Laipni lūdzam 2012

Assalamualaikum,

2012 dunia berakhir? Siapa tahu. Familiar tak dengan petikan kata2 dari sebuah iklan ni? Betul ke 2012 dunia nak berakhir? Andaikata lah betul2 dunia berakhir 2012.. adakah korang dah bersedia melaluinya? Apakah relevan lagi azam tahun baru pada korang? Azam?? Korang berazam ke?

Sejak dari bangku sekolah lagi kita dimotivasikan dengan azam tahun baru. Setiap tahun.. sehingga sekarang. Apakah tercapai setiap azam2 yang korang tekadkan? Aku selalu berazam.. tapi tak pernah kesampaian. Adakalanya azam pada aku hanya omong kosong semata2. Sekadar suka2.. hanya kata2 untuk menipu diri sendiri. Kalau begitu kenapa berazam?

Aku pernah berazam.. tetapi rezeki belum pernah menyebelahi aku. Setiap tahun aku punya azam baru, dari 1988 hingga sekarang..nah berapa tahun sudah berlalu? Aku hanya kecewakan diri sendiri. Apatah lagi kita sedang dimomokkan yang dunia menuju pengakhiran. Perlukah lagi aku tanamkan azam sedangkan aku tahu ianya sia2?

Azam.. satu tekad dan hala tuju diri kita sepanjang tahun baru. Mungkin kita tak mencapai apa yang kita impikan setiap tahun, tapi dalam tidak sedar kita berusaha menju ke arah azam yang kita tekadkan. Walaupun tak tercapai, tapi kita sudah membina laluan ke arah itu. Yeah kita tak pernah sedar akan hal itu..


Berazamlah.. jika bukan untuk diri sendiri, berazamlah demi orang lain. Mereka yang kita sayangi. Mereka yang hampir dengan kita. Biar azam yang kecil2 pun takpe, ikut kemampuan diri masing2. Ukurlah baju di badan sendiri. Sementara masih menghirup udara di muka bumi Allah ini, pasakkan dalam diri. Lakukan yang terbaik sekurang2nya sekali dalam seumur hidup. Itu sudah memadai untuk kita buktikan yang kita juga mampu untuk mencapai matlamat hidup yang kita rancang sendiri.

Aku? Cukup baik jika aku dapat jadi seorang suami yang dapat membimbing isteri dan anak2 aku dan perbaiki diri menjadi lebih baik, bertanggungjawab untuk keluarga aku. Itupun sekiranya diberikan kesempatan masa, rezeki dan umur yang panjang. Aku takkan pernah jemu untuk berazam kerana aku tahu aku bukan seseorang yang hebat untuk tidak membuat sebarang azam. Apa pula azam korang?

P/s : Aku minta maaf di atas segala salah silap aku sepanjang tahun 2011 andakata ada mengguris
         perasaan korang secara sedar ataupun tidak. Maafkan aku

41 Comments

  1. salam tahun baru~!! same here.. aiNa pun minta maaf. semoga tahun 2012 membawa sinar dan harapan yang lebih baik dr tahun sebelum ini...

    wish u..semoga azam itu dapat dicapai.

    ReplyDelete
  2. azam aku tahun 2012 ni adalah untuk tak berazam.

    ReplyDelete
  3. slmat tahun baru ^^ harap azam thun depan lebih brmakna..

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru dengan azam baru ye incek afzal

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2012 tq dtg umah aku ptg td

    ReplyDelete
  6. moga tahun 2012 mendekatkan kita kepada PENCIPTA..

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru tok ketua..

    kalau benarlah seperti dikata tahun 2012 itu berakhirnya zaman, Sangat menakutkan..

    azam banyak tapi setiap tahun satu je yang berjaya dicapai. huh~

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru dan semoga apa jua azam tok dimakbulkan . amin :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Menyambut Tahun 2012 Masihi...

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru afzal..
    semoga segala impian tercapai..

