Andai Ku Tahu

Awan berarak mendung, mungkin akan hujan seketika nanti. Nurin mempercepatkan langkahnya, dia tidak punya banyak masa lagi. Dia perlu jumpa Iman untuk memberitahu perkara ini. Dia juga berharap agar Iman dapat luahkan isi hati kepadanya. Semakin ligat otaknya berputar, semakin kusut langkah yang diatur. Dia mahu cepat sampai..cepat menemui buah hati kesayangannya itu..

Sedari kecil lagi mereka berdua bagaikan belangkas. Setelah Nurin diserahkan oleh ibu bapanya kepada atuknya, Iman lah lelaki pertama yang dikenalinya. Bermain, bersekolah dan mengaji semuanya dilakukan bersama2. Acapkali mereka dihambat balik oleh atuknya kerana terlalu leka bermain seharian. Nurin ingat semuanya. Cuma Iman tidak punya rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bersamanya memandangkan keluarga Iman sendiri kais pagi makan pagi, mengambil upah mengerjakan ladang getah milik orang kampung. Itu langsung tidak menjarakkan perhubungan yang telah lama mereka bina. Tetapi hari ini mungkin hari terakhir untuk mereka berdua dan Nurin sendiri takut seandainya perkara ini berlaku. Dia mahukan kepastian..mahukan jawapan daripada Iman..

Dari sisi bendang Nurin sudah nampak kelibat Iman termenung panjang. Samada Iman sengaja buat2 tidak sedar akan kehadirannya atau memang dia terleka.

'Iman, ada sesuatu yang ingin aku beritahu', Nurin memulakan bicara tetapi Iman sekadar membisu

'Ibu bapaku akan tiba esok untuk mengambil aku kembali. Aku terpaksa merantau jauh mengikut mereka memandangkan mereka kini sudah membuka syarikat di luar negara. Iman, kalau kau tak mahu kita berjauhan..bagitau lah aku sekarang. Aku janji yang aku takkan pergi', kelopak mata Nurin mula bergenang manakala Iman sekadar memandang dengan pandangan yang sayu tanpa jawapan.

'Iman kau dengar tak? Iman kenapa kau diam? Tolonglah Iman, aku merayu sangat2 agar kau halang aku untuk terus pergi selamanya dari sini..dari hidup kau. Katakanlah sesuatu..katakanlah yang kau cintakan aku!', Nurin mula terjelopok..menangis teresak2 di kaki Iman. Iman cuba membantu Nujrin untuk bangun namun kudrat wanita itu cukup kuat menepis tangan Iman ketepi..berlari pulang meninggalkan Iman sendirian sekali lagi.

'Maafkan aku Nurin..Maafkan aku', luluh hati Iman

Keesokan harinya seperti yang dijanjikan, ibu bapa Nurin tiba untuk mengambilnya kembali. Walaupun berat untuk melepaskan dakapan Atuknya yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh..tetapi apa lagi yang boleh dilakukannya. Dia terpaksa akur dengan keputusan orang tuanya itu. Lagipun dia kemungkinan akan terus melanjutkan pelajaran di sana. Wajahnya sebal tatkala ekor matanya memandang kelibat Iman berdiri di suatu sudut, memerhatinya dari jauh. Dia menghampiri Iman yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Iman lantas menyerahkan hadiah yang dibalut rapi kepada Nurin.. dan Nurin bukan harapkan hadiah daripada Iman. Dia masih mengharapkan agar Iman dapat meluahkan perasaan kepadanya. Dilihatnya wajah manis buah hatinya itu kusam dan matanya mula berair namun tidak pernah lekang dengan senyuman. Tahulah Nurin yang Iman merelakan dia pergi. Nampaknya dia harus terima hakikat yang dia bukan untuk Iman lagi. 15 tahun bersama2..apa yang dibawa Nurin hanyalah plot2 kenangan sewaktu bersama Iman. Tidak lebih dari itu..

7 tahun berselang..

'Mama tengok ni. Boleh tak mama tolong Iman? Iman tak taulah nak lukis ni', Nurin tersenyum melihat keletah anaknya yang seorang itu. Dia mengakhiri zaman bujangnya sebaik sahaja tamat pengajian. Namun ingatannya pada Iman, kekasih hatinya dulu tak pernah luput malah dipatrikan pada nama anaknya itu.

