Jawapan Untuk Soalan Korang..

Assalamualaikum,

Hari ni dalam mood santai aku nak jawab beberapa soalan daripada readers. Aku pilih soalan2 yang berkenaan sahaja ye. Sebab soalan2 ni yang kerapkali diajukan pada aku. So aku harap sedikit sebanyak menjawab soalan dan korang berpuas hati dengan jawapan yang aku bagi. Kalau korang still rasa tak puas hati boleh laporkan kepada Aduan Rakyat, tv3 amik berat. Cheewaahh :P


'Mana awak dapat idea buat entry ye?'Bukan sekali dua aku dapat soalan macamni..banyak kali daripada ramai orang. Aku pun tak tau macamana.. benda alah tu tetiba datang sendiri. Bila aku terfikir sesuatu, aku terus drafkan tajuk dalam henfon aku. Walaupun benda tu nampak macam remeh sebenarnya, tapi sekiranya korang cukup kreatif untuk olahkannya..korang akan hasilkan entry yang bagus. Aku menulis sebab aku minat, bukan sebab nak isi masa lapang semata2. Sebenarnya aku pun banyak jugak keje..aku pun perlukan masa rehat tapi bila minat sudah mari, semua tu bukan alasan :)

'Cantik awak susun ayat..macam baca novel' Tak cantik mana pun, entah serius aku tak tau mana datangnya benda2 ni. Aku dah lama meninggalkan zaman novel2 ni. Dulu aku follower novel2 Ahadiat Akashah, aku suka cara dia mengolah ayat. Santai dan tak berat. Mungkin aku terbawak2 cara penulisan dia kot.. aku rasa la. Aku bukan novelis tapi aku berminat ke arah tu. Aku pernah hasilkan beberapa cerpen since aku darjah 6 lagi. Then bila aku berada di sekolah menengah, aku kembangkan minat aku terhadap penulisan dalam kelas Bahasa Melayu. Aku pegang jawatan dalam SIDRED (Sidang Redaksi Maktab) di mana badan ini dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan majalah tahunan. Dah tu dulu aku manala ada guna henfon bagai, nak komunikasi ngan awek semua pakai surat. Aku rasa tu pun satu sebab jugak kot?Hehe

'Awak ni mesti kelakar orangnya kan?' Kahkahkah kelakar la sangat ye!! Kelakar lagi Ruminah Sidek. Tak pun Usop Lempoyang. Haha. Aku tak seperti yang korang sangka. Aku tak banyak cakap, bercakap bila perlu dan i'm a good listener. Boleh bagi pendapat sekiranya diperlukan.. tapi time sekolah dulu orang cari aku untuk mengadu masalah cinta je. Tapi aku sendiri fail bab cintan cintun ni. Mungkin sebab aku rajin dengar masalah orang..sebab tu dorang datang cari aku kot? Hehe. Nampak macam peramah je kan?Tak peramah mana pun, time online je kot :)

So tu serba sedikit soalan yang dapat aku jawab. Yup aku bukan sape2, aku blogger biasa..berblog kerana minat mendalam terhadap penulisan. Aku ada plan nak buat novel macam kak Mimi..tapi aku tak pasti aku boleh buat novel serius sebab otak aku penuh dengan idea giler2. Mungkin sebab tu kot aku awet muda! Kahkahkah. So kita tengok je la macamana nanti ye :)

P/s : 'Awak dah berpunya ke?' Err.. (tak dapat jawab sebab jantan yang tanya)

43 Comments

  1. haha,,yg soalan last skali 2 x bole blah..hehe :p

    ReplyDelete
  2. tau xpe.. suke dgn blog nie
    owner die suka wat lawak.
    walaupun tgh sedih dtg sini mesti tersenyum.. ;)

    # laki yang tanye ? ok la. biar ieyza tanya. nak jawab ke x .

    dah berpunya ke blom.?

    haha.. *kidding.. ^_^

    ReplyDelete
  3. haha...ramai peminat niiiii...hehehehe

    ReplyDelete
  4. cuba la buat novel wak..gerenti superb :)

    ReplyDelete
  5. apa macam bro..lu sudah ada yang punya ka?...hahaha

    ReplyDelete
  6. Tu la pasal..ramai peminat ni..Sbb nk buatkan soklan last skali tu terjawab, diana pn nk tmbh vote..

    "Awak dah berpunya ker??"

    hahahaha :P

    ReplyDelete
  7. soklan yang last tula paling lama aku tatap...sbb laki yg tanya.hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha.. soalan last yg takleh tahan tu.. keh3..
    jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~ hehehe

    ReplyDelete
  9. waduh..waduh..lama dah tak dengar nama ruminah sidek....

    pengomenya semua cewekcewek...