    ReplyDelete
  11. tahun 2012 sudah berakhir tue iklan syampuu~kan?hee emy hebat! ;p

    slmt thn baru afzal :p

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru afzal....
    terguris sikit jer..... biler mengenangkan 30 bloglist of the year tu..... he3
    tapi redha jer la.......

    ReplyDelete
  13. Azam tu nama ex boipren saya...jadi sy mencik azam! Waaaaaa....

    Selamat tahun baru abg long...moga azam abg long utk menjadi suami dan ayah tercapai dan Allah permudahkan semua urusan :)

    ReplyDelete
  14. azam baru saya...
    nak jd pembuli berjaya di kmpng GBS...
    hpy new yer tok!!!

    ReplyDelete
  15. aaku... maafkan kamu..~~ xpernah terfikir utk sebut namamu~~ ( ala2 jamal)

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru la yer afzal #majuk x habis lagi ni. hahaha

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru 2012..

    m0ga tahun dan hari yg mendatang akan lbih bermakna n dredhai Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  18. saya terpaksa kitar semula beberapa azam 2011, atas sebab tertentu...

    ReplyDelete
  19. azam tahun lepas bawak ke tahun baru. hehehehe. selagi masih belajar, xboleh nak azamkan benda pelik sangat.

    ReplyDelete
  20. http://feeds.feedburner.com/RafinamimiDotComTahapSeratos

    ReplyDelete
  21. Happy New Year Apzal..(^__^)..
    Yup..kene psg azam..kalo xdek azam, tdk normal..hehee ! ~ bdw, azam 2012 niy agar menjadi manusie lebih berjaye..sentiase positive kan akal dlm diri..nice from u ! ~ =)

    ReplyDelete
  22. tiada azam...sebab azam-azam lama asyik tertangguh...jadi tahun ni tak nak berazam dah..hahha

    Happy New Year awak :)

    ReplyDelete
  23. salam tahun baru..ermm..ntah la...dunia akan berakhir?....hanya ALLAH je yg tau..

    ReplyDelete
  24. tak suka tau tgk iklan syampu tue. mcm dia lak penentu dunia akan berakhir...huhu

    selamat menyambut tahun baru 2012 yer afzal....smga lebih bersuka suki menceriakan hati yg gundah gulana.. peace!

    ReplyDelete
  25. happy new year la tgh packing nk balik penang lepas seminggu cuti kt KL

    ReplyDelete
  26. zal, ko hutang akak x bayar lagi..hutang masa akak mintak sedekah, ko mintak tukar 50sen terlebih jadi 60 sen..bak balik!!!! =) epi new year

    ReplyDelete
  27. kiamat atau tidak itu urusan Allah swt,kita hanya perlu bersedia saja dari sekarang..

    ReplyDelete
  28. Semoga tahun 2011 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2012 ini memberikan 1001 kehebatan untuk kita semua ya!

    selamat tahun baru afzal! tahun ni ko nak kawen kan kan...semoga berbahagia :)

    ReplyDelete
  29. Salam tahun baru Afzal..tntu la kita kena ada azam.. azam tu penting. Hidup kits ni kena ada matlamat..matlamat tu penting :)

    ReplyDelete
  30. selamat tahun baharu bro...tahun bertambah tapi 'peluang' makin berkurang...gunakan peluang yang masih ada....semoga kita sentiasa suksesssss..amin.

    ReplyDelete
  31. selmat tahun baru tok ketua..
    azam sy tahun ni..sila ke blog sy..muhahaha..*takda azam,slalunya kalau ada azam,semua tak jadi..*

    ReplyDelete
  32. amin amin ya Rabbal 'Alamin..

    err..kawin la dulu br nmpak berjaya ke tidak azam awk tu :)

    ReplyDelete
  33. 2012 dunia berakhir?? siapa tahu?? hahaha,..iklan syampoo,...hehe,...happy new year,..

    ReplyDelete
  34. samat tahun baru bro..
    x kesah ler dunia nk jadi apa pung..
    yg pnting kita teruskn idup kita:)
    x perlu nk pk semua itu..

    ReplyDelete