Nak Berjaya? Tiru Macam Yahudi

4:59 PM

Hari Jumaat yang mulia ni aku nak berkongsi ilmu macamana kaum Yahudi boleh berjaya. Aku tak ajar korang berperang, tetapi kejayaan sebenar mereka dibentuk dari mula..asas2 kejadian semasa dari dalam kandungan lagi. Sedari dalam kandungan lagi, bakal2 ibu yang mengandung diajar memakan makanan yang berkhasiat seperti kacang badam, susu yang diblender bersama kurma, roti yang dimakan bersama ikan tanpa kepala bersama salad yang di gaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang. 


korang faham ke makna simbol yang dia tunjukkan tu??


Sepanjang analisis yang aku lakukan, daging ikan bagus untuk perkembangan otak kerana mempunyai banyak nutrien penting termasuklah sebagaimana yang kita tahu sumber protein utama. Pengambilan ikan sebanyak 100 gram sehari cukup untuk menampung keperluan protein sebanyak 1/3 atau separuh dari keperluan protein harian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Spesis ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.


Kemudian, kaum Yahudi mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum ke menu utama. Alasan mereka dengan memakan hidangan karbohidrat dahulu diikuti buah-buahan akan membuatkan mereka mengantuk dan sukar untuk bekerja atau menerima pembelajaran di sekolah. Amalan memakan buah sudah menjadi sunnah Rasulullah di mana Rasulullah mengajar kita memakan 3 butir kurma sebelum makan ataupun berbuka puasa. Nah! Jelas sekali Yahudi mengamalkan amalan yang dilakukan Rasulullah.

Sewaktu para ibu mengandung, mereka akan menyanyi dan bermain piano. Apakah rasional mendengar alunan piano? Penemuan menakjubkan oleh dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl sekitar akhir tahun 90-an, melalui eksperimen mereka yang mengaitkan muzik dengan kebolehan menggunakan akal fikiran terhadap sekumpulan pelajar.

Hasil kajian selama dua tahun itu mendapati kanak-kanak yang diajar bermain piano dan keyboard mempunyai kebolehan berfikir 34 peratus lebih baik berbanding mereka yang tidak bermain piano. Secara keseluruhan pula, kajian juga menyatakan muzik berupaya meningkatkan fungsi otak yang diperlukan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan permainan catur


Pada masa yang sama, si bapa membelikan si ibu buku latihan Matematik untuk dibuat supaya dengan latihan yang dibuat oleh si ibu, otak anak di dalam kandungannya dapat dibentuk dan dilatih sejak awal lagi.

Kaum Yahudi juga menganggap merokok itu satu sumpahan atau taboo walaupun mereka Merupakan pengeluar rokok terbesar dunia. Ini adalah kerana dengan merokok, akan merencatkan sel2 otak. Nikotin yang terdapat di dalam rokok akan melekat pada otak dan melekat pada gen dan keturunan perokok bakal berhadapan dengan generasi cacat otak. 


                             kandungan rokok

Nikotin Ini adalah komponen adiktif tembakau. Hal ini diserap ke dalam darah dan mempengaruhi otak dalam waktu 10 saat. Hal ini menyebabkan perokok merasa selesa kerana neurotransmitter. Akibatnya, sifat ketagihan nikotin pada otak dan tubuh untuk sementara hilang. Perokok merasa tidak tentu arah jika mereka tidak merokok. Ini yang memperkuat keinginan mereka untuk merokok lagi.

So banyak lagi sebenarnya ilmu yang nak aku kongsikan, ni sebahagian sahaja yang aku pelajari. Aku tekankan hari ini lebih kepada aspek pemakanan dari dalam kandungan lagi. So yang penting, amalkan apa yang di ajar Rasulullah kepada kita. Hadis Rasulullah yang mengatakan selagi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, selagi itu kita akan selamat. So renung2kan dan selamat beramal :)

P/s : Minum kopi amalan Rasulullah tapi Barat kata minum kopi tak bagus
        Minum Coke merbahaya kepada kesihatan badan, tapi Yahudi war2kan suruh kita minum.
        Kenapa??

Goodbye Girls :(

11:56 AM

Hari ni 1st time aku chat di mukabuku, dah lama la rasanya aku xchat. Bukan pe, kengkawan yang aku close jarang online. Yang ada pun muka2 yang sama chat ngan aku..sampai satu tahap aku tak tau nak borak pasal pe dah sebab habis susur galur dia aku tanya. Dari zaman keturunan dia bertapak di Tanah Melayu, sampai ke misi dan visi dorang sebagai seorang manusia. Hoho. Aku nak menunjukkan yang betapa aku kekeringan idea untuk berborak dengan orang yang sama.

Then pada pukul 9.51 pagi, aku lihat seorang kawan aku yang lama aku tak hubungi online. Hepi sangat2 sebab memang dah lama nak chat ngan dia. Tapi memandangkan dia sangat bizi dan workaholik, kitorang memang tak berkesempatan chatting. She's gurl and antara kawan aku yang unik sebab sikap dia yang kuat bekerja walaupun umur 23 tahun. Sorang yang sangat bercita2 besar..dan aku nampak dia matang berbanding usianya. At first aku diberitahu yang dia tak boleh nak gedik2 lagi. Pelik gak aku kenapa dia bagitau aku macamtu. Then baru aku tau dia baru get along ngan new bf. Hmm..that nice but wat make me feel so sad when she said we can't hang out together anymore.

Hmm.. Perkara macamni bukan sekali je terjadi pada aku malah pernah berlaku beberapa kali. Aku kehilangan kengkawan perempuan yang agak ramai bila dorang start declare dah ada bf, dah bertunang dan berkahwin. Aku tak kisah..buat la ape yang korang nak buat tapi kenapa amik keputusan macamni. Sepatutnya bila korang dah ada bf, tunang atau suami..aku akan dapat kawan baru, bukan dengan memutuskan relationship yang ada. Mungkin mereka taknak meletakkan risiko dalam hubungan dorang. Mungkin gak nak elak perasaan cemburu pihak lelaki pada aku. Hmm..What can I say. Aku terima keputusan yang dia buat asalkan dia bahagia. .sebab dari ekspresi yang dia tunjukkan jelas yang dia sangat2 berharap dengan hubungan dia kali ini dan aku taknak menimbulkan masalah pada dorang.

Apa yang aku nak cerita hari ni.. aku kehilangan ramai kawan perempuan disebabkan mereka bertukar status. Apa2 pun aku harap keputusan yang dorang buat merupakan keputusan yang terbaik untuk aku dan dorang. Jangan risau sebab aku stil ada di sini, takkan buang sesiapa sebab aku masih kawan korang.

P/s : Kalau aku kawen..aku akan pastikan wife aku kenal setiap kawan2 aku dan aku kenal kawan2 dia :)

Jom Kongsi Tips & Punca Masalah Kereta ~

10:53 AM

Pagi2 ni aku nak ajak korang mengenal masalah yang berpunca daripada kereta korang. Aku kongsikan ni pun sebab aku ada pengalaman handle kereta aku, dari aku mula pakai satria 1.3 SE Fuel Injection tahun 2002 sampai sekarang aku pakai Honda Civic EG/SR4 92 1.6 SOHC Fuel Injection. Kereta2 ni aku beli second, so memang banyak problem sebenarnya. Aku fokuskan kat sini masalah2 yang sering berlaku pada kereta2 terpakai ye..kalau kereta2 baru selalunya takkan ada masalah macam yang sering berlaku pada kereta2 terpakai.


Bila Bateri Kereta Cepat Kong


a) Masalah Bateri






  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang2 air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas
b) Masalah Alternator






  • Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boley. Aku baru kena hari tu, baru tukar sebab kereta aku bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. Aku tukar bateri baru pun stil sama. So aku hantar bengkel, suspek alternator dan suis lampu. Time aku guna kereta waktu siang, bateri ada cas..tapi bila aku guna pada waktu malam dengan membuka lampu, bateri tak boleh nak cas. So pomen kete aku kata problem alternator dan suis lampu.
c) Suis
  • Ha ni simple dan ringkas. Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang2 jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang xsedar yang korang tak tutup suis, secara sukarelanya kereta korang akan makan bateri dengan cepat dan kong.
d) Aksesori


  • Bila kereta korang banyak pakai aksesori pun boleh menyebabkan bateri korang cepat haus. Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel2, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat haus. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pegi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macamana. 

Bila Steering Korang Jadi Berat
  • Ni tak lain tak bukan korang kena check minyak steering kot2 dah kering. Bila minyak steering dah kering, steering korang akan jadi berat dan akan mengeluarkan bunyi bising pada enjin. So penyelesaiannya korang topup je minyak steering kat enjin tu.

Bila Ekzos Korang Keluarkan Asap Putih
  • Masalah ni disebabkan ada licking atau kebocoran pada enjin, disebabkan getah gasket yang sudah menipis dan minyak hitam masuk ke sistem palam pencucuh. So korang kena tukar getah gasket, minyak hitam dan palam pencucuh je :)

Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati

a) Masalah distributer
  • Korang kena check distributer pada enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau korang nak tukar, korang kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak
  • Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Masalah Suis Minyak
  • Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk2 di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.
e) Masalah Computer Box


  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket korang..Korang mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik atau tak sebab kes aku, komputer box aku masuk air..ada short circuit. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Aku sarankan korang tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau korang nak anta repair pun..harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.

Aircond Tak Sejuk
  • Kompressor korang dah rosak, ada licking dan perlu diganti.Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Cooling coil mengalami kebocoran
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.

Ha itu je la buat hari ni. Apa yang aku tau..aku kongsikan ngan korang, dan yang selebihnya korang tanya pada yang pakar. Sebab segala punca masalah ni berlaku kepada kereta2 aku. Ok lain kali kalau ada tips lain aku story ngan korang lagi ye. Tata :)

Aku Berbulu Ngan Encik Kerabu

8:16 AM

Ni dah masuk hari ketiga..tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Mentang2 la nasi kerabu dia femes, sesuka hati dia je nak meniaga atau tak. Tak konsisten betol! Kaya satu hari.. pastu tak meniaga 8 hari. Kalau macamni macamana nak untut..eh! Untung.Hmm..

