Review Filem : Cowboys & Aliens ( Versi Aku )


Assalamualaikum.


Ello kengkawan, ada sihat ke? Harap2nya korang semua sihat dalam menjalani ibadah puasa yang dah masuk hari ke 15 ni ye? Nape? Betul la dah 15 hari dah kita berpuasa.. sebab aku dah puasa 2 hari awal sebelum korang start pose. Tak dikira ke? Kehkehkeh. Sori aku dah ting tong memalam ni, sape2 yang kenal aku.. tau la bila masa aku tak betul :P


So malam ni aku nak review sebuah lagi movie yang sedang hangat ditayangkan di pawagam2.. Cowboys & Aliens. Sape dah tengok? Kasi angkat sikit tangan tu. Satu..dua..hmm ok2 ada dalam 8 orang yang angkat dari enam orang. Jatuh tangan balik. So sesiapa yang dah tengok.. baguslah sebab dah kena tipu bulat2 dengan pengarah filem tu. Sesiapa yang belum tengok, aku dengan senang hati nak review cerita berkenaan. Kalau korang tak cukup 'sabar'.. baik jangan baca. Aku tak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku :)




Cerita ini berlaku di sekitar kawasan gurun, di mana dua orang adik beradik yang kematian  ibunya ditinggalkan sendirian oleh bapa tiri mereka di sana. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi.. kais petang makan spaghetti. Mereka terpaksa mengutip bunga lawang dan bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah pekan kecil. Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan tangan bergari singgah di pekan tersebut untuk membeli sumi dalam dua biji. Ketika itu Azmi, adik kepada Basri yang sedang bekerja di kedai berkenaan terkejut kerana lelaki tersebut iras2 pelakon Wan Maimunah. Dia cuba mendapatkan tandatangan, tetapi lelaki tersebut berlari2 anak ke hulu kehilir tanpa membayar duit sumi sambil bertenteng kerana sedang berlatih untuk sukaneka yang akan disertainya minggu hadapan. Melihatkan Azmi asyik terkejar2 lelaki tersebut.. Basri dari jauh mulai curiga tentang hubungan Azmi dan lelaki misteri itu dan tanpa berlengah2 dia pun turut serta dalam sesi kejar mengejar tersebut. Mereka berhenti sebentar pada pukul 5 untuk solat Asar.


watak selipar yang berjaya dilakonkan oleh wan cikgumuzik dengan jayanya


Sedang mereka berkejar2an, tiba2 mereka diserang sekumpulan makhluk asing yang membaling selipar ke arah mereka. Azmi cedera parah di lutut apabila tersadung raket badminton milik Syerif Husin, polis pekan tersebut. Basri terpaksa melupakan persengketaan antaranya dan lelaki misteri, dan merancang untuk membalas dendam. Syerif yang berang akibat raket yang baru dibelinya patah, cuba untuk membantu tetapi dihalang isterinya kerana kerjanya memarut kelapa untuk dibuat kari masih belum selesai di dapur. Maka cuma Basri yang berbaju hujan, berseluar hawaii dan lelaki misteri yang hanya bersenjatakan lip bum sahaja harapan penduduk pekan untuk menewaskan makhluk2 asing tersebut.


Apakah kesudahan filem ini? Dapatkah Basri membalas dendam adiknya Azmi yang nyawa2 ikan, cedera di lutut kiri akibat tersadung raket milik Syerif? Sempatkah syerif menyudahkan parutan kelapa untuk membantu mereka? Adakah isteri syerif akan benarkan syerif turut serta bermain baling selipar dengan mereka? Siapakah lelaki misteri berkenaan? Apakah hubungan dia dengan dua biji sumi tersebut? Saksikanlah kesudahannya dalam cerita Cowboys & Aliens di pawagam2 berhampiran.


Antara pelakon2 yang membintangi filem berkenaan adalah :


Eman Manun
Nasir Imam Khan
Usop Lempoyang
Lisa Surirumah
Pendekar Mustar

Penampilan buat pertama kali

Adik Wan Cikgumuzik sebagai selipar
Abangteror sebagai orang lalu lalang
Mankete sebagai sumi 1
Syima sebagai sumi 2



P/s : Maaf sebenarnya aku baru nak pegi tengok cerita ni esok. Apa yang aku 
        tulis ni hanyalah gambaran aku semata2 tentang jalan cerita filem tersebut.
        Haha. Sepertimana tajuk entry aku di atas Review Filem : Cowboys & 
        Aliens (Versi Aku), matlamat aku tercapai. Aku pun ada kata yang aku 
        ting tong malam ni kan? So harap banyak2 mengucap dan sabaaaaarrrr 
        je laa yeeeee!! Moh kita tengok beramai2 esok. Hahaha :D

23 Comments

  1. yang aku nak tau sangat2 watak sumi tuh sape pegang? aku suka ulik2 sumi tuh...

