Blog Sihatimerahjambu

Kenapa Perlu Busuk?

11:16 AM

Ha..tajuk aku harini dah jelas dan nyata.Sebenarnya dah lama aku simpan..dah naik kepam dan bernanah kalau aku tak luahkan.Aku dah penat jaga hati orang..bila fikir2 kesian, xbaik malukan orang.Hmm..xkisahla aku nak diskas gak psal benda nih!

Busuk memang sinonim ngan sampah.So korang rasa sampah je ke yang busuk?Kalau sampah wangi..aku nak simpan buat pati minyak wangi.Aku simpan lama2 dalam rumah aku..letak dalam kete buat air freshener.Tapi hakikatnya sampah memang busuk.Tapi kalau orang busuk..nak dikategorikan sebagai sampah jugak ke?Haha..pada aku, aku xkategorikan dorang macamtu, tapi aku masukkan dorang dalam group PERANGAI MACAM SAMPAH.Ha apsal aku nak bukak cerita ni ea?sebab selama aku hidup..dah macam2 jenis manusia aku jumpa.Aku tau korang pun ada terserempak ngan spesis2 macamni..dan mungkin korang juga salah seorang daripada mereka.Hehe

Bau badan
Ni banyak aku jumpa since aku sekolah lagi.Aku tak salahkan mereka yang mempunyai masalah macamni, tapi kenapa mereka xcuba cari jalan..sekurang2nya berusaha untuk kurangkan sikit bau badan..xmengganggu jiran tetangga, rakan2 dan masyarakat sekeliling.Aku paling menyampah mereka yang xreti nak pkai bedak..xpun deodoran!Lagi2 bila aku naik pengangkutan awam..dalam lif atau di tempat yang sesak.Bila stat angkat ketiak..perghh bau bangkai!Bukan lelaki saja ok..wanita pun sama.Penampilan luaran memang high, tapi ketiak bau cagu.Kalau korang bernasib baik..xtunggu angkat ketiak pun dari jauh dah boleh bau busuk badan.Kebanyakannya yang aku jumpa warga2 asing la.Tapi aku pelik la macamana dorang leh tahan bau badan dorang sendiri tu..Tengik macam tungkik!Then dah la badan berbau..baju plak jenis yang basuh 2 minggu sekali.Perghh memang nikmat untuk orang yang tunggu nak mati.Kalau2 ada yang rasa nak bunuh diri..korang duduk sebelah orang macamni je.Hey kalau hari2 macamni boleh mati deria bau aku!Busuk kuasa 2.Haha.Jenis busuk + pengotor.Tu kalau rendam dlm air..mau hitam air jadinya.Aku tegaskan kat sini..bukan salah kalau badan berbau, tapi menjadi satu kesalahan pada ak..tuan empunya badan tidak tahu cara2 untuk menjaga kebersihan dan bau badan sendiri.Please do something la!!Aku xtahan setiap hari perlu bau busuk dari badan orang.

Sendawa dan Kentut Sesuka Hati
Ni satu lagi kes yang leh buat darah aku mendidih.Sesuka hati je sendawa dan kentut.Kalau sendawa kosong xpe la..ni kes2 baru lepas makan durian, petai, jering..sendawa depan muka aku plak.Giler busuk!Pastu buat muka tak bersalah je.Adeh pedihnye aku.Nak menjaga hati punya pasal..aku buat2la undur kebelakang sikit..cover2 tutup idong.Isk kalau aku teruskan bau..leh muntah aku kat situ.Buta2 je.Then masalah buang angin @ kentut sesuka hati.Kalau kentut berbunyi..senang nak detect.Leh aku terus tikam sampai mati je.Ni jenis kentut secara rahsia.Tiba2 datang bau je.Ohh tidak!!memang haram!Aku leh terima kentut di kawasan terbuka..tapi bukan kentut di dalam lif.Adeh..kalau aku dapat aku sula.Please la bro..kalau boleh tahan, tahan..jangan kentut depan aku.Simpan kentut untuk kegunaan sendiri.




Bau Mulut
Spesis ni aku tak tau apsal..samada dia ada masalah mulut @ jenis payah nak gosok gigi.Bau mulut ngan kaki dah tak jauh beza..kadang2 leh konfius mana satu mulut..mana satu kaki.Kalau aku jumpa spesis macamni..aku jarakkan diri aku je.Lagi jauh lagi bagus..Kalau nak kelihatan lebih kejam, bila dia cakap aku terus tutup hidung.Xpun bila dia mula bercakap..aku bagitau la "Wekss..bau tikus mati la.Engkau xbau ke??" pedih lor..aku rasa pastu mesti dia bunuh diri.Haha.So korang rajin2 la kunyah chewing gum ke, makan gula2 mint ke..cover sikit bau mulut tu ye.Bukan ape, kalau nak jumpa klien..bahaya tu.So beringat2 la k

Ha tu je ku nak cerita.Aku benci bau2 busuk yang di atas.Aku tau korang pon pernah alami..tapi kadang2 kita malu nak bagitau.Cuba bagitau secara personal.Xpun secara diam2 korang hadiahkan pewangi ke..deodoran ke..so hopefully dia leh faham dan tau masalah yang dihadapi olehnya sehinggakan boleh mengganggu orang lain disekelilingnya.So bagi mereka yang berkenaan..jagalah kebersihan diri ye :) Aku tak saggup pakai face mask ke mana2 semata2 mengelakkan bau busuk dari badan orang.K jumpa lagi nanti :)

Korang Pernah Dengar Lagu Ni Tak??

10:16 AM

Aku ngah layan mp3 nih.Aku layan semua jenis lagu..kira aku ni universal la.Tapi kalau 24 jam korang bagi aku dengar dangdut..leh jem gak kepala hotak aku.Hehe.Tapi bila time lewat malam sebelum tido..memang masyuk kalau dengar lagu old skool.Lagu masa aku kecik2 dulu.Aku sering dengar lagu2 dari kumpulan Putra, XPDC, Samudera, Exist..macam2 lagi la.Tapi certain2 group lain jarang aku dengar..Selak gak asyik dengar lagu yang sama je kan?kan?So kat sini aku nak kongsi dan pada masa sama nak tanya..korang pernah dengar lagu ni tak??

video
Febian - Eva Natasya

video
Metafora - Wasangka Cintaku


video
Garuda - Rahsia Tapi Nyata


video
Kasawari - Teguh


video
Kejora - Bila Kasih Menyepi


video
Lemon T - Kerana Janji


video
Putra - Dalam Kehadiran Kekasih


video
Terrarossa - Gering

Banyak lagi sebenarnya aku nak letak..tapi terlalu banyak la.So amacam?Pada aku lagu ni jarang ke udara, lagipun banyak kenangan.Oo bdw ada dikalangan korang akan kata jiwang karat laa..feeling lebih la.Most of yang kata macamtu..dilahirkan tahun hip hop..K-Pop.Nop!Its not about dat k.Aku yang dilahirkan tahun 80an..aku dibesarkan dengan lagu2 macamni.Aku berada di zaman era kegemilangannya.Samala macam Pop Yeh Yeh.Aku xminat..tapi memandangkan mak abah aku berada di zaman kegemilangannya..xleh nak buat pe la kalau dorg minat.So guys..seyesly kalau xde yang lama, takkan ada yang baru.Muzik berubah mengikut zaman..so terimalah hakikatnya ye :)

Halia, Lengkuas dan Kunyit ~

3:27 PM

Salam.Ni aku nak citer..korg kenal tak menatang yang aku sebut kat atas ni?Halia, lengkuas ngan kunyit??Bagi kaum2 ibu..mestila korg kenal tol x?Kaum2 bapa pun tak terkecuali sebab terpaksa kenal menatang ni setiap kali korang dipaksa ikut pegi ke pasar.Samada korang pegi pasar secara sukarela, atau diminta tunggu kat kereta sebab xde parking ataupun korang kene gak folo wife korang sbab kena angkat bakul barangan.Hehe..Bergelak2 dahulu..bersakit2 kemudian (Ha tu peribahasa untuk diri aku sebab aku blom kawen lagi).So yang muda rumaja tu..bujang bujangan yang jarang ke dapur..samada korang kenal, ingat2 lupa atau memang xkenal langsung, meh sini abang long nak kenalkan apa itu halia, lengkuas dan kunyit.


