Assalamualaikum,
Semalam hari sakit kepala sedunia. Baru hari ni korang nampak muka aku kan?Bukan setakat korang, aku sendiri baru nampak muka aku hari ni..kat cermin tandas. Humang aih sakit kemain. Rasa macam kena gigit arnab kat kepala. Err..sakit ke?Aku sendiri tak pernah kena gigit ngan arnab. Uhuk3.
Huh. Sakit2 semalam pun datang gak idea aku nak buat entry ni. Aku nak cerita pasal mentaliti orang kita. Baru2 ni aku ngan kengkawan aku keluar jenjalan, bosan kot dok umah je. Pusing2 tengok muka sendiri.. paling kuat pon tengok muka housemate. Cuba-try-test tengok muka orang lain plak la kan. Then kitorang nampak 2 perempuan bergaduh bagai. Adoyai! Bergasak depan orang ramai pulak tu. Eh ni bergaduh tau.. bukan berbalas pantun! Kaki tangan naik.. tak cukup ngan tu dengan laju je mulut mencarut. Cam buntut ayam lagaknya.
Tapi yang aku kesalkan sikap orang sekeliling yang lebih berminat untuk memerhati daripada menyelesaikan. Do something la! Takkan nak biarkan je, maruah perempuan tu bhai! Mentaliti orang kita suka melihat daripada bertindak bukan setakat ni je. Bila berlaku kemalangan..kalau tak berjujuk kereta beratur semata2 untuk tolong usha je dari jauh memang tak sah, tapi lepas tu sekadar cakap 'La eksiden rupanya' Paling koman pun berhenti tengok nombor plat..mau tikam itu nombor 4 digit! Choiii!!
Bila nampak si tua mahupun wanita mengandung berdiri lama dalam kenderaan awam takde pun rasa inisiatif nak offer seat sendiri. Nampak sampah punya besar..taknak dikutip. Alasan bukan dia yang punya. Tengok mamat selekeh dikatakan muka pecah umah. Apa la dosa mamat tu ngan korang kan? Tu antara mentaliti2 orang kita yang pada aku payah la nak dikikis sekiranya tidak diasuh dari mula. Balik2 mak bapak dan cikgu jugak yang dipersalahkan. Ha! Mentaliti jugak la tu!
Dah aku rimas tengok si minah ni asyik berkocoh je, aku ingat nak pegi leraikan. Yela gentleman macam aku ni mana suka tengok orang pompuan bergaduh cenggini. Tapi kawan aku tak bagi, boleh plak dia kata nak buat hape!! Menyirap aku sekejap. Aku usha kerek.. mata bertentang mata. Aku perasan taik mata sebelah mata kiri dia. Last2 dia cakap 'Der, baik ko duduk senyap2 kat sini sebelum ko kena baling popcorn. Ai tadi ko jugak yang nak tengok citer ni?' Hmm..yela aku tau aku tengah layan BINI BINIKU GANGSTER, mungkin aku terbawak2 perasan emo aku kot. Naluri beb..naluri ke-gentleman aku mana boleh tengok pompuan bergaduh eventhough dalam movie pon. Bila difikir2 balik biarlah.. kali ni je. Lagipun aku dah bayar 8 hengget kat kaunter tadi.
P/s : Mentaliti korang kuat mengatakan aku sengal kan??Chaiit!
41 Comments
Pernah tonton makwe pakwe gaduh..cam mano tuh..nak kena tolong ke idak..yang sepatutnya..?? ngee~~
ReplyDeletedulu2 pernah tengok kapel gaduh...lelaki diam je dalam kereta, perempuan tendang2 pintu kereta sampai kemek...
ReplyDeletenak tolong...tolong tengok je, sebab diri sendiri bergaduh nak kejar masa pergi kelas...hahaha...
tengok lagi best apa...wayang free...!!!
ReplyDeletehaha afzal buat tazkirah je la kt diorang tu :)
ReplyDeletesebab yang tengok tu tengokkk jee..xwat pe2
ReplyDeletebukan nak ckp apa, kadang2 org kita ni tak nak bukak minda dengan seluas2nya. tu yg kadang2 jadi bebal
ReplyDeletexmlu betol gduh di khlyk rmai..
ReplyDeletegaduh di khalayak ramai..? wat malu je. profesional la sikit dpn public.(^^,). jgn biarkan emosi menguasai diri. keh3... =P
ReplyDeletetengok gaduh dalam filem ke? haishh.
