Terima Kasih..

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak ucapkan terima kasih je boleh tak? Banyak benda nak aku 'terima kasih'kan hari ni. Aku berhutang terlalu banyak 'terima kasih' dengan orang. Maka hari ini.. aku nak penuhkan hari aku dengan ucapan terima kasih je la. Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih 18 juta kali !


Aku nak ucapkan terima kasih sebab bagi aku ruang berblog. Terima kasih Nuffnang sebab jadi penaja aku selama ini. Terima kasih kepada Google sebab kerananya.. aku temui platform yang sesuai untuk aku buat bising siang malam. Maka dari situ la Afzalsukasuki mendapat nama.

Terima kasih kepada follower yang sudi follow blog vangang aku ni yang aku tak nampak manfaatnya kat mana. Kadang2 tertanya jugak kenapa aku di follow sebenarnya.. istilah follow pada awal dulu kerana entry, tapi hilang matlamat pada aku sekarang. Follow lah sesuka hati tangan menekan dengan niat menambah kenalan.

Terima kasih kepada kawan2 bloggers kerana bw bersama aku siang dan malam, tak kira hari. Dalam tempoh sesingkat ni aku kenal ramai kenalan2 baru yang hebat2 belaka, dari pelbagai peringkat usia.. muda mahupun tua. Dari aku kenal dua tiga orang dahulu, kini mencecah beratus2 orang. Aku tak mintak dikenali, tapi mengenali korang merupakan sesuatu yang awesome untuk diri aku ni.

Terima kasih pada mereka yang jadi readers aku. Biar kurang followers, tapi blog ni aku rasakan mati kalau tak punya readers. Dearie readers, trimas sebab koranglah yang banyak bagi respon untuk setiap entry2 aku, malah ada yang bertanya andaikata aku terlewat mengeluarkan entry. Entry enta hape2 je pun tapi kalau korang suka, 1000 kali aku berusaha untuk menghasilkannya.

Terima kasih kepada mereka yang drop komen bagi setiap entry2 yang aku hasilkan. Dari kawan2 sehingga blogger otai turut sudi meluangkan masa menconteng kotak komen aku. Komen positif atau negatif itu belakang kira, janji ia mampu memberi manfaat kepada kedua2 belah pihak.. itu sudah cukup bagus.

Terima kasih pada mereka yang sudi masukkan aku ke dalam bloglist mereka. Aku appreciate sangat2 andai entry aku ada menarik perhatian korang, aku tak dapat janjikan kepuasan setiap masa tetapi aku akan buat yang terbaik untuk tak menghampakan korang. Menempatkan diri di dalam bloglist bukan suka2.. itu bermakna aku diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menghasilkan entry sehabis baik untuk korang.

Terima kasih pada mereka yang ada atau pernah link kan blog aku dalam entry2 mereka. Terima kasih juga pada mereka yang pernah men-tag nama aku untuk mengikuti pelbagai2 segmen. Terima kasih pada mereka yang pernah join segmen2 aku walaupun baru sekali aku bersegmen sehingga kini. Terima kasih kepada cikgu2, kawan2 dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar aku selama aku hidup bersama blog aku ni.

Mungkin ada yang tertinggal, mungkin aku terlupa. Andaikata aku begitu.. ucapan terima kasih tetap aku ucapkan bagi mengenang segala kebaikan yang korang lakukan kepada aku. Budi yang korang berikan tak terhitung dek jari yang sepuluh ini, akan aku bawa mati suatu masa yang pasti.

Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih. 

*****

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya

Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun tahun

*****


P/s : Ternyata mengucapkan terima kasih tidaklah sesusah mana

53 Comments

  1. mama tunz pun nak ucap 'terima kasih' kpd afzal yang memeriahkan hidup mama tunz...moga ukhwah kita semua para blogger berkekalan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. kepada blogger afiq yassin kerana telah meriahkan blog afsalsukasuki ni.. he3
    tambah 1 lagi..

    ReplyDelete
  3. terima kasih Allah temukan aku dengan sahabat yang sengal mcm Afzal

    ReplyDelete
  4. huuu , tacingg ,.. terima kasih afzal kerana invite sy dlm group blogger sengal tu ,, sesungguhnya ia telah menyerikan hari2 sy :P

    ReplyDelete
  5. Terima kasih juga sentiasa menceriakan hari2 kami.. ^__^

    ReplyDelete
  6. aii banglong tacing la jumaat ni..