Lengkuas







Lengkuas adalah rizom yang sekeluarga dengan halia. Lengkuas banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia sebagai bahan perasa dan rempah. Ia digunakan seperti serbuk halia - ditumbuk atau dihancurkan. Ia mempunyai rasa pedas seakan-akan halia dan lada. Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur yang lebih kental dari halia segar dan kulit kurang berserat. Lengkuas banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti gulai. Ia mempunyai bau damar yang lembut, seakan-akan pokok pain. Seperti halia, lengkuas adalah rempah yang sering digunakan untuk menyahbaukan ikan dan daging.Permukaan halia ni lebih cerah dan berwarna cream kemerah2an ye..dan permukaan yang licin.Ha so korang dah kenal ngan lengkuas??So kita beredar ke halia plak

Halia




Halia atau nama sebenarnya Zingiber Offcinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan.Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam u s u s kecil dan usus besar. Ubat-ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.Halia ni berwarna cream..tapi permukaannya kasar sedikit ye adik2..Ok seterusnya kita pergi ke kunyit plak..


Kunyit




Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.Kunyit ni plak berwarna oren du bahagian dalamnya, kulitnya berwarna coklat..permukaan kasar ye.


So apekejadah aku nak citer pasal 3 item ni?Sebenarnya aku dah puas, selak, menyampah..setiap kali mak aku suh pegi kedai beli halia..aku bawak balik lengkuas.Bila beli lengkuas..aku bawak balik halia!Dulu mau 2-3 kali aku ulang alik tukar barang kat kedai.Sebab aku xkenal 3 item ni..rupa dia pn dah nak sama je.So aku ketengahkan 3 benda ni harini..supaya adik2 aku..kengkawan dan bujangan yang len tak kena apa yang aku rasa.Penat weh ulang alik pegi kedai jas hanya salah beli barang.So harini korang dah expert mengenal KUNYIT, HALIA dan LENGKUAS.Hehe :D

Apa itu Freaks?

1:51 PM

Hy guys..harini aku nak lepak, borak2 1 topik ni memandangkan sebelum ni aku ada terbaca satu artikel..aku tak tau samada korg leh berbangga, pelik @ menakutkan korg.Pada aku pulak..sedikit horror la memandangkan apa yang aku baca pun bertajuk Freaks.So apa tu Freaks??

Freaks ni adalah kumpulan di mana mereka tak seperti manusia!Perghh ape punya ayat la..tapi tu la kenyataannya.Aku xleh nak describe macamana sebab mereka manusia yang bukan seperti manusia lain.Mereka jadi begini bukan disebabkan terkena radiasi ataupun mutasi, tapi kemungkinan akibat penyakit genetik atau keturunan.Tapi jangan korg pandang rendah mereka ni sebab merekalah kumpulan yang bertanggungjawab membawa sarkis ke era kegemilangan.Namun apa yang penting aku nak bagitau..mereka juga manusia ciptaan tuhan, cuma mereka tidak sesempurna kita.


So Freaks ni asalnya manusia biasa, cuma yang bezanya mereka dilahirkan tidak normal.Maksud aku dorg cacat, xde tangan @ kaki, masalah tumbesaran, kecacatan otak, dan penampilan yang berbeza dari manusia normal lain.Namun kadang2 mereka ni disalahertikan dan dianggap raksasa oleh masyarakat.Freak Show sangat popular sekitar tahun 1840 - 1940.Mereka mengadakan pertunjukan sarkis dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan caravan.Kebiasaannya pertunjukan mereka, turut mempersembahkan haiwan2 cacat seperti lembu berkepala 2, khinzir bermata 1 dan kambing bertanduk 4.Namun tarikan persembahan ini adalah tertumpu pada barisan manusia yang dianggap cacat namun mempunyai kelebihan tersendiri.So meh sini aku nak memperkenalkan setiap watak yang ada dalam Freaks.

The Lobster Boy
Nama sebenarnya Grady Franklin Stiles Jr.Dia dilahirkan di Pittsburgh pada 18 Julai 1937.Dilahirkan dengan sepasang tangan seperti ketam, dan cacat di bahagian kaki menyebabkan dia diambil sebagai anggota Freaks.Dia tidak mampu berjalan, dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Walaupun tangan dia macamtu..tapi sangat kuat dan mampu melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.Dia berkahwin sebanyak 2 kali dengan 2 wanita berbeza, dan mempunyai 4 orang anak.Dia akhirnya ditembak mati oleh jiran sebelah rumahnya yang diupah oleh menantunya sendiri semasa menonton televisyen.



Prince Randian : The Human Caterpillar
Mula2 aku tengok..betul2 macam ulat..2kali tengok macam bantal pelok pon ada.Ha tu la keunikan Prince Randian.Nama sebenar tidak dapat dipastikan dan dilahirkan di Demarara, British Guyana pada tahun 1871.Dia juga digelar 'The Living Torso' kerana dilahirkan tanpa tangan dan kaki.Dia diperkenalkan di dalam Freaks oleh PT Barnum dan menyertai banyak pertunjukan karnival di seluruh Amerika selama 45 tahun.Di sebalik kekurangan yang dimilikinya, dia pandai menarik minat penonton dengan kebolehannya bercukur, melukis dan menggulung rokok.Dia juga dikatakan oleh masyarakat setempat sebagai tukang kayu yang bagus.Dia berkahwin dengan seorang wanita Hindu dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1934 di usia 63 tahun.


Schlitzie
Next!!Aku nak perkenalkan Schlitzie atau nama sebenarnya Simon Metz.Dia dilahirkan pada 10 September 1901 di New York.Asalnya dia mengidap penyakit microcephalus yang mengakibatkan kepalanya tidak membesar dan tiada pertubuhan pada bahagian otak.Dikatakan dia telah dijual oleh orang tuanya sendiri kepada PT Barnum(tuan punya caravan).Penonton yang hadir kerapkali keliru dengan jantinanya kerana dia sering berpakaian perempuan sewaktu membuat pertunjukan.Eventhough dia cacat, tapi dia pandai menyanyi dan mengira hingga 10.Dia meninggal di Carlifornia pada tahun 1961 ketika usianya 80 tahun.


Johnny Eck
Seterusnya aku nak memperkenalkan John Eckhardt atau dikenali sebagai Johnny Eck.Dia berasal dari Maryland.Dia dilahirkan tanpa kedua2 belah kaki dan mula menyertai sarkis dalam usianya 11 tahun.Eck juga pernah menbintangi beberapa buah filem seperti 'Freaks' (1932), 'Tarzan The Ape Man' (1932), 'Tarzan's Escapes' (1936) dan 'Tarzan's Secret Treasure' (1941).Eck menetap bersama abangnya di Baltimore dan menghembuskan nafasnya di dalam todur pada tahun 1991.


Mule Face Woman
Kesian aku tgk makcik sorang ni..Dari nama yang diberi tentu korg pn dah agak dia macamana.Nama sebenar dia Grace McDaniels, dilahirkan di Iowa pada 1888.Dilahirkan dalam keluarga normal tapi dia mengalami masalah genetik Sturge-Weber Syndrome yang menyebabkan kesan parut dan ketumbuhan yang amat ketara pada wajahnya.Dia mula menyertai FW Miller Freakshow setelah memenangi gelaran wanita paling hodoh pada tahun 1935.Bagi mereka yang rapat dan mengenali Grace, dia dikatakan seorang kawan yang baik dan ibu yang penyayang terhadap anaknya.Dia melahirkan anak bernama Elmer, lahir hasil eksploitasi pekerja lelaki di karnival tersebut.Anaknya membesar dan menjadi seorang yang panas baran, suka memukul dan mencuri duit ibunya.Akhirnya pihak sarkis terpaksa menyingkirkan mereka berdua disebabkan tidak tahan dengan perangai anaknya.Mereka berdua akhirnya ditemui mati pada tahun 1958


Jojo
Jojo atau nama sebenarnya Fedor Jeftichew, dilahirkan di St. Petersburg, Rusia.Dia dihahirkan dengan menghidape sejenis penyakit yang dikenali sebagai hypertrichosis di mana seluruh tubuh badannya di tumbuhi bulu yang sangat lebat.Selepas kematian ayahnya, dia menyertai kumpulan PT Barnum pada usia 16 tahun dan dibawa ke Amerika Syarikat.Di dalam Freaks, dia diperkenalkan sebagai manusia yang menyerupai anjing yang sangat ganas.Dia mampu menderam dan menyalak seperti anjing dan membuatkan pertunjukannya sangat popular dikalangan penonton.Dia mampu menuturkan 3 bahasa iaitu Rusia, Jerman dan Inggeris.Dia meninggal di Greece pada tahun 1904.