ReplyDeletetapi kalau betul pun memnag ramai tengok dari try selesaikan.
mungkin takut kalau masuk campur lagi keruhkan keadaan dan dikatakan menyibuk kan. entahlahh. :)
Hallammak!!~~bergaduh depan orang ramai, xmatured kot..bertumbuk bertampar, apekes..huhu..erm, wah baru lepas tengok bini2 ku gangster..syiok kowt!!~~=)
ReplyDeletehahahahhahahahahaha...
ReplyDeleteak da tangkap serius da awal2 citer tuh...chait!
memang macam to orang bangsa kite. buat malu jep. takde persefahaman langsung
ReplyDeletekalau tak tolong, takut dorg gadoh lagik teruk..tapi kalau tolong, takut dibelasah sekali..macam mana tu? ehhe
ReplyDeletetolong tengok jer lah..jgn masuk campur hal org..*_*..ataupun kol jer polis,soh polis setelkan,abis cerita..
ReplyDeletetolong tgk je yg mampu . Nanti kene baling ngn popcorn haa . Aiyokkk ~
ReplyDeleteceh tengok bini-biniku gangster rupanya.
ReplyDeleteaku dah pencen hal-hal nak leraikan perbalahan orang. dulu iye lah aku orang yang akan leraikan kes-kes gaduh ni. haha. sekarang aku dah tak hambek pedulik. lantakk~ hoho
kalau aku malu gadoh dpan org ramai..
ReplyDeletekau memang sengallllllllllllllllll!!!!
ReplyDeletekureng...... =.=
ReplyDeleteterkena.
ReplyDeletehaha!
cite ni mesti best lain dari yg lain.. :)
ReplyDeleteIngat betul-betul tadi jadi depan mate..eh tapi memang depan mate pun kan..hehe..dalam citer rupenye..tapi betullah afzal..ni yg selalu terjadi..lebih suke tgk dari membantu.kannn
ReplyDeleteini berlaku bila dlm diri kueang agama.....tepuk dada tanya iman
ReplyDeletehuhu.. tgk movie pun emo.. rilex2.. hee :P
ReplyDeletehahahaha..igtkan tgh bergaduh btl2..sekali tgk movie derrrr..
ReplyDeletex baik tau gaduh2..tambah2 perempuan pulak..lg la x sopan..hehe
kadang-kadang cik tikah lagi suka tengok dari selesaikan sebab malas. haha..
ReplyDeletehahaha,, best pula entri ko nie, tngk istri2ku gangster pula..^^.. haizzzz,, budaya skrg pa le bt.. klau kat kg mac ada kot,, bnda tlg2 nie.. klau kat bandar.. fuuuu,, taikla orang sbh cakap..hehehe
ReplyDeleteapa punya MENTAAAAAAALLLLLLLLLL!!! la ko ni afzal!!...hahaha...gurau ja..xkan serious kot...ubah mentaliti...kan3??
ReplyDeletebiasa tu bro....
ReplyDeletemenontonkan dpt lg byk faedah dr membantu....
besar tu pahalanye....
anyway bantu membantulah. klu kita x bantu org nnt xde org nak bantu kita.....
dah besar dahhhh...huhu
ReplyDeletekena muhasabah diri..:)
ReplyDeletecaiitttt!!!!
ReplyDeleteberia2 je akak baca..
tapi betul la..
kalau bergaduh ke apa
mesti kita memilih untuk jadi penonton je..
kalau ada adegan2 yang
lucu tu kita jadi tukang senyum..
tak de la nak meleraikan..
macam sebahagian dari hiburan pulak..
eh..ko transfer sakit kepala tu kat aku ea????hahaha
ReplyDeleteingatkan betul2 gado td...=p
ceyh! tekena lg.. huhu
ReplyDeletenurul baru jek tengok citer BBKG tadi, kat laptop jek.. xde kesempatan nak pegi panggong.. hukhuk
~awak sengal! haha
tak fhm.,actually ni cite psal BBKG ke,pasal kisah benar nihh??
ReplyDeletemcm ni la afzal...dr jauh kamu baling batu kt dorg k...bukn kt yg mengandong tu, kt yg gado tu...hahaha
ReplyDeletebaik budak neh. da bOley kawen da.
hahak dats all i can think of
ReplyDeletecaittt gentlemen kunun2..yo yo oooo je kamooo...
ReplyDeletelar~ ngape tak join sekali? eheee :D
ReplyDeleteowang gaduh tuh mana malu pom...x fikir..
ReplyDeletesakit jiwa kau camni!!. aku baru gosip apsal dorang gaduh. rebut jantan ke hape ke!!.. memang patutlah kena baling ngn pop cornnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete