Permainan Zaman Kanak2 Aku Dulu

Assalamualaikum,

Heh puas aku fb chat ngan geng2 sengal, si ChaCha, Puteri Kasih ngan Mankete. Ntah datang angin tak betul kitorang hari ni..sampai terkeluar semua jenis permainan waktu kecik2 dulu. Aku tak suka main ngan dorang.. dorang suka main ngelat. Main tipu..walaupun aku tau cuma main jarak jauh dalam fb chat je, tapi semangat itu yang kita mau! Haha. Jom la aku nak tunjukkan permainan2 yang pernah aku main dulu2. Korang ada ke?

Baling Selipar / Baling Tin



Kedua2 jenis permainan ni macam sama je dia punya undang2, 2 team, baling, lari dan susun. Baling selipar menggunakan 3 helai selipar (sukahati aku je) manakala baling tin memerlukan 10 hingga 13 buah tin (sukahati aku gak). Kerja korang, kalau tak group ngan team susun2 ni..kasi rembat opponent ngan selipar je la. Lagi2 rembat pakai selipar jepun kan! Berbirat beb!

Tutup Botol / Ceper



Permainan yang memerlukan skil dan tahap IQ di atas 80 megapixel. Timbang tutup tin, 1 penutup membawa 2 mata. Kalau korang mampu timbang 5 penutup, 10 mata la jawabnya. Kemudian selerakkan, pilih salah satu penutup untuk dikeluarkan. Sila tengok contoh di atas. Kalau ada penutup tin yang bertindih 2, kedua2nya dikeluarkan daripada permainan termasuk 1 penutup pilihan korang. Senang cerita kan? Kalau 3 penutup bertindih..tu namanya jamban. Korang tengok budak kat atas tu tengah menge-aim tutup2 botol akibat jamban. Senang je mainnye :)

Senapang Ceri


Pistol ni memang menarik. Berbekalkan kayu dari almari terbuang dan getah bungkus nasi lemak sahaja korang dah boleh cipta permainan ni. Senapang aku tak perlu ukir2 bagai macam kat atas. Peluru ceri sahaja digunakan, belum pernah lagi aku dengar orang guna buah binjai atau buah ciku. Tapi untuk mendapatkan lebih pengalaman sakit dan cedera yang agak dramatik, lipatan kertas boleh digunakan. Makin tebal kertas, maka lebihlah azab yang ditanggung oleh mangsa!

Tepuk Terup


Kekuatan tapak tangan diperlukan dalam permainan ini, menguji sejauh mana ketebalan tapak tangan korang berbanding kekerasan lantai simen. Daun terup dipertaruhkan, dan teknik untuk menebalikkan daun terup ditekankan di sini. Berapa banyak terup yang berjaya korang terbalikkan, semuanya menjadi hak milik korang. Takde tiup2, walaupun aku pernah buat gak macamtu dulu. Daun terup boleh di dapati di kedai2 Ah Meng atau Ah Soo dengan harga serendah 20sen sahaja :)

Kad Kenderaan


Aku pernah main kejadah ni..korang ada ke?Harga satu set kad ni dalam RM1-RM2 macamtu la. Lagi murah daripada permainan kad2 yang ada sekarang. Ada macam2 jenis kenderaan boleh didapati, terutama kenderaan ketenteraan. Cara bermainnya secara berkumpulan, apabila tiba giliran..dia akan mengeluarkan kad dan menetapkan mata tertinggi pada kad untuk dipertaruhkan dengan kad2 lawan yang lain. Amacam gempak kan?

Bola Kertas 


Ni juga salah satu jenis permainan yang aku tak tau asal dari mana, tapi sape yang buat permainan ni memang kreatif tahap tong gas la. Permainan yang memerlukan tahap ketepatan passing yang tinggi dan juga skil membuat origami (lipatan gol). Aku selalu main dalam kelas, almaklumlah meja aku paling belakang. Pasukan feberet aku masa tu semestinya Argentina. Hehe


Main Lawan Pemadam


Ni permainan yang cukup menjimatkan. Time mak bapak nak beli alatulis, time tu gak aku pilih pemadam. Aku dari dulu akan pilih pemadan staedler yang berbongkah tu, atau pemadam negara2 dunia. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat tindih pemadam pihak lawan. Ada yang guna pemadam besar..ko hengat aku takut! Lagi besar, lagi payah ko nak gerakkan pemadam ko tu. Aku berbangga semasa darjah 4, mak abah aku tak payah susah2 belikan aku pemadam lagi :) Ada bran??Bring it on bebeh!

Main Masak Masak / Kawen Kawen


Last but not least.. permainan yang sepatutnya dimainkan oleh budak2 pompuan. Aku sendiri tak pasti macamana aku boleh terjebak dengan permainan seumpama nyah bagi aku ni. Mungkin kecik2 dulu aku ada masalah mengenal jantina diri. Aku main tak sampai bakar2 macam bebudak atas tu. Alatan yang wajib hadir sewaktu proses permainan, tempurung kelapa sebagai periuk dan batu sebagai lesung. Bahan2nya pula bunga raya, bunga kertas dan sedikit air. Sesiapa yang terlibat dalam permainan ini akan diberikan watak khusus bagi menjayakannya sehinggalah kaum2 ibu terjerit2 panggil anak masing2 balik makan atau mandi. Permainan di sambung keesokan harinya dengan dirombak kembali jalan cerita dan watak2. Hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu antara permainan2 yang aku main dahulu. Eh sebenarnya banyak lagi nak aku kongsikan, mungkin aku akan masukkan ke dalam next entry ye :) So apa pendapat korang? Ringkas, mesra alam, menghiburkan dan menjimatkan kan?Ternyata permainan dulu2 mengutamakan aspek semangat berpasukan, berkumpulan.. tidak seperti permainan2 yang ada kini.. lebih cenderung menjadikan kanak2 kera sumbang. Apa2 pun aku dibesarkan dengan permainan2 kampung itu..Korang ada?