Lionel The Lion Faced Man
Next aku nak memperkenalkan watak seakan2 Jojo..tapi dia ni diperkenalkan sebagai singa la pulak.Nama sebenarnya Stephen Bibrowski dan dilahirkan di Poland.Dia mengalami penyakit yang sama macam Jojo.Dia ditemui oleh lelaki Jerman pada usia 4 tahun dan mengembara ke seluruh eropah bersama PT Barnum.Di sebalik kefreakannya itu dia soerang yang amat bergaya, suka mengenakan pakaian yang berjenama dan mampu menuturkan 5 bahasa.Dia meninggal di Itali pada tahun 1932.



General Tom Thumb
Seterusnya aku nak memperkenalkan si kecil molek comey loteh ni..General Tom Thumb atau nama sebenarnya Charles Sherwood Stratton.Dilahirkan di Connecticut pada 4 Januari 1838.Mak bapak dia bersaiz normal dan semasa kelahirannya juga dia dianggap bayi yang sihat.Namun tumbesarannya mula terhenti pada usia 6 bulan.Walaubagaimanapun pihak hospital mengesahkan yang dia sihat walafiat.Disebabkan tumbesarannya terbantut, ibu bapanya menjadi malu dan diserahkan kepada PT Barnum.Dia dibawa ke New York dan Barnum banyak mengajarnya membaca, menulis, menari, ilmu pertunjukan pentas dan lakonan.Napolean merupakan watak yang paling digemarinya untuk dilakonkan.Popularitinya juga membuatkan dia berjaya membuat persembahan di hadapan Queen Victoria sebanyak 2 kali.Dia mengahwini Livinia Warren yang juga mengalami masalah tumbesaran.Tom bersara dengan hasil pertunjukannya yang mewah dan dia meninggal akibat strok pada 15 Julai 1883.Upacara pengebumiannya dihadiri oleh 10 ribu orang tetamu.



Ramai lagi watak2 penting dalam Freaks ni..antaranya ;

Zip dan Pip


Eng dan Chang


Daisy dan Violet Hilton


Krao


Sebenarnya ramai lagi ahli2nya..sebab ahlinya sering bertukar ganti.Namun tu je yang sempat aku kenalkan..At last sarkis ini terpaksa dihentikan kerana mendapat tentangan disebabkan mempergunakan golongan2 seperti ini untuk mendapatkan keuntungan.Tapi pada aku la..istilah mempergunakan tu xpatut sebab dari apa yang aku baca..mereka yang terdiri daripada Freaks ni disisihkan oleh masyarakat.So dengan menyertai sarkis ni..setidak2nya mereka dapat menghiburkan dan menunjukkan yang mereka juga berbakat seperti manusia normal yang lain.Peace :)

Sekali Betul2 Touch 'n Go laaa ~

8:17 AM

Aku ingat peristiwa ni..aku xboley lupa even aku disiksa, didera..sori mmg xblh buang dari ingatan aku.Seingat aku 2 tahun lepas masa tu aku ngan famly on da way nak pegi kenduri kawen kat Melaka.Drive 1 kerete je almaklumla xsemua pegi, Angah OT dan adik aku Irfan xnak ikut.At last kami pun sampai di tol Kajang..dan segala2nya bermula disitu.Jeng..jeng..jeng!

Setibanya kat tol Kajang tu, abah aku lari dari rutin yang biasa dia lakukan.Kali ni kitorg xlagi lalu ke kaunter tiket, tapi ke kaunter TnG.Pergh sudah maju abah aku nih semenjak dua menjak ni.Laluan pagi tu agak lengang namin stil ada kereta la.Bila sampai di kaunter pandu lalu TnG, abah aku dengan muka yakin menurunkan cermin tingkap dan sentuh mesin TnG dengan tangannya.Kami adik beradik dan mak aku yang tadi seakan teruja tiba2 diam membisu..kelu lidah xkata pape."Abah buat pe ni?" aku cepat2 tanya."Eh bukan sentuh ngan tangan..kita boleh jalan" Perghh kelepek kena setempek kami pagi tu ngan lawak spontan bapak aku.Aku tau dia bukan sengaja tapi dengan cara dia yang penuh yakin tu..buatkan kami gelak terbahak2.Adoi kalau semua orang sentuh pakai tangan..leh bankrup konsesi tol Malaysia nih!Haha..

Sekali Salah Orang Daaaa ~

4:08 PM

Dulu aku masa skolah menengah, aku dok hostel.Aku ni minat ngan orang..tapi orang belum tentu minat aku.Yela, aku skema dulu..serba serbi atas bawah mak aku dh siapkan untuk aku.Aku pakai cermin mata pun..bingkai old skool 4 segi warna gold.Memang sadis..sekali aku tengok, dah boleh ganti pengetua aku daa..

Dah2 tu bukan ape yang aku nak ceritakan.Sekolah aku ni, pengambilan pelajar baru dibuka untuk tingkatan 4.So ingat2kan nak cari sorang awek la..yela tengok budak2 len bukan men lagi cinta munyit..sekurang2nya aku nak gak pengalaman macam dorg.So bila form 4 baru masuk..aku tengok masing2 yang masih bergerak solo..yang sebelum ni kusut masai, mula start berdandan.Yang dulu rambut serabai..mula pakai Tancho setempek kat kepala..klu time panas confom meleleh.Ketiak yang dulu bau parit, skrang orang kata dh bau pati minyak wangi.Punyala masing2 nk expose diri sendiri..termasuklah aku.Aku pun xnak kalah.Tapi aku agak beruntung time tu sebab time tu tengah panas pertandingan Choral Speaking dan team aku masuk ke peringkat Daerah.Aku la Koreografernye..eh betul ke ejaan?sbb aku xreti eja dalam Bahasa Melayu.Tershashyul :P Tapi aku pn men hantam je kat depan tu..pedulik hape aku orang len bukan tau.Hehe

So nak dijadikan cerita..wah baru masuk isi2 penting nih, tadi aku mukadimah je.Aku berkenan ngan sorang awek nih.Bukan budak kelas aku.Dia kelas 4A3..Type aku masa tu ala2 alim cikit.Bertudung litup, macam wanita melayu terakhir la katakan.Hehe.Dolu2 la..skarang ni xleh nak memilih sangat..umo pon dah lanjut.Hehe.Then aku pon mula la riki2..tanya kawan2 aku.Tu yang menjadi masalahnya, sepatutnya aku tanya budak kelas dia sendri.Ni aku tanya budak kelas lain.Bila aku jumpa kawan aku nama Abdul Rahim Abas (perghh nama penuh memang xblh blah) aka kambing..dia dengan telus dan confiden kata Rosnah.Pergh aku dgn penuh angkuh dan takbur terus tulis surat pengenalan.Dah terbiasa..kata scorer subjek BM, kena ada pendahuluan..isi2 penting dan penutup.Siap ada rangka karangan lagi.Kalau cikgu BM aku baca, confom meleleh hingus dia tatkala menyelami isi hatiku.Kata ayat power!