Hari Senin hari tu puas aku puji melambung nasi kerabu dia kat opismate aku. Nasi kerabu dia memang sedap, banyak ulam, dan ntahapehape dia campur2 masuk dalam kertas pembungkus tu. Gerai dia memang ramai orang, semua bangsa ada kecuali Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Gerai dia cuma jual nasi kerabu ngan nasi lemak kukus je..tapi kalau lambat ko amik bau je la. Tu pun kalau sempat, kalau tak sempat amik bau ketiak encik kerabu tu pon boley. Then bila dia tak meniaga 2-3 hari ni, aku pun rasa bersalah ngan opismate aku.. kesian sebab selalunya dia datang opis bawak bekal.. tapi memandangkan aku janji nak belikan dia nasi kerabu, dia tak bawak bekal. Menunjukkan betapa aku rasa bersalah.. Aku treat dia lunch for 2 days. Geram betul ngan abang kerabu nih. Berbulu aku mengenangkan cara meniaga abang kerabu yang tangannya jugak berbulu. Meniaga main2 !

berbulu pada encik kerabu takpe tapi jangan bulu encik kerabu dalam nasi kerabu sudaaa!


Actually dah lama aku perhatikan, bukan setakat dia je.. ada segelintir peniaga Melayu yang meniaga di sekitar Taman Shahzan dan Bukit Setongkol ni kalau bukak kedai, seminggu tu 2-3 hari je. Tu bernasib baik la dorang ada bukak, kalau tak.. haram nak nampak batang hidung. Yup memang kedai dorang ada regular customer, makanan pun sedap tapi konsisten la. Kata nak meniaga..buat cara meniaga. Dapat untung sikit, taknak bukak kedai. So jangan salahkan orang tak support kalau orang mula beralih arah ke kedai atau restoran mamak!

Ai pagi2 lagi aku dah komplen macam2. Menunjukkan rasa amarah aku ni, aku nak tunjuk rasa protes aku dengan tidak akan menggunakan kicap dalam menu sarapan pagi aku telur setengah masak! biar padan muka kilang kicap. Esok komfom bankrap! (Giler takde kena mengena langsung dengan ini cerita) Ok la.. panjang2  cerita perut aku dah berbunyi dari tadi, nak kua cari sarapan dulu la. Tata :)

Salah Faham Nih

1:25 PM

Hari ni pagi2 hujan lebat kat Kuantan..sayang plak rasanya nak bawak kete kua, baru pas cuci. Tapi xpela kete leh cuci, daripada aku sakit..dah nak kena amik MC. Semalam petang pon sebelum aku balik, aku timbang sampel ikan dan udang untuk analisis hari ni. Aku ada resdung tapi aku xsure plak kalau terbau hamis udang pun, boleh efek gak. At last aku start bersin2.. tekak dah gatal, mata aku jadi merah2 gatal. Kena flu plak sebelah petangnya. Balik umah petang semalam aku telan panadol soluble sebijik, ubat selsema sebijik dan terus tarik selimut. Bangun maghrib kepala dah berpinar2..aku lupa alas perut sebelum makan ubat. Hmm..terduduk jap aku setengah jam sebelum capai tuala ke tandas.


So hari ni pakai baju sukan, so no need rushing2..aku tapau serbuk kopi dan gula bawak ke opis buat simpanan.Sebab kat opis xde serbuk kopi..dan aku plak suka minum kopi :) aku bangga sebab xtertinggal bekal aku tu macam selalu..tapau banyak2 then tertinggal atas almari. hehe. Kat opis hari ni plan nak masuk punch kad sekejap je sebab ada aktiviti gotong royong membersihkan taman pertanian. Plan pegi bertiga ngan kete aku. Aku pun xtau lokasi taman tersebut, so tanyala admin. Admin plak kata xyah pegi coz dah ramai sangat yang pegi, nanti opis kosong..so aku ngan 2 kawan aku hepi bukan main.. xyah main lumpur :) Then kawan aku dari unit lain kol tanya kenapa aku pergi gotong royong. Aku jas explain apa yg diberitahu. Baru aku tau dorang pun xpegi gotong royong sebab acxtually dorang ke jeti amik sampel ikan, so nobody yang pegi at last. Perghh tunggu kena panggil je la ngan Ketua Pusat ktorg nnt :(

Apasal Adik Gelak??

3:56 PM

Kawan aku, Din dalam perjalanan pulang dari pasar malam. Menunya malam tu kuey teow goreng, rangka ayam, murtabak mini dan tau fu fah. Aku tak nak cerita pasal makanan yang Din beli kat sini, tapi lebih kepada kes haru seorang budak dalam usia 5 tahun dengan kucing dia. So aku teruskan ke babak di mana Din berjumpa dengan budak tersebut la ye sebab aku cuma ada 7 minit sahaja sebelum bos aku mengesan yang aku sedang mengular. Huhu


kalau macamni punya gelak..aku pun lari

(Din sedang memandang dari jauh)
Aiman    :  Hahahahaha..
(Din masih lagi memandang tapi makin rapat dari lokasi kejadian)
Aiman    :  Hahahahaha..(sambil meneran2 suaranya)
Din         :  Adik buat pe ni? Apsal gelak sensorang? (sambil memandang
                 adik perempuan budak berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya)
Aiman    :  Bobo atas pokok. Dia tak nak turun.
Din         :  Oo..kucing adik atas pokok? Macamana dia boleh sampai atas tu?
                 Nape adik gelak?
Aiman    :  Bobo takut kalau Aiman gelak. Bobo mesti lari kalau dengar Aiman gelak.
                 Aiman nak suruh Bobo lari turun ke bawah
Din         :  Aik? Macamtu pon boleh?
Aiman    :  Abang tolong Aiman gelak sama. Adik aiman tu tak pandai gelak kuat2
Din         :  Erk ! (tengah terfikir kalau dia gelak kuat2 mengadap pokok..
                 mesti orang kata dia gila)

P/s : Aku cuba gelakkan nyamuk yang masuk dalam bilik aku..tapi tak berhasil. Aku anggapkan gelak aku xcukup horror :P

Kenapa Geleng-Geleng Ea ??

10:01 AM

"Ada mana bro? Apa barang lepak bilik..bukan ada bini!", mesej ringkas berbaur cacian yang baru aku terima petang tu langsung tidak membuat aku cepat melatah. Aku tau yang Cikgu Isyam sedang memancing2 aku untuk keluar lepak minum dengannya..Biasala orang tua ni, aku pon agak konfius kerjaya cikgu macam dia. Boleh plak satu hari tu..pukul 10 pagi ajak aku pergi main bowling. Apekejadahnya! Masak sangat ngan fiil dia nih. Aku kuatkan kudrat bangun dari pembaringan..wah! dah macam lirik lagu nasyid Bila Izrail Datang Memanggil plak.Isk3. Jam menunjukkan pukul 5 petang, dan aku perlukan 10 minit untuk bersiap. Memandangkan aku nak jumpa jantan dan bukan cewek2.. so aku mengenakan tema kasual-selipar-bermotor.

Pukul 5.30, aku lihat Cikgu Isyam sudah pun ditemani dengan gelas2 kosong. Sah la dia dah lama lepak kat warung De Mall nih.Suka sangat lepak situ.Asalkan order, mesti roti Arab. Aku rasa dia dah terkena mandrem abang yang canai roti tu gamaknye. Bila cakap pasal mandrem, aku teringat kes yang berlaku di Bangi yang mana seorang wanita yang menjual air soya di tepi jalan mandrem hasil jualannya dengan meludah ke dalam setiap bungkusan air soya tersebut. Aku tengok pun melalui video klip dalam mukabuku.. Perghh kembang tekak aku. Sekembang bunga2 kemuncup di taman permainan. Huhu

Aku suka lepak ngan cikgu ni, selama aku lepak dia langsung tak pernah bukak cerita pasal sekolah atau murid2 dia. Balik2 cerita kereta. Aku rasa dia ni salah pilih kerja la. Sepatutnya dia jadi jurujual kereta sebab bila dia cerita pasal kereta, memang sangat meyakinkan. Kalau 1 hari dia boleh yakinkan aku untuk beli 1 kereta, kalau lepak 7 hari seminggu, maunya seminggu tu aku bertukar2 kereta! Haha. Tengah rancak berborak, pandangan aku mula tertumpu pada seorang lelaki yang berada di penjuru sudut warung. Apa yang aku tak mampu melepaskan pandangan ialah cara dia makan menu yang di pesannya itu. Kalau tak silap aku mi goreng kot. Jangan salahkan aku kalau aku silap sebab aku pun tengok dari jauh..tengok pakai mata kasar aku yang rabun silau ni. Tapi dalam pinggan dia aku tengok panjang2 macam cacing. Sah la mi goreng tu!

macamni la rupa bentuk mi goreng yang aku lihat dari jauh


Aku tengok lelaki tu berkerut2..memicit kepalanya sambil menggeleng2. Mulutnya mengomel2. "Heran gak aku..dia buat ape macamtu?", aku lantas berkerut2 memicit kepala sambil menggeleng2. Eh tersama pulak gaya aku macam lelaki tersebut. Ni mungkin sebab terjangkit secara tidak langsung sebab tengah penat memikir apasal lelaki tersebut menunjukkan reaksi sedemikian. Mula2 aku jangkakan menu yang dia terima itu tidak menepati citarasanya tetapi dia tidak pulak memanggil pelayan yang lalu lalang di sebelahnya untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap menu yang di order.Aku ni pulak jenis cepat curious dan sangat berkobar2 untuk mengetahui kenapa lelaki tersebut berterusan bersikap demikian. Aku rasa setiap kali makanan tersebut disuap ke dalam mulutnya, sebanyak itulah dia menggeleng2 kepalanya."Weh aku betul2 tak puas hati nih!", jiwa aku meronta2 minta jawapan yang aku sendiri tak tau nak tanya dengan siapa..selain tuan punya badan.

