Aku memerhati dari kejauhan. Dalam manusia berasak2 mencari ruang untuk bergerak..mata aku terpaku melihat sepasang anak beranak di tengah2 kesibukan. Kelihatan si anak merengek2 menarik tangan ibunya sambil menunjuk ke arah sesuatu. Si ibu kusam kebingungan..masih lagi berdiri cuba mententeramkan anaknya. Si anak mula menghentak2 dan menangis. Aku lihat si ibu mengeluh sambil membuka dompet kecil berwarna merah.. mungkin membelek2 baki duit yang ada. Si ibu mengukir senyuman.. anaknya membalas sambil si ibu mengesat air mata anaknya pada hujung lengan baju. Mereka berdua menuju ke tapak jualan durian. Oh! durian rupanya yang anak tersebut mahukan. Ya durian itulah yang dimahukan anaknya.. menggantikan sayur2an dan barang dapur yang sepatutnya lebih mereka perlukan. Kenapa? Kerana dialah seorang ibu..
Aku termenung sejenak..apakah akan terjadi kelak sekiranya si ibu merengek meminta anaknya durian seperti yang aku lihat tadi?Adakah anaknya mampu tunaikan hasrat ibunya sepertimana yang telah ibunya korbankan hari ini? Mampukah si anak memeluk ibunya erat2 dan memujuk akan membawa durian sebagaimana yang diminta? Mengesat air mata ibunya.. berkata yang baik2 sahaja, tidak meninggi suara? Apakah jaminan yang anaknya akan berbuat seperti apa yang ibunya lakukan hari ini?? Siapa mampu berikan jaminan? Siapa?
Tak perlu lihat orang lain..tanya diri kita sendiri. Apakah jasa bakti kita selama ini merupakan yang terbaik pernah kita curahkan kepada orang tua kita? Aku akui.. aku sendiri tidak mampu lakukan yang terbaik.. tetapi aku masih terus mencuba. Jasa orang tua itu terlalu besar bagi aku..sehingga aku merasakan satu beban yang maha berat untuk membalas segala jasa bakti dan pengorbanan mereka. Pernahkah mereka minta kita untuk membalasnya? Tak.. tidak sama sekali bukan? Acapkali mereka ucapkan asalkan kita hidup bahagia, seringkali mereka harapkan anak2nya cukup makan pakai. Tapi ketahuilah yang hakikat sebenarnya mereka menagih sekelumit perhatian daripada kita.. anak2nya, darah daging waris keturunannya..
Aku sayangkan orang tuaku. Sayang aku bukan sekadar lafaz tanpa makna, mendabik dada dengan kerjaya entah apa2! Selagi ada kudrat, selagi mengalir keringat..aku cuba curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Aku bangga dilahirkan sebagai anak mereka. Walaupun hidup kami tidak sesempurna mana.. tapi aku tetap membesar di dakapan erat abahku, aku tetap ditatang dibalik jerih peluh emakku. Jejari kasar itulah yang pernah menyuapkan nasi ke mulutku.. tangan yang sama itulah yang tidak henti2 menyikat helai rambutku.. nyanyian mereka jualah yang menemani di setiap malam2ku. Aku takkan pernah lupa! Takkan kubenarkan sama sekali!
Andaikata ditakdirkan umurku singkat.. aku redha. Cabutlah nyawaku Tuhan, kerana aku tak pasti yang aku mampu hidup tanpa mereka di sisi. Bawalah aku menemuiMu terlebih dahulu Tuhan, kerana hidupku kurasakan mati memerhati setiap kenangan indah bersama orang tuaku di sini. Aku pasti puas, padaku hayatku ini berbaloi semata2 untuk melihat mereka terus mengorak senyum. Itu sudah cukup memadai bagi aku sebagai seorang anak, seandainya aku dipanggil untuk pergi buat selama lamanya suatu masa nanti.
'Mak abah.. Along sayang kamu'
P/s : Kita akan mula belajar menghargai sesuatu sekiranya kita mula rasa akan kehilangannya..
Hargailah mereka selagi mereka masih ada
35 Comments
-_- T_T @_@
ReplyDeleteafzal,sedih la entry ni..sangat sensetip bile cakap pasal parents..jasa mereka tak ternilai kan..ya,fiza juge..mencuba untuk buat terbaek kepada mereka..cube untuk buat mereka tersenyum..itulah kepuasan sebenar..aiyaa...takk boleh teruskan..mampu buatku menanges lor..huwaa...nak balek kg skarang gak!
p/s:I love my mak abah too
sepenuh usia yg kita ada..takkan pernah cukup ruang utk kita membalas jasa mereka..kan?
ReplyDeleteapa yg boleh kita buat, selagi ada udara yg dihirup, usaikanlah hari hari kita dengan kasih tanpa berbelah bahagi terhadap mereka..
usaha utk menjadi anak yg soleh/solehah..
even ada parents yg meninggal..kasih kita tetap boleh disampaikan.. dgn menjadi ank soleh..
sy stg mak sy.. :) sgt sgt2
*typo
ReplyDeletesy syg mak sy..syg sgt2
touching betul this entry .