    ReplyDelete
  2. watak sumu tuu bagi kat manberita laa.. kah kah kah kah...

    apa2 pon aku nk kata jjugak nih..

    APA YANG KAU MEREPEK NIH LABUUU??

    kah kah kah kah..!!

    P/S : bulan puasa = xde maksiat dlm pawagam????

    ReplyDelete
  3. abgteror - watak sumi tu masih kosong.la bro dah pegang watak orang lalu lalang kan?mahal tu produser bayar :D

    wan_cikgumuzik - kahkahkah aku tak stabil la malam ni sebab patang tadi kencing sirap dengar abgteror buat lawak.hahaha

    ReplyDelete
  4. setakat ni kesabaran sy tak teruji langsung.

    sekian.





    *bunuh diri ~

    ReplyDelete
  5. cik ungu - aik bunuh diri?boleh diambil watak sampingan ni.orang yang bunuh diri akibat sebelah seliper ilang kena baling :P

    ReplyDelete
  6. memang best bace . heheh

    selamat menonton ye .

    hehe

    :)

    ReplyDelete
  7. btol2 menguji kesabaran rupenye.. hahaha :P

    ReplyDelete
  8. kahkahkahkah..tak menguji kesabaran langsung..cam nak g tgk la ni jugak citer yg direview tu..kahkahkahkahkahkah


    *pengsan dek gelak tak menahan..kahkahkahkah

    ReplyDelete
  9. abang hana sibuk ajak g tngk cter neyh..
    ish3x

    ReplyDelete
  10. hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock - aku pun tak tau best ke tidak,blom pegi tengok lagi :)

    ::ini belog saya . cinta hati saya:: - yes trimas2.rasa teruja tak tak pegi tengok?kih3

    eikieyn - yes,bulan2 pose cenggini kenala bebanyak bersabar ea :P

    RerameUngu - awak pengsan?haa tu dah dikira tabley pose la tu :P

    Nur Raihana Baharuddin - ha ape lagi,pegi la tengok.lagi best kalau orang yang blanje.kihkihkih

    ReplyDelete
  11. Kahkahkah! Brape bayaran utk watak aku tu??? Aku retisssssss fofular hokeyyy...jgn memain tauuuuu...

    akakakkaka...

    terbaekkkkkkkkkkkkkkkk!!!

    ReplyDelete
  12. hahaha! hahaha! hahaha! terbahak2 baca sampe tercirit

    sedey!

    malas nak cebok

    ReplyDelete
  13. aadehhhhhhh...melalut kelaut nor awk ni!

    ReplyDelete
  14. Hambek !!! agak dh..start beli sumi 2 tau dh melencong ke timur laut afrika..=P

    ReplyDelete
  15. simanis - haha bayaran utk watak ko?sama harga ngan sumi tu la kot?bukan susah mana.kasi nampak kental,meliang liuk macam jeli je la.haha

    Ummi - kahkahkah ni malas nak cebok?perghh najis mughallazah betol dak ni.hehe

    ChaCha - haha dah sampai tahap ting tong,cenggini la jadinya wak :D

    ♥Aien Najwa♥ - kehkehkeh.tapi dalam citer sebenar memang ada watak sumi.tapi jadi tebusan.haha

    ReplyDelete
  16. erk? ! cerita ni dah jadi merapu. tambah lagi wujudnya cikgu wan . hahah

    ReplyDelete
  17. EKIN - haha ni penangan situasi tak betul kitorang semalam.kehkehkeh

    ReplyDelete
  18. hahaha, memang ting tong. baca dengan penuh kesabaran sambil ketap bibir~! =P.

    ReplyDelete
  19. aiNa yaZiD - sy ting tong sensorang tak pe.jgn awk pon ting tong sama.hehe

    ReplyDelete
  20. laskar pelangi - hehe amcm jambu tak den?haha

    RozSyah - tak terbaek mana la :D

    ReplyDelete