"Dik nak tanya sikit. Aku tengok bro dok meja hujung tu asyik geleng2 kepala. Dia ok tak?", aku lantas memuntahkan soalan yang bermain di kotak pemikiran aku ni tatkala aku mencuit lengan salah seorang pelayan yang lalu di sebelahku." Oo bro tu regular customer kat sini..dia memang macamtu. Bukan sebab dia komplen tak sedap..tapi tengah menikmati hidangan dengan bersungguh2. Dia kata mi goreng warung ni sangat sedap, ada kelas tersendiri", ujar pelayan tersebut sambil tersengih2. Tak tahan betul aku bila mendengar kenyataan pelayan tersebut mengatakan ada kelas tersendiri! Macam hampeh. Tapi ni la 1st time aku tengok perangai orang makan pesen macam nih. Makan sambil menggeleng2 kepala. Mungkin boleh dijadikan senaman sambil makan..memudahkan makanan yang dicerna di dalam mulut melalui dinding trakea dengan mudah. Wah sesuka hati aku punya statement! Aku kena cuba jugakla mi goreng warung ni nanti..mungkin lepas ni aku akan makan dengan cara mengangguk2 kepala plak (menganjing orang memang kuat) Hehe :P

P/s : Aku dah rasa..tapi rasa macam biasa je. Aku tak angguk..tak gelang. Takde respon pape.Yes aku gembira yang aku masih normal!

Kenapa Aku Jadi Blogger ??

10:10 AM

Kenapa aku jadi blogger?Aku terfikir gak dari aku yang sebelum ni yang asyik lepak mengadap mukabuku..alih2 dah ada blog.Then bila aku start blogging..aku rasa addicted.Kalau tak tulis something rasa ada yang tak kena dan bila dapat release new post, aku rasa puas..puas giler! Haha (gelak jahat)


Actually tak pernah terlintas aku menulis blog..apatahlagi kenal blog.Yang aku tau blog adalah medium untuk seseorang berkongsi bercerita..meluahkan perasaan dan mungkin sebagai portal untuk menjana pendapatan. Dua tahun lepas, aku dengar pasal blog kawan aku Peej (peejburhan). Kawan aku si Fadhlur bagitau yang si Peej ni dapat income hasil dari penulisan blognya dan siap attend blogger events..red carpet lagi tuuu. Bila aku dengar, 1st impression aku "Wow..hebat tol Peej nih" sebab dengan blogging saja dia boleh jana pendapatan dan femes. Aku impressed dengan kebolehan dia dan bila aku bukak blog dia..macam2 cerita yang ada. Masa tu aku tengok kebolehan dia menulis blog..tetapi aku tak nampak sekiranya aku berada di tempatnya. Fadhlur kata, jika someone ingin menulis blog..dia perlu fokus, kreatif dan letakkan segala masa terluang kepada ber-blogging. Aku fikir aku tak cukup masa untuk ber-blogging..then anyway aku tak tahu apa yang hendak aku ceritakan. By the way peej, penat aku up ko..blanje aku pasni ea :P

Peej aku pinjam gmbar ko ye :P

Then last month..dalam sedap2 aku menulis untuk entry post mukabuku..datang seorang kawan aku Cheq Tun (merahnyamakngah) mengajak aku menjana pendapatan dengan menulis. Pada masa tu aku sedikit blur, tak tau apa jenis peluang yang dia tawarkan. Cheq Tun suh aku buat blog. Blog? Aku pernah didedahkan mengenai blog 2 tahun lepas..dan sekarang someone minta aku menulis blog. Kenapa dia begitu yakin aku boleh menulis blog? Aku pernah tanyakan soalan tersebut kepadanya dan dia memberitahu dia pernah membaca cerpen yang aku tulis 10 tahun yang lalu. Actually cerpen tu aku bagi kepada ex-gf aku dulu tapi aku tak tahu dia pun baca sekali. Dari situ dia mengatakan yang aku ada kebolehan menulis, dan dari aku terus merepek merapu dalam wall mukabuku..dia kata lebih baik aku ber-blogging. Dia berjanji yang dia akan jadi follower aku yang pertama..walaupun ketika itu aku satu haram pun tak tau apekebenda follower tu.

Aku juga boleh rasa tekanan untuk mendapatkan idea

Aku pun mula buat homework, blogwalking tengok blog orang lain. Aku dapat idea blog macamana yang aku mahukan. Blog aku tak banyak gambar dan fancy2 macam blog orang lain. Blog aku menekankan penceritaan, dan kalau certain2 orang yang tak minat membaca memang takkan singgah blog aku. Mula2 tu aku risau jugak..tapi bak kata Cheq Tun, penerimaan setiap individu berlainan. Baginya isi blog macam aku ni dapat menarik minat golongan pertengahan dan dia mengaku dia adalah salah seorang fan penulisan aku. Dia mengotakan janjinya dengan menjadi 1st follower aku. Aku diterangkan mengenai Nuffnang, GengBlogger dan macam2 untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi aku tak rasa pun itu matlamat aku..dan sekiranya betul aku dapat income dari ber-blogging, itu satu bonus buat diri aku dan usaha aku menulis blog. Aku menulis blog sebab aku suka bercerita, meluahkan perasaan dan isi hati aku dan berkongsi pengalaman yang ada dengan semua rakan2 blogger yang lain. Ada benarnya kata Cheq Tun, jangan kejar follower..tetapi yang penting silent reader. Someone yang mana akan kembali menyinggah blog tanpa perlu menjadi follower.. bukan kerana blog tu cantik tetapi kerana isi kandungannya.

Sudah sebulan lebih aku ber-blogging, aku kini digelar blogger.. menyesakkan lagi komuniti blogger yang ada di Malaysia. Dalam tempoh sebulan ni, macam2 ilmu aku perolehi.. pengalaman suka duka dan komen2 positif terhadap blog aku. Aku ada secret admirer yang mengakui kagum dengan hasil penulisan aku dan rata2 kawan aku berpuas hati dengan apa yang aku lakukan. Ada di antaranya yang meminta aku membuat novel dan sarankan untuk aku memasuki sebarang event yang melibatkan penulisan. Aku langsung tak pernah fikir sejauh itu apatah lagi aku masih baru..banyak benda yang perlu aku perbaiki dan belajar. Tapi aku tak kata itu adalah perkara mustahil untuk dilakukan sebab aku pernah fikir perkara yang sama dulu sebelum aku terlibat dalam menulis blog disebabkan perasaan kurang keyakinan diri. Tetapi aku bersyukur kerana dengan sedikit kebolehan yang aku miliki, aku mampu menarik minat segelintir orang yang sabar mengikuti dan membaca hasil penulisan aku. Pada mereka yang setia mengiikuti..aku harapkan komen dan maklumbalas dari korang supaya aku dapat memperbaiki setiap kesilapan dan kesalahan dalam aku menulis blog. Terima kasih untuk mentor aku Cheq Tun, kerana menegur kesalahan aku awal dulu..menulis perkataan secara singkat. Mungkin sebeb dia tak faham dan katanya kebanyakan blogger terkenal takkan menulis singkatan di dalam penulisan mereka.

terima kasih di atas sokongan korang :)

Lastly, aku harap aku dapat terus ber-blogging, berkongsi dengan rakan2 lain melalui penulisan aku. Aku teruja bila ada orang di luar sana saggup membaca dan menjadi motivasi kepada diri aku untuk terus mendapatkan idea bercerita melalui penulisan. Segala sokongan, komen2 positif dari follower dan rakan2 akan aku jadikan semangat untuk terus menghasilkan isi2 yang menarik di dalam blog aku. Thanks guys and aku appreciate sangat2. Korang la sebab kenapa aku terus jadi blogger :)

P/s : Support itu penting kerana tanpa adanya support..semua perkara yang dilakukan takkan berhasil.Bdw Peej dan Cheq Tun..jangan lupa blanje aku. Aku banyak puji korang kali ni.Haha

Kisah Seram

Jangan Tutup LampOOooOo Malam Ni ~

3:18 PM

Banyak kisah yang nak aku kongsikan..semua dari hasil penceritaan rakan2 aku since aku sekolah menengah sampai sekarang.Banyak peristiwa yang kadang2 menguji sejauh mana keberanian kita untuk menghadapinya. So kali ni aku nak bukak beberapa cerita angker lagi. Kisah yang terjadi sewaktu aku belajar di UiTM Shah Alam dulu sekitar tahun 2001.Samada korang percaya atau tidak terpulang.Aku sekadar berkongsi. Teruskan membaca dan jangan hilang fokus..dan pastikan malam ni korang tak sendirian di rumah.Hehehe ~

Tumpang Lalu..

Malam kian larut..kenderaan yang lalu lalang di hadapan Kolej Meranti kian lengang, tidak sesibuk tadi. Malam itu seakan sunyi sekali..tidak lagi kedengaran suara pelajar2 lain yang selalunya pada waktu ini masih lagi berpeleseran di sekitar kawasan kolej. Mungkin minggu exam..dan jadualnya jatuh pada minggu2 terakhir peperiksaan. Man keletihan, matanya makin berat akibat penangan nasi lemak Jati yang dibelinya sebentar tadi. Bukan sebungkus, tetapi sekali dengan nasi lemak Anep dia tibai. Alasan Anep sebab dia dah keluar makan dengan gf nya. Mat meniarap di atas lantai simen..masih menunggu Anep yang masih belum puas bergayut dengan gf yang baru dijumpainya tadi."Ai kalau dah bercinta macam orang gila!" Mat mendengus panjang. Kalau diikutkan malas dia melayan karenah Anep, tetapi nak buat macamana.. Anep tu scorer dan dia tau dia mesti dibantu. Sabar sahajalah yang mampu dia lakukan sehingga habis exam Lepas tu pegi mam* la ko Nep!