Dah siap aku suruh kawan kelasnya letakkan di bawah meja.Huhu betapa hebat punya ayat la katakan..petang tu aku dapat surat jawapan.Wahh..cantiknye tulisan.Ada tulisan khat lagi.Aku dah agak betul la budaknya nih.Tapi yang peliknya..time aku kua kelas, ada la minah ni tergedik2 bila nampak aku.Nampak aku je..cepat2 tersipu2 malu masuk dalam kelas.Aku mula pelik..Ai femes gak aku kalau ada orang len admire camni.Haha.

Bila aku tengok kerap sangat budak tu memerhatikan aku..aku pun tanya budak kelas dia.Budak kelas dia kata yang tergedik2 tengok aku tu la Rosnah!Pang!!!Haram jadah mati aku.Abis aku tanya plak sape nama budak yang aku minat.Dia kata tu Aisyah.Perggghhh!!Time tu aku rasa malu yang amat sangat.Apsal la aku boleh salah orang ni.Dah la peluang datang seumur hidup..boley plak salah orang.Time tu aku tengok Rahim kecik besar kecik besar je..sambil berjalan2 makan aiskrim tanpa rasa bersalah.Memang haru nasib aku time tu.Tu la kenangan yang tak dapat aku lupakan masa tingkatan 4.Nasib la masih perempuan..walaupun tersalah pilih.Kot2 kalau nama Rosnah tu jantan!!Harammm!!Haha :D

Wekss ~ Makanan Paling Teruk !!

12:58 PM

Salam.Hy guys berjumpa lagi kita :) Hari ni baru nak update..smalam amik EL sesuka hati, sebab rasa wiken hari tu macam xcukup rehat je :) So harini aku aku nak borak pasal makanan plak.So kalau sesiapa yang sedang makan tu..pegi makan jejauh, jangan baca selagi korg blom abis makan k.Aku nak kongsi info pasal makanan paling teruk di dunia.Jeng3 :P


Escamoles Dari Mexico


pokok kelumpang telur

Haha korg tgk semangkuk bijirin ngan semut.Ape menu yg korg leh bayangkan?Ni la escamoles, makanan penduduk mexico.Tapi jangan sangka bijirin tu cereal k..tu la telur semut gergasi Liometopun..sejenis semut yang terdapat di Mexico, membuat sarang di akar pokok Agave (Kelumpang Telur).Untuk mengumpul telur-telur semut ni bkn senang2 punya keje beb..sebab bisa digigit semut ni leh membawa kematian.Pergghh..Bak kata orang, kerja susah..mesti hasil yang lumayan..macam amik madu kat pokok ketapang la..tapi korg rasa lumayan ke mkn telur semut??Haha


Biasanya telur semut ni dimakan ngan ngn keju, mentega dan kekacang..perghh yum2.Haha.Cara hidangannye memang menarik, tapi awas..pastikan korang lihat dulu isi kandungannya.Jangan smpai perut korang menetas semut2 plak.Yaribba andre2.Haha


menarik?ingin cuba rasanya?


Casu Marzu Dari Itali
Bunyi macam pasu je kan?Memang sedap tertarik casu memang da bomb!Haha.Casu Marzu merupakan keju yang diperbuat dari susu kambing.Tu belum siap lagi ea..kena tunggu keju tu dijangkiti oleh lalat keju dan menghasilkan ulat keju yang mereput dan sangat busuk.Haa..inilah menu kita hari ni.Hehe






Larva lalat keju mampu melompat setinggi 15 sm ke udara, so while korg sesedap makan tu, make sure larva tu xmelompat masuk ke dalam hidung korg ea.Putus plak nafsu makan korg..yela tengah2 sedap melayan menu yang 'enak'.Larva ini akan melalui perut tanpa dihadam, kadangkala boleh hidup lama untuk membiak di dalam perut di mana mereka akan cuba menembusi dinding usus yang akan menyebabkan korg muntah2 dan juga mengalami pendarahan dalaman.Selain menambah haiwan peliharaan seprti kucing, sapa tau anda juga membela ulat di dalam perut?haha




Casu Marzu adalah hidangan yang dilarang di Sardina.Korang bayangkan la ulat tu menguit2..dan melompat2 menyelamatkan diri dati habitan dorg yang menjadi makanan korg.Bila korg mencucuk larva tersebut..ia mengeluarkan sejenis cecair yang dipanggil larigma bermaksud air mata..Perggh..skali siap jus la.haha.eeiiii geli aku!!


Lutefisk Dari Norway
Selepas korang puas bergeli-geleman..apa kata korg pergi ke menu seterusnya di Scandinavia yang tersangat la bersihnya.'Terlalu bersih' di sini aku maksudkan sebenarnya adalah sejenis menu makanan tradisional Norwayyang diperbuat daripada ikan kod, disimpan beberapa hari dan direndam di dalam sodium hidroksida hinggakan dagingnya cukup tajam untuk mencairkan sudu, garfu, pinggan mangguk korg.Xpe korg jangan risau sebab usus korg lagi tebal dan keras daripada besi.Hoho








Untuk pengetahuan korg, dlm makmal @ industri berat..sodium hidroksida digunakan membersihkan longkang, digunakan sebagai pencuci lantai, clorox, membunuh tumbuhan, menjana bateri dan menghasilkan bio-diesel.Sentuhannya cukup membuatkan anda buta, hilang deria rasa, parut dan kesan terbakar.Xpe2..macam aku cakap tadi..perut dan tekak korg kuat dan mampu menelan menu ni.Hehe :P


Arak Haiwan
Wah dah puas dengar arak anggur..meh la kita berkenalan ngan arak haiwan plak..Eh..tu dalam bahasa sopan, dalam bahasa kureng aku panggil jus haiwan mati.Haha.Xnak la..menakutkan kn?Kita panggil arak haiwan la :P Haiwan di dalam minuman keras dipanggil 'tonik kesihatan' tradisional bagi sesetengah negara Asia termasuk China, Korea dan Vietnam di mana rasanya seperti minyak tanah mentah.Ada macam2 jenis..korang boleh pilih sendiri iku citarasa korang.Arak anak tikus yang baru lahir, arak ular tedung selar, arak kala jengking yang berbisa dan mcm2 lagi la.Ha mana korg berkenan?Apela sangat asyik tertelan semut dalam air je kn?sekali skala korang letakla bangkai anak tikus.Baru masyuk!!haha :D




Balut
Balut merupakan menu yang berasal dari negara jiran kita, Filipina dan Kemboja.Aku pernah tengok dokumentari, balut dijual dan di jaja di tepi2 jalan je.Senang sangat nk dapat..tapi aku xtau la macamana rasanya.Ia merupakan telur itik yang dieram sehingga fetusnya berbulu dan berparuh.Setiap kali korang mengupas kulit telur, korang akan mendapati bayi itik sedang tido nyenyak.Namun aku pasti rasa embrio yang xberapa nak jadi tu mesti buat korg muntah time tu gak..Tp disyorkan kalau korg nak makan..letak kicap sikit.Baru ada umph!!Hehe.Kalau mak aku tengok aku makan mcamni..mesti dia menangis ingat aku xd benda lain nak makan.Haha




Kerandut Haiwan
Haha.Pelik tapi benar..aku guna kerandut @ testis haiwan je la ye, nampak lebih sopan.Menu ni popular di kalangan penduduk Beijing (confom aku xkan pegi sana).Bila korang order menu di sana, make sure korang tahu dan kenal menu yang korang order ye, sebab aku takut korang akan dihidangkan dengan testis haiwan.Hehe.Macam daging biasa..agak liat kerana otot semata2.Biasanya digunakan testis rusa, kerbau, keldai dan kadang2 singa laut!Aku xboleh bayangkan..kalau alat persenyawaan haiwan masuk dalam mulut aku.Korang ingat ni fear factor ke hape!!Haha :D



muka innocent je..macam haram

Otak Munyit (Monyet)
Masih lagi di China..Dengan mengamalkan makan otak monyet..dapat merawat penyakit lemah tenaga batin.Betul ke?Haha.Ha itulah yang terjadi di China,Manakala puak Anyang di Cameroon masih mengamalkan amalan tradisi di mana ketua kampung yang baru dilantik dikehendaki memakan otak monyet!Nasib aku rakyat Melayu-Malaysia.Xdela kena makan benda pelik2 macamni.Restoran di China ada menyediakan menu otak monyet.Monyet hidup dihidangkan, kepalanya di apit..dan bila nak jamu selera, tengkorak monyet ni di kupas, so meratahlah tetamu yang hadir..Leh x korang bayangkan monyet yang masih hidup tu meronta2 kesakitan..dan otak monyet yang berdenyut2 lagi..Isk3 memang kejam laa :(


Dah la..aku pun naik mual cerita benda2 nih.Tapi tu la rencam dan selera manusia..banyak2 benda yang bagus dimakan..benda2 pelik ni jugak yang menjadi sajian.So be careful ngan menu yang korg order hari2 ye.Setakat gonggok ngan ulat2 ni aku dah biasa makan..biasala dok hostel dulu.So jmpa lagi nanti :)

Apsal Ludah?

