Kau Kategori Cantik, Ayu Atau Comel?

Assalamualaikum..

So hari ni aku rasa nak describe wanita pada pandangan mata kasar lelaki aku :) Ni pada mata aku..kalau mata orang lain aku tak tau la. Lagi2 yang matanya juling2 itik, juling2 air..lain pulak tastenya. Pada aku wanita dikategorikan kepada cantik, ayu dan comel :) Ada yang lain lagi ke? Yang lain tu tak termasuk dalam kategori wanita pada aku. Kalau ada pun, tu dikategorikan sebagai spesis umang2 ataupun katak pisang.

Wanita spesis cantik ni, dia mempunyai raut wajah yang jelita, susuk tubuh yang menarik dan pandai bergaya dengan pakaian, aksesori dan alat solek. Aku selalu tengok type2 model termasuk dalam kategori ni. Tapi aku kurang pasti bila si cantik ni tak mengenakan sebarang prop pada tubuhnya.. adakah dia akan kelihatan menarik? Aku pernah jugak tengok, cantik bila berhias..tetapi bila tak berdandan bagai humang aih cantik lagi makcik kantin sekolah Tamil depan umah aku. Contohnya macam Neelofa ni. Perghh seksi la mata dia. Mintak sikit bulih??


Beralih pulak ke kategori ayu. Ayu sleeping..ayu sleeping..brother john (maaf tetiba lagu tu berkumandang dalam kepala hotak aku) Si ayu ni pulak, mereka yang dikatakan natural beauty..tak perlukan alat mekap atau  prop untuk menyerlahkan kecantikan sebenar dirinya. Dia tak perlu nak mekap tebal2..kalau tak nampak macam badut sarkis. Cukup sekadar mengenakan blusher sikit2, gincu warna lembut. Perghh aku ni cakap dah macam mak andam plak! Si ayu ni pulak..kalau di selarikan dengan sikap sopan santun, lemah lembutnya humang aih macam perempuan melayu terakhir wa cakap lu!! Aku tak kenal minah ni, tapi dia ayu pada aku. Sejuk mata aku memandang :) Macam duduk dalam peti ais rasanya :P


Si comel pulak, muka dan perangai dia macam keanak anakan. Nampak kiut je. Sentiasa bermain dengan mimik muka, mata dan gerak tubuh membuatkan orang yang berada di sekitarnya rasa macam nak picit2 je dia sampai kemek. Comel sangat! Tapi kalau melampau sangat tu kira dah termasuk dalam kategori gedik pulak. Merengek2, terhentak2 kaki..ai ni macam nak mintak tapak kaki je? Maaf minah2 gedik not allowed here. Kiut boleh..gedik jangan. Ko tengok si Heliza Helmi ni..kiut kan? Sama kiut macam aku tak? Huhuhu


"Tapi mengikut pemerhatian dan keputusan ujikaji makmal la kan, aku rasa ko berada dalam kategori cantik la Ani. Walaupun gigi ko besar, tapi apa ada hal. Tu buat pakuk kepala peragut, boleh sumbing kepala dibuatnya! Eh nak tau rahsia tak? Dalam TNB ni ko la yang paling cantik ditambah pulak bau ketiak ko wangi macam bau setanggi. Punyalah wangi sampai aku boleh bau time nak parking moto kat luar tadi!!", ujar Mahmud panjang berjela. Ani dilihatnya buat muka toya tanpa perasaan.

"Dah habis ko merepek? Maaplah Mud oi..aku tak makan pujuk rayu ko tu. Ni ko nak bayar ke tak?3 bulan bil letrik ko tertunggak ni. Esok jangan pulak ko datang cari aku lagi buat cerita ko berak guna lampu suluh!", selamba badak Ani memerlinya.

Kelat2 ketat muka Mahmud sebelum beredar meninggalkan kaunter pos opis. Ai nampak gayanya taktik dia mengampu si Ani tak menjadi jugak. Rasa macam dah cantek mukadimah dia tadi..apa yang kurang pun dia tak tau. Gambar Neelofa, Heliza dan gambar entah sape yang dia amik dalam tenet semalam direnyuk2 masuk ke dalam bakul sampah. Mahmud melangkah pergi dengan gaya paling sadis sambil berlatarbelakangkan lagu A to Z - Itik Gembo2. Bertambah sedih dan pilu hatinya kerana lagu itu je pun yang dia tau selain lagu Anak Itik Tok Wi yang dia hafal masa darjah 4 sepuluh tahun dulu. Nampaknya gayanya bergelap la rumahnya malam ni!!

P/s : Nak kipas lipas pun tengok orang jugak! :)

49 Comments

  1. kahkahkah....apzal, apzal.. neelofa memang cantek n heliza memang cumel~!!

    eh, apesal kategori CuN takde..??? muehehehe. =P=P

    ReplyDelete
  2. tak rase cantik, tak rasa ayu n tak rasa comel..
    tak tau rasa apa..ohoho

    ReplyDelete
  3. hahhaa! asal macam lawak lak entri ni.. ni mesti nak jadi novelist macam kak mimi.. hihihi~

    ReplyDelete
  4. wah...heliza cOmeyyyyyyyyyyyyy! ct dlm kategOri cOmey + ayuu kOt..ehem2...sekali nak berangan xsalah kan? hahahaha :P

    ReplyDelete
  5. aku kacak so mls nk kecoh lah...kbai

    ReplyDelete
  6. malas komen lelebih!. cuma nak gtau ai ni perempuan melayu terakhir. tu je. kbai

    ReplyDelete
  7. tu la..on9 24 jam,bil api dah banyak..nak mintak diskaung konon...poodahhhh....padan muker mud...huhuhuhu.

    p/s afzal ni leh masuk raja lawak ...tambah sorng boboi.