"Oii tido je! Ko xrevised dulu ke apa2 yang patut?" jerkah Anep membuatkan Man tersentak dari tido2 ayamnya.Sambil menggosok matanya, jam di tangannya diamati betul2."Dah pukul 12.20 ni. Giler lama ko tepon? Kalau aku..aku sangkut je public fon tu kat leher !" Man menjuihkan bibir.. geram melihat Anep yang hanya sekadar tersengih2 memandangnya. Anep mula mengambil tempat..turut menelentang menghadap buku yang tebalnya hampir 1000 muka surat, kira2 sedepa jaraknya dari Man.Keadaan yang sedikit riuh sebentar tadi kembali sepi..sesekali sahaja deruan angin malam menghembus2 tirai jendela bilik mereka.. terkibas2 menampakkan suasana malam yang gelap gelita di luar sana.

Tatkala mereka sedang fokus.. Man perasan ada sesuatu sedang bergerak dari arah kanannya..bergerak menghampiri mereka. Man cuba menoleh, sesekali memberi isyarat kepada Anep yang sedang khusyuk membaca.A nep melihat Man pucat berpeluh. Dari ekor matanya Anep memandang seorang wanita berambut panjang, berpakaian labuh..dan lusuh bergerak perlahan melintasi di hadapan mereka berdua. Anep kaget! Lidahnya benar2 keras.. semakin berderau darahnya apabila mendengar lembaga tersebut menangis sayu, mendayu2..perlahan tapi jelas kedengaran. Mereka hanya mampu memandang sesama sendiri..melihat lembaga tersebut melewati mereka dan terawang2 menembusi dinding sebelah. Dengan kudrat yang dibakar rasa takut..mereka berdua cepat2 keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik bersebelahan.Ternyatalah malam tersebut merupakan pengalaman ngeri mereka selama mereka menetap di kolej berkenaan..dan yang pastinya menjadi igauan ngeri mereka sepanjang hidup. Bilik itu masih lagi dihuni oleh pelajar2 baru silih berganti..tanpa mereka sedar kejadian yang sama mungkin bakal terjadi kepada mereka nanti. Ingatlah..mereka datang dan pergi tidak diundang. Bersediakah korang ??HeHeHe ~

Siapa di atas ?

Rahim menguak pintu bilik, segalanya kosong. Dari tadi dia mengetuk2 pintu, rupanya tiada sesiapa di dalam.Situasi tersebut biasa dilihat terutama bila tiba cuti hujung minggu. Rakan2 biliknya pasti keluar, ada saja program yang mereka lakukan. Bukannya dorang tak ajak, dan bukannya dia kera sumbang..tetapi dia lagi selesa bersendirian di bilik, menghabiskan masanya membuat ulangkaji. Paling kuat pun, dia layan anime Bleach yang sempat di downloadnya pada siang hari. Malam ni dia tekad hendak menghabiskan sambungan anime Bleach.. Padanya malam hujung minggu la masa yang terbaik untuk dia rehat dan meringankan beban dek mengadap papan putih yang penuh dengan rumus ntahapehape dia sendiri tak faham.

jangan korang cuba bayangkan..jangan sesekali..

Dari satu siri ke satu siri dihadapnya..matanya mula berat walaupun jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.Baru??Ha..biasala kehidupan di kolej.Pukul 2 pagi tu memang masih awal untuk mencari bantal peluk! Tapi malam minggu seperti itu, rata2 pelajar memang xtido..semuanya keluar mencari hiburan.Yang tinggal di kolej pun terdiri daripada mereka yang tidak berkenderaan.Rahim sempat menjengah ke luar jendela, memerhati suasana malam di sekitar seksyen 2 Shah Alam.Masih kelihatan orang lalu lalang seakan2 tidak faham fungsi siang atau malam.Sudah beberapa kali dia menguap.Memang sah la dia sudah tidak mampu lagi bertahan.Dirasakan bantal2 dan tilamnya memanggil2 dari jauh.Rahim terus menghempaskan badannya ke atas katil.Bilik2 di kolej tersebut dilengkapi dengan katil 2 tingkat.Dia diletakkan di katil bawah, kerana alasannya dia asma. Tak boleh sejuk sangat sebab katil atas berdekatan dengan kipas siling.

Matanya kuyu, tunggu masa untuk diulit mimpi sedangkan fikirannya masih menerawang jauh memikirkan bermacam2 perkara.Sesekali dia merasakan selimut yang membaluti tubuhnya meleret jatuh di hujung kaki. Mula2 dia tidak berapa mengendahkannya, tetapi bila kejadian yang sama berlaku 2 3 kali..dia mula pelik.Timbul perasaan risau dan sedikit takut. Rahim cuba juga memberanikan dirinya mengintai di hujung kaki katil..namun tiada apa yang ada di sana. Sedikit lega, namun perasaan takut masih bermain2 di kotak pemikirannya.."Siapa yang tarik tadi?", bisiknya sendirian. Dia memang pasti yang selimutnya tidak jatuh dengan sendiri..seakan2 ditarik perlahan2 jatuh ke bawah.

Rahim kembali baring, masih berteka teki mengenai kejadian yang berlaku padanya tadi. Antara sedar dan tidak, tiba2 dia melihat perlahan2 sepasang kaki melunjur ke bawah dari sisi katil atas. Berderau darahnya ketika itu bila mana melihat kaki tersebut berbuai2. Rahim mula merapati dinding..peluh jantan mula membasahi tubuhnya yang kurus. Baru dia tahu, kes selimutnya tadi pasti ada kena mengena dengan kes yang sedang berlaku sekarang.Tiba2 dia terdengar suara halus menyanyi2 dari katil atas dan di selangi dengan hilaian kecil. Rahim pasrah..matanya mula berpinar2 dan segalanya bertukar gelap gelita..

Bila Rahim tersedar..dia dikerumuni dengan beberapa orang pelajar. Beberapa orang kawannya dari rumah sebelah mendengarnya menjerit meraung2. Rahim tergamam..tapi realitinya hanya dia saja yang tahu. Apa yang berlaku padanya dan apa yang telah dia lihat malam itu..So pada korang berhati2 la..dia muncul tak kira tempat, samada kita rela atau tidak..bergantung kepada nasib korang. Sekarang make sure katil atas korang tidak ditinggalkan kosong ye !! HeHeHe ~

Kawan Datin Terlampau !!

8:46 AM

Hari Rabu beberapa bulan lepas, aku duduk termenung menghadap jendela tembus pandang di hadapan opisku. Biasala kalau aku takde kerja, selain online aku suka termenung membina angan2 menggunung. Tiba2 loceng pintu opis berbunyi.Aku lihat seorang wanita hampir sebaya dengan mak aku berdiri di hadapan pintu. Aku cuma memerhati dari jauh sementara ofismate aku berjalan membuka pintu.


Kelihatan wanita tersebut tersengih2, sambil menyatakan ingin bertemu dengan ketua pusat. Lagaknya bergaya, tetapi agak kasual..dan pelik.Berbaju merah, berkain labuh kuning..Macam bendera Selangor kalau di pandang dari jauh."Wah siapa pompuan nih?" berdetik jugakla hati kecikku bertanya. Selalunya kalau ada seseorang yang ingin berjumpa bos aku, tak lain mesti supplier peralatan makmal. Ofismate aku pun menuntun wanita tersebut ke ruang menunggu sementara menunggu bos aku selesai urusan dengan klien lain. Aku melihat dari jauh..ntah apa yang mereka borakkan sepanjang perjalanan mereka ko opis.

Bila aku naik ke surau, aku lihat beberapa orang staf mengerumuni wanita tersebut. Pelik plak aku apa yang dorang buat?Macam ada benda menarik di situ. Aku menegur kawan aku yang baru sahaja beredar dari kelompok berkenaan."Apsal tu?Kenapa korang berkumpul kat situ?"."Takde la..aku pun singgah sekejap je.Ntah apa yang akak tu borakkan. Dia datang sini nak jumpa bos, nak apply kerja kosong" kawan aku buat muka selenga sambil menjuih2kan bibirnya yang tak berapa seksi tu. "Apply kerja pe kat sini?Bukan semua permohonan melalui SPA ke?" aku mengomel sendirian sambil melihat kawanku tadi berlalu meninggalkan aku sendirian.

"Bro pehal?" sapaan dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut. Melihat kawanku yang baru keluar dari tandas sambil menepuk2 bahuku dari belakang. Aku mengulangi soalan yang sama kuberikan kepada kawanku terdahulu."Oo..akak tu ke?Hahaha!" tiba2 dia gelak kuat.Aku mula berkerut."Ko nak tau, dia kata dia orang kenamaan kat kawasan ni. Ramai kenalan di kalangan datin2. Kira VIP la macamtu. Katanya dia bosan kat umah so datang sini cari kerja. Tapi aku musykil la..hmm.." ayatnya mati di situ membuatkan aku makin teruja ingin tahu. "Ha apsal?" terpacul persoalan dari mulutku membuatkan kawanku sedikit tersentak.
"Tapi yang aku pelik..dia nak apply jawatan cleaner!" kata2 kawan aku tu lantas menyebabkan aku mengerahkan kedua2 belah otakku berfikir dengan serentak. Aku mundar mandir..menunggu sehingga wanita tersebut keluar dari bilik bos aku.

