Aku Kesian Nasib Lelaki ~

Salam kengkawan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum tu meh kita sama2 laungkan, maniskan kurma itu?? Mood baru pas berbuka ni. Mengah la weyh. Aku berbuka ngan air dulu tadi.. sebab kawan aku lewat bukak kotak kurma. Bukan aku tanak bukak sendiri, sebab aku cuba nak jadi lelaki manja. Aku juga perlukan belaian dan ditatang seperti minyak yang penuh. Sape la nak manjakan aku selain bebudak umah aku kan? Haha. Ayat tak boleh belah.


Haa..korang plak berbuka ngan apa dulu? Kurma? Buah buahan? Air macam aku? Tapi aku tau ramai lelaki luar sana akan cari rokok dulu kan? Lepas gian sehari berpuasa. Hahaha. Kesian aku tengok perokok tegar yang berpuasa di luar sana..terutamanya golongan lelaki. Tak hisap sehari.. aku tengok dah macam orang hilang anak bini dah. Muka macam mayat hidup. Memang muka paling sadis pernah aku lihat  sampai aku rasa nak sepak2 je! Nasib la aku sedang berpuasa :) Tapi aku tau dorang sanggup bertahan dan berpuasa penuh :)

Aku tak tau perasaan mereka sebab aku tak merokok. Bagai dua kekasih dipisahkan tanpa kerelaan hati gamaknya, cinta tak direstui keluarga! Haha. Habis sebatang aku tengok macam baru dapat nyawa baru. Dari muka macam kain lap tingkap terus jadi Ben Affleck. Bak kata kawan aku. Tak makan takpe.. tu perkara kedua. Janji boleh isap rokok!

Apa2 pun aku bukan nak sokong mahupun protes. Semua dah besar panjang. Bulu ketiak pun dah boleh buat tocang. Fatwa dah jelas menyatakan hukum, tepuk dada tanya selera :) Harapnya sempena bulan Ramadhan ni, ramai di antara kita yang berubah ke arah kebaikan dengan mengurangkan pengambilan rokok secara berperingkat. Kesihatan diri di jaga, kesihatan orang lain pun terpelihara. Malah duit poket pun tersenyum gembira :) As salam.


P/s : Orang kata makan gula2 untuk kurangkan tabiat merokok,betul ke?

22 Comments

  1. huhu..sampai cmtu sekali..klo nk lepas gian..gentel btg mancis ye perokok..heheh :P

    ReplyDelete
  2. kalo bln puasa ....cnform perokok ni payah nak hidup,ada org snggp xnk g keja..berpuasa kat umah jea...menahan diri dari hisap rokok...alhamdulillah,aku bkn perokok tegar,15 thn hisap rokok...tp bln bhenti..

    ReplyDelete
  3. semua nya dari hati...

    nak berhenti kena kuat semangat...

    tapi yang heran ye, bile pose boleh pulak stop smoking kan???

    bila time berbuka, menggelupur cari rokok bukan cari nasik!

    mati nnt kita kambus sekali dengan rokok 14 kotak, buat bekal dalam kubur...

    ReplyDelete
  4. I hate smoker

    Kalo pasang niat nak berhenti merokok

    Mula dr awal..insyaALLAH berjaya

    Cam abg n adik yana..skg da stop smoking :)

    ReplyDelete
  5. makan tu. ubat nikotin kat tb tu. senang. berhenti slow slow

    ReplyDelete
  6. pergh..gambar tu!!! dia ubat resdung kot?...hahaha

    ReplyDelete
  7. aiyooo, teruknya gian si perokok tegar ni kan..sedih sedih..huhu

    ReplyDelete
  8. hmmm...dah kene penyakit nnnti...bru laa nk benti isap rokok...huhu

    ReplyDelete
  9. aku tak akan berenti merokok.. lalalalala........ inspirasiku.. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  10. dasat eh pcinta rokok nih..kdg2 dah mcm bola..mkn rokok mndi rokok mnum rokok..sgalanya rokok..aduihhh..

    ReplyDelete
  11. aduh !

    teruk2 ..huhu

    no komen..kah2


    excellence!

    ReplyDelete
  12. makan gula2 untuk kurangkan tabiat merokok ? lepastu kene kencing manis. =,= anyway, selamat berpuase!

    ReplyDelete
  13. betul2.. hapa lah.. orang cari kurma , tapi cari rokok.. yeah!! betul.. so duit yang tak beli rokok tu simpan beli baju raya. peh tu shopping nak bini awek.. lagi bagus.. kan2??

    ReplyDelete
  14. ChaCha - haha gentel batang mancis?awak seyes?haha

    Pomen - 15 tahun tu lama bro.dari sekolah lagi ye?tahniah2 :) Boleh jadi contoh :)

    Simanis - haha pak imam kata daripada bawak bekal,bek yang idop mcm dia amik buat bekal kat dunia.haha

    CikYana - yeke?dah lama ke dorang smoking?dah berapa lama plak dorg benti?sebab?

    Cik kiwi's - mahal la ubat tu.1biji rm6 lebih :(

    Khairil - hahhaha agaknya kot.hahaha :D

    milo - ha tu la psal.milo jangan isap rokok taw.haha

    ungu violet - tu kalau la masih rasa nak insaf.kan?kan?

    wan_cikgumuzik - haha takleh nak kata pape :D

    shida'R -tu la pasal.kira rokok ni macam oksigen la pada dorang.tak dpt takleh idop :)

    hatikubaik - hahaha apsal no komen bro? teeett* haha

    Mi-Young - hehe i like :) selamat berpuasa jugak :)

    Ekin - yup btol.kalau afzal,det tu simpan buat kawen.uishh bnyak tu klu kumpul.huhu

    ReplyDelete
  15. tira pon pna dgr yg gula2 leh kurangkn merokok...chewing gum ok gak...

    ReplyDelete
  16. katakan tidak kepada rokok! yeahhh...

    ReplyDelete
  17. miss tira - haah kan.chewing gum pon okeh :)

    kak lang - yes kak lang.jangan plak kak lang merokok nanti :P

    kutoOobambOo - sian kan?kan?hehe

    ReplyDelete
  18. haha..gian bebenor...sumbat tmbakau terus hehe

    ReplyDelete
  19. hanya yang bercinta dengan rokok je tahu kesengsaraan terpisah untuk beberapa jam...hehe..

    semoga bulan puasa dapat mengurangkan kasih sayang mereka lantas mendorong ke arah kegembiraan poket.

    ReplyDelete
  20. deqlis - ha..ada petua hilangkan ketagih rokok.rendam tembakau,air rendaman tu buat minum :)

    AIEN NOT ALIEN - haha tapi dorang tetap akan lepas rindu lepas berbuka kan?kan?memang tak dapat dipisahkan :)

    ReplyDelete
  21. rokok mmbawa padah jer...farz mmg xsuka, yess org kata kunyah gula2 nk ganti tabiat merokok, but i don't know how effective it is....nikmat x samaa...katanyaa..tapi kna ad semangat & tekad yg ummpphh la kan ;p

    ReplyDelete