Assalamualaikum,
Korang mesti pernah berpasangan bukan? Berpacaran..bercouple atau sebarang makna yang membawa maksud seerti dengannya. Bagi mereka yang sudah berumah tangga, pernah tak korang imbas kembali saat pertama kali korang berkenalan dengan pasangan korang? Indah kan sewaktu bercinta..semuanya hanya untuk pasangan kita semata2. Lagi2 darah muda yang bergolak di jiwa. Semuanya nampak sempurna, tiada cacat cela. Rasa dunia bagai kita yang punya. Kalau dalam blog..ha gambar pasangan dia je la yang ditempek besar2 sebelah sidebar tu!
Aku bukan nak cerita pasal kisah cintan cintun lama2 korang dulu mahupun peradaban asal usul cinta di dunia. Aku cuma nak bagitahu.. sebagai lelaki yang pernah suatu masa dahulu bertungkus lumus untuk memperolehi cinta dari pasangan kita, adakah kita dapat mengekalkan perasaan itu sampai kini? Aku tak pernah merasai alam rumah tangga, tapi sekiranya pengalaman bercinta..aku rasa cukup matang untuk membicarakannya. Aku pernah rasa satu perasaan benar2 ingin memiliki seseorang wanita pada suatu ketika dahulu.. tapi bila aku dapat, aku jadi tawar. Apa yang ada pada pasangan aku, aku lihat banyak kekurangan. Aku mula membandingkan dengan wanita2 yang lain. Adakah korang juga begitu? Aku rasa kes ini bertambah berat sekiranya masalah seperti ini dihadapi oleh golongan2 suami dan ia merupakan suatu yang sangat serius.
Mungkin aku akui..jiwa aku terlalu muda ketika itu dan aku masih samar2 dalam mencari ciri2 wanita pilihan yang aku mahukan. Kadang2 kita hanya fikir untuk sebelah pihak, kita tak pernah memikirkan di pihak sebaliknya. Wahai lelaki pernah tak korang fikirkan, korang mengherdik menengking malah menghina rupa paras pasangan korang.. adakah korang akan lakukan sewaktu korang bercinta dulu? Korang sanggup naik tangan kini..adakah dulu sewaktu bercinta pun begitu? Korang mula pandai berbohong menipu malah curang di sebalik pengetahuan isteri..adakah itu yang korang lafazkan dahulu sewaktu beria2 mendapatkan cinta dari isteri korang suatu ketika dulu?
Isteri apa yang mereka tahu..mereka percayakan suami mereka. Hari2 bangun pagi menyiapkan anak2, sarapan suami. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah pada hari minggu. Masak ikut selera anak2 dan suami. Pernah tak kita perhatikan sesekali betapa komitednya mereka dengan kerja mereka? Itu kalau yang surirumah.. kalau berkerjaya pula bertambah penuh jadual hariannya. Tak pernah ke kita rasa berbaloi sangatkah kita herdik marah kerana sesuatu hal yang kecil sedangkan dia menguruskan hal rumahtangga yang lebih besar!
Wahai lelaki aku menyeru.. tak kisahlah samada korang sedang bercinta, sedang merancang untuk berkahwin mahupun sudah berumahtangga.. hargailah pengorbanan wanita yang berada disisi korang. Walaupun hadirnya masih baru tapi itulah wanita yang bakal menyokong kehidupan korang dikemudian hari. Sadis mendengar kes2 dia dalam akhbar isteri dicerai kerana tak cantik, kerana sakit, kerana payudara tidak menarik. Kenapa? Kenapa baru sekarang? Lelaki mudah lupa. Wanita, seburuk mana..seteruk mana lelakinya sekalipun, mereka tetap menunggu..menerima seadanya. Kenapa tidak kita?
Hari ni aku ingin mengajak kaum2 lelaki buka mata, buka minda. Lihat kembali isteri2 korang, pasangan2 korang. Hitunglah kembali betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap korang selama ini. Ingatlah jangan sesekali tersalah membuat pilihan. Tiada pilihan yang terbaik setelah korang melafaz akad di hadapan kadi. Aku mengajak kawan2 lelaki aku.. marilah hargai isteri, tunang mahupun pasangan kita. Hargailah wanita itu sebagaimana mereka menerima korang selama ini :)
43 Comments
ha a.. tak pyh tgk jauh2.. tgk mak sendiri pon cukup.. ramai yg dh hargai mak kandung.. hmm
ReplyDeleteNabi saw pon ada menyebut 'ibu' for 3 times instead of mentioning 'ayah'
maksudnya ibu lebih mendapat keutamaan berbanding ayah.. meaning wanita menjadi priority la..hekhek... :p
macam terharu baca entry ni. btw, setuju sgt. sebenarnya perempuan byk berkorban. laki x nmpk. cewah!
ReplyDeleteperempuan isteri ibu nenek memang besar pengorbanan mereka
ReplyDeleteisteri nadi hidup ku...huhu
ReplyDeletezal..pk memang respek hasil penulisan zal ni
ReplyDeleteTak ramai lelaki yang sanggup nak tulis entri seperti ni :)
zal memang terbaikkk
adamdan hawa saling memerlukan..hargailah antara sesama...