12:14 PM

Haha..ni bukan cerita aku ye.Ni cerita kwn aku.Benda ni berlaku masa ktorg pegi semayang Jumaat.Yela bukak citer semayang Jumaat la plak..kan hari ni Jumaat :) So dia pn g tempat nak ambil wudhuk..Mula2 tu chantek je xd hal..tiba2 kaki dia bsah kena air.Aii baru bsuh muka..air dah sampai kaki?Then dia tgk ada pakcik di sebelah kanan dia ngah berkumur2.Myb pakcik tu terbuang air kumuhan kat kaki dia gamaknya..so kwn aku ni cntinue la amik wudhuk blik sambil menjarakkan diri dia..tkut2 pkcik tu ludah blik.Sblm tu smpat la dia bilas2 kaki dia tu..yela mana la tw ada baki2 cili dr air kumuhan ke..terlekat kat kaki dia td.Hehe.Tgh dia nk bsuh muka..sekali lagi dia kena kaki dia diludah air kumuhan pakcik tu!Ai pakcik ni lebeh..nk kata dia xnmpak..kwn aku tu besar gedabak.Kaki dia pn bsar mcm kayu belah!Yang xboley blah muka pkcik tu selamba innocent.Muka mcm baby je.Haha.Rasa mcm dh jauh dari pakcik tu..tp blh lagi dia ludah.Haha..Tension aku tgk kwn aku tu..Pakcik tu msih terus mengambil wudhuk ngan muka xbersalah.Mgkin pkcik tu rabun kot :) Kwn aku double check..sah xde cili melekat kat kaki..so xd la dia mrh sgt.Haha.Mcm ni pnya org pn ada :P

Kenapa Aku Masih Bujang??

10:53 AM

Ha tajuk aku hari ni..aku sendiri nak menyelongkar kenapa aku masih bujang.Ada di kalangan korg yg sama kes ngn aku, umur dah lewat tapi xkawen2.Lagi2 kengkwn pompuan aku..bila jmpa citer pasal kwen..jmpa je ngadu apsal xde org nakkan dia.Hehe..klu aku leh jawab soklan dia..dah lama aku kawen kak oii :)

Berbalik pada tajuk aku hari ni..aku bukak citer pun sbb ngah lyan diri sensorg, mengingatkan tiap kali aku blik kg mak abah aku mesti tanya bila aku nak kawen?Dorg sibuk nk timang cucu katanya..mula la mengarut bukan2..kata takut xsempat tgk aku kawen la sbb dorg makin tua.Yela aku anak sulong..so ikutkan kira2 asas matematik darjah 2 mmg aku la kena kawen dulu.Aku senyum je..kdg2 aku berjenaka supaya xde la serius sgt.Aku pn klu boleh nk kawen..mmg tahap wajib kawen dah aku nih.Kwn2 len sebaya aku anak dah 2-3 org, tu klu yg produktif mau cecah 5 org dah.Hehe.Blm masuk yg ter-eksiden.Hoho.So kenapa ea aku masih bujang?

Simpanan Xcukup Lagi
Ha ni sebab utama aku..simpanan xcukup lagi.Tiap kali menyimpan..xlama pastu korek tabung sbb kete buat hal, korek2 lagi sbb nak raya, korek punya korek nk bayar road tax.Klu asyik korek bila nak penuh daa.Macam kwn aku kata..klu nak tunggu cukup simpanan..jawabnye xkawen la ko Long..Betul ape yg kwn aku cakap, tapi kawen stil guna duit.Sorg lagi kwn aku ckp, time ko nk kawen..time tu akan dtg macam2 cara nk dapat duit.Perghh yg ni aku musykil ckit..mgkin sbb aku xnmpak.Aku pn klu nk kawen, xnakla tgkap muat je..xnak la org kata kwen ckup syarat.Bukan nak bermegah2..tapi aku nakkan kepuasan sekali seumur hidup..InsyaAllah mudah2an :) Klu area aku la kt Kajang tu, pling2 busuk pun RM30K la klu aku nak bes ckit.Dpat dlm RM20K pun..kira boleh lg la.Kan bes klu aku dpt hantaran yg murah.Huhu.Tp skarang msg2 hantaran dah tinggi..ai makin aku fikir, makin pening plak.

Kelas Wanita Sekarang
Apa yang aku maksudkan kat cni..wanita2 skarang semuanya terpelajar, kerja tinggi2, workaholic dan mewah2 belaka.Klu ada pun yg setaraf aku ni, koman2 nak pasangan yg kerja bes, income besar, hensem dan dah ada aset.So kat mana aku skrang?Bila aku nampak benda2 tu..secara automatik aku jadi rendah diri.Xde ape yang nak aku tayang masa aku propose smone jadi gf aku.Seyes aku xleh bagi jaminan pada dorg sebagaimana yg dorg nmpak jejaka2 tampan berkereta besar, berjawatan tinggi dlm sesebuah company..segak bergaya tampan sentiasa.Aku xde semua tu! Aku ada kereta honda lama, motor kris lama, xde rumah, gaji pun rm1400 blm tolak personal loan lagi.Nasib la kete dan moto dah abis bayar.Aku bkn nk bukak pekung di dada, tapi itu la hakikatnya yang buat aku fikir panjang..melihatkan org len buat aku jadi kecik sgt.

Wanita Pilihan
Hmm.Susah nk cari wanita buat calon isteri.Pada aku satu masalah sbnarnya.Ada org suggest alaa..cari je la awek2 kg.Ha ko hengat awek2 kg mcm dulu k?Hantaran pn sama tinggi ngn awek bandar.Ntah2 dorg demand lagi tinggi.Dengan peratusan kadar jenayah seksual skrang..korg hengat leh sesuka hati pilih?Siapa tahu cantik di luar..buruk di dalam?Ko nampak k?Luar nmpak suci je..tapi perangai mcm hantu.Alhamdulillah kwn2 perempuan yg aku kenal baik2 belaka..tapi tu la yg jd masalahnya, klu aku pilih dia..adakah dia akan pilih aku?Manusia biasa yg menjalankan kehidupan normal mcm aku ni..masih ada hak utk memilih.Bukan luaran sahaja k..dalaman dan ada ciri2 seorang isteri dan ibu.Mula2 aku akan tanya latar belakang keluarga, pandai masak @ x (sbb aku xsuka mkn lua), bekerjaya, tgk keserasian antra aku ngn dia, dan tgk sejauh mana dia blh terima aku dlm hdup dia.Aku xpentingkan paras rupa, bak kata mak aku..jgn cari yg cantik2 sgt..ckupla yg sedap mata memandang.Klu cantik2 pyah nak jaga.Mak aku pnyalah nak menantu smpai setiap kwn2 aku..semua dia suh ajak dtg mkn kt umah.Haha..dasaaattt.Tp aku bwk kwn lelaki je, kwn pompuan aku semua dah kawen.Huhu

