Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Tahun baru dalam kalendar Islam di mana penghijrahan Nabi Muhammad dan umatnya yang akur dari Kota Mekah ke Madinah Muqarramah. Penghijrahan yang membawa seribu perubahan dan kebaikan di dalam sejarah perkembangan syiar Islam yang lebih meluas.
Sebut pasal perubahan, dalam kita umat Islam sibuk2 menanam azam baru untuk menjadi lebih baik.. ada juga kawan2 aku yang masih tak tau hala tuju dirinya. Semalam dalam sibuk2 orang mengucapkan salam Hijrah, terselit gak post yang menarik minat aku. Ada seorang kawan yang bangga mengulangi aktiviti lamanya mencucuk langit setelah sekian lama ditinggalkannya. Oh hebat! Yela aku anggap macam senaman la, cuma dilakukan pada waktu malam. Tahu asas menari sudah cukup, muzik yang kuat dan berpakaian sedikit seksi dan bercampur lelaki perempuan di dalam sebuah premis.
Aku kagum dan cemburu sebab aku tak mampu lakukan itu seumur hidup aku. Aku hilang separuh hidup aku kerana tak merokok. Aku bazirkan masa muda aku kerana tak minum arak. Kenapa aku dilarang meliar dan berbuat jahat? Rugikan aku? Sebab dulu kecik2 aku diajar tidak melakukan sedemikian. Jahatnya cikgu2 aku.. dengkinya ustaz dan ustazah yang mengajar aku dulu. Kenapa aku tak boleh berubah ke arah itu seperti mereka yang lain? Pasti seronok kan?
Aku akui.. setelah roh aku melafazkan taqliq sewaktu di luh mahfuz dulu, berjanji untuk beriman kepadaNya, aku dilarang untuk berbuat demikian. Jiwa, udara dan apa yang ada pada aku sekarang..semua adalah milikNya. Aku pilih Islam dengan rela hati jadi perlukah aku merungut dan menyesal kerana aku tak mampu berubah dan melakukan sesuatu yang dilarang? Aku sedar aku dilahirkan Islam tanpa syarat.. tak seperti apa yang Rasulullah dan umat terdahulu lakukan. Terpaksa berperang menyabung nyawa semata2 demi meneruskan kelangsungan syiar Islam untuk umat2 baginda hari ini.
Tepuk dada tanya iman. Fikirlah sejenak. Kita boleh berubah.. tapi perubahan seperti mana yang kita mahukan. Jika kau bangga dengan nikmat dunia yang sementara ini.. maknanya ko menolak nikmat syurga yang hakiki. Aku pun bukan seorang yang baik.. tapi aku berazam dari tahun ke tahun agar aku akan terus memperbaiki dan muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya hatta sekelumit zarah sekalipun.
Berhijrahlah kawan2.. berhijrahlah ke suatu fasa yang diredhaiNya. Salam Maal Hijrah dari aku Afzalsukasuki
33 Comments
Salam Maal Hijrah juga untuk Afzal..Insya'Allah semoga kita sama-sama berhijrah kepada yang lebih baik.
ReplyDeleteP/s : Afzal, bila awak nk berhijrah status? :P
Salam Maal Hijrah. Semoga diperlindungkan drpd syaitan yg direjam.
ReplyDeleteSalam maal hijrah zal.. ^^,
ReplyDeletexsangka ko nie berjiwa kental tuk berjihad ke arah yg lbey baek..moga dipermudahkan..insyAAllah..
ReplyDeleteassalamuaalaikum....moga azam untuk berubah bukan sekadar angan2...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah 1433H. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.
ReplyDeleteAmin…
salam maal hijtah bro..sama2 kita lakukan penghijrahan
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Afzal..Banyak kenangan manis pahit telah berlaku..semoge sempena tahun baru niy kiter dapat mengubah diri menjadi yang terbaik..tanamkan nawaitu dalam diri..
ReplyDeleteslm maal 1443hijrah buat af & rakan2 yg lain..:))
ReplyDeletesamo2 la kito berhijrah yer...
ReplyDeletesalam Maal Hijrah yer...
Semoga bertambah keimanan kitya kepada Yang Maha Esa
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah jugak^^
ReplyDeletewe were what we wish...
ReplyDeletesalam maal hijrah :)
salam maal hijrah. aku pun nak berubah. aku harap tahun baru ni aku dpt jd lbih baik. huhu. aku nk nangis dh ni.
ReplyDeletebetul tu.. sebaik2 nya hindari lah diri dari melakukan bnde yg dilarang..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah/ Awal Muharram yer cik apzal
ReplyDeletesemoga tahun baru ini kita dapat membina semangat dan azam yang baru..huhuhu
salam maal hijrah abg ^^,
ReplyDeletesalam maal hijrah buat adikku cayangggg....... :)
ReplyDeletesalam maal hijrah afzal.
ReplyDeletesemoga kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik. amin. :]
Kemahuan untuk berubah membuatkan kita boleh berubah :)
ReplyDeletesama-sama berhijrah untuk kebaikan...
ReplyDeletesalam maal hijrah jgk...bkk bku baru yer...
ReplyDeletesalam maal hijrah abg . semoga azam tercapai ya .
ReplyDeletesemoga dapat berhijrah menjadi lebih baik :)
Salam maal Hijrah Afzal..
ReplyDeleteInsyallah..sama2 kita berhijrah ke arah yg lebih baik..^^
salam maal hijrah sahabat
ReplyDeleteaku xbaik, sbb aku pernah buat maksiat
salam maal hijrah ya zal....
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Mohd Norafzal.
ReplyDeleteselamat! tapi aku suka kat pic tu ajer heheheeh :p
ReplyDeletesemoga azam baru kita tercapai. insyallah
ReplyDeletesalam maal hijrah jga...
ReplyDeletesalam maal hijrah..
ReplyDeletesemoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah..:)
salam maal hijrah...semoga menjadi insan yg berguna :) aminnn
ReplyDeletesmoga azammu tercapaiii.amin :)
ReplyDelete