"Balik dah kak..ehh.Puan?" aku berdeham kecil, cuba menarik perhatian daripada wanita berkenaan. Wanita tersebut cuma tersenyum tawar memandangku."Takde rezeki akak kerja sini, akak nak try cari kat depan sana pulak la" wajahnya sugul jelas menunjukkan dia sedikit kecewa."Akak bukan apa, akak malas nak gunakan kabel datin2 untuk apply kerja. Dorang sibuk suh akak kerja kat opis dorang..cuma akak je taknak" aku sedikit ternganga. Wah hebat tol akak ni.Besar kabel dia! Aku menghantarnya ke ruang lobi tanpa diminta.

aiiyakkk!!!Aku terus membuat muka bila mengetahui perkara sebenar


"Akak datang sini naik pe, ke akak tunggu kawan datang amik?" soalku sopan bila mana aku melihat wanita tersebut berkira2 untuk pergi ke bangunan LKIM di hujung jalan."Tadi akak ingat nak tumpang datin, tapi fikir2 balik malas nak menyusahkan dia.So akak datang sendiri" panjang lebar penjelasannya sambil berlalu meninggalkan aku.Tetapi aku tergamam seketika bila aku lihat dia mula merapati basikal BMX kecil yang sesuai digunakan oleh kanak2 yang tersandar di tepi dinding bangunan..yang terletak tidak jauh dari tempat aku berdiri.Aku melopong lagi melihat dia terkial2 mengayuh basikal tersebut dengan kasut tumit tingginya yang berwarna merah."Biar betikk!!" jeritku dalam hati dan tak mampu mataku berkedip melihat dia masih bersusah payah terkangkang2 cuba mengayuh basikalnya."Nak gelak ke tak nak!Nak gelak ke tak nak!" aku masih bercatu2 walaupun hakikatnya aku sedang cuba menahan gelak..dan bersedia untuk berdekah2!!

P/s : Manusia ni macam2 fiil..so pepandai korang la nak handle macamana :)


Aku Bukan Loser

9:13 AM

Hari ni tak banyak benda nak aku kongsikan. Just sekadar mengisi ruang2 yang ada..bercerita tentang aku. Pagi ni aku nak kongsikan cerita2 yang pernah aku alami sepanjang hidup aku ni. Cerita yang melibatkan perasaan.Wahhh!! Pepagi ni aku nak menjiwang karat..dalam hati kulihat taman :P

Dulu aku sekolah di MRSM, aku dikelilingi dengan budak2 cerdik pandai yang tak pernah berenggang dengan buku. Aku anggap rezeki aku apabila terpilih sebagai pelajar di sekolah berkenaan. Di tingkatan 2..aku pernah menyukai seorang budak perempuan berlainan kelas. Suka di sini aku klasifikasikan sebagai 'cinta munyit-munyitan'. Dia sopan, lemah lembut dan bijak. Tapi aku sekadar peminat jarak jauh..aku sukakan dia tetapi aku tak berani. Aku rasa aku tak layak, sebab apa?Sebab dia terlalu baik untuk aku.Menjadi secret admirer memang menyakitkan hati..seboleh2nya kita nak bagitau satu dunia yang kita menyukai seseorang..tetapi sebab sifat rendah diri dan pemalu aku inilah membuatkan aku hanya mampu melihat dan memerhati dari jauh. Namun ada satu ketika, tiba hari dedikasi di mana pelajar2 boleh menyampaikan hadiah berbentuk coklat kepada sesiapa sahaja. Aku pun merancang untuk memberikan coklat kepada dia.Tapi akhirnya coklat ditanganku masih tidak bertukar tangan apabila aku lihat rakanku yang lain terlebih dahulu mendahuluiku..memberikan coklat dan terus meluahkan perasaan. Kawanku tu seorang scout yang terkenal, kuat pengaruh dan antara pelajar harapan guru.Aku perasan si dia melihatku bersama coklat tapi aku tetap tak mampu lakukan. Aku rasa aku loser.Aku memang tak layak untuk dia..

Then di tingkatan 3, aku mula kenal seorang pelajar..di kelas yang lain. Dia menarik perhatianku sebab dia tegas dan pada waktu itu aku tahu dia dan kumpulannya digelar anti boys. Dia xsuka pelajar lelaki..mungkin padanya pelajar lelaki kasar dan xmenghormati wanita. Aku pun mula memerhatikannya dari jauh sama seperti kes sebelum ini.Aku pernah berborak dengan rakan perempuanku yang lain bertanyakan tentang dia..setiap nama lelaki yang disebut rakanku dihadapannya..semua direject! Kawan aku cuba masuk jarum menyebut nama aku. Tetapi dia cuma diam..tak accept, tak reject. Tu sudah cukup beri aku harapan..lagipun sebelum ni dia xpernah tak membalas senyumanku setiap kali aku melewatinya. Malam jamuan Hari Raya aku plan nak cuba berborak dengannya. Aku rasa sekadar senyum tak memadai.Aku tekad aku kena berani kali ini. Tetapi sepanjang malam tersebut rakanku yang lain pula sentiasa bersamanya..jual minyak kot. Then selepas malam tersebut dia digosipkan dengan rakanku. Aku tak boleh buat apa2. Kawan aku tu pun hensem, anak seorang kenamaan dan kuat pengaruhnya. So aku teruskan hidup macam biasa..memerhatikan dari jauh dengan membina angan2 yang aku tau memang takkan kesampaian.

Masa terus berlalu sehingga umur aku 21 tahun. Aku mula mengenali M sewaktu aku terlantar di rumah akibat kemalangan jalan raya. Dia baik, memahami dan peramah membuatkan hubungan kami direstui kedua2 orang tuaku. Malah dia sering datang ke rumahku sekiranya ada kelapangan..dan seisi keluargaku senang dengan kehadirannya. Tetapi hubungan kami cuma bertahan selama 3 tahun sahaja sebab tidak direstui oleh ayahnya. Selama aku dengan M, M tidak pernah menceritakan pasal aku kepada familinya kecuali adik bongsunya. Aku memang tidak layak sama sekali jika hendak dibandingkan dengan citarasa ayahnya. Ayahnya mahukan seseorang yang berpangkat besar, bekerjaya hebat, datang dari keluarga kenamaan dan berstatus tinggi. Tapi apa yang aku ada?Student yang hanya mempunyai motor Kriss 2..yang sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma. So apa yang nak aku tunjukkan kepada familinya yang aku layak untuk berkawan dengan anaknya?Kes aku ni dah macam cerita tamil plak. Kes aku ini yang membuatkan aku benar2 down..rasa rendah diri yang amat sangat. Aku tak berani menceritakan kepada mak abah aku sebab aku tahu mereka serius sayangkan M. Tapi lama kelamaan masalah kami dihidu. Abah ku pernah berkata yang sekiranya ayah M merestui kami..malam itu jugak dia pegi hantar rombongan meminang. Tetapi apa boleh buat bila nilai harta dan pangkat lebih besar di mata mereka. Aku terpaksa lepaskannya melalui satu panggilan telefon sebab aku tak sanggup bertemu dengan M..Tapi kami masih tetap berkawan sehingga sekarang.



Kenapa aku cerita kisah2 macamni?Apa yang dapat korang simpulkan daripada kisah yang aku story tadi? Aku cuma nak bagitau..dalam dunia yang serba moden sekarang ni, masih wujud kisah seperti Ibu Mertuaku, Penarik Beca dan Antara Dua Darjat.Bagi aku yang berpijak di dunia nyata ni..aku kena ukur baju di badan sendiri.Aku kena sentiasa muhasabah diri. Yup memang aku takde semua tu dan aku tak perlukan harta, pangkat dan nama untuk bercinta. Aku mengaku aku memilih pasangan untuk berkawan secara serius, biarlah kawan2 aku tu orang macam aku..terdiri daripada orang kebanyakan, boleh pegi pasar malam sesama, boleh makan stall tepi jalan, tak kisah pakai pakaian branded @ tak, boleh berselipar jepun cap ayam, tak pandang rendah sesama sendiri dan sentiasa support aku. Sekurang kurangnya aku tak terikat dengan peraturan dan pantang larang yang seringkali ditekankan oleh orang kaya2. Aku bebas membuat pilihan! Even aku dikategorikan orang kebanyakan oleh certain2 orang lain di luar sana (walaupun ada yang berlagak kaya, tapi hakikatnya sekadar menumpang duit mak bapak)..aku tak kisah. Aku enjoy dengan life aku sekarang, aku ada family, aku ada ramai kawan dan seorang gf yang telah terima aku seperti mana aku sekarang. So yang penting aku tak ganggu hidup sesiapa. Bak kata kawan aku..jangan biarkan kata2 orang diluar sana mempengaruhi hidup kita sebab bukan dorang yang bagi kita makan! Hehe.Aku sentiasa berfikiran positif sebab bila kita sentiasa positif, kita rasa tenang, jiwa tak kacau dan boleh berfikir secara waras. Bila kita positif, secara tak langsung kita akan membina berjuta2 sel di dalam otak kita. Hehe.

Ok la..walaupun entry harini agak keras tapi aku cuma bual2 kosong je. Tapi jangan risau aku tak pernah serik. Aku takde masalah berkawan dengan sesiapa..cuma aku takut 'certain2 people' je yang tak sudi kawan ngan aku. Salam sayang dari orang kebanyakan macam aku. Jumpa lagi. Daa

P/s : Aku tak pernah lepak starbucks order kopi RM5 lagi..selalunya housemate aku buat sendiri kopi kat umah. Satu jag kongsi 4-5 orang dengan harga anggaran RM4.20 (sebab tak habis pun guna serbuk kopi dan gula)

Tips Mengenal Pasangan Serasi ~

4:22 PM

Aku teringat masa aku kurang umur dulu..masa aku sambung belajar kat UiTM Shah Alam.So macam korang tau, setiap student dikerah untuk amik badan beruniform la..kelab tu la..ni la.Aku pun turut menjadi mangsa bila berstatus pelajar di sana.Tapi aku fikir jauh..aku tak macam budak2 lain sebab aku budget macam bagus. Haha.Aku amik persatuan silat Cekak Hanafi.Aku pun xtau kenapa aku pilih silat, mungkin aku cuba menerobos kemampuan diri.Mungkin dengan menyertai silat aku mampu membangkitkan sejenis kuasa yang sekian lama terpendam di dalam diri aku nih?Akukah superhero yang di nanti??Superhero xde..Suparjo boleh la kot!