Mindset Aku..
Bila aku hanging out ngn kwn2 aku..dorg suka usha awek.Tp xd la smpai brani nk tegur.Just tgk dr jauh je.Bila tgk awek cun chantek..mindset aku dh bgtw huh..awek ni msti dh ada bf.Bila lalu awek cun berpenampilan alim ayu..aku kata baik sgt, aku xsebaik dia.Bila lalu awek yg biasa, sedap mata memandang..berpenampilan biasa..aku ckap plak ni mesti bini org.Bila lalu awek berpakaian kemas..korporat..aku kata dia kerja besar, xsesuai.So type awek mana yg korg rasa utk aku?Mindset aku mmg dah kata mcmtu..buat aku fikir panjang sampai umur aku 28 tahun ni.Haha.Kdg2 tgk awek bkn men cun..tp bf selekeh giler, mula la aku mengomel mamat tu beruntung @ awek tu yg bodoh.Tu maknanya cinta xkenal siapa..so aku nk dpt cinta mcmtu la payah.Susah nk cari yg org boleh terima aku seadanya.Lagipun aku rasa xde org nakkan aku kot?Sbb sblm ni gf aku..dorg yg approached @ nmpak la yg aku xbtepuk sebelah tangan.Aku ni kira kategori pemalu la senang.Hoho

Cari sendiri ok!!
Mak aku suh aku cari sendiri jodoh aku.Dia xnk sekiranya apa2 yg berlaku selepas aku kawen..aku akn slhkan dia sbb dia yg kenenkan.Dengan mindset dan keadaan aku mcmni..rasa xbersemangat la nk cari.Nak tggu jodoh dtg sendri blh x?hehe.Mcm pompuan plak.Kwn2 bapak aku semua sibuk tnya bila aku nak kwen..dorg kata xsabar.Ai dorg plak yg xsabar?Bkn pe mak bapak aku ni kira org kuat la kt taman aku..So kira aku pn terkena tempias akubat kefemesan dorg.Huhu.Mana taknye..mana2 kenduri kawen mak bapak aku jd org penting, jd penyanggah la, penyambut tetamu..org ingat dh mcm mak bapak pengantin.Hehe.Kwn2  bapak aku punya beria2 nk join g rombongan meminang..siap suh tetapkan tarikh dan masa.Klu korg kat tmpat aku, korg leh rasa semngat dorg ni..aku plak blh jadi teruja.Hehe.Tapi bila aku nak meminang ank org tu?Ada gak rombongan "merisik" aku..nk kenen2kan ank dorg.Tp mak aku xnk..xd la ckp dpan dorg, mk aku cuma kata aku dh ada.Malu nk cerita tp itulah yg berlaku..Kengkawn aku pn ada nk kenal2kan..tp sbb aku pemalu dan rendah dri sgt, so aku tolak mentah2 mcmtu je.Jiran aku masa aku drjah 3 dulu..mak dia siap janji ngn mak aku nk jdohkan aku ngn ank dia bila smpi masa.Mak aku ingtkan dia gurau2 je..bila ktorg jmpa blik msa umur aku 21 kot..btul2 dia suh tunaikan janji.Giler ke hape!!Bukan xnak..bkn memilih.Aku pn xsempat fikir dalam usia aku semuda tu aku kena kwen.Then skrang pn awek tu dh kwen..ada ank sorg.Pernah time raya ada 2 mak budak ni leh gaduh dpan mak aku..msing2 nk menangkan ank msg2 utk aku.Haha.Korg msti kata aku buat cerita kn?Tp itu yg berlaku..2-2 ank dorg pn dh kwen skrang.Aku?Bila nk kwen?

Dejavu..
Mak aku kata aku kawen lewat ni..sbb terkenankan bapak aku kwen lewat dulu.Leh caya k?Aku plak pkir dulu aku kwn perempuan ramai sgt..so pembalasan Tuhan.Sbb bnyk sgt mainkan perasaan org..ni la akibatnye.Eh aku bkn player..aku kwn biasa cuma cara layanan aku tu buatkan kgkwn aku menaruh perasaan.Aku mmg dari kecik ramai kwn pompuan.Mak aku kata nsib aku xpatah..tkut gak kot2 ank sulung dia ni buang tebiat pkai maskara n blusher.Haha :D Tp bab ni aku xfikir sgt..aku cuma anggap jodoh aku lambat, bukan psal dejavu kot.Jodoh, pertemuan, perpisahan di tangan Tuhan kn?

Ha tu la sebab2 aku masih bujang dan xkawen2 smpai sekarang.Aku dh bnyak kali bercinta..selama 28 tahun ni..5 kali aku bercinta..Tapi semua stil cntact ngn aku dan kami xd masalah.Ptus pun secara baik..stil berkawan kecuali seorg.Aku sedih sbb dia dan kuarga dia sggup menggunakan ilmu hitam ke atas mak abh aku.Tp xpela..biar ape org nk buat..mgkin dia puas dgn cara tu.Tp kita yg msih waras ni jgn ikut kata hati dan dendam seperti yg dorg lakukan..klu x kita pn sama mcm dorg.Biasala lumrah manusia.Tu pn leh jd sbb knapa aku msih bujang.Hehe.Cuma aku bersyukur Allah tunjukkan segalanya sebelum aku plan kahwin ngn awek tu.Alhamdulillah :)

K la tu je aku nk cerita psal topik nih.Segala yg baik dan buruk tu..adalah ketentuan dan ujian Allah.So kita sebagai hambanNya jgn mudah putus asa, berusaha dan berdoa agar dijodohkan dgn pasangan yg baik dan sesuai dgn kita.InsyaAllah :) K kumpa lg nxt wik.Wiken ni aku nk blik Kajang.Tata :)

Aku "Suukeeeee" !!

4:59 PM

Aku sukeeee sgt hari ni, di ptg yg berbahagia ni sbb bos aku update tugas utk ktorg.Keje aku buang sampah.Korg rasa keje buang smpah dlm opis ni..keje sape ea??Bkn kerja makcik cleaner k?Haa..ni la jwtn baru aku.Lab assistant merangkap abg cleaner..Bukan aku sorg..kgkwn aku yg len pon kena.Dahla xnk amik cleaner..ktorg gak yg jadi mangsa.Klu sekali sekala dia suh tu aku leh terima, tp skrang dh siap jadual..dh jd tugas hakiki nih..dan akan dinilai dlm SKT(Sasaran Kerja Tahunan).

Sebelum ni bos aku ada bwk perkara ni dlm miting.Dia mengomel..katanya dia susun kerusi dlm meja pantry..Katanya xkan la dia nk kena jadi PRA (pembantu rendah am).Aii??tau pon!Klu xnk susun..apsal xhire org len buat??Klu ko xleh buat..ktorg lagi xboleh buat.Masa temuduga dulu aku apply jawatan Pembantu Makmal..Apsal jawatan cleaner plak aku dpt!Hampeh.Klu tanggung tugas tu..ok la gak..ada gaji.Hmm..bos aku kedekut taik idong masin.Haktuiiihhh!!

Blah2 dh petang.Keje lama2 pn bkn leh OT.Cau dlu geng ~

Kenapa Korean?

1:00 PM

Aku lately blogwalking..jenjalan cari kwn.Bdw MrsMeen..hehe sori aku xtw ko Hanum.Aku ingt sape la..Haha :D K..sambung blik.Lot of the page aku tgk bnyk blogger letak gmbar actor/actress Korean.Kenapa??

Kenapa Korean?
Ok la pada pandangan mata kasar aku..korean mmg cantik, kecik molek.Aku tgk pn kulit dorg halus (xtw la klu dorg touch up make up) and korean guys plak hensem2..tinggi lampai, smart in casual @ formal.Tapi other asian guys pn xjauh beza ngn Korean.Tp kenapa Korean?

weh aku pn tggi la..cuma rmbut dorg je lg tggi dari aku :P



Kenapa Korean?
Nak kata pengaruh rancangan tv..myb gak.Lagi2 klu korg dh kemaruk tgk rancangan 8tv dari kul 8.30 mlm sampai 9.30 malam..adik aku pn layan.Xckup dpan tv..korg bawak citer tu dlm opis plak..so kgkawan korg yg terlepas peluang nk tgk..Korg la yg tlng ceritakan.Bgus tol dpt kwn mcmni..hehe.Tp pengaruh dari drama asian len pn ada..chinese, hindustan, philiphines, thai, indonesia..tp xsekuat pengaruh korean.Kenapa Korean?




