Bukan Ke Awak Nak Sangat Jumpa Saya??

Karim termenung jauh. Puas difikirnya siapa gadis ayu yang selalu menunggu bas di bus stop depan rumahnya. Selama 25 tahun dia menetap di kampung tersebut, belum pernah lagi dia melihat kelibat gadis tersebut. Tapi sejak dua tiga hari lepas.. gadis tersebut muncul. Hmm.. mungkin dia baru pindah ke situ. Atas urusan kerja agaknya. Cantik. Sangat cantik. Itulah yang boleh Karim katakan. Kecantikan gadis tersebut telah membuatkan Karim angau. Perubahannya disedari oleh tunangnya sendiri, Mira.

"Abang kenapa? Sejak akhir2 ni Mira tengok abang seolah2 dingin dengan Mira. Mira ada buat salah ke?", Mira mengajukan soalan. Karim terus membatu sambil mulutnya menghirup teh panas yang dipesannya sebentar tadi.

"Abang jawablah. Abang langsung tak balas mesej2 Mira, telefon tak berangkat. Kenapa? Sebab perempuan yang abang katakan tu ke?", Mira mula meninggi suara.

Karim merenung Mira tajam. Ada sesuatu yang ingin dia luahkan, tetapi rasa berat mulutnya untuk berkata2. Karim mula menarik kerusi untuk beredar, meninggalkan Mira sendirian dalam keadaan terpinga2. Jelas perangai Karim sudah berubah. Ye Karim memang pendiam, tapi dia seorang yang mesra.. itupun sebelum dia mengenali gadis tersebut. Mira mula curiga, selama 3 tahun mereka menjalinkan hubungan.. inilah dugaan yang paling berat dihadapinya. Mira mengalah, dia dibiarkan sendirian tanpa jawapan dan akhirnya terpaksa mengekori Karim dari belakang kerana takut ditinggalkan tunangnya itu sebelum dia dihantar pulang ke rumah.


***************


"Ko kenapa ni bro? Aku tengok ko macam ada masalah je?", Nuar cuba meneka. Karim hanya tersengih. Antara mereka berdua dah macam adik beradik. Sangat rapat. Segalanya dikongsi bersama sehinggakan Karim sanggup mengutamakan kawannya itu berbanding Mira sebagai tunangnya sendiri. Acapkali Mira menarik muka, tetapi untuk kali ini.. Mira mengalah. Khidmat Nuar amat diperlukannya.

"Ni si Mira hantar ko pujuk aku ke hape? Aku tak makan pujuk rayu la der", sindir Karim membuatkan Nuar tak senang duduk. Dari situ Nuar tau Karim ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Ni pasal awek yang selalu ko nampak kat bus stop depan rumah kau tu ke?", Nuar meneka lagi. Kali ini ada ternampak sedikit harapan untuk Nuar. Karim tersenyum.

"Haah bro. Aku tak tau kenapa aku betul2 teruja dengan awek tu. Cikgu ke? Dia kerja kat sekolah tu ke? Dia tinggal kat mana? Siapa nama dia? Dah berpunya ke belum? Ai senang cerita semua soalan2 tu tengah bermain2 kat kepala hotak aku sekarang", jelas Karim lega setelah meluahkan perkara sebenar. Dadanya yang berombak sebentar tadi kian tenang.

"Mira macamana? Dia tau tak? Ko tak kesian kat dia ke? Lagipun dalam beberapa bulan lagi korang pun nak menikah. Ko jangan buat hal plak Karim!", Nuar mengomel. Karim mula membisu. Riak wajahnya kaku. Senyumannya mula hambar.

"Aku ada fikir pasal Mira.. taula macamana aku handle. Tapi Nuar, serius aku teringin nak kenal awek tu. Kalau boleh dapat bertentang mata. .tanya nama. Jumpa sekejap pun jadilah!", perlahan Karim meluahkan. Nampak sangat dia mula kemaruk untuk mengenali gadis tersebut.. dari mana dia datang.. siapa dia sebenarnya.. langsung tiada siapa yang tahu. Apa yang Nuar tahu kehadiran gadis tersebut benar2 menimbulkan tanda tanya pada Karim.