Xde la bila aku pilih silat, secara automatiknya aku belajar sejenis seni mempertahankan diri Melayu lama.Sebab selama ni aku cuma perhatikan dari jauh..dari kaca tv dan aku kagum.Sekurang2nya boley la aku mempertahankan diri aku walaupun aku belajar xhabis.Haha.Aku sempat belajar buah asas je.So sesiapa yang perlukan pertolongan tahap asas (sebelum apply pertolongan dari aku, make sure korang double konfom yang musuh korang jugak baru belajar asas2 menyerang, asas merompak ataupun asas menggunakan senjata) Setakat parang aku boleh tepis lagi, tapi kalau orang plan nak langgar mati..aku tawakal je la sebab ilmu kebal tak termasuk dalam silibus pembelajaran aku.Ngeh3

Eh tak sangka aku merepek je pun..dah masuk perenggan ketiga!Haha.Sebenarnya bukan ni yang aku nak cerita.Aku nak kongsi apa yang aku belajar masa silat dulu.Dalam silat ada teori dan praktikal.Dalam kelas teori aku mendapat input yang berguna di mana dalam satu slot tu aku didedahkan CARA2 UNTUK MENGETAHUI PASANGAN YANG SESUAI UNTUK KITA. Aku tak tau dalam silibus silat ada part nih.So aku pun nak kongsikan dengan korang jugakla sebab ilmu yang baik seelok2nya dihebah2kan :) actually ni tips untuk korang mencari pasangan tau :)

sejuk mata aku memandang (sejuk menggigil nak demam akibat terkejut)


Cara Makan
Ha kenapa aku kata cara makan?Melalui apa yang aku belajar, kita dapat mengetahui sikap seseorang melalui cara makan seseorang.Bila korang keluar makan, korang perhatikan la kengkawan korang makan macamana.Aku bagitau ni makan nasi ye..makan goreng pisang, sugus, makan angin tak termasuk dalam ini cerita.Ada yang makan dari sisi pinggan dan ada yang makan di tengah2 pinggan.Makan dari sisi pinggan merupakan seseorang yang tertib dan tidak gelojoh.Tapi jika seseorang tu menyentuh makanan bermula dari tengah2 pinggan, dia merupakan seorang yang gelojoh dan kelam kabut.Sekiranya someone makan nasi sehingga nasi menyentuh tapak tangan..tu pun kategori gelojoh, bersikap menguasai, jiwa memberontak dan tidak mudah dikawal.Dan sebaliknya jika pasangan korang makan tidak melebihi ruas jari (sedikit penggunaan ruas jari..semakin bagus) mereka seorang yang tertib, tenang, peka dan tidak terburu2.Ha so sekarang ko ajakla bf atau gf korang kua makan.Kita lihat siapa yang kena!! Haha

Dari Mata Turun Ke Hati..
Korang percaya tak ungkapan ni?Aku percaya..sebab aku pernah mengalaminya.Pernah tak korang rasa bila mana korang terpandang someone either yang korang kenal atau tidak..tiba2 dada korang rasa sejuk, jantung korang berdebar2, rasa selesa, korang takkan lepas pandangan dan korang akan tersenyum sendiri.Pernah terjadi kat korang tak?Ha tu tandanya orang tu serasi untuk korang.Apalagi kalau dah ada tanda2nya..jangan lepaskan peluang (untuk mereka yang bujang je..yang buat alasan nak tambah kuota tu aku tak masuk campur).Ni apa yang aku belajar la k..aku jas sharing ilmu ngan korang.Hehe

Ha tu je la yang aku sempat kongsikan, sekadar tambahan ilmu yang ada.Lenkali kalau aku teringat tips2 lain, aku roger2 la korang ye :) Mencari jodoh itu adalah usaha kedua2 belah pihak, takkan berjaya sekiranya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan.Ok babai :)

P/s : Kalau dari mata xturun ke hati tu..better korang rechecked mata korang.Aku takut korang juling itik


Kes 411 : Pijak Tanpa Niat

9:01 AM

Kes 411
Lokasi : Tepi jalan besar simpang kiri sebelum sebelum masjid Kg. Duku
Masa   : 4.32 petang waktu tempatan
Watak : Azwan Iskandar Jemain sebagai 'Rakan Cop'
             Saripuddin Ayip sebagai watak utama
             Farid Ismet Hanapi sebagai anak emak yang manja

(babak ini adalah lakonan semula, olahan dari kisah asal dan nama yang tertera bukan nama sebenar, tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak yang terlibat.Kalau ada kena mengena pun pehulik hafe haku! :P)

Azwan Iskandar Jemain : Bro pecer?Bosan dan kelaparan nih.Ada idea best?Yang tak best
                                         aku tanak dengar
Saripuddin Ayip              : Ada2..tadi aku keluar ngan mak aku..pergh aku jumpa
                                         lompat tikam.Halamak dah lama aku cari, baru jumpa tadi.
                                         Aku ada beli!
Azwan Iskandar Jemain :Memang menarik bro.Tengah2 bosan macamni dengan perut
                                         yang lapar..dapat kawan macam ko ni memang best!
Farid Ismet Hanapi         : Hahaha..(berkerut2 dahinya)
Azwan Iskandar Jemain : Ha apa kita tunggu lagi.Moh la kite.Ko ada bawak tak?
Saripuddin Ayip              : Mestila..aku kan ketua kumpulan nasyid merangkap pengerusi
                                         kelab kompang.Ofkos la..kita nak lepak mana?
Farid Ismet Hanapi         : Haah cepat la.Tapi lompat tikam tu main dia macamana?Korang
                                         boleh ajar aku??
Azwan Iskandar Jemain : Main ape??
Farid Ismet Hanapi         : Lompat tikam??
Saripuddin Ayip              : Wadehel !!

(Adengan seterusnya dimana Azwan Iskandar Jemain memijak perut Farid Ismet Hanapi tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat kelulusan daripada FINAS)



P/s : Lompat tikam tu sejenis menu atau makanan ye kengkawan..bukan permainan.Jangan lepas ni ada lagi yang kena pijak!

Penangan Dvd Lucah !!

1:35 PM

Aku teringat kes ni masa aku jahiliah dulu2, masa tu aku pegi pasar malam di kawasan rumah aku area Kajang.Aku suka pegi sana bukan sebab banyak gerai atau makanan yang dijual tetapi sebab kat situ ada jual dvd pirate.Haha.Kadang2 kalau aku tak sempat folo muvie kat wayang, dengan keterpaksa-relaan aku cari gak la dvd pirate kat situ.Uhuk2.Tapi bukan ni yang aku nak story hari ni, aku nak kongsi rasa pelik aku ngan korang semua.Sebab apa pelik?Haa jap lagi aku cerita.Rileks2..baru pendahuluan, belum masuk isi2 penting lagi.Tak masuk pun lagi perenggan pertama :P

aku takde dalam gambar ni..so jangan cuba2 cari ye

Pasar malam hari Khamis tu jadi tumpuan penduduk setempat sebab kat situ je la pasar malam yang ada pun.Nak harapkan tempat lain, jauh la jugak..Malam tu aku terajin jenjalan sensorang, niat nak cari dvd.Lama dah xlayan dvd sbb sebelum ni aku tengok wayang.Paling koman pun aku pinjam dvd kengkawan.So malam tu port dvd penuh macam selalu.Aku pun belek dari satu cerita ke satu cerita..tapi masih belum menarik minat aku.Sampai di hujung sudut, aku mula diasak2 dari belakang.Masing2 mula berebut2 macam la ada jualan murah! Beratur la weh!! Tapi mereka yang berasak2 ni kebanyakannya memakai helmet dan asyik menyorok2."Mau apa cita bos?Melayu, Thai, Japan?? 3 star sini, 4 star ngan 5 star kat dalam kotak sana" tanpa segan si apek depan aku ni menerangkan di selang seli dengan bingit suara dari walkie talkie ditangannya.Aku cuma menjeling..bukan memerhati dvd yang apek tawarkan tadi, tetapi gelagat pelanggan yang rata2 terdiri daripada bangsaku sendiri.Gelojoh!Haha

Tetapi dalam masing2 sibuk mencari cerita yang memenuhi citarasa..pandangan aku tertumpu pada seorang perempuan atau lebih mesra disini aku panggil penkid.Dia turut sama menjayakan misi mencari dvd lucah!Wah extreme nih..ni baru pertama kali aku tengok keterbukaan perempuan membeli cerita lucah di kawasan terbuka..atau dia merasakan yang dia  kini telah menyertai kelompok lelaki kot?Aku xpasti..tetapi yang aku betul2 pasti dia seorang penkid.

"Tokey ni cerita kalau aku angkat 10, brapa u boley bagi?Kasi murah la sikit?" perghh memang gampang! Selambabadak dia je!Tak rasa malu ke?Aku tengok mamat2 yang lain yang beli pun..nyorok2.Ini tidak.. sesuka hati dia je.Dah tu sekali 10! Dia nak buat ape banyak2?Ni kalau ada peksa..confom CGPA 3.60 ke atas! Anugerah dekan! Haha.Tapi kenapa dia perlu tengok? Kalau dia sebelum ni dikategori sebagai wanita, dia sepatutnya dah tau cara2 untuk memuaskan nafsu wanita.Waahhh.Haha.Menjadi persoalan la pada diri aku sampai sekarang, apa tujuan sebenar dia beli dvd tu?Hmm..akhirnya aku xjadi beli cerita pape, aku duduk kat tepi divider, makan kebab sambil memerhati gelagat pelanggan dan penkid tersebut.Ni la penangan cerita lucah gamaknya!Huhu

p/s : Masih lagi terfikir kalau dia tengok, dia nak amik peranan yang mana..lelaki perempuan?Kalau dia klimaks pun sebab lelaki @ perempuan?Huhu..Ntah laa..

Bila Nissan Skyline Auto-Stop !!

