Dilema Seorang Suami

(Buat pertama kali entry serius peringkat daerah)

Amir terpaku memandang di kejauhan. Matanya acapkali dikatup tatkala debu2 halus menerjah ke kelopak matanya yang berair ..dikesat perlahan2 pada hujung lengannya sebelum pantas menakung dengan lebih banyak. Dia tidak mahu anaknya yang masih nyenyak tidur di ribaan terjaga dek kerana titisan air mata yang mengalir dari pipinya. Izwan dengan gaya tidurnya, nyaman barangkali di dodoi puputan angin petang di pinggir sawah. Sesekali Amir mengusap2 rambut Izwan lembut. Kalau bukan kerana Izwan, Amir takkan secekal ini.


Amir sayangkan Naimah, wanita yang sudah hampiir 5 tahun bergelar isterinya itu cukup tabah. Sebelum Amir melamarnya dahulu, sudah dia peringatkan berkali2 pada Naimah yang dia tidak mampu menjaminkan keselesaan dah kebahagian di kemudian hari tetapi wanita itu cuma tersenyum membuatkan Amir mengalah. Walaupun hubungan mereka ditentang oleh keluarga Naimah, tetapi apalah ada pada perancangan manusia. PerancanganNya jua mengatasi segala.

Amir tiada kerja tetap setelah kilangnya berhenti beroperasi sejak setahun yang lalu membuatkan hidup mereka kian terhimpit. Apa sahaja kerja, Amir lakukan asalkan hasil yang dia dapat halal untuk dia sekeluarga. Naimah pula mengambil upah membasuh baju dari rumah ke rumah, mungkin niatnya ikhlas untuk membantu Amir walaupun Amir berkeras melarang. Naimah tetap seperti itu..hatinya keras seperti zamrud..keras2 tetapi cantik. Sebab itulah Amir tidak kisah dan percaya pada isteri kesayangannya itu walaupun Haji Zaki, seorang guru sekolah yang asyik mengganggunya setiap kali Naimah datang membasuh baju di rumah Haji Zaki.

Hendak ditegur, Haji Zaki orang berada di kampungnya. Tambahan pula siapalah yang percaya setiap kata2nya. Miskin papa..dikatakan nanti dia membuat fitnah pula. Suami mana yang tidak cemburu, Amir selalu menasihatkan Naimah supaya tidak lagi pergi ke rumah Haji Zaki tetapi Naimah berkeras kerana Haji Zaki membayar upah 2 kali ganda berbanding lain. Amir tidak mampu menghalang..hanya doa sahaja agar isterinya itu selamat pergi dan pulang.

Di suatu hari, Amir tiba2 rasa tidak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang..mungkinkah petanda buruk pada dirinya. Fikirannya mula beralih kepada Naimah. Izwan yang nyenyak tidur di buaian ditinggalkannya sendirian. lantas dia terus berlari menuju ke rumah Haji Zaki.

'Naimah! Haji Zaki!', Amir terjerit2 dari luar pagar yang tertutup. Namun jeritannya tidak di balas. Matanya tertumpu pada selipar lusuh milik isterinya itu. Yakinlah Amir yang Naimah ada di dalam. Amir tanpa berfikir panjang meluru masuk ke dalam rumah. Sangkaannya tepat tatkala melihat Naimah menangis teresak di hujung penjuru katil manakala Haji Zaki dilihatnya tersengih2 sambil mengancing butang baju. Darah Amir sudah sampai ke kepala, amarahnya tidak mampu di bendung lagi. Baik buruk tindakannya tak mampu di congak akal yang waras.'Sial kau Zaki!!!!', lantas buku lima yang belum pernah digunakannya selama ini tepat menjamah muka Haji Zaki!! Tiba tiba Amir terkesima apabila mendengar namanya dipanggil..