'Yang mana sayang. Tu kan Iman dah lukis?', ujar Nurin sambil mengusap2 rambut anaknya yang kusyuk melukis koleksi rama2 yang diawet di dalam bingkai gambar pemberian Iman dahulu.

'Bukan, tu ha. Kat sayap rama2 tu..Iman tak nampak sangat nak lukis',rengek Iman manja.

Nurin lantas memerhati dari dekat. Ye tak salah lagi ada sesuatu yang tersirat pada sayap 4 ekor rama2 tersebut. Lantas Nurin jatuh terjelopok ke lantai.. berjujuran airmata membasahi pipinya. Pandangannya ditujukan kembali pada abjad2 kabur yang disusun pada sayap rama2 tersebut. I.L.O.V.E.Y.O.U. Kenapa selama ini dia tidak sedar? Dia tahu Iman bukan seperti orang lain.. Iman bisu! Ternyata selama ini dia buta! Buta hati kerana tidak nampak kebenaran. Buta hati kerana tidak pernah menyelami hati Iman. Nurin menangis seadanya..dia gembira akhirnya terjawab segala persoalan yang selama ini terbuku di benaknya. Jawapan yang ditunggu2 dari Iman 7 tahun lalu ada pada si rama2 itu. Kalaulah dia tahu sedari dahulu..tetapi apakan daya segalanya telah ditakdirkan. Sememangnya Iman bukan lagi untuknya..sampai bila2.

'Iman..Andai ku tahu..'




P/s : Cinta bukan sekadar dengan kata2..

32 Comments

  1. aku sebak plak pagi2 baca cerpen cecintan ni...

    yg boleh aku jadikan pengajaran dr cerita ni...tak semestinya kata2 dr mulut boleh memberi jwpn kpd persoalan kita!! hadiah wlpun tak seberapa....mungkin ada makna tersirat di situ!!

    wahh!! hahaha

    ReplyDelete
  2. "Yang mana sayang. Tu kan Iman dah lukis?', ujar Nurin"..pergggh..naik bulu rome den..hermmm, betulla cinte bukan sekadar kata-kata tapi juge dengan perbuatan..anak nyer pown name iman..sangat pilu..=(

    ReplyDelete
  3. kalau tahu pasti tak begini...

    cinta tak semestinya harus bersama kan.... :)

    ReplyDelete
  4. Awak memang berbakat afzal..suka baca entry2 awak yg camni..

    Tapi memang bernar, cinta bukan sekadar kata2..huiii..sedey lak pepegi nih..

    ReplyDelete
  5. apsal pagi2 ni dah baca cerpen sedih ni?ni wa macam nk emo pagi2 ni..haha

    #cinta x seharusnya memiliki..& cinta x perlu diluahkan dgn kata2..

    ReplyDelete
  6. woooooooooo wut is goin onnn here :D

    la la la ...berarak mendung kelabuuuuuu la la la :p

    ReplyDelete
  7. walaweh..best


    cinta tak bermakna memiliki

    ReplyDelete
  8. best. tapi masih tetap ada kesengalan kau Afzal. haha. bisu ya :)

    ReplyDelete
  9. sedih dah..hukhukhuk

    tapi sememangnya cinta bukan hanya pada kata-kata

    ReplyDelete
  10. baru kutahu iman seorang bisu.apapon sedeh+layan~~~*upe melodi la plak ^-^

    ReplyDelete
  11. best cerita,tabik tabik, buatlah lagi tau,permintaan ramai ni

    ReplyDelete
  12. oh... hebat ekau jang..den suko cerpen ni...berapo nak jual ni?

    ReplyDelete
  13. bleh jadi penulis cerpen berbakat..

    ReplyDelete
  14. hmm mcm pernah baca kisah ni
    sobsob :(

    ReplyDelete
  15. eh eh eh.... macam pernah baca ja.. dalam novel grafik.. ehehe..

    still.. sorrow.. T.T

    ReplyDelete
  16. wahh..bile incek ensem berkarya..Andai ku tahu..

    ReplyDelete
  17. wah, hebat tuh. ada gak bakat yer :P

    ReplyDelete
  18. itu antara sebab mama lebih suka luahan drp tindakan bukan perkataan yang dilafazkan kerana kejujuran hanya akan terpancar daripada lakuan seseorng bukan kemanisan kata2nya

    ReplyDelete
  19. ambOiii..teringat kekasih lama ka..hukhukhuk

    ReplyDelete
  20. huhuk sedih.kenapa dia baru perasan :'(

    ReplyDelete