ReplyDeletep/s mama rindu gurau senda sengal afzal ...huhu
sedihla cakap pasal ni
ReplyDelete........
:(
entri best lah . sokong :)
ReplyDeleteKebetulan pula aku sdg dlm proses menulis satu citer benar ttg pakcik aku yg pernah menolak seorg wanita kerana dia merasakan wanita tu terlalu agresif dan sofistikated baginya lalu dia memilih pasangan hidup seorg gadis ayu dr kampung yg kemudiannya bertukar menjadi seorg isteri derhaka dan curang terhadapnya sehingga suatu hari lelaki tersebut pergi ke pejabat mahkamah syariah utk memfailkan perceraiannya dan secara kebetulan bertembung dgn wanita yg ditolaknya yg kini dah menjadi seorg peguam elegan yg juga isteri mithali kpd suaminya....
ReplyDelete...mungkin aku patut buat skrip drama je.
amboihhh..idok laa sampai nak halau singgah kat blog aku kann..:) heheh
ReplyDeleteterharu~tacing....
ReplyDeleteterharunya baca entry ni....lelaki n perempuan saling melengkapikn...:)
ReplyDelete^____^ nice.... boleh post lelaki yang memang syg perempuan itu??? yang berniat untuk jadikan perempuan itu sebagai isteri?
ReplyDeleteterbaik..like it the most!
ReplyDeleteterharu pulak aku bca entry ni sbb aku kn pompuan..hehe..
ReplyDeletetp tol la kn..bila blm dpt mcm2 jnj manis tp bila dh dpt?haih!tlgla hargai kami ni!!-->suara wanita..haha
bila hari seorang lelaki berkata2....syadusssss lah pulah heheh
ReplyDeleterenung2kan dan selamat beramal :D
ReplyDeletenak nanges rase.terharu kot pengakuan jujur ikhlas ni..ni lah yang patut lelaki hargai..
ReplyDeletep/s:incek ensem bertambah ensem lah pasni ^__^
sokong zal..entri terbaik..shida 200% sokong! ^_^
ReplyDeletesiuz terharu dgn entry ni apzal! sokong. =)
ReplyDeletesokong! terharu dgn this entry.. =)
ReplyDeleteterharu dgn this entry! nice apzal.. =)
ReplyDeleteterharu dgn this entry..nice apzal! :)
ReplyDeletenice entry apzal..! terharu baca.. =)
ReplyDeletebrookshires pharmacy tyler texas http://exclusiverx.com/categories/gastrointestinal.htm Florgoindindy 944612 geriatric pharmacy residencies
ReplyDeletezal suka buat airmata akak meleleh............
ReplyDeletesgt2 sedih dan terharu..
ReplyDelete:')
jasa mereka x terbeli dgn wang ringgit
ReplyDeleteboleh jadikan pedoman n lndsan. agr prmpuan x tertipu.. :)
ReplyDeletesaye masih sendiri :-(
ReplyDeleteBetul2..sayangilah pasangan anda seadanye..Nice entry..terharu akak baca.. ^_^
ReplyDeletebetul! Sumpah terharuu wei.. =)
ReplyDeleteentry yg cukup menerik, sbb menybelahi pihak prmpuan...idea afzal menarik, kak lang xmmpu wat entry pnjng2 cmneh, tgk la entry "cintailah dia" kak lang tu, lbh kurng entry ni jgk...but entry neh lg mnrik...;)
ReplyDeleteterharunya...nk nangis bulih?
ReplyDelete"pasangan kita ibarat cermin diri kita...bagaimana dirinya, begitulah kita"
suka dengan ayat nie "Wahai lelaki aku menyeru.. tak kisahlah samada korang sedang bercinta, sedang merancang untuk berkahwin mahupun sudah berumahtangga.. hargailah pengorbanan wanita yang berada disisi korang. Walaupun hadirnya masih baru tapi itulah wanita yang bakal menyokong kehidupan korang dikemudian hari."
ReplyDeletemengharap agar lelaki disana memahami. ;)
cintailah daku dengan seadanyaaa ;P
ReplyDeleteterima lah kami seadanya dan cintailah kami sepenuh dan seikhlas hati. chewahhh!!
ReplyDeletebagus! aku suka entry ni. ni yang aku rasa nak mengorat ko Afzal.
ehem! hai Afzal.
tak kira lah lelaki atau pun perempuan...memang perlu menghargai orang yang menyayangi kita...sebelum dia pergi meningggalkan kita...
ReplyDeletesebab semua itu hanya dipinjamkan sementara sahaja oleh Allah untuk kita...hargailah..
sobsob :/
ReplyDeletetk tau nk kate ape..itulah wanita...
as salam..
ReplyDeletemalas nak citer..malas nak citer..
*renyukrenyukkertas*..
Lelaki, kalau sejati dan penjantan tangguh..janganlah buat kami menangis..okay! :)
nice entry~! terharu wei.. =)
ReplyDeletenice entry dear.. keep it up ! best sgt. terbaikk... :)
ReplyDeletenak nagis la plak...huhu..andainyer ada lelaki seperti itu..kami kaum hawa sangat hargainya :D
ReplyDelete