***************


Karim menghempas pintu bilik. Dadanya membuak2 rasa amarah. Masakan tidak, dia bergaduh besar dengan Mira tadi. Tak habis2 tunangnya itu mengaitkan gadis tersebut dalam setiap perbualan mereka. Karim merebahkan badannya ke sisi katil. Kepalanya berputar2 memikirkan gadis tersebut. Dia tekad yang dia mesti jumpa gadis tersebut dalam masa terdekat. Matanya berat.. pandangan seakan kelam sebelum menjadi gelap sepenuhnya


Karim tersentak. Matanya digosok2. Jam di tangannya menunjukkan pukul 1.30 pagi. Desiran angin yang kuat menderu dari luar menyebabkan Karim terjaga dari tidurnya. Cuaca benar2 sejuk malam itu. Pasti hujan akan turun seketika nanti. Karim lupa untuk menutup tingkap2 rumahnya. Almaklumlah rumah papan, banyak tingkap. Kalau tak dibuka setiap hari maunya takde pengudaraan di dalam rumahnya itu. Lagipun itulah satu2nya harta peninggalan arwah ibu bapanya. Karim melangkah longlai ke setiap sisi rumah, menutup tingkap2 yang terbuka. Dikhuatiri hujan.. basah pula jadinya. Karim tanpa membuang masa lantas menutup tingkap biliknya, dan kembali ke katil.

Belum sempat dia merebahkan dirinya, tiba2 dia terdengar bunyi ketukan dari tingkapnya. "Siapa pulak yang datang ketuk2 tingkap memalam macamni?", getus hatinya tanpa sebarang syak. Karim menguak daun tingkap.. tetapi dilihatnya tiada siapa di luar. Sunyi. Angin yang menghembus sedikit sebanyak membuatkan bulu romanya meremang. Tanda sejukkah atau.. Dia sendiri tak pasti. Karim menutup tingkap kembali sambil menunggu.


Betul.. selang beberapa minit kemudian tingkapnya diketuk kembali. Kali ni telinganya menangkap bunyi, suara wanita yang memanggil2 dari luar. Jantung Karim mula berdegup kencang. Perlahan2 dikuak tingkap biliknya itu. Dalam samar2 gelap malam.. Karim  melihat seorang gadis berdiri di sisi dinding rumahnya. Ye tak salah lagi. Itulah gadis yang acapkali ditemuinya di bus stop. Hati Karim berbunga riang. Gadis tersebut tersenyum.. ayu berbaju kurung merah. "Abang.. abang ke yang nak jumpa saya?", lembut suaranya. Karim mengangguk. Dia pasti semua ini Nuar punya kerja. "Kenapa berdiri di luar, awak masuklah dalam", pelawa Karim. Inilah perkara paling gila pernah dibuatnya. Ye, gadis tu membuatkan dia gila!

Karim menunggu dari dalam bilik dengan penuh sabar. Sesekali dia menjengah melalui pintu biliknya yang dibiarkan berkuak sedikit tak berkunci. Dia mula menangkap bunyi menghampiri biliknya.. almaklumlah lantai papan, rumah kayu. Tetapi telahannya meleset. Bunyi yang didengarinya itu bukan bunyi tapak kaki.. tapi datang dari bunyi sesuatu yang sedang bergolek. Karim mengintai lagi. Tiba2 darahnya berderau naik ke kepala. Dadanya berdegup kencang. Kelihatan sepasang mata tajam mengintainya kembali di balik celahan kaki pintu, cuba menguak pintu biliknya dengan bersusah payah. Bila diamatinya betul2 dalam samar2 lampu kalimantang, objek yang bergolek itu merupakan kepala gadis tersebut.. malah sedang menyeringai memandangnya! "Abaaanng tunggu saayaa?"