4:47 PM

Malam kelmarin..sempatla aku keluar lepak ngan kengkawan aku. Biasalah malam2 hujung minggu biasanya kalau aku tak karok, confom aku pegi tengok wayang..Kalau balik Kajang je, malam minggu aku diisi ngan kerja2 berfaedah macam memasak, bagi ayam itik makan dan mengaji..Haha :D Tapi las wik punya muvie xberapa best laa.Terkebil2 jugakla aku amik masa nak faham cerita tu.Lepas tengok muvie kitorang pun cari port lepak.At last kawan aku decide kat Coffee Street, Kuantan. Masa tu jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Aku jarang keluar lepak malam2 macamni sebab mak aku kata aku ni lelaki melayu terakhir, so kena jaga tingkahlaku :P Lagi2 tempat macam Coffee Street nih..Ni la 1st time aku jejak kaki since 2 tahun aku kat Kuantan.Bila aku tanya kawan aku..kenapa lepak situ..Dia kata tempat tu high! Cheh klu setakat nak high, lepak atas menara KLCC laa.Kawan aku kata kafe tu tempat student2 melepak..So bila masuk dinihari, memang kawasan yang sesuai untuk cuci mata.Dari awek tak cukup kain sampai ke pameran kereta2 mewah.Semuanya ada..cume aku je yang xde.Ada tu ada, tapi aku xpernah lagi bawak Fairlady aku tu keluar jalan2.Sayang la..sebab aku dah tampal kat pintu bilik.Aku takut terkoyak :P

Bila masa makin larut aku tengok keadaan kafe tu makin sesak.Dari tadi deruman enjin kereta mewah membingitkan suasana malam minggu itu.Tapi aku tertarik dengan sebuah kereta Nissan Skyline yang baru parkir betul2 di sebelah cafe tersebut.Warna silver gelap, tinted gelap..owner dia yang baru keluar dari kereta tu pun gelap2 kelabu asap.Hehe.Memang stylo kalau aku tengok..tu pada pandangan mata aku la..Mamat tersebut turun dari kereta menuju ke arah sekumpulan budak2 muda yang sebaya dengannya.Masing2 tengah high dengan kereta kawannya yang sorang tu.Berlagak!Ko berlagak la..kalau det ko sendiri aku respek la.Aik aku pulak yang panas hati!Haha

Aku diberitahu kereta tersebut sudah ditukar warna


Memandangkan meje mereka pun tak jauh dengan meja aku..aku pun dengarlah perbualan mereka.Actually bukan aku curi dengar pun, dorang yang cakap kuat2.Dah menjadi kebiasaan orang kalau nak cakap pasal kehebatan masing2..kena cakap kuat2.Sebab takut orang lain yang duduk kat meja sebelah tak dengar..terpaksa la ulang balik percakapan.Gelak pun kena kuat2 sebab gelak kuat2 tu trademark orang kaya2.Hahaha.Hmm..menyampah haku!Aku tengok owner kete tu pun memanjang cakap besar.Adeh macam dia sorang je bawak kete mewah!" Billy kereta ko pakai turbo timer ke?" aku dengar salah seorang dari mereka bertanyakan kepada si mamat angkuh tadi. "Haah..auto stop.Enjin kena mau jaga bro.Aku dah setup kete aku.Semuanya auto.Auto lock, auto start..kira senang la hidup aku!" sambil gelak kuat2.Yang lain pun turut gelak..tapi xde la kuat macam mamat bongkak tadi.Mungkin sebab dorangbelum ada rezeki pandu kereta macam mamat tu kot?

Jam mula menunjukkan pukul 3.15 pagi.Tapi aku dan kengkawan aku masih lagi memerhati gelagat pengunjung yang masih tidak putus2 datang ke kafe tersebut walaupun mata aku kian berat.Kemudian aku mamat mamat angkuh tadi mula bangun untuk beredar.Sempat pula dia mempelawa sekiranya ada kawan2nya yang ingin rasa naik keretanya.Tapi masing2 malu..ye la kang orang lain tengok jatuh la saham.Pengunjung lain pun macam aku..memerhatikan gelagat mamat tu dari jauh.Lebih2 lagi awek2 yang datang berkunjung disitu.Tersengih2 minta diperhatikan mamat bongkak tersebut..mana la tau mereka turut dipelawa naik untuk pandu uji kereta sekali?

Street Cafe yang menjadi saksi kejadian yang berlaku ketika itu


Dari jauh mamat tadi menghidupkan keretanya.Owh betul la auto start.Aku xheran pon sebab kereta aku pun menggunakan aplikasi yang sama.Sempat dia melambai2 sebelum masuk ke dalam kereta.Geram pulak aku dan kengkawan aku tengok fiil mamat tu.Bila keretanya mula bergerak beberapa meter, tiba2 keretanya mati.Hmm kami masing2 berpandangan.Tetapi kelibat mamat tersebut masih belum kelihatan keluar dari kereta.Keretanya berhenti di tengah2 jalan plak tu.Rakan2nya yang tadi turut berpandangan sesama sendiri..mungkin mamat tersebut tertinggal barang kot?

Selang beberapa minit, aku lihat mamat tersebut keluar jugak dari kereta menuju ke arah rakan2nya.Dia mula membisikkan sesuatu, tapi tak jelas untuk aku dengar.Aik pandai pulak dia cakap perlahan??Then rakan2nya mula tergelak dan mengekori mamat tersebut menuju ke arah keretanya.Aku dan kengkawan aku tengokkan je dengan penuh kusyuk dan tawadhuk.Makin aku pelik bila rakan2nya menolak kereta mamat tersebut masuk ke parkir semula."Ai..ni pe kes plak?Auto stop la kot?" macam biasa aku jadi teruja nak tau.
Selepas kereta di parkir, aku lihat mamat tersebut terus mengikut seorang kawannya menaiki motor dan berlalu dari situ.

"Apsal tu dik?" aku tanyakan pada salah seorang kawannya tadi bila mereka mula kembali ke meja."Owhh..kereta abis minyak" aku lihat budak tersebut tersengih2.Cheh!Betul la tu auto stop."Sebab tu la aku tak nak beli kereta mahal2 sebab aku cuma tau kreta aku takde minyak bila kete aku berhenti dengan sendiri!" aku menganjing dalam hati.Aku dan kengkawan aku sepakat berpendapat yang mamat tersebut lupa nak mintak duit minyak daripada bapak dia sebelum keluar!Tiba2 kami gelak kuat giler!Lebih kuat daripada mereka gelak sebentar tadi!Hahahaha :D

P/s : Harapkan kereta je mahal..minyak isi RM10.Hahaha ~

Adengan Terlampau di Stesen Minyak

4:43 PM

Masa   : 2.20 petang
Lokasi : Stesen Minyak Shell, Kuantan
Watak : Naseer sebagai Baiya Petrol Pam
             Aku sebagai Afzal
             Man (bukan nama sebenar) sebagai pemandu motosikal
             Orang lalu lalang

Dari jauh Afzal mula memerhati petak kosong untuk mengisi minyak keretanya.Kelihatan sesak ketika itu, almaklumlah petang Jumaat..peluang sebeginilah yang digunakan sebaik2nya oleh setiap muslim yang baru selesai menunaikan solat Jumaat.Setelah hampir 5 minit menunggu, akhirnya tiba giliran Afzal untuk mengisi minyak

"Berapa abbaanng" dengung bunyinya..seakan hukum tajwid Idgham Bila Ghunnah di situ bila mana baiya bangla stesen minyak tersebut mula bertanya. Afzal menguak pintu kereta, slamba tapi penuh gaya. Dipandangnya baiya tersebut dengan penuh yakin "Full tank" Perghh sekiranya mamat motor yang sedang mengisi minyak di sebelah parkir petaknya mendengar..mesti berdarah telinga.Yela masakan tidak..mamat tu konfom isi minyak paling kuat full tank RM8 je..tapi full tank keretanya pulak RM80 tau!! Hinss..Hinss. Kembang kempis hidungnya penuh takbur.

Melihatkan baiya petrol pam tersebut sedang sibuk memasukkan jumlah, Afzal mula menyeluk dompetnya yang berada di poket belakang seluar.Hidungnya kembang kuncup tak tentu arah..dada mula berombak2. Peluh jantan, peluh separa jantan dan peluh2 yang ada turut melembabkan bahagian ketiak kemejanya ketika itu.Berat mulutnya untuk berkata tetapi dia terpaksa..biarlah apa orang nak kata, yang pasti dia lega.

Dikatakan kejadian tersebut menjadi bualan penduduk setempat 


"Err..Baiya.Err..Hmm.Cancel boleh tak?Isi sepuluh je la" tergagap gagap menghabiskan ayat.Baiya tersebut terkebil2.Rupa2nya dia lupa yang dia baru sahaja masukkan kesemua duitnya ke dalam akaun bank sebelum solat Jumaat tadi.Yang ada pun 3-4 helai not RM1.Nasibnya agak baik apabila dia teringat yang dia masih ada not RM10 hasil daripada lipatan origami berbentuk love yang dia buat sebulan lepas. Hidungnya yang kembang kempis sebentar tadi mula kecut dek basah dengan peluhnya.Sempatla dia menjeling..kelihatan mamat motor sebelahnya tadi beredar sambil tersengih2..Hampeh!

P/s : Jangan takbur..Tuhan marah kan?kan?Haha

Mintak Perisa Vanila Satu ??

10:38 AM

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam..tetapi mata aku masih cerah.Aku rasa masih mampu bertahan dalam 1 hingga 2 jam lagi nih.Ni penangan kopi cap tupai la tadi, perghh memang terangkat.Aku dah cuba bermacam2 jenis kopi..namun kopi timbang ni jugalah yang menjadi pilihan aku.Ni bila mata mula membuntang..perut aku mulalah berdangdut.Separuh bahagian rongga perutku masih kosong..minta diisi dengan sesuatu.Bukan sesuatu lagi..coklat, aiskrim, burger, keropok, nasi goreng ikan masin..tapi selewat ini?Rosak diet aku makan malam2 macamni, mungkin boleh diberi pengecualian untuk malam ni saja?Tapi..aku nak cari kat mana?