    ReplyDelete
  8. kalau kte buat2 cute~ mmg automatik akan nampak gedik~ hehe~

    btw, heliza mmg sgt cute~ ^_^

    ReplyDelete
  9. *ehem* saya cute mcm heliza kan :3
    hahahahaha~

    ReplyDelete
  10. tak ada dalam kategori tu semua kalau sukat kat muka..cukup la rasa rasa bertuah kalau ada org ikhlas dengan diri ku seadanya..^^,

    ReplyDelete
  11. aku rasa..aku dlm kategori cun..hahhaha ;P

    ReplyDelete
  12. Kesimpulannya.. Sila bayar bil letrik anda sebelum dipotong.. ahakz..

    ReplyDelete
  13. hahhaa..lawak lah entry ni..hati yg panas pun jadi coollll..:)

    ReplyDelete
  14. mak awak cakap saya manis~


    *mimpi ^_^"

    ReplyDelete
  15. dekat atas tu semua sesuai dengan gelaran ayu, cantik dan comel. :)

    ReplyDelete
  16. ngok tol mud ni.nak ejas ani x pandai.tak payah jadi mud la.jadi mid pun ok..huhu sengal.. :)

    ReplyDelete
  17. macam2 la anda ni..haha sian mahmud bodek xjadi :P

    ReplyDelete
  18. erm..macam2 afzal ni..cantik itu subjektif..any answer can be..>.<

    ReplyDelete
  19. ecece..mel dalam kategori mana ni??hahahaha

    kes cmo baya mmg xleh nk tolong..kah3..kipas xjadik..pakai ekon lah pasni ye bang..hahaha


    mel=?hahahahaha..heliza tu..lalala..kbai

    ReplyDelete
  20. neelofa...wow...bila dia nk pkai tudung lak..lagi cun kot kalau pakai tudung...hehehe

    Selamat Tinggal Dunia ©: Pendrive Unik Menjadi Kegilaan Pengguna Masa Kini

    ReplyDelete
  21. lelaki mmg suka tengok pompuan cantik...kan...kan..kan...P

    ReplyDelete
  22. fitrah manusia..nak yg cantik jer.. :)yg mmgg cantik nak laaagi cantik, yg xcantik ofkos laa nk cantik gak.yg xcantik langsung biasanya pasrah. rilek2 sudah.. ada rezeki, kawen..xde rezeki pon redho..ehh apa jaja merapu neh

    ReplyDelete
  23. mata neelofa mmg seksi.awwww! suka tgk~ ehehe :D

    ReplyDelete
  24. akak kalau mekap pun cantik..tak mekap pun cantik..
    tu kategori apa mahmud???
    ekekekek

    ReplyDelete
  25. adoi dari tadi asyik gelak je kat FB..kat blog ni pun sambung gelak lak...hilang kecomelan ku...hahahaha

    ReplyDelete
  26. rasa2.....saya katogori cun melecun comey lotey and cantik memang dabombb..huahuahuhuaa!!

    ReplyDelete
  27. hahaa..
    sy sume cantik,cun meletops,kiut,comel,ayu..pakej! hak hak

    ReplyDelete
  28. maknanya aku belum cukup wanita lagi ni. sebab aku cool je pun. hahaha

    ReplyDelete
  29. cik tikah kategori comel (wah perasan sungguh!). hahahaha...

    ReplyDelete
  30. heliza comel....geram tgk dia....hakssss

    ReplyDelete
  31. hahahaha...brader,utk spesies umang2 atau katak pisang ada contoh x?nak contoh...

    ReplyDelete
  32. eleh , neelofa tu jiran sebelah rumah je , cehh , ahha .

    ReplyDelete
  33. aku kategori gedix yang shomeeeey hahahahahah

    ReplyDelete
  34. aku lelaki.. nk kate cun bahaya plak.. haha kata cute cam poyo jek hahaha..

    ReplyDelete
  35. heliza comey sket dr sy...tp sy comel bnyk dr heliza...hahhaha...
    *jwpn poyo dr saya...ikhls dan tulus*...perghhhh, sentap hati mak nak bila bace...hahhahaha :)

    ReplyDelete
  36. Neelofa tu cantik tapi bagi aku dia cantik yang biasa. Kira macam dah ramai la orang cantik macam tu. Takde WOW pada aku.

    Aku suka Izara Aishah dan Fazura. Diorang memang cantik yang WOW!!!


    Aku pulak tergolong dalam kategori JELITA. kahkahkah.

    ReplyDelete
  37. Aiyoyoyo..!!..apzal telah membutirkan semue maksud bg pempuan cantik, ayu dan comel..mcm mak andam lak yerk..mak andam pown xsampai detail gtau..maybe u pak andam kowt..huhu..waa, yang wajah tengah tu sangat comeeeell..(^__^)..neolofa cantik, heliza, comel..berbeza kan???..hehe..

    ReplyDelete
  38. gila kecewa,.group aku sebagai wanita yang jelita tak tersenarai bha,hehe,.cantik tak cantik, ayu tak ayu, comel tak comel, yang penting bil eletrik tetap kena bayar bhai,.

    ReplyDelete
  39. hahah..nice entry...ramai dah terasa hati..tp ada ko kesah ke afzal? akak x kisah pun sbb akak ngaku akak x lawa..

    ReplyDelete
  40. hanya si dia yg mampu menilai diri kita,, worh, jiwang seyh ayat aku

    ReplyDelete