Sehari Sebelum Puasa, Tapi Hakikatnya ~

Pejam celik..pejam celik, lagi seminggu dah nak puasa daa. Dah abis ganti puasa tahun lepas? Kalau jenis terejal tanak ganti tu, lantak korang la. Jawab la ko akhirat nanti! Bes tau datang Ramadhan ni. Sebab banyak kelainan daripada bulan2 lain. Ntah aku feel lain, korang rasa ape? Ke sama je?

Gambar encik Google

Aku sebenarnya nak cerita pasal fiil2 dalam menyambut kedatangan Ramadhan ni. Macam best je kan? Tapi hakikat sebenarnya.. Ya ado!! Sendiri mau fikir la ye :) Jom aku nak citer. Chekidaut :)

  • Malam sebelum pose, berjanji depan bendera Mesia..nak jimat cermat tanak beli juadah banyak2, kata nak simpan duit untuk raya..tapi hakikatnya lepas sehari pose, rambang mata! Semua juadah dia beli. Takut tak sempat rasa kononnya. Padahal gelojoh!!Jimat kemana..det raya ke mana!
  • Malam sebelum pose,berkobar2 pakat ngan housemate nak mengimarahkan masjid..solat tarawih, saf depan lagi tu..tapi hakikatnya lepas berbuka pose, berkobar2 gak tapi cari bantal, tido awal. Masing2 dah macam ular sawa
  • Malam sebelum pose, niat pose sebulan..takut lupa nak niat. Ikrar nak puasa penuh cukup sebulan. Tup2 esok bangun pagi2, balun kopi ngan roti alasannya sebab terlupa dah pose, lupa bangun sahur, tertelan ubat gigi, gastrik, piyed, terkorek idong, hilang ingatan..bla bla bla!
  • Malam sebelum pose, nasihat kengkawan pose mengajar erti sabar dengan dugaan.. tapi hakikat bila sehari pose, merayu kat mak..mintak pelepasan berbuka pose setengah hari sebab tak tahan tengok adik minum air ribena!
  • Malam sebelum pose, niat sampingan nak berdiet..jaga badan, tapi hakikatnya bila mak masak lauk kegemaran, makan tak hengat dunia. Paling koman mesti 2 pinggan penuh kompom!Biasala air tangan mak kan?? hehe
  • Malam sebelum pose, dah bincang ngan suami tahun ni balik umah mak mentua, tup2 sehari pas pose.. dok meraung2 mintak tukar. Nak balik umah mak dia pulak!Bagi alasan mimpi mak dia.. kempunan kuih bangkit!
  • Malam sebelum pose, plan nak tukar set sofa baru, langsir baru..semuanya nak serba baru la senang cerita.Tup2 sehari selepas pose suami khabarkan takde bonus untuk raya tahun ni. Punah harapan.
  • Malam sebelum pose, sibuk download lagu nasyid berkaitan puasa.. malam sehari berpuasa pulak sibuk download lagu raya!
  • Sehari sebelum pose, klinik lengang tiada pesakit..sehari lepas puasa, berjujuk pesakit mengadu mintak MC, kena gastrik konon.
  • Malam sebelum pose..dah siap niat sebelum tido nak pose keesokannya, tapi hakikat bila bangun tido baru perasan semalam sebenarnya niat mandi hadas, bukan niat pose Ramadhan laa!

Hehe banyak lagi sebenarnya fiil orang2 kita dalam menyambut kedatangan Ramadhan kan? Kelakar pon ada bila dilihat balik. Nak buat macamana, rambut sama hitam..perangai lain2. Ape2 pun aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada rakan2 blogger yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya ye kengkawan. InsyaAllah :)




P/s : Jaga tutur kata, pandangan, perbuatan dan hati. Bukan setakat makan minum je ye :)

18 Comments

  1. err...nasi kambing ada x orang jual dalam bulan pose ni ek...heeeeee :)

    ReplyDelete
  2. haha.adeh kak jgn la cenggitu.haha :D

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa jugak encik mohd norafzal :)

    ReplyDelete
  4. aku rasa tu kuih..bukan lauk terbelog oi.haha :D

    ReplyDelete
  5. haha..lawak betul le tang silap niat tu...kih kih kih

    ReplyDelete
  6. terbaik....ada yang terkene diri sendiri...haha...

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak mula berpuasa dibulan Ramadhan... dan nak gi bazar ramadhan... jangan sampai membazir sudah... hehe

    ReplyDelete
  8. ramadhan ohh ramadan...

    yang pasti tahun nih aku puasa dan raya kat KL ok sbb cuti raya 2 hari dahaja.. sangat menyedihkan ok.. hurrmmmmmm

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan.
    nasi kambing 1. ;)

    hani sama mcm cikgu wan, cuti raya je. tp tetap blk kg. heee

    ReplyDelete
  10. cikgu wan malam raya jom terjah jalan TAR nak?haha :D sy balik kg,tp pagi raya :)

    ReplyDelete
  11. Niat mandi hadas??? kahkahkah! sengal!!!

    ReplyDelete
  12. biasa buat la tu ye?tu yang gelak kaw2 :P

    ReplyDelete
  13. awalnya dah wish ramadhan. hehe. betul la. byk fiil bile time puasa ni tapi kalu perempuan tu kan..time xleh puasa..haa..memang la xpuasa. kan dosa plak memandai pegi puasa :)

    ReplyDelete
  14. Xsbr menanti ramadhan. Rindu sgt pd ramadhan. :). Salam ramadham kareem.

    ReplyDelete