Karim berdebar2 lalu merapati dinding, bersandar di balik tingkap yang terbuka luas. Tempias hujan langsung tidak dipedulikannya lagi. Bukan itu yang merunsingkannya sekarang. Kepala gadis itu mula menguak pintu biliknya perlahan2. Mukanya pucat mengerikan malah tambah menakutkan tanpa badan. Dia sememangnya bukan manusia! "Maaf abang. Pintu depan abang terkunci.. Saya masukkan kepala ikut ruang laluan bawah pintu. Tak mengapa kan abaanngg??", ujar kepala tersebut diikuti sedikit hilai tawa kecil dihujungnya. Tiba2 Karim rasa bahunya ditepuk dari luar. Dilihatnya badan tanpa kepala milik gadis tersebut pula bersusah payah memanjat tingkap untuk masuk ke dalam biliknya. Karim menjerit2 merapatkan dirinya ke sudut katil. Kepala gadis tersebut sudah pun berada di bucu katil. "Kenapa abang? Bukan ke abang nak jumpa saya sangat2? Bukan ke abang nak kenal sayaaaa?? Hehehe~", lembaga tersebut mengilai2 menampakkan mulutnya yang lebar dan lidah yang sesekali terjulur keluar. Apa lagi yang mampu Karim lakukan selain menjerit ketakutan, harap jeritannya didengari. Tapi hilaian lembaga tersebut lantas menenggelamkan pekik lolong Karim. Akhirnya seberapa ketika suara mereka tidak lagi didengari.. ditelan deruan hujan yang kian melebat malam itu. Malam durjana bagi insan yang bernama Karim..


***************


Mira menangis.. dia ditenangkan olah Nuar yang sentiasa menemaninya di sisi sejak pagi. Arwah Karim pergi tanpa sebab musabab yang jelas. Dia ditemui dalam keadaan yang pucat dan seakan2 terkejut ketakutan seolah2 melihat sesuatu yang mengerikan. Mira redha. Apa2 pun yang terjadi pasti ada hikmahnya.. dan tiada siapa tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada arwah. Mungkin jodohnya dengan arwah tidak panjang. Apa lagi yang mampu dia lakukan selain mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana. Ssudah talkin selesai dibaca, kunjungan di pusara mula beredar. Beredar meninggalkan perkuburan yang kian sepi di mamah senja. Biarlah ia menjadi rahsia. Rahsia yang kian bersemadikan di dalam tanah merkah, merah bersama2 pemergiannya arwah Karim.


***************


"Tok, tak sangka la menjadi ilmu tok. Sekarang takde siapa lagi boleh halang aku mendapatkan Mira! Mira sekarang milik aku tok!", getus Nuar dihujung talian. Ye, Nuar akhirnya puas. Dia puas akhirnya apa yang dihajatinya selama ini jatuh ketangannya.. walaupun terpaksa mengorbankan kawan karibnya sendiri. "Mira milik aku Karim.. selama2nya dia tetap milik aku!",dia gelak semahu mahunya.. hilai tawanya memecah keheningan malam yang semakin larut..

47 Comments

  1. Mak oi panjang lak aih. Tipu klu aku bole bace dr mule. Aku cuba.. Mlm sket time2 masuk air.

    ReplyDelete
  2. Aish..tak baiknya ada kawan camni..sanggup buat apa saja termasuk membunuh sahabat sendiri semata-mata nak puaskan hati sendiri. Hrmm, semoga kita semua dijauhkan dari mempunyai sahabat yg begini...

    ReplyDelete
  3. boleh bukukan cerpen2 ni...buat antologi...

    ReplyDelete
  4. adoi! apa punya kawan la. zaman laa pun nak guna sihir ke.

    ReplyDelete
  5. hah?
    nama saya mira.
    saya x kenal sesape pon yg bernama karim dan nuar.
    ahaks.

    ReplyDelete
  6. huuu ..sadiss !!
    ikan haruan makan ikan bilis ...!
    >_<"

    ReplyDelete
  7. kawan seperti Nuar ini x akan mengecap bahagia walaupun berjaya memiliki Mira....betul cadanagan bro khairil..patut wat antologi cerpen sukasuki drp afzal

    ReplyDelete
  8. sila buat antologi yer, anda sgt bagos...

    ReplyDelete
  9. perghh..kwn mkn kwn ni..jhtnya si nuar tu..huhu..

    berdebar2 gak bca cerpen ni dr mula smpai abes.hehe

    ReplyDelete
  10. sungguh kurang asam punya nuar.
    aku dah tak akan pecaya dgn org bernama nuar lagi
    cis!!!

    ReplyDelete
  11. best2...
    klo ade byk lg msti lg best..

