Assalamualaikum geng. Puasa tak hari ni? Aku harap korang masih berpuasa la ye. Ke dah masuk mood raya? Haha. So petang semalam ada terjah bazaar Ramadhan tak? Aku sure la pegi :)
Kalau aku pegi bazaar, aku cari lauk. Sebab nasi aku masak sendiri kat umah. Aku beli sebab aku bujang.. tapi kalau yang dah ada family besar tu, aku rasa masak sendiri lagi jimat kot? Then bila setiap anak request nak makan ape.. nak tak nak mak bapak dia pun terpaksalah belikan ye tak? Yela kalau tak beli, merajuk anak tu nanti. Sekurang2nya itu merupakan salah satu cara mendidik anak supaya rajin berpuasa. Kalau sorang dua anak tu boleh la handle lagi, tapi kalau dah masuk 14-15 orang..sendiri mau fikir la ye? Sape suh selalu 'eksiden'? Haha.
Cerita pasal lauk, semalam aku pusing2 bazaar memang ramai peniaga yang jual lauk. Tapi harganya tersangat la mahal !!Berkerut kejap apabila aku tanya ikan tilapia masak sambal seekor, sebesar tapak tangan pompuan boleh cecah harga RM6-RM8! Lauk paling murah dijual adalah sekitar RM3-RM4. Mahal betul kan? Harga aku beli sebelum puasa takde la macamni punya mahal. Then lauk2 yang dijual ada yang tak tahan lama.. mudah basi sebab tak dimasak dengan betul. Kalau ye pun nak untung lebih, nak cari duit raya.. bukan macamni caranya.
Aku pun ada beli kuih. Tapi harap maklum.. cantik di luar, belum tentu enak dimakan! Apa yang buat aku marah, kuih yang melibatkan penggunaan kelapa parut contohnya kuih ketayap dan cucur badak. Ni antara kuih feberet aku, tapi jadi hilang selera bila kelapa yang digunakan tu cuma hampas! Tawar dan kering sebab hilang rasa lemaknya. Aku makan hampas kelapa?? Dorang ingat bagi menatang makan ke hape?
Bab air pulak lain halnya. Kata air buah fresh..buah sebenar. Tup2 bila aku balik berbuka, air kordial je!! Mengucap panjang aku. Sakitnya hati bila ditipu bulat2. Bulan2 puasa macamni pun masih ada sikap tamak dan penipu. Meniaga la dengan jujur dan ikhlas, aku kompom mesti ramai pelanggan akan kembali beli lagi.
Macam2 karenah kita akan jumpa. Kita sebagai pengguna ada hak buat pilihan. So buatlah pilihan yang sewajarnya ye :) Kalau yang rajin tu, better korang masak sendiri la kat umah ye. Tetapi bagi aku, sekali aku terkena..aku takkan singgah lagi ke situ. Harap maaf.
P/s : Gambar2 di atas adalah ihsan kak Google. Jangan pandang lelama, aku takut korang
klimaks sampai rasa nak berbuka nanti. Haha
34 Comments
cettt, dtg shtbx semata2 nak cakap apa ko beli kat bazar..poodaahhh,hahaahah
ReplyDelete~~ha..lana xdpt fokus entry ni, asyik tgk air wrna wrni tu je,haahahaha
kalau kuih dan air2 ni rasanya baik buat sendiri la..
ReplyDeletelauk je kot kalau nak beli pun bila
dah terpaksa kan>..
sebiknya masak sendiri la..
puas hati..
buat boleh bagi jiran2 lagi..
Lana - haha ye la kena amik tau judah berbuka kengkawan.hehe :P
ReplyDeleteDiana - kiranya semua buat sendiri la ye?Hehe
wah! mcm warna ade.. e2 yg buat lg nk membeli kalO g bazar ramadan.. nafsu2.. huhu
ReplyDeletestuju2..masak sendiri lg baik..jgn m'bazir..skali sekala kalo nak beli bole la..kalo hari2 alamtnye botak la kpale si ayah..huhu :)
ReplyDeletexberkesempatan nk g bazar lg... masak sndiri je.... :)
ReplyDeletetaux pe..pnh kne..beli popia..isi dalam dia basii.. :(
ReplyDeleteCik Diana - haha biasala semuanya nampak menarik kan?kan?
ReplyDeleteSeri Manja - haha kalau bapak dah pattern botak, dia botak tang lain plak.gugur bulu ketiak.haha
Diari oF Mine - wah rajinnye..tapi mak yang masak kan?hehe
ChaCha - tu la awak.Kata nak bli ayam percik?murtabak ayam?popia plak yang dia beli.haha
dalam semua2 .tu..air yg pling teliur skali ....
