Orang Tua Tua Kata..

Assalamualaikum,

Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari 1 Malaysia kepada semua rakan2 blogger yang merupakan warganegara Malaysia. Seronok meh cuti 3 hari straight sampai Ahad. Aku dah buat perancangan awal dengan rapi, cuti 3 hari ni akan aku isikan dengan melakukan kerja2 berfaedah seperti berhibernasi, meningkatkan produktiviti tinja mata dan melakar lebih banyak peta pada permukaan bantal untuk kegunaan subjek Geografi adik aku. Biasalah, takde benda nak buat kan. Korang?

So berbalik pada tajuk di atas, korang pernah dengar mak bapak, nenek atuk atau sesiapa je yang mulakan ayat macam tajuk entry di atas "Orang tua2 kata.." then disusuli dengan perkara2 yang pada kita "Eh macam tak logik je!!" Ada tak? Ok aku bagi beberapa contoh la ye, orang tua2 kata kalau kita pusat ke dalam.. kawen ngan orang jauh. Kalau pusat kita keluar, kawen ngan orang dekat. Haha make sense tak?Macamana dorang boleh ramal macamtu ye?Tengok pusat pun boleh tau jodoh orang mana. Hehe


Lepas tu orang tua2 kata, kalau pusar rambut ada dua.. anak tu nakal, terejal (degil) dan kalau pusar 3, anak tersebut bagus bela kambing, beranak pinak kambing2 tu. Huhu. Aku ada satu pusar je. Kalau la aku ada 3 pusar, dari kecik2 dulu kalau cikgu aku tanya apa cita2 aku..kompom aku jawab "Pengembala kambing cikgu!" Eh masyuk apa!

Bila orang tua2 kata telinga berdesing atau adakalanya telinga kita berdengung.. itu tandanya ada antara ahli keluarga kita yang meninggal dunia. Perghh..aku pun speechless bila dorang cakap macamtu. Apa yang aku tau, daun nama pada pohon di luh mahfuz gugur berhampiran dengan telinga @ daun yang tercatat nama kita. Wallahua'lam. Tu apa yang diberitahu pada aku dalam slot tazkirah la. Aku pun tak tau sejauh mana kebenarannya.

Orang tua2 kata, kalau kita berbaring sewaktu azan berkumandang..nanti mayat kita jadi berat. Aku pun ada dengar benda ni. Aku amalkan juga, sebab perkara yang baik tak salah untuk kita amalkan kan?Mak aku cakap kalau ada tahi lalat kat kepala..menandakan orang tu bijak. Kalau tahi lalat kat perut, tidak putus rezekinya..sentiasa ada insyaAllah. Tahi lalat kat kaki plak suka berjalan, tahi lalat kat bahu, orang tu banyak pikul amanah dan tanggungjawab manakala tahi lalat kat bibir..haha sendiri mau ingat la kan. Takkan korang tak familiar?Mulut pokpek2. Pokpek2 berisi takpe..jangan mulut macam longkang sudah!

Sebenarnya banyak lagi ramalan2 orang tua dulu2 yang aku nak cerita sebenarnya, aku bukak sikit2 je la sebagai contoh. Dulu kerapla dorang cakap benda2 ni, tapi sekarang dah jarang. Walaupun nampak macam merepek, merapu meraban dan adakalanya macam tak boleh diterima akal yang waras.. tapi itulah kata2 yang pada aku mencantikkan lagi budaya Melayu khususnya. Jangan percaya bulat2 kerana kita hanya yakin, percaya dan beriman pada Qada' dan Qadar Allah :)

19 Comments

  1. yang pasal daun tu pun ade ustazah bagi tau...

    kadang ade betul, kadang pk balik tak logik..hahahha...

    ReplyDelete
  2. pasai azan tu , lebih baik kita bangun pergi ambil air sembahyang dan ke masjid..chewah , macam ostat le pula aku ni...haha

    ReplyDelete
  3. org tua2 kata xleh duk atas bantal nanti naik bisul..huhu

    ReplyDelete
  4. orang tua-tua kata, kalau menyanyi kat dapur kahwin laki tua.

    orang tua-tua kata, makan beralih tempat kahwin banyak.


    sebenarnya ada reason di sebalik pesan orang tua-tua.

    ReplyDelete
  5. memang ada yg betul2 jadi..maybe kebetulan.

    tapi yg tak logik tu lebih kepada nasihat. budak dulu mudah ditakutkan, cakap camtu diorang mesti ikut.

    kalau budak sekarang..dah tak jalanlah ckp2 gitu.

    ReplyDelete
  6. banyak pesanan2 orang tua dulu2 yang boleh diterima pakai,actually ade mksd yang tersirat disebalik semua pesanan mereka, contohnya tak boleh m`jahit malam nanti ape tah,tapi sebenarnya takut tercedera or ape2,. sama gakz lau menyapu waktu malam,org tua cakap sapu rezeki,tapi sebab ape sebenarnya tak tahu la,tapi bg aku sbb die suh rehat and tidur,ye la,kata malam,hehe

    ReplyDelete
  7. tu nameyer tegur secara beralas...logik tak logik,lu pikirla sendiri!hohoho

    ReplyDelete
  8. petua untuk pemuda harapan bangsa...huhu..

    orang melayu kaya dengan bahasa, penyampaian secara halus dengan bahasa...

    cth : "jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul" sebenarnya untuk menegah duduk atas bantal yang dibuat alas kepala....kan tak elok tu, bantal kepala jadi bantal punggung....nak2 kalau duduk2 suka kentut2...hahahaha....tak elokkkk...

    ReplyDelete
  9. pesanan itu kebanyakkannya mereka buat hasil daripada pemerhatian dan kebetulan jer....

    ReplyDelete
  10. jgn potong kuku mlm hari nnt cepat mati...padehal dulu2 org pakai pelita...kalo potong kuku mlm2 takut luka...x nampak...

    ReplyDelete
  11. tol gak...dulu2 sakit telinga dengar, ni arwah nenek dah xde rindu plak perkataan larangan dan nasihat

    ReplyDelete
  12. cis....dah la den banyak petua org tua2...grrr!! org tua2 kan kaya dengan petua2...ngehngehngeh tu sebab org tua takde sakit ape. mati pon tua..wakaka

    ReplyDelete
  13. pusat keluar n dalam tu cmne...xthu..hahahaha

    ReplyDelete
  14. huhu..tahi lalat kat bahu tu acane ni..*seriyau..moooooooooo..

    ReplyDelete
  15. err..baru tau lah..huhuhu..err....


    tahi lalat kat bibir..err..ada..kita mmng mulut pokpek2..waaaaaa :(

    ReplyDelete