganggu kosentrasi kerjaku di pejabat, lantas pegawai atasan mengarahkanku agar mengambil cuti tanpa rekod. Aku cuba menemui Nia di rumah sewanya di Putrajaya, namun dia sanggup tidak membuka pintu, membiarkan aku menunggu selama 2 jam di luar rumah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke Kuantan tanpa menyelesaikan apa2 masalah.
Masalahku akhirnya dihidu oleh kedua orang tuaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa familinya. Selepas aku putus, tiba2 aku terima mesej darinya mengucapkan terima kasih kerana melepaskannya dan mengatakan aku berhak dapat yang lebih baik daripadanya. Akhirnya kebenaran terbongkar, Pak Su aku sebenarnya tidak mahu menghampakan harapan aku..apatah lagi aku anak buah yang paling rapat dengannya. Dia menceritakan perihal buruk perangai Nia dan keluarganya yang pada aku sangat mengaibkan. Baru aku tau, selama ini dia menerima aku kerana dia sedang bergaduh besar dengan teman lelakinya. Teman lelakinya memujuknya kembali apabila mendapat tahu status pertunangannya dan Nia akhirnya tinggalkan aku dan kembali kepada bekas teman lelakinya..
Tidak habis dengan itu, famili aku turut terkena tempias apabila famili Nia merasakan mereka telah dimalukan dengan mengenakan ilmu hitam ke atas kami..walhal pertunangan itu diputuskan sendiri oleh bapa Nia. Kami tak terkata apa2. Dari kami berhabis duit membalas perbuatan mereka, lebih baik kami gunakannya untuk mengubati penyakit yang kami alami. Alhamdulillah hampir setahun berubat, mak abah aku sembuh sepenuhnya. Aku juga dapat tahu teman lelaki Nia menggunakan ilmu hitam untuk menambat hati Nia kembali.
Aku bersyukur sangat2, Allah tunjukkan aku banyak kebenaran sebelum aku mengikat hubungan yang lebih serius dengan Nia. Dalam zaman begini, masih ramai yang taksub menggunakan ilmu sesat untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Apa2 pun aku lega dan bersyukur ditunjukkan kebenaran ini dan selamat dari sebarang musibah..
P/s : "Kun Fa Ya Kun" Kalau Allah kata jadilah.. maka tetap akan terjadi. Kita sekadar
merancang.. tetapi Allah Maha Perancang dan Dia lah sebaik2 perancang. Dia lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu?
47 Comments
salam..
ReplyDeletesesungguhnye,hnye Allah lah tmpat terbaek tok mengadu..
dan yg paling layak utk kite mnta ptunjuk ^^,
pergh....memang memori hitam....kesian ko dijadikan kambing hitam termasuk keluarga sendiri....perit bercinta kalau jadi macam ni
ReplyDeleteada hikmah apa yg terjadi :)
ReplyDeleteciannye
ReplyDeleteade hikmah disebalik setiap ape yg berlaku
Assalamualaikum.
ReplyDeleteWahh. sampai ke ilmu hitam ya. tak sangka betul masih tergamak lagi org nak gunakn ilmu hitam ni.
sabar ya tuan blog. sesungguhnya akan ada pelangi yang muncul selepas hujan. tak gitu? (aku main hentam je ni).
keh keh keh. apa2 pun, berserah je pada ketentuan Allah.
saya doakan yg terbaik utk tuan blog. ^__^
hehe trimas tuan punya program :) haah ilmu hitam.ni pengalaman pertama kali kena. Memang unsangkarable..tu la kita tak leh lihat orang melalui perwatakan luaran dia je kan??
ReplyDelete#tu la pengalaman paling berharga saya belajar
kenapa harus guna ilmu hitam. makin lama orang makin pecaya ilmu ni sdgkan ianya syirik n menyekutukan Allah.
ReplyDeletebtl apa yg afzal ckp tu, jgn nilai org dr sifat luarannya.
be strong abg long.
u will find some1 better. :)
hish kenpa smpai guna ilmu hitam tu..
ReplyDeletexpe lah..insyaAllah ade hikmah di sebalik tu..
kawan fa punya kakak meninggal sebab ilmu itam, sebab cinta tak berbalas. huhu
ReplyDeletehurmmm anak dia yg buat hal bleh plak nak anto black magik..keji sungguh!
ReplyDeletemacam2 org skrg ni kn.... uih
ReplyDeleteorang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih... tapi bila nak sangat hingga gunakan cara kurafat ni... kes naya la...
ReplyDeletemintak dijauhkan...
thanks guys..tu la lebih percayakan ilmu khurafat dari ilmu Allah. Pada dorang ilmu khurafat lagi cepat nampak keberkesanannya kot?hmm :(
ReplyDeleteencikkkkkk...sabar ye..ingatkan cerita novel td sebab kata kata yang indah disusun..menarik baca..sabarlah..pasti ada yang terbaik :)..kalau dah jodoh tak ke mana :)
ReplyDeletewoit..apasal ammxleh nk komen kat sbox afzal? banned pasal apa?
ReplyDeletentah ler..
ReplyDeletexleh nk tggl jejak dh ni.. huhuhu..
ni mesej dia..
Your IP address 202.60.56.240 has been banned from this shoutbox.
Please try again later.
halamak amm.. tak banned pon.tak tau plak.nak buat mcmn nih?