    ReplyDelete
  7. sama-sama..hee

    terima kasih kembali..:)

    ReplyDelete
  8. terharu aku baca terima kasih hang...

    ReplyDelete
  9. terima kaseh jugak pd tuan rumah yg sudi singgah blog saya

    ReplyDelete
  10. 1'st same2..huhu..2nd, trime kasih kembali sebab banyak membantu kami dalam memperbaiki karya dlm berblog..trime kasih kerane menceriakan kami dlm penyengalan yang sgt hebad..(^__^)..

    ReplyDelete
  11. terima kasih afzal sebab dah lukis gambar akak :)

    ReplyDelete
  12. wuwuwuwuwu terharu . kehkehkeh
    terima kasih sudi jadi follower saya dan komen entry saya . TERIMA KASIH BLOGGER SENGAL . awesome :)

    p/s : mudahnya ckp terima kasih
    hihii

    ReplyDelete
  13. dear afzal jugak.....
    thanks so much too coz be my pren together gether.....

    ReplyDelete
  14. HAHA..ingastkan hape td dtg blog tersu shout timakasih..upanye bro berentry bertimakasih ye..huhu..ok.ok.ok.. timakasih5X. sbb selama ini bro menjandi pujaan ramai..hehe...adei..

    ReplyDelete
  15. terima kasih juga afzal sebab sudi jadi kawan saya.. terima kasih untuk semuanya la... :)

    ReplyDelete
  16. sama-sama dan terima kasih jugak.. :)

    ReplyDelete
  17. ok beb, kasih diterima..
    happy blogging dan mesti menyediakan santapan2 entri yang lazat untuk para pembaca..

    :)








    love from your friend
    Nana :)

    ReplyDelete
  18. typo di rangkap ketiga baris pertama ( tanda aku baca ..huhuhuh) apepun hang memang blogger hebat disegani rakan dan lawan..kipidap..;)

    ReplyDelete
  19. alalalala. puitisnye si apzal ni. kih2. jasamu ku kenang ! tetibe

    ReplyDelete
  20. huhu...sama..thanks sebab selalu puji aku comel..aku hargai..lalalala

    ReplyDelete
  21. TERIMA KASIH untuk ko gak coz slalu puji ckap aku hensem laa..aku cute laa..thanks..kembang abis bulu kening aku ko puji..>_<

    ReplyDelete
  22. sama sama kaseh! terima kaseh jugak sbb selalu datang blog kite.. happy blogging! ^^

    ReplyDelete
  23. sama-sama kaseh incik afzal..
    :)

    ReplyDelete
  24. minum air buah selasih,
    padang pasir tempat melata;
    jangan di ucap terimakasih,
    saling membantu budaya kita.

    ReplyDelete
  25. sangat terharu...terima kasih...nak eskrim....

    ReplyDelete
  26. waaaaaaa..nak teriak.nak teriak..kli ptma bca entry ala2 sedih gni..sama2 ye.. & naiemah pon nk bterima ksih jga kat afzal sbb jadi SENGAL !! :)

    ReplyDelete
  27. kenapa baca entry afzal yang satu nie rasa nak nangis je ni >,< apa-apa pun terima kasih juga buat afzal kerana sudi kawan dengan aida yang entah hape2 nie jugak. Seronok kawan dengan afzal nie rupanya sempoi habis. Good Luck afzal :)

    ReplyDelete
  28. terima kasih kerana menyerikan dunia blogging.

    ReplyDelete
  29. Buah kuini enak di makan,
    Di makan pula bersama-sama,
    Jangan malu jangan segan,
    Terima kasihmu kami terima.

    Tiga hari dalam hidup

    ReplyDelete
  30. tacing la plak baca...huhuhu

    ~terima kasih jugak~

    =(

    ReplyDelete
  31. alahai.. syahdunya n3 neyh... seiring dgn hujan2 rintik di sini..

    gerimis mengundang..

    hehe.. trima jugak mas :P

    ReplyDelete
  32. nak ucapkan jugak terima kasih buat afzal kerna selalu buat saya dari moody ke happy bila baca setiap entri2 dalam blog.

    ReplyDelete