Kau Jantan Ke Kalau...

Assalamualaikum,

Ha amacam dengan tajuk aku kat atas? Soalan ni kerapkali aku dengar dari aku sekolah lagi. Sampai sekarang masih tak berubah2. Kau jantan ke kalau kau dot dot dot? Ada sesetengah tindakan mahupun perbuatan kita dijadikan sebagai kayu pengukur menunjukkan betapa jantan dan machonya kita. Korang pernah ke berada dalam situasi sebegini? Tetiba kengkawan korang cakap..ala tak jantan la macamni. Pernah tak?


Aku dah jengkel acapkali dengar benda2 macamni. Tak macho la kalau tak merokok. Err saya suka lelaki yang pandai main gitar, macho habis! Wei bacul la ko..Kalau berani datang sini la! Saya suka bf athelete.. sukeee sangat bau peluh! Aku plak suka lelaki badan berketul2..huhu seksi nyah! Adakah layak dikatakan semua ciri2 di atas mesti ada pada seorang jantan? Adakalanya kejantanan seseorang lelaki tu diukur pada tahap kenakalannya.. berani melanggar peraturan sekolah, buat jahat, liar di luar.. Jantan ke macamtu?

Aku pun pelik, kebanyakan anak2 muda sekarang lebih tertarik pada lelaki yang bermasalah. Padanya lelaki macamtu hebat, konon2nya jantan la sangat dan survivor. Kenapa ye? Apa lelaki baik2 yang skema ni tak cukup jantan ke? Apakah faktor2 pemilihan lelaki idaman wanita sekarang ye? Adakah lelaki nakal lebih diminati berbanding lelaki yang lebih baik dan tertib perilakunya?

Aku teringat seorang kawan perempuan aku meluahkan yang dia suka bau badan lelaki yang merokok. Ada kawan aku beria2 suruh bf dia belajar main gitar..macho katanya. Kalau lah aku bengap time tu, aku dah merokok sekarang dan tengah bertungkus lumus hafal kod gitar. Kenapa nak diikutkan kata orang.. jadi diri sendiri sudah. Setiap orang menilai peribadi kita dengan pandangan yang berbeza. Jantan pada aku terlalu abstrak.. Kalau hisap rokok dikatakan jantan.. so jantan jugaklah dia bila dah mengidap berbagai penyakit berbahaya akibat tabiat merokoknya tu kelak? Mula nak menyusahkan anak bini. Ai tak jantan la macamni bro!

Maaf aku bukan jantan. Tak sesuai istilah jantan kot pada diri aku ni sebab aku bahasakan jantan pada binatang je. Aku lelaki biasa yang menjalani kehidupan biasa juga. Jantan atau tak bukan alasan untuk kita merosakkan diri sendiri. Fikirlah panjang2..samada korang memilih untuk jadi jantan yang rosak tapi dipandang tinggi oleh sesetengah golongan atau lelaki sejati yang punya akal dan mampu berfikir apa yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan :)


P/s : Jadilah jantan yang berguna. Jangan tau nak ngabihkan bogheh jo!

45 Comments

  1. paling tak nak lelaki merokok, tapi nampaknya itulah bakal suami..

    jom baca =_=
    oh lelaki!!

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah borak2 dengan kawan2 pasal ni..Ada la yg menyenaraikan ciri-ciri hot lelaki pujaan hati mereka. Lebih kurang la macam apa yg awak cakap tapi tak pernah la pulak diorg cakap diorg suka lelaki yg merokok..bg saya pulak kan afzal, saya mmg suka lelaki yg pandai main gitar tapi tak de la si dia perlu pandai bermain gitar utk memikat hati..itu mgkn extra je kot..tk bnyk, mgkin 2% je..lelaki2 kat luar sana, klu betul la perempuan tu syg, dia akn terima kamu seadanya.. :)

    ReplyDelete
  3. Betina bangsat saja yg suka jantan... nasib baik aku dilamar oleh seorg lelaki sejati, bukan jantan, hehe...

    ReplyDelete
  4. ooo...gitu ek, tapilah akak dah dapat lelaki dahhhh...

    ReplyDelete
  5. mr hubby x merokok n x tau main gitar pon...ada gak ank lelaki 2 org....korang ader ????hahhah..just be yourself ye afzal

    ReplyDelete
  6. setuju dgn ko!
    jadi je diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. jantan?? tidak sopan la.

    auwww


    *pitam

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ciri2 lelaki:

    "ahli muzik"...???
    konpem laki tue cucuk mata ...
    hahaha...

    yg penting laki tue boleh bimbing famly ke jln yg benar :)

    ReplyDelete
  10. sy xde lah senaraikan pilihan hati camtu... yang sy punya senarai sng je..

    ReplyDelete
  11. ooo..kalau saya paling koman pandai ketuk baldi jadi bunyi sedap pun jadiii lah..haha...

    ReplyDelete
  12. isteri ko ajer yang tahu jantan atau tidak ko ni hhhaahh :p

    ReplyDelete
  13. klo perempuan jhat org pgil betina kan..? klo jntan lelaki jhat la.. huhu.. lelaki nkal..

    jntan kn untuk bntg.. lelaki perngai bintg tu la jntan x gune.. haha


    org prempuan nak kn LELAKI.. xsuka spesies jntan.. huhu

    ReplyDelete
  14. kalau dah name jantan..tak gune kot..ciri-ciri jantan adalah bukan pilihan..merokok tak macho pun..main gitar..kalau ade kelebihan pandai main..itu added value..setiap orang ade kelebihan kot..jadilah lelaki ensem macam afzal ^__^

    ReplyDelete
  15. afzal lelaki malaya. lelaki melayu terakhirrrr!!..:P

    ReplyDelete
  16. suami akak tak merokok,jangan kata nak merokok,sentuh kotak rokok pun dia tak boleh.caye tak?kalau x caya,pegi tanya dia kat pesbuk..hehehe..so,suami akak tak jantan la ye..tapi anak dah 3 nih..macam mana?huhu

    ReplyDelete
  17. jantan??
    tak nak la jantan..
    nak yang gagah je..
    heheh...

