Selamat Datang Ya Ramadhan ~

Aku keluar pepagi ni. Aku lihat jalan2 di sekitar Kuantan sesak. Terminal bas penuh. Pasaraya, shopping kompleks dan pasar basah turut dipenuhi dengan kelibat manusia. Tua muda, sendirian mahupun berkeluarga.. tak kira peringkat umur nampak benar sibuknya. Di kaunter pasaraya.. pengunjung terpaksa berbaris panjang menunggu giliran. Masing2 sarat menjinjing pelbagai corak dan warna beg plastik..yang dipenuhi dengan barang dapur, makanan, bahan basah, pakaian dan pelbagai lagi.

Di beberapa tempat di sekitar Kuantan juga aku lihat MPK sedang mendirikan khemah2.. menaikkan tiang2 yang jumlahnya hampir berpuluh2. Hari minggu pun dorang masih lagi bekerja ye? Hari cuti pun masih ramai yang berpusu2 menyibukkan diri? Kenapa? Apa yang membuatkan mereka begitu sibuk?


Ya sebab datangnya bulan Ramadhan yang dirindui. Bulan yang penuh dengan berkat. Bulan yang membawa sejuta rahmat. Bulan yang penuh dengan makfirat, kemuliaan dan tinggi darjatnya disisi Allah. Bulan yang mana Allah bukakan semua pintu2 syurga dan ditutupnya segala pintu neraka. Pintu langit dibuka seluas2nya supaya doa yang dipanjatkan oleh setiap khalifah di dunia terus diterima Allah tanpa hijab. Bulan yang mana setiap amalan kebaikan akan digandakan pahalanya setiap satu.. mungkin digandakan berkali2 lebih besar daripada biasa. Itulah Ramadhan bulan yang ditunggu2 oleh setiap insan yang terbuka hatinya melihat ke-Esaan Allah.. mengharapkan taufiq dan hidayah daripada Maha Pencipta, Tuhan semesta alam.

Dalam kesibukan umat manusia menyambut kehadiran Ramadhan, masih ada segelintir dari mereka yang termenung jauh mengenangkan nasib diri yang serba tidak sempurna, tidak cukup makan pakai. Masih ada lagi yang bergelendangan di sisi2 kota. Hilang arah tuju tanpa sesiapa yang ambil tahu. Masih ada yang mengusung bekas meminta belas ihsan agar diberikan sedikit wang. Ringan2kanlah tangan untuk menghulurkan derma apatah lagi memberi makan kepada mereka. Daripada kita membazir beli juadah namun tidak dihabiskan, apakata kita berikan sedikit kepada mereka.. supaya mereka dapat berkongsi nikmat Allah bersama2. Supaya bertambah rasa syukur kita pada rezeki yang Allah berikan kepada kita. Mudah mudahan Allah akan bukakan pintu rezeki kita lebih luas lagi hendaknya.

Aku bersyukur..aku masih dikurniakan umur yang panjang untuk menerima kehadiran Ramadhan tahun ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagiku, siapa tahu. Jadi peluang yang diberikan oleh Allah ini seharusnya aku gunakan dengan sebaik2nya agar aku dapat terus berpegang teguh, menjadi insan yang istiqamah.. menuju ke jalan yang diredhai Allah, insyaAllah

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini kengkawan, harapnya kita tidak mensia siakan kehadirannya kali ini. Ucapan setulus ikhlas daripada aku afzalsukasuki :)

26 Comments

  1. selamat berpuasa...disebalik kegirangan menyambut Ramadhan ada segelintir manusia yang kesedihan mengenang apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. ye burung :) jadi ada rezeki lebih,sedekah ke kuih singgit kat dorang ye :)

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa gak TeRRoRRiZZ :)

    ReplyDelete
  4. Kyu smat berpuasa gak.jangan pose yang yok ea :P

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa afzal

    Semoga Ramadhan kali ni bermakna bg kita semua..insyaALLAH

    ReplyDelete
  6. ye yana..selamat berpuasa juga kepada kamu sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan al mubarak ...

    jangan monteng pose k :)


    eXcellence!

    ReplyDelete
  8. selamat menjalani ibadah puasas dan semoga dapat mempertingkatkan amal ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini...

    ReplyDelete
  9. insyaAllah bro Khairil.sama2 la kita ye :)

    ReplyDelete
  10. slmt menyambut bln ramadhn yg mulia :)

    ReplyDelete
  11. ye bro.sama2 la kita pose penuh tahun ni ye :)

    ReplyDelete
  12. sayu nya baca entry awak ni...tetibe je pulak...

    rindu kat nenek kot...nenek dah pergi syurga bulan 3 baru ni...

    ReplyDelete
  13. simanis - doakan yang terbaik untuk dia yek :)

    shira'R - selamat menjalani ibadah puasa :)

    Faraa Eiman's - selamat berpuasa penuh :) huhu

    ReplyDelete
  14. ramadhan bulan penuh barakah...insyaallah ini bukan yg terakhir bro...

    ReplyDelete
  15. Selamat menunaikan ibadah puasa, Afzal. ^_^

    ReplyDelete
  16. mekasih eikieyn :) sama2 la kita berpuasa ye :)

    ReplyDelete