    ReplyDelete
  12. huh.. harapkan pagar.. pagar makan padi.! hihihih..keep it up! =)

    ReplyDelete
  13. awat la asal tgh mlm ja baca crita seram..asal seram ja tgh mlm..seram eh.. T__T...huhuhu..ingtkn crita lwak2 ha..skali baca..nah..kalo x hbskn baca mnyesal lak..hihi

    ReplyDelete
  14. mula mula baca ingatkan kisah cinta..
    tengah-tengah macam seram pulak macam kisah seram..
    hujung cerita macam kisah kejam pulak..
    ishhh..jahatnya manusia yang bernama kawan tu..kawan makan kawan untuk kepentingan diri sendiri..jauhilah kawan macam tu...

    moral value:jangan percaya kawan baik sangat.takde kawan baik pun
    takpe!

    psstt afzal,layak di panjangkan cerpen macam ni..buku novel terus

    ReplyDelete
  15. nuar jahat!

    ko jgn jd macam nuar taw taw

    ReplyDelete
  16. jahatnye Nuar..sanggup buat mcm tu kat kwn sendiri..
    seram plak baca citer ni pepagi buta..dahlah berdua jer dgn Qis ni..

    ReplyDelete
  17. aisehhh kerja nuar rupanya...ini kes tikam kawan dari belakang laa...tak ptut tak ptut...=)

    p/s: tetiba teringat jalan cerita 'tentang dhia'...urmmm...=)

    ReplyDelete
  18. takde perempuan lain ke nuar nak...sampai korbankan kawan baiknya sendiri...


    emo pulak ni....padahal cerita je..hihi..

    ReplyDelete
  19. seram eh baca.. jahat betul kawan dia..

    ReplyDelete
  20. lor, kerja kawan baik dia sendiri. aishh.

    ReplyDelete
  21. erk,cerita seram.meremang bulu roma bace hokkey..tak sangka nuar jahat.kawan makan kawan

    ReplyDelete
  22. Nuar, ko memang jahat !!! ~ watper Mira jadi milik ko tapi daripade Jodoh jin yang kau lakukan..stop ~ Emo sekejap..HEHE ~ =)

    ReplyDelete
  23. jahat nyer nuar......
    harap2 karim bgn jadi hantu cekik nuar balik.....
    biar sama2 melopong !!!
    Boleh ker ??

    ReplyDelete
  24. menitik air mata aku..bukan sebab karim mati..tapi orang melayu memang sanggup buat apa sahaja bende yang x elok untuk dapatkan sesuatu..dah mcm cite tentang dhia dah ni

    ReplyDelete
  25. Nuar terlebih sudaa....

    hehe.. :P

    backstabber..
    ape lg..
    gunting dalam lipatan..

    btw.. ade aksi suspend.. seram .. suspeck..

    terbaikk la bro !~

    ReplyDelete
  26. as salam..

    Hawa nafsu si nuar ni...haish!

    suke citer ni!..weee :)

    ReplyDelete
  27. erkkkk jhat nye nuar tuh ..
    smpai hati uat kawan baik sndri cmtuh .
    tu la mnusia kalau btopengkan setan . erk tuh bkn manusia tu mema kwan setan . hehe

    ReplyDelete
  28. napsu serakah apa si-nuar ni! errkkkkk


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html

    ReplyDelete
  29. ni cerita blogger mira akim tu ke???

    ReplyDelete
  30. harap entry ni best..sebab sayer mmg malas baca panjang2 ni..hahaha

    ReplyDelete
  31. hahahaha..

    okay..okay..jaja dh baca sebenarnya dr perkataan pertama sampai perkataan yg terakhir tahu..hahaha

    ermm..cerita seram yg mmg seram. tak sangka kawan tikam belakang. badegol punya nuar..

    ReplyDelete
  32. tak suka baca cerpen/novel etc...
    afzal....sy scan je nie...hehehe...
    seram2 sejuk jgk la...

    ReplyDelete
  33. Alfatihah untuk arwah Kasim... hehehee ^^

    ReplyDelete
  34. harapkan pagar, pagar makan padi

    ReplyDelete
  35. cerpen ke apa ni.. dah sampai hujung macam best..tapi tergantung dia punya ending

    ReplyDelete
  36. dah dpt agk cite antu.. heeheh... :)

    ReplyDelete
  37. benci dgn watak nuar! kejam!:(( awk pandai buat cerpen! nanti buku kan semua cerpen2 yg pernah awk buat! n jual...:)

    ReplyDelete
  38. berjaya baca sampai habis..

    gile jahat watak c nuar tu..aish,bangsat ko nuar! haha..

    ReplyDelete