ReplyDeletediorang lebih pentingkan keuntungan...apa yang saya perasan...saiz kuih semakin kecil dan harga semakin naik pula
ReplyDeletebulan puase pon nak tipu2 kan..ermm
ReplyDeleteaku pun serik semalam beli nasi tomato basi tak boleh makan...time tengah berbuka lagi gi masjid terdekat gi cari makanan untuk berbuka....serik dah pas ni tak nak cari makanan lag kat bazar, kecuali febret aku murtabak
ReplyDeleteterbaik wok ,haha
ReplyDeleteterbaik wok ,haha
ReplyDeletefaRHa@miSS Vio - haah air.nampak sejuk,segar dan menyamankan (macam iklan plak) haha
ReplyDeletePuteri Kasih - betul tu wak :( semua dah kecik2 kan.sekali masuk mulut je :(
Burung - haa ko punya kes lagi sadis.baru beli dah basi!!Tu ntah bila punya nasik dia masak la.lenkali ko jmpa ko sound direct je!!
syrupmasin - haah memang dasar penipu seumur hidup kot?
Pesona Algebra - hehe trimas2 :)
bestnya air...
ReplyDeletemiss Tira - best ke?sekarang nampak tak bes sbb dah kenyang :P
ReplyDeleteni dah berbuka..tgk makanan pun dah tak lalu da..nampak air jagung pun dah tak rasa apa2 haha
ReplyDeletenak air tebu;))
ReplyDeletesabar ye afzal. kalau mahal, sedap tak pe lah kan. Terlalu ghairah kaut keuntungan mcm ni la jadinya.. jujur n ikhlas kunci keuntungan. (^_^)
ReplyDeletebulan puasa ni sume benda nak jual mahal2... peniaga ni taknak ke dapat pahala lebih, jual la murah skit... kan kan?? (^__^)V
ReplyDeleteZouL - haha tu semalam..kang tengahari nampak pic ni rasa best balik.haha
ReplyDeletelaskar pelangi - hmm air tebu takde.ada air dalam pic tu je :P
aiNa yaZiD - haah nak kaut untung time2 pose cenggini memang sangat kejam :(
Miz Novexx - haah sebab dorang nampak keuntungan dunia je.kalau dorang nmpak keuntungan di akhirat nanti, takkan dorang buat cenggini kan?uhuk2
aku penah beli air 50sen.. murah mmg murah, ramai gila beli. sekali dah berbuka, minum rasa macam air paip letak ais je.. patut murah semacam. hahaha
ReplyDeletehttp://www.iefwatsahaja.com
yelah...kadang2 org berniaga masa bulan puasa ni cam lepas batuk ditangga aje. jauh sekali dgn niat nak sedekah... lauk basilah... kuih semalam punyalah... macam2 betul kan.
ReplyDeletenak selamat mmg masak ajelah kat rumah. jimat dan sedap!
ifwat SAHAJA - haha tak boley blah.kira macam letak pewarna je la kot? ko tak dengar kot org tu pesan, gula taruk sendiri kat umah.haha
ReplyDeleteIzan Ishak - haah betul tu sependapat la ngan saya.lagipun kena ajar anak2 dan suami makan dari air tangan isteri :)
#jimat sudah tentu..sedap tu tak pasti :P hehe joking
blom sempat singgah bazar lg...masak sdr je yg simple2...
ReplyDelete~Sya~ rajin tol awak.hehe
ReplyDeletekalau hidup bujang...beli lebih baik kot..jimat masa, usaha & tenaga... tapi beli berpada2...
ReplyDeleteberhati2 dengan peniaga yang amek kesempatan...huhu..
AIEN NOT ALIEN -yeke?kalau berdua pon rasanya beli siap lagi jimat -menggalakkan bini malas masak.haha
ReplyDeleteso far 2-2 hari bkk pose kin menu yg ditapau kat bazaar adalah sgt sedap.. tp 2-2 hari kin bkk pose minum air kosong jer. jaga kesihatan. cewah!
ReplyDeleteeikieyn - kata orang,minum air kosong mengenyangkan.btol ke? :)
ReplyDeletedorang ni nak meniaga tapi tak tak ikhlas ni ler jadinya
ReplyDeletewow...sedapnya tgk mknan dlm ni..hehe.
ReplyDeletemuse - ni fikir nak untung je bro :(
ReplyDeleteRazz - sedap ke?nak?amik la 8.haha