Angin malam sepoi2 bertiup dengan sempoi.Aku lantas menghidupkan enjin motosikal Kriss ku, mula mensasarkan ke tempat tujuan tanpa menggunakan sebarang aplikasi GPS.Lebih kurang 5:43 minit aku sampai ke destinasi dituju.Destinasiku kini di hadapan kedai 24 jam.Aku masih lagi berkira2 apa yang nak ku beli dengan bermodalkan duit sebanyak RM5..yang aku selitkan di bawah lipatan kain pelikatku.

"Selamat datang" amboi lembutnya suara..berdegup2 jantungku namun tatkala aku menoleh ke arah empunya badan, kuperhatikan ada misai setebal mud guard RXZ.Macam haram..suara macam gampang!Klon Ziana Zain.Di dalam premis tu ada la seorang dua pelanggan namun apa aku peduli.Aku tak membuang masa lalu mula menyelongkar setiap inci kedai..mencari2 apa yang patut ku makan.Nak makan apa ya??Hmm..

Sedang aku sibuk menjalankan misi, loceng menyambut tetamu berbunyi sebaik pintu premis dibuka.Kelihatan seorang lelaki seawal usia 20an menghampiri kaunter.Kelihatannya teragak2..tatkala melihat staf premis berkenaan berborak sakan dengan rakannya yang lain.Aku cuba meneruskan pencarianku..tapi tingkah laku mamat tersebut menarik naluriku untuk terus memerhati.Dia mundar mandir..seakan2 membelek majalah di tepi kaunter, tapi aku tau bukan majalah yang dia cari sebab tumpuannya terganggu setiap kali pelanggan keluar masuk ke dalam premis berkenaan.Apa sebenarnya yang dia nak buat?Cecair adrenalin dalam tubuhku makin mencapai tahap maksimum dek kerana teruja memikirkan tingkahlaku mamat berkenaan.

Bila suasana mulai lengang dengan pelanggan, dia kembali merapati kaunter.Tersengih2 macam cicak tertelan kapur barus.Huh masa yang tepat untuk aku bertindak..aku sempat capai Cheesedale sebab aku nak tau cerekarama yang bakal berlaku di dalam premis tersebut.Aku cuba memperlahankan langkah menghampiri kaunter, sekadar untuk memasang telinga namun spoil apabila disedari mamat tersebut.Hmm..mengeluh panjang aku dek kerana xdapat join babak pada malam itu.

Selepas membayar, sedang aku sibuk mengutip syiling yang terjatuh akibat kecuaianku..aku dengar mamat tersebut cuba berkomunikasi dengan staf premis berkenaan walaupun nadanya putus2..namun masih dapat aku dengar dengan jelas."Hmm..Dik, kondom perisa vanilla ada tak?" haha..gelak kuat aku masa tu, tapi dalam hati je la."Ala bang..xde la.Abang cuba perisa lain?" abang staf tersebut tersipu2 malu..terjungkit2 misai tebalnya tu seakan menari2.Hahaha..aku hampir terkentut menahan gelak mendengar perbualan mereka malam tu.Dari lapar terus kenyang aku dibuatnya.Hahaha :D

P/s : Bak kata kawan aku..yang mintak perasa ni perempuan je kot.Lelaki boleh rasa apa??Hehe

Pinjam lain..Pulang lain

4:39 PM


Di suatu petang sebelum bulan sempat mengambang..

Aku   : Mak mana cd2 cerita hindustan ni?Kosong je rak?
Mak  : Haah..Makcik Tom aka Tuminah pinjam.10 cerita semuanya..blom pulangkan lagi.
           Lama gak dia pinjam.
Aku   : Mak kena mintak dia pulangkan la..kang hilang plak.Anak2 dia semua lasak2..
           calar balar cd kita tu nanti
Mak  : Yela..yela.Mak on da way la ni..

20 minit kemudian ditambah dengan 10 minit sesi bergosip..

Mak  : Long nah cd nya..mak letak atas rak ni ye
Aku   : Eh mak ni cd ape plak??Cumi dan Chiki, Barney & Friends..mana citer hindustannya?
Mak  : Lor?Mak ingat dia pulangkan cd kita balik?
Aku  : Adeh! Aku dah agak..

P/s : sediakan buku log untuk pinjaman cd supaya cd2 korang tidak tertukar lain kali

Masalah Bau Badan ??

9:47 AM

Hujan lebat di luar..time macamni cari biskut kering cicah kopi 'o' kaw memang masyuk.Nikmat giler.Ai rindu pulak nak makan ubi kayu berus cicah sambal.Huhu.Dah macam2 pulak aku nak makan.Bukan mengidam..tapi sebab dah lama tak jumpa.Ada sikit rasa rindu.Ngeh3


Aku teringat sebelum ni..dalam suasana yang sama tapi berdua dengan mak aku, lepak borak2 antara mak ngan anak.Mak aku ni suka bagi petua2..xkisahla petua kesihatan, pemakanan atau surah2 amalan harian.Aku banyak hidup dengan petua2 dari mak aku..huhu.Aku pun tak ingat kes apa sampai mak aku bagi tips untuk menghilangkan bau badan..di mana fokuskan kat sini masalah ketiak berbau.So alang2 aku pun sharing la ngan korang jugak yek.

So untuk menghilangkan bau badan korang, cuba amalkan makan kulit limau nipis.Amalkan sebagai ulam ulaman sewaktu makan nasi.Limau nipis yang diperah untuk buat air atau buat sambal belacan..kulitnya boleh la korang makan.Jangan dibuang ye.



So next..bila korang mandi, sabunkan badan menggunakan belakang tapak tangan semasa di bawah lengan korang (bahagian ketiak).Jangan gunakan tapak tangan kerana boleh menyebabkan masalah bau badan.Akhir sekali kurangkan tabiat merokok kerana merokok juga punca penyebab bau badan.

So itu je yang aku tau serba sedikit petua mengurangkan bau badan.Ada banyak petu2 lain lagi..papehal aku update balik nanti ye :) Selamat mencuba.Huhu




Jangan Tegur Tegur !!

2:58 PM

"Treet" kuat vibrate fon aku rasakan..Geli geleman pun ada tatkala getaran kurasa atas peha.

"Ada mana bro?Teman aku jumpa kawan malam nih.Kul 8 dekat padang MPKJ..Tuut..Tuut" Cheh macam hampeh.Sesuka hati kol..sesuka hati letak.Aku bukan receptionist.Hmm..So malam tu aku bersiap lebih awal, hanya mengenakan T hijau muda dan jeans lusuh yang sedia tergantung di balik pintu bilik

"Mana ko munyit??" aku membebel sendirian manakala jari jemariku pantas menaip kata2 maki."On da way!On da way!" jawapan yang biasa aku dengar dari mulut si Jaja ni.Kata2 minah ni tak boleh pakai.Kalau aku tau dia janji pukul 8, pukul 10 aku datang.Makan pun tak lagi..perut meneriak minta diisi.

Sementara menunggu..dapat jugak aku layan suasana malam di bandar Kuantan.Aku jarang keluar malam kecuali ada aktiviti dengan kawan2 aku.Dari tadi kelihatan sebuah ke sebuah kereta melintasi hadapanku..mencari petak parkir yang masih belum diisi.Bermacam2 gelagat aku lihat..yang bawa kereta, sibuk mempamerkan keretanya..yang bawak awek, sibuk bermanja2 dan bergurau senda dan yang bersendirian..meliar mata mencari kenalan sambil mulut memainkan peranan bersiul2 agar mandapat perhatian si gadis2 yang lalu lalang.

"Abang Afzal !!" opocot mak kau!Kus semangat aku lantas mengurut dada.Masakan tidak, disapa dari belakang dengan tiba2.Di hadapanku berdiri dua orang gadis yang biasa ku lihat."Ha..Nadia..buat pe kat sini?" sambil aku menjeling2 ke arah cewek manis sebelahnya "Oh..lupa ni Mimi..Housemate Nad.Kitorang nak pegi tengok wayang malam ni pkul 11.Abang buat pe kat sini sensorang?Jom la join kitorang?" pujuk si Nadia tapi aku tak mudah cair walaupun not RM10 sudah beralih tangan tanda setuju folo dorang tengok wayang.Mimi cuma tersengih2 memandang aku atas dan bawah."Apsal ni?Mimi ni ke yang abang jumpa hari tu?" aku masih lagi mengagak dalam samar."Yela Mimi la tu..Tapi last time jumpa..abang kerek.Jumpa hari tu muka ketat je.Sombong nak mampus!" Perghh..lahanat dia kata aku sombong plak.Tapi memang aku sering dapat aduan dari PERHILITAN daripada mereka yang baru kenal aku..dorang kata aku sombong!Mungkin gak..make sense.Tu sebab baru nak kenal..kalau korang dah kenal aku..Korang pulak akan kata aku macam Mr Bean."Mana da sombong..hari tu abang tak perasan la..ye la Mimi cantik sensangat" cepat2 aku keluarkan ayat mengayat yang telah diperakui 96.4% oleh SIRIM berkesan ke atas mereka yang mengalami masalah hormon tidak stabil.Nah! Jelas berkesan bila aku lihat Mimi mula tersengih2.

Perilaku seperti ni memang hampeh!Pastu kasi cium tangan

Bila aku fikir2kan aku patut sentiasa tersenyum..mungkin ringankan mulut untuk menegur orang.Lebih2 lagi bila aku mula mendapati yang seluar dalam berwarna pink jelas kelihatan dari belakang Mimi tatkala mereka mula beransur pergi untuk menempah tiket wayang."Erk! Nak tegur..Tak nak tegur..Nak tegur.." Aku masih lagi berkira2 sampai sekarang samada patutkah aku tegur atau memang dia sengaja berbuat begitu.Fesyen gamaknya!



Nah Amik Doposen !!

9:26 AM

Salam.Jumpa lagi kengkawan..Japgi aku nak kua pegi bengkel, so sebelum bengkel bukak..kasi update la blog aku dulu.Banyak benda aku nak cerita..tapi bila idea dah penuh dalam inbox otak aku nih..secara automatiknya auto-delete.Huhu.Takpe sementara nak refresh balik..aku nak cerita pasal 20sen :)

Ha apsal 