    ReplyDelete
  10. awak ni kelakar ke..? hahhahaha. jawapan aiNa..>> kelakar gile (dlm blog, luar tak tau lagi mcm mama). boleh masuk maharaja lawak la bro~!

    yup2..tulis kerana minat. femes da abam nih..mintak sign blh.. keh3.. =P =P

    ReplyDelete
  11. nk gelak kat soalan last
    hahahahahahahah

    ReplyDelete
  12. Saya sebenarnya seorang yg malas membaca...tp dengan gaya penulisan awk ni dan topik2 yang dikeluarkan....memang menarik hati sy nak baca...bagus (keep it up....boleh menghilangkan tensen sy bila baca blog awk....tambah2 citer surat buat awk....memang guling2 gelak sy baca)...errr....jangan kembang hidung plak bila sy puji...:P

    ReplyDelete
  13. 'AWAK MESTI KELAKAR ORANGNYA'..kalau soalan tu org tanya pada kpah..mmg lebih kurang jawapannya mcm jawapan afzal..cuma nak tambah sikitlah yaaa..
    ..sy tak kelakar..awak silap..sy sebenarnya seorang yg sangat bersopan santun dan solehah..." hahhaaaaa..gitu..

    ReplyDelete
  14. Awak dah berpunya ke? *perempuan tanya nie, jawablah :)

    ReplyDelete
  15. aku ade satu soalan lagi lelaki ke perempuan ko nie..aku confiusla huhu...biasanya klu dia suka menulis panjang berjela menghuraikan ape yg dia rasa betul memg dia seorang yg pendiam memg xdpt menafikan?sebab ape? sebab dia berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan idea yg bernas haha....betul x?

    ReplyDelete
  16. okay sme ske bce novel ahadiat akashah !

    ReplyDelete
  17. ye ke jantan yg tanya tuh ke takut nak mengaku status dah berpunya ahaksssss kantoiiiiii

    ReplyDelete
  18. Bila jantan tanya je terus takdak jawapan ya... hahahhaha.. pandai ko bagi alasan

    ReplyDelete
  19. menakutkan je yg jantan tnya tuh :P

    ReplyDelete
  20. kalau idea lebih bagi aku sikit bro...

    ReplyDelete
  21. ceh bang long! dah koyak la tu spender org duk puji dia..hihi

    soklan sy antara telur dan ayam mana keluar dulu...

    sure jwpn merepek awk kan..

    ReplyDelete
  22. nak tambah soalan sikit... bila tarikh berkhatan..huhu

    ReplyDelete
  23. takkan kita nak jawab soklan peribadi kan? he he he

    ReplyDelete
  24. awak tak kje ke? mahupun study ke? hahahhaha!

    ReplyDelete
  25. kembang bermangkuk lah dak afzal ni..good job afzal..cayalah!

    ReplyDelete
  26. gila ah ko, sebijik wehh..sebijik macam retis dah..haha. :D

    ReplyDelete
  27. cheewaahhhh naik saham lah ank mama yg sorng ni...shy shy cat gitu....x pe,jual mahal sikit kan.hhahah..ko ni memang kelakau (kater org melaka)

    ReplyDelete
  28. ehem..banyak peminat tu, siap mintak tips...(",)
    boleh jadi blogger contoh nih..hik3...apa2 pun tahniah kerana ada peminat tersendiri, mesti org2 yg bertanya suka sangat singgah dan baca entry suka suki dicni (",)

    ReplyDelete
  29. eh ni blog awk ke?hahaha *kidding

    ReplyDelete
  30. soalan lain semua cepumas..

    yang last sekali cepugangsa...jawab la incik afzal..hehe

    ReplyDelete
  31. memang selalu guling2 gelak bila datang sini =)

    ReplyDelete
  32. banyaknya soalan depa tanya..hang dah sama popular dengan datuk M. Daud Kilau dah ni..haha glemer...

    ReplyDelete
  33. 1st time gua dtg blog lu pn gua dh terpikat.. ni kali ke 3 gua komen entry lu kalau tak silap gua.. :)


    err.. biar gua tanye lu.. lu dh berpunya ke? hahaahha!!~

    ReplyDelete
  34. kita macam sama la..
    orang kata peramah,sebenarnya kat luar banyak mendengar dari bercakap...

    ReplyDelete
  35. jawap mana yg boleh aje le ye... ramai peminat tu.

    ReplyDelete
  36. sma la..zaman sek dulu bce novel..skrg takde masa dh

    ReplyDelete
  37. NOVEL MMG BEST..KIHH3 !

    jantan tnya ? muahahh !

    ReplyDelete
  38. hihii

    suke jaapan yg last tu... kite serupa! huhuhuu

    ReplyDelete
  39. wakaka..!!..awak niy byk idea la..dpt drps mne yerk??..terjawab suda..=D..lalala!!~~

    erm..awak mmg kelaka..mcm jozan..muahaha..

    erm..terime kasih jwb soalan sy..[tetibe]..=)

    ReplyDelete