Kenapa Korean?
Ada yg kata muka mcm anak patung, rambut pn mcm2 style.So kita berbalik kpd negara asian lain.Pling kuat menghampiri Thai, Philipines dan Jepun.Comel2 ape semuanya..Tp pengaruh besar peminat terdiri dikalangan wanita..so kita tolak tepi dlu Thai sbb guys dia xmnyerlah sgt..Jarang sgt kita lihat di kaca2 tv.Philipines quite rmai..tapi stil kurang vote dari peminat.Hmm..so tinggal Jepun dan Korean.Kenapa tidak Jepun..Kenapa Korean?

Comel kan Park Bom??Aku suka dia..tapi dia blm
tentu suka aku.hehe :D


Kenapa Korean?
Kesimpulannya di sini..aku tgkla..pengaruh yg pling kuat dtg dari Korean nih..K-Pop dorg.Aku sendri salute..very d cheeky even guys pn sama.Both gender sama2 hebat, ada aura masing2..Berbanding jepun..dorg pn stil ada J-Pop tetapi xse-menyerlah K-Pop.Jepun lebih universal..dan style n fesyen yg Korean gayakan myb kene ngan taste dan nampak cantik di mata peminat, membuatkan peminat jadi teruja dan sntiasa follow up trends terkini drpd idola dorg tu.Berpenampilan kemas..muka ala2 xd dosa..suci je memanjang buat dorg lagi..ahhh cairnyeeee!!Banyak terpengaruh citer2 korean korg nih.Hehe.Bdw aku pn mnat Korean, sbb tu aku tnya diri aku blik..kenapa Korean??Hmm..tepuk dada, tnyala selera korg sndri yek :)


Aku minat Big Bang..Bkan kata aku xminat group len, 
tapi sbb dlm tu menyerlah Tae Yang

Wonder Girs antara kumpulan yg menjadi revolusi K-Pop 
dunia sampaikan leh jd ikutan kanak2

KARA.chAaNtEeeKknYe!!

Ohhh..KARA.Nama Kara ni dah mcm produk santan tempatan plak.Hehe

P/S : Las2 aku pun letak gambar Korean..macam hampeh je.Hehe

Roti Jantan laaa...

11:09 AM

Memandangkan aku ada masa sampai sampel kering..so aku ngn abg Aziz pn kua lepak minum dulu (Haa..jgn pkir bikan2 k..dh dpt permission pegawai) hehe.Arini gaji masuk agaknye tu yg abg Aziz nk banje..alhamdulillah murah la rezeki dia.Dia mkn nasi lemak lauk paru, telur gorg..then waiter amik order aku.Aku mintak roti jantan..dia senyum tersipu2 malu.Aik pehal lak minah ni?Ko ingt ada kopi jantan je k??roti pun ada la.Dia tnya aku blik..roti telur ke bang?Aku ulang blik order aku..menu yang sama.Masih lagi tersipu2 malu sambil berlalu..Tak lama pastu..dia dtg ngn menu yg ktorg order.Aiii??Roti telur nih?Roti jantan aku??Dia tersengih2..Abg ni men2 la.Adoi aku tepuk dahi..Hampeh.Masa bayar aku g jmpa abg yg buat roti tu..dia mklumkan waiter tu waiter baru..org seberang.Mgkin dia xtw.Ooo..ok.Xpela,tp next time xd maaf bagimu.Hehe :P

Lelaki ke?

8:20 AM

Salam.Monink guys..hari ni aku macam xsempat je sbb ada sampel nk kena buat analisis..so xnk la tajuk berat2.Hrini aku nk borak2 ringan je.Semalam sehari suntuk aku lepak update blog..then aku dgr huru hara kat hujung opis.Aku tgk kgkwn opis aku dok berkumpul..Macam ada yg menarik je klu dorg kmpul2 mcmtu.Huhu.Biasala gossip :)

Mula2 aku xamik port sgt, tapi bila dorg angkat nama si polan ni..tiba2 aku teruja.Ah join la skejap..dptkn info.Hehe.Ape yg dorg bualkan buat aku terkejut gak..pelik bila aku mula byangkan lelaki perangai mcm pompuan.Aku xralat kalau lelaki lembut..dah mmg ke arah keperempuanan..tp ni mamat gagah perkasa, ahli sukan dan sukaneka..dr luar mmg nmpak jantan la, tp syg mulut mcm cibai.Sorry to say..mamat ni suka jaga tepi kain org, mengadu domba (bg yg xtw mengadu domba ni mcm mengumpat gak la), dan suka tutup periuk nasi org len.Apa yg staf lain buat ada je yg xkena dpn mata dia.Xtually ktorg ni jnis xamik port..klu org xganggu ktorg.Biasala duk dlm lab..mmg xd keje lain.Tp aku xtw kenapa mamat ni cemburu sgt ngn kitorg.Suka sgt menyampaikan bnda bukan2 kt bos.Bos plak ikut jee..yg kena ktorg.Blik2 ktorg..Abis satu isu..tmbul isu lain.Contoh isu yg dia bangkitkan..dia marah kenapa staf makmal dtg awl2 pg!!Pd korg np dia mrah??dia kata klu dtg awl pg,siram pokok bunga xpe gak!Hahaha..aku mmg dh agak mamat ni xde isu la..dia mmg hati busuk.Mmg agak kurg ajar tahap tuntung la mamat ni.Jahat mcm Firaun.Dia sorg je bgus!!Aku xamk port klu dia pgawai..dia pn pencacai ada hati nk blame org sana sini.Klu dia dgki gaji ktorg lagi tggi dr dia make sense la..Hai pagi2 lagi hati aku dh jd panas!

Hmm..tula aku rasa korg pn pernah jmpa spesis mcmni.Aku xsuka la spesis mcmni ada kt opis, org mcmni elok kerja sendri je..jadi penggali kubur ke..biar cepat insaf.Mulut macam haram..aku rasa mulut dia mcmtu sbb makan dr sumber2 yg xbetul kot.Hehe.Selagi dia belum jmpa buku ngn ruas..salgi tu la dia xkan sdar..tp aku rsa dia mmg xkan sedar :(

Tunggu Sekejap ~

2:07 PM

Feberet aku lagu ni..Bkn ape, bila Band Hujan buat koordination baru..perghh mmg layan.New version yang menyengat.Aku xd la minat mana band hujan nih..tapi suara Noh ni masuk la dlm lagu ni.Ada soul di situ :)

video

Korg Xprasan @ Buat2 Xprasan?

1:51 PM

Agaknye korg perasan x ape yg korg buat hari2 smada yg sengaja @ secara tak sengaja.Kadang2 benda tu baik utk kita @ adakala menyusahkan lagi berat menyusahkan org lain.Agak2 korg la..ape benda yang korg buat tanpa korg @ org len sedari setiap hari??Haa..meh tgk list yg aku buat..Ada perkara yg kena btg hidung aku sendri dan aku admit..tp korg plak?Korg nk mngaku x?Haha.Lets check it out :)