ReplyDelete''mak...akk sayaang mak''
T___T
serious..diri ini juge belum buat yang terbaik utk ibu & abahku..mak abah, aiN syg mak & abah sgt3..=(
ReplyDeletesebagai anak...cuba untuk membalas jasa ibu dengan sebaiknya & semampunya....
ReplyDeletesayang mama sangat2!!!
sob sob sob sedihnya...
ReplyDeletemaaaaaaakkk! uda syg mak! huhuhu
xdpt bayangkan kalau dah kawen kelak. huuuuuu :( hargailah ibuayah kita..
yup...berbaktilah kpd org tua selagi mereka masih ada...:)
ReplyDeleteBila ada tak dihargai, bila dah tiada tercari cari...
ReplyDeleteIbubapa tak ada siapa boleh mengganti...
sedihhh :'( waaaaaa... adek sayang makk!
ReplyDeleteseorang ibu mengharapkan apa yg terbaik utk anak2nya...
ReplyDeletekita tidak tahu betapa besarnya pengorbanan ibubapa...melainkan kita sudah menjadi ibu dan bapa..
hargai mereka selagi ada..sayangilah..
kasih sayang ayah dan ibu.. tak terbalas..
ReplyDeleteSo touching...mama kehilangan abah masa umur 11 thn...umi pergi ketika mama menunggu saat kelahiran anak sulung....(1999)...kehilangan kedua mereka begitu perit untuk diterima.namun kita selalu sedekahkan pahala bacaan ayat2 suci dilengkapi doa dan sedekah untuk mereka....thn ni juga kami adik beradik laksanakan upah haji untuk arwah nenek,umi dan abah...al fatihah....
ReplyDeletep/s afzal jgn sesekali kecilkan hati ibu bapa....jika sedar,mohon ampun secepat yg mungkin...
artikel yang sangat menarik memikat dan menggugah jiwa :)
ReplyDeletekadang kita terkhilaf baru menyadari akan kasih sayang orang tua yang sangat luarbiasa, di saat kita telah kehilangan mereka
terimakasih kawan sudah berbagi artikel ini ...salam
sedih plak baca entry ni....;(...tp itulah....kadang2 anak akan bosan ngan karenah ibu...tp ibu????.tak pernah wooo...abah pun sama...sekarang aku dah abah aku tahu perasaan tu...mgkn sekarang ada yang faham tapi tak sepenuhnya...nanti bila dah laluinya akan lebih faham....dan lbih menghargainya...
ReplyDeleterumah sejam je dari sini. pun kene balik tiap minggu. kalau tak balik rasa tak best la. kene jumpa jugak parent walaupun takde hal.
ReplyDeletewuwuwu muah2 my parent!~
afzal. saya juga sayang akan kedua ibubapa saya. termasuk kedua ibu bapa mertua sy..heheheheh...:)
ReplyDeletep/s : minggu dpn nak blik deepavali
jaga mereka selagi masih ada kesempatan..dah tak der nanti jangan melopong lak.
ReplyDeletesayangggg mak ayah..
ReplyDeletegila sedihh !
ReplyDeletesayangi ibu ayah smentara mereka membuka mata di dunia ini..
ReplyDeleteish mata sparkling2 tau..
weeee~ sedihnya entry ni.=.=
ReplyDeletesy syg ibu bapa saya! :)
Sedihnya baca entry kali ni.. setuju dgn Afzal..selagi mereka ada, cubalah memberikan yang terbaik untuk mereka..
ReplyDeleteMood : best giler sbb bru balik dari kg..
sedih bace entry ni.. :(
ReplyDeletesama2 lah kita hargai ibu bapa kita selagi kita masih bersama-sama mereka.. :(
seriously best entry nie.. sayangnye lah kat insam bernama mak abah nie.. :D
ReplyDeletekalau takde mak ayah, kita juga takkan wujud di dunia ini..
ReplyDeleteadeh semalam entri cikgu wat air mata bergenang, ni entri awk lak...lepas ni sebelum baca entri kena standby tisu...hukhukhuk
ReplyDeleteentry ini sgt menyentuh jiwa...
ReplyDeleteBerjuta-juta wang ringgit pun tak kan dapat balas pengorbanan dan kasih sayang mak ayah. Tak ternilai semuanya. Mak ayah cik Yana pernah cakap, dorang tak harap pun harta kekayaan anak-anak dia bile anak-anak dia da berjaya. Tapi cukuplah kalau anak-anak dia kenang semua jasa pengorbanan dia. Huhuhu~
ReplyDeletewuaaa syahdu dowwwwh!!
ReplyDeletewaaaaaaaa...nak balik jumpa mak ayah.....sedih laaa....bila la nak tamat mengaji ni...nak berbakti utk org tua pula...x sabar menanti saat tu..mesti best sgt.. ;-)
ReplyDeletehttp ://dzuandiey.blogspot.com
sedihnya entry ni :(
ReplyDeletesy pun syg sgt2 mak ayah sy ..
cweet sgt <3
ReplyDeletei love my parents.muahx
weyh! sedih... sayang MAMA ABAH Nurul jugak! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
ReplyDeletesedih beb entri ni tok ketua..hummm..
ReplyDeletessnguhnya bnyak salah naiemah pd diorg :(