ReplyDeletextau la bro.. kn tnya pada pakar la.. xdehal la.. jd silent reader la plak.. hahahahahahah
ReplyDeletehalamak tak besh la cenggitu bro.hmm nnti aku tanya yang lebih pakar..aku tanya cikguwan ngan abgteror.sori bro menyusahkan ko :(
ReplyDeleteaku sendiri pernah terkena ilmu hitam ni..cinta yang diharapkan..hancur berkecai dek kerana minda manusia yang masih percaya pada benda-benda sebegini.
ReplyDeletememang sakit dan memang perit, namun semua itu mengajar ku untuk lebih berhati-hati kini
i'm one of the eye witnesses of this sad episode. freakin' arse!
ReplyDeletekadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan hujan dan kilat. kita tertanya2 ke mana peginya matahari, rupa2nya Allah hilangkan matahari untuk hadiahkan kita pelangi.
ReplyDeletesemua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan kan (:
dont worry. kadang2 Allah temukan kite dgn org yg 'salah' sblm menemukan kte dgn org yg btol2 sempurna utk kte.
ReplyDeleteKin nye experience dlu pon lebih kurang camni gak cume x la sampai tunang. dekat 5 tahun b'kwn.. nyaris tunang, and siap plan nk kawen 11/11/11.. family pon da suke same suke gitu.. tp nk buat camne.. da bkn jodoh kot.. but ape2 pon kin bersyukur. :)
eh ni apehal meleret cite pengalaman sendiri plak dah.. hahah sori..sori.. :P
heh eikieyn tarahal la.kongsi pengalaman kan :) takpe ada hikmah disebalik yang berlaku kan? :)
ReplyDeletekat entri aku aku tak cite kan apa kisah lepas dia kol aku selepas setahun awek aku berkahwein kan??
ReplyDeletedia kata dia kena guna2 ngan family lelaki tuu.. sbb tuu kawen ngan org tuu dan tingalkan aku.. kah kah kah.. tapi tataw kenape aku tak caya.. huhu...
subhanallah.. kadang2 Allah hadirkan org yg salah sebelum yg betol.
ReplyDeletesubhanallah.. kadang2 Allah hadirkan org yg salah sebelum yg betol.
ReplyDeletecam drama laaa bro....huhuhu
ReplyDeleteboleh bikin drama la cenggini kan?jalan citer dah ada.bro ada kenal mana2 producer?rashid sibir ke?hehe :P
ReplyDeletewah... trajisnye~~ sabarlah~~ seronok jugak eh segmen ni~~ :p
ReplyDeletetrajis?bunyik dah macam najis plak.haha.tapi dah tutup rasanya segmen ni.25-26 Julai.Tapi try la terjah dulu :)
ReplyDeletebest bace karangan ko ni...akakkakak
ReplyDeletennt masuk pertandingan esei piala rosmah okeh...adiah cincin 24 juta...akakakak
boleh wat hantaran...akakakaka...
haha.tu bukan karangan..tu syair :P tanak la 24 juta.murah sangat.huhu :P
ReplyDeletesedih crite ko ni bro ...huk2
ReplyDeletesemoga trs tabah kwn dtg mengharungi hari2 mendatang ...
excellence!
haha.arini mood ko sedey ye?
ReplyDelete#baik pada pandangan kita..tak semestinya baik pada pandangan Allah :)
ya Allah dunia zaman sekrang..manusia menghalalkan pelbgai cara untuk mendapatkn sesuatu yg diingini..yanaa doakn afzal dapy yg lebiy baik dr dia..amin..
ReplyDeleteisk..ada lg manusia cm gini..
ReplyDeletenie cte kisah bro ke?
yep ifa.my story mory :)
ReplyDeletegiler ke hape "/ hee. pelik pelik akn manusia skang.
ReplyDeletebang long...citer betul ke ni?
ReplyDeletebiar zaman dah makin moden, ilmu hitam ni takkan hilang.. kdg2 risau jugak kalau terkena dengan diri sendiri.. smoga Allah swt melindungi kita semua..
ReplyDeletebro, bwk bersabar ya! semua yang terjadi pasti ada hikmah d sebaliknya.. :)
Cheq Tun - yup kisah benar saya
ReplyDeleteAnne Nurain - ye betul tu Anne.mekasih :)
ReplyDeletemsti tok dh lupa kan kisah ni..msti skrg tok dh dpt cinta sjati kan ^__^
ReplyDeleteerrr...ada hikmah smua ni.. T__T
sedih. kejam.
ReplyDeletesanggup Nia mainkan perasaan org kan. mungkin hari tu, hari dia. tiba masanya dia pasti akan menyesal apa yang dia lakukan tuu
cerita lebih kurang mcm kwn baik sy.. dia lg kesian sbb bekas tunangnya kikis dia habis-habisan.. sampaikan mas kawin pun nak kawan sy yg keluar duit..
ReplyDeletetumpang simpati utk afzal atas apa yg telah berlaku. yea afZAL berhak mendpat yg terbaik dan dah terbukti dengan kehadiran cik tunang yang tak berapa hari lagi bakal bergelar Pn. Afzal...
ReplyDeletesemoga berbhgia dengan insan tersayang selama2nya dunia dan akhirat. anggap kisah lalu sebagai pengalaman mematangkan lagi kehidupan.
kalau afzal dijadikan kambing hitam masa tunang tapi eyza lagi beberapa hari nak akad nikah. namun syukur sangat2 dengan petunjuk dari Allah eyza dan dia tak sempat nikah.