  1. Korg kua rumah menuju ke opis @ tmpat2 len..mesti korg ada tertinggal smthing.Contohnya ; kunci opis, bekal mkanan ke, dokumen2 penting opis @ assignment, jam, tag nama, lupa bawa bil2 utiliti yg nak kena settlekan, lupa bwk susu anak, @ pampers yg dh dipesan oleh pengasuh sehari sebelum, list brg yg hendak dibeli di pasaraya, tiket bas, pen drive, lupa buang smpah yg dh penuh kat tong sampah dapur, gincu, lip gloss, handphone, cermin mata, selipar nk bwk pegi smayang Jumaat, tikar klu korg nak pegi piknik dan mcm2 lagi la.Ha..ada bnda yg korg tinggal??hehe
  2. Korg akn cepat2 pakai seat belt bila ada road block kat depan.Klu yg pakai tinted gelap, cpt2 korg trunkan tgkap kete korg..xnak bagi kantoi :P
  3. Korg suh kwn korg punch kad utk korg klu korg lewat smpai ke opis.
  4. Menaip mesej semasa memandu.Mcm haram..aku geram tol ngn org mcmni.Lambat!!
  5. Haa..dah la drive lmbat, pastu lalu plak di lane pling kanan.Menyusahkan org len!
  6. Pegi kedai makan, korg akan amik lauk yg sama @ dalam kuantiti yg sikit..samada korg dh tau harga @ korg budget harga makanan korg haritu xlebih drpd budget yg korg buat
  7. Korg tawar menawar..at last korg xnk beli.Alasan korg nak tgk tmpat lain dulu..japgi sy dtg blik.
  8. Klu jam loceng bunyi..ada antara korg tutup jam dan smbung tdo blik dlm 5-10minit lagi
  9. Mandi pagi2..korg akan termenung dulu, amik mood..xpn berangan then baru capai berus dan ubat gigi
  10. Korg mengambil masa yg agak lama utk memilih baju yg sepadan ngan tudung..Dari satu baju ke satu baju.Habis satu almari korg selongkar.Korg xnk ofismate @ kgkawn korg perasan yg dlm mggu tu korg dh prnah pkai baju tu.Ada gak yg siap plih kasut yg sesuai ngn pakaian korg.Ha yg tu lg lama :P 
  11. Korg makan time rehat 5 minit..selebihnya korg bercerita mcm2 seperti kwn korg, skandal, beg n high heels yg korg jmpa kt pavillion, jiran korg, bos opis, anak korg, hutang, menu nak msak ape blik kerja nnt dan mak mentua korg.Haha :D
  12. Masuk opis korg online Facebook.Sent request Farmville kat kgkawan korg @ update status
  13. Korg marah staf korg men facebook..tp korg men xpe plak!
  14. Asal ada kereta potong kereta korg..korg mesti nk potong kereta tu blik.
  15. Time masuk gaji..korg bayar det makan semuanya not RM50 semata2..lepas 1mggu (xyah lama2) baru korg kua det syiling
  16. Korg suka tunggak2kan bil eletrik ngn bil air korg.Next month boleh bayar maa..
  17. Korg menghabiskan masa lebih lama depan cermin..lagi2 wanita, sbb amik masa nak belit2kan tudung kepala, conteng2 muka..
  18. Korg suka tgk CCTV lama2..nak perhatikan pergerakan staf korg sepanjang masa
  19. Korg klu ngantuk..korg cari port tdo..lebih2 lagi dalam surau
  20. Hujung bulan bagi org tua kat kg duit belanja..tgh bulan korg pnjam blik duit dari org tua korg
  21. Korg masuk simpang..xbagi signal!!!
  22. Kalau yg naik moto..boleh plak korg seiringan sambil berborak ngn kwn korg yg berada di atas moto len..smpai ganggu kenderaan belakang nk jalan
  23. Time memandu..time tu la korg sibuk nk mkn. nk cari brg yg terjatuh atas lantai kereta
  24. Korg salah masuk lorong kat tol..Padahal kt atas tol tu dh terpampang besar2 jenis laluan
  25. Asal korg lalu tol (yg lelaki-kebanyakan bujang) msti kacau awek tol (yg cun sahaja ye).Pling tidak pun kaat Hai @ bertanyakan jalan.
  26. Korg makan berdecit2 (berbunyi) smpai mengganggu pelanggan lain
  27. Korg beli ayam..korg mintak xnak kepala, xnak kaki, xnak isi perut, kasi bersih bulu2, xnak kulit, xnak lemak..Seksa tokey tu
  28. Korg klu bli baju (terutama perempuan) korg xnak sama @ lg mahal harga dr baju kwn2 korg
  29. Korg tdo time khitbah sedang dibacakan..Tu klu tdo, klu yg tdo..korg bantai borak plak
  30. Utk guys..korg sanggup xbasuh sua jeans korg dan boley tahan smpai sebulan lamanya
  31. Bagi pasangan couple, korg klu blh semuanya nk sedondon.sepasangan ngn pasangan korg
  32. Setiap hari..korag kena spend masa ngn bf @ gf korg utk msg @ kol waima korg tnya dh makan blom??
  33. Bagi lelaki..korg suka lepak mamak, order minum bergelas2 smbil tgk bola.Np korg xlepak mcd hari2 macamtu?hehe
  34. Korg suka memotong queue utk bayar tol.Bratur xboleh k?
  35. Korg suka berhentikan kereta di sisi jalan sehingga mengganggu kelancaran lalulintas utk pegi bank @ pejabat pos.
  36. Klu korg duduk sensorg..korg suka gigit kuku @ bersihkan kekotoran dalam kuku
  37. Lepas solat di surau, korg xnk lipat balik sejadah ke tempat asalnya.
  38. Korg lebih selesa lepak ngn klik korg daripada bergaul dgn org lain.
  39. Korg banyak membebel dan menyalahkan org len @ masalah yg korg hadapi.Korg lebih teruja mencari punca masalah korg daripada korg cari jln utk menyelesaikannya tanpa bnyak cakap!
  40. Korg tgk org berjaya..korg pn nak berjaya,tp korg sendri xbrani ambil risiko utk berjaya.Hati kecik!
  41. Korg suka tinggalkan kereta korg di pam mnyak..tp korg msuk dlm cucuk duit dlu..
  42. Korg cuma akan memakai tali leher sekali seumur hidup, itu pn waktu dipanggil temuduga.
  43. Masa ditemuduga..semuanya korg kata BOLEH..tapi bila diterima kerja, suh buat kerja korg kata bos zalim, xberhati perut..gaji kecik!!
  44. Korg beli chewing gum 20sen..bagi duit not RM50!
  45. Hari2 korg akn bekpes nasi lemak,roti canai,mi gorg,nsi kerabu,nasi mnyak, kuih2 yg sama..sbb menu tu je yg ada jual kt kedai mkn dkat dpan opis korg
  46. Korg xleh join staf2 bawahan korg makan skali sbb korg bos!Kena jaga imej..korg kata laaa..
  47. Korg sanggup dgr anak nangis xhenti2 selagi maknya xamik dan pujuk anak tu
  48. Korg sibuk nak tau slip gaji kwn korg dan jmlah hutang piutang yg dorg ada.
  49. Kebanyakan bg kaum ibu..korg xsuka blik umah mak mentua ea.Apsal ea?
  50. Kt umah mentua..berjenis2 lauk korg masak..tp kt umah sendri..nk nmpak telur goreng pun payah!
  51. Bagi mereka yg merokok..suka isap rokok time buang air besar.Amik feel kot?
  52. Kerusi @ sofa kat rumah korg tu..aku rasa korg lebih banyak berbaring smbil tgk tv dari korg duduk
  53. Kt rumah, pantang ada air sejuk dalam peti ais..msti sekejap je abis.Yang malangnye org yang letak air tu..xsmpat nk mnum..Dh org len kebas
  54. Klu korg bosan..korg akn bkak nset dan main game yg ada..
  55. Klu ada org slh kol no korg..msti korg layan..pling kuat msg blik nk memulakan perkenalan
  56. Korg suka buat miskol mengharapkan kol dari kwn korg tu @ mak bpak korg
  57. Org ada handphone baru..korg pn nak tukar handphone baru.Biar papa..tp handphone upgrade!
  58. Kete mahal, modified sana cini, tukar enjin..nk kata kete korg la pling cun.Tp ke hulu kehilir naik motor gak.Kete buat tayang kat umah je..almaklumla minyak mahal
  59. Dalam kuarga korg..korg la pling nakal, xcenter..tp bila jmpa org lua especially awek@ bakal mak mentua..blh plak korg jd baik, alim..pijak semut pun xmati.
  60. Korg xbagi kwn korg bukak tingkap..nnti habis rosak tudung @ rambut korg.Hehe
Haha..tu sebahagian daripada apa yg aku nampak dan aku lalui.Aku tau korg pn ada persamaan dan mgkin ada lagi yg korg nk tambah2.Itulah hakikatnya..samada korg prasan @ korg buat2 xprasan :)