'Amir!! Dah pukul berapa ni? Balik2 dah nak Maghrib!' Sah itu suara maknya. Naimah mengeluh. Mukanya mencebik. Potong stim betul! Amir dan Zaki mengurut dada lega. Kalau la maknya tak panggil balik..alamat sampai ke sudah la Naimah seksa dorang. Apalah dosa dorang dipaksa main masak2 dengan jalan cerita yang berubah tiap2 hari! Amir sempat menjeling ke arah Izwan, dia nekad untuk dapatkan watak sebagai anak esok time lai-lai-li-tamplong. Watak anak tak perlu hafal skrip. Kejenya memanjang tido. Yang pasti esok dorang kena main lagi secara paksa rela..

P/s : dah lama tak tumbuk2 bunga kertas dalam tempurung

40 Comments

  1. hehehe.. macam2 la awk ni..

    ReplyDelete
  2. adeii...ko balik kuantan nnt aku lempang laju laju...suke beno tipu aku...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  3. cess!!

    sajela ko nih.. aku bukan maen pokus lagi membaca... ciskek tol.. huhu


    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. memang noty anak mama yg sorang ni kan...huahuahuahuaa...

    ReplyDelete
  5. agak2 sis la kan...amir tu sure kamoo kan kan kan...heyy jgn nk tipu..dulu ms kecik2 I KNOW WHAT U DID Lor..kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. khusyuk je baca td...
    upenye...
    adoii ;)

    ReplyDelete
  7. konpom!aku tak percayakan ko lagik! :P

    ReplyDelete
  8. hoh..baru je nak emo nak marah..haishh..memang betul sukasuki afzal..cesss

    ReplyDelete
  9. wakaka...
    jom afzal kite men kawen2.. syco2! wakakaka ;p

    ReplyDelete
  10. heh plot berat tuh...men kawen2 udah ler..haha

    ReplyDelete
  11. apzal. hang suka seksa aku sebegini rupaaa. sampai hati hang. potong stim betul. ingatkan ending cerita haji zaki mati kena bunuh!!

    ReplyDelete
  12. hahhaaa..keje anak melantak n makan tido..betul sekali...
    gile kentang n3...hahhaaa

    ReplyDelete
  13. erk? ahahahahahaa

    adoilaaa... tipah tertipu bang~~

    ReplyDelete
  14. nahai....macam ni pun ble ke????hahahaha....

    ReplyDelete
  15. ngek la ko ni..ko tau aku dah nak menitis aimate?? tengok2..arhh, frust menonggeng aku.haha

    ReplyDelete
  16. chesss....ayat bkn men puitis..rupenye cite bbudak..hehe

    ReplyDelete
  17. HAHA... WAKENA BEB..

    ingtkn ape la jadi seterusnye..
    rupa nye budak2 men masak2.. haha

    ReplyDelete
  18. ceh...cerita~! Potong stim betoi.. hahhhaa

    ReplyDelete
  19. cehhhhhhh!!!!!!!!!!
    potong stim tol la...
    cerite da masuk part best da...last2 endingnye cmtu lak....
    tp papepun entry awk semua mmg best la...

    ReplyDelete
  20. pencetus idea y TERBAIKKKK lah....
    nama hmpir sama..sek baik bkn kita..^_^...hihihi...ape pown..mmg kreatif ha..hmpir tertipu !!!

    ReplyDelete
  21. lepaskan geram dlm tido je la...he..he..

    ReplyDelete
  22. arrghhhh! tension gila. main masak2 rupanya, bersungguh aku baca.

    #nice bro :D

    ReplyDelete
  23. haha starting series, tak sangke akhirnya jadi kelakar plak :p hahah

    ReplyDelete
  24. ingtkan tul2 la td rupa nyre main mak2

    ReplyDelete
  25. hahaha jahat betul naimah dera diorang. :)

    ReplyDelete
  26. afzal,grrgrrram tahu tak,.punye la aku cari mase yg sesuai sambil semata2 nak bace entry ko,last2 nie je cerita die?? gle potong stim,melampau!!!!!!

    ReplyDelete