    ReplyDelete
  18. Betul jugak tuh..
    Dalam beramal tak pernah pulak dicabar kejantanan..
    Contoh: 'Tak macho laa kalau tak berani laungkan azan' atau
    'tak jantanlah kalau tak berani jadi imam solat...'

    ReplyDelete
  19. jantan just utk betina je, lelaki plak utk perempuan
    yg penting jadi la diri sendiri mcm si afzal ni ;)

    ReplyDelete
  20. jantan?? tak sesuai kot..sepatutnye macho.. ;)

    Tak suka lelaki merokok..nasiblah dapat hubby yg tak merokok.. ^_^

    ReplyDelete
  21. bro kalo ada "bende" tu jantan / lelaki la bro..kalo x de tu yg musykil skit.....hahahahahahahaha....

    aku dulu isap rokok x tau sebab apa ..dari sekolah lagi..nak kata nak nmpk macho x de kot sebab nak mampos isap rokok depan khalayak kena sedara mara / kawan kawan mak bapak aku report x ke naya ye la kan sekolah lagi dah isap rokok...tapi tu dulu la alhamdulillah dah 2 tahun aku benti..jimat tu....

    bagi aku apa yang kata ni betul bro..x payah nak jantan / macho sangat la kalo bende tu kita x bleh buat / merosakan ..cume disebabkan nak rasa macho kita nak buat bende2 ni...apa aku merepek ni...

    ReplyDelete
  22. orang kelantan panggil jantan baru macho macam kopi jantan tu hahaaa

    ReplyDelete
  23. sapelah yg berfikiran cam ni
    come on lah be rasional hahahahaha
    xsemestinya yg rokok x jantan
    yg merokok tu jantan
    or watsoeber lah yg 'org' tu pikir

    apa yg penting lelaki itu boleh pimpin kita ke jalan yg benar dan membina kehidupan yg bahagia dunia akhirat...

    (jd ustazah kejap ari jumaat yg mulia ni)

    assalammualaikum

    hehehehe

    ReplyDelete
  24. Korang pernah ke berada dalam situasi sebegini? Tetiba kengkawan korang cakap..ala tak jantan la macamni. Pernah tak?





    tak pernah...saya wanita sejati.. :)

    ReplyDelete
  25. Jantan mcm kasar sikit panggillah abg atau adik bru sopan sikit tak pun bro. Hahahaha..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah dpt suami yg tak suka merokok....aku pun tak suka lelaki merokok...dah la anak2 ada lelah...


    paling penting lelaki tu hormatkan org tua dan keluarga, dah cukup macho pada aku...


    salam kenal, terus follow sini...

    ReplyDelete
  27. jantan apa kalau asyik nak susahkan hidup pompuan..

    betul tu jadi diri sendiri lagi baik..

    ReplyDelete
  28. tu la patutnya ckp la lelaki. ni jantan jantan macam haiwan pulak.. erm iklan kopi pun tak leh letak kopi jantan kena letal kopi lelaki.. hahaha *macam lawak je*

    ReplyDelete
  29. sape yg suka jantan...pompuan suka ngan llki la, hehehe

    ReplyDelete
  30. huhuhu...ayat tu memang biase dikatekan..hakhakhak..suker laki botak sebab macho, suker bulu kat dade banyak nmpak mengghairahkan..suke laki main gitar sebab smart..hah, ape den nak cakaaaaap, den suker laki main piano ngan naik scoot..nampak cool..boley???..jantan sesuai diberikan pade binatang jer..(~_____^)..

    ReplyDelete
  31. alaa tak yah la jadik jantan sangat...jadi lelaki udah lerr...huhu

    ReplyDelete
  32. saya suka lelaki berhidung kembang. terserlah kesenian di wajah nye.

    ReplyDelete
  33. dinaazis:sy tau main gitar..kih kih kih kih

    ReplyDelete
  34. saya lelaki skema. tapi tetap mempunyai peminat keliling pinggang. sape kata jantan bermasalah je yang laku ha? kah3...

    ReplyDelete
  35. Tak suka lelaki merokok atau kurang ajar sebab nak buktikan dia jantan.Tu bukan jantan,tu cari penyakit namanya.
    Suka lelaki yang skema jek!Suwittt^^

    ReplyDelete
  36. ArulchelseA : Yea ke wak..ermm, boleh berkenalan.. hihi :P

    ReplyDelete
  37. macho lg klu boleh jadi iman msa smbahyang...:)

    ReplyDelete
  38. aku tak rokok.. maknanya aku tak jantan??? huhu.. tapi aku lelaki.. hehe.. maybe girl kene minat dari aspek lain pulak kot..

    ReplyDelete
  39. x semestinya klu nk jadi hero or buktikan kjantanan kene merokok...

    hapadaaa..

    ReplyDelete
  40. bagi aku jantan ialah lelaki jahat dan betina ialah perempuan jahat

    ReplyDelete
  41. err..x hot langsung jantan...."lelaki seperti aku"..baru la hot..setia tu penting.....dulu ckup benci lelaki merokok...ntah cmne la leh sangkut dgn suami perokok! cis!cis!cis!...tapi incik suami x merokok dlm rumah..sekian!!!

    ReplyDelete
  42. untuk haiwan sesuai la..hehehe :D

    ReplyDelete