P/s : Semua gambar di atas adalah ihsan encik Google. Aku rindukan masa lampau aku :)



21 Comments

  1. banglong! agaknya budak la ni tau dak konda kondi tu apa?

    tambah satu lagi permainan fav pompuan...zeropoin(betui ke ejaan gini) ikat getah panjang pastu terkinja2 lompat.

    galah panjang& roundes tu semua org main kot. byk lg kan...

    ReplyDelete
  2. amboi siap wat entri..best kan main tadi..sok cari geng kita main masak-masak lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  3. tutup tin tu fav!!!

    gem kite lebih kurang je...haha..duluklo rounders best ni..konda kondi pun best..sme best lah...bwhahaha

    ReplyDelete
  4. MakNgah - haha macam den katakan,banyak lagi permainan yang den nak masukkan.kalau masuk semua alamat boleh buat buku la.hahaha :D

    Puteri Kasih - tanak la men masak.nak men kawen2..mesti ada malam pertama kan?kan?kahkahkah :D

    ChaCha - haha sama ye?kalau tau dulu saya mewakili kg sy..pegi kampung awk.lawan konda kondi tau.hahaha :D

    ReplyDelete
  5. masa lampau memang mengasyikkan kan?..hehe...permainan yang pertama tu yang slalu kitaorang main dulu..fuhh..memang best lah..Yusry,Lisa Akan Kahwin 2013!..Betul ke?

    ReplyDelete
  6. tu tarik ngan daun pisang ke daun pelepah nyok pun permainan dulu2 gak..semua sis dah penah main...cuba bg yg x nah main..kahhhhhhhhhh
    paling terer main zeropoint..smpai x kena getah tu kalo main takat bahu...ngeeeeee

    ReplyDelete
  7. byk lg kn.. main tarik2 daun pinang, laga pemadam, tembak peluru kulit duku, kehkeh..syok!

    ReplyDelete
  8. waa..teringat zaman kecik2..best..syiok!!..huhu..(^_^)..lg2 mse kcik mmg rmy kwn..(^_^)..baling selipar tin, tutup botol,tepuk terup,lawan pmadam,masak2, memang selalu maen..hahaha..=D best kowt..tmbah sikit, tapi yg paling feveret, batu seremban, congkak, ngn teng teng, ngn ziro fine, kuikuikui..memang best..(^_^)..

    ReplyDelete
  9. main masak2,lawan pemadam,bola kertas tu paling gemar main dulu..masa kita muda mudi..sekarang permainan ada lagi ke eh utk generasi bawah kita ni..hehe

    ReplyDelete
  10. josrevalution - jom men balik bro.tgk berbirat lagi tak badan2 tu kena penangan selipar jepun saiz 8.haha

    el - haa men tarik2 daun sy tak sempat lagi kak.tu zaman bapak saya kot.lgipon kat umah saya takde daun nyok!huhu

    Cikgu Jaja™ - macam pernah main tembak peluru kulit duku tu.tapi tunggu musim buah duku gak baru wujud permainan tu.hehe

    ♥Aien Najwa♥ - zero point pon ada,tapi segan la nak letak bebanyak.kang orang kata afzal main permainan perempuan.hehe :P

    Cik Azizah - ntah la jijah,bebudak sekarang ni ntah kenal @ tak mendalah semua ni.tapi kalau dorang ada peluang mesti seronot kan?

    chiLleD...!! - yok!mau masak apa hari ni?hahaha

    ReplyDelete
  11. aik maik kawen-kawen plak..ok malam ni awk kawen ngan mankete...bwahahahaha

    ReplyDelete
  12. Puteri Kasih - tanak la kawen ngn mankete.apa yang dia ada,dah lama sy ada.haha

    ReplyDelete
  13. eh ziro point ey??..malu la plak..pagil ziro fine. ziro fine jerk..alah, time sy kecik, xkire dah laki pompan, bedal jer..(^_^)..

    ReplyDelete
  14. ♥Aien Najwa♥ - kahkahkah ziro fine.nak gelak lagi.hahaha :D

    ReplyDelete
  15. dulu salu main bola kertas kat umah,main dengan geng budak laki senapang kayu tu. Perghh memang ganas kita kecik-kecik dulu. hehe. tak lupa dulu salu main galah panjang.

    ReplyDelete
  16. miratun madihah - amboih ganas gak eton ni ea??hahaha

    ReplyDelete
  17. batu seremban mano..? keh3...rindu zaman main galah panjang n baling selipar..skrg da takde geng nak main game dolu2 ni..=P

    ReplyDelete
  18. salah satu post terbaik...mantap......jom yg komen2 ni semua kita main macam permainan kat atas....hahaha

    ReplyDelete
  19. aiNa yaZid - batu seremban pegi men kat seremban la..walaupun tu salah satu permainan kegemaran waktu lapang den.haha

    Topeng Putih - haha jom bro men sama2..so nak main yang mana satu nih?masak2?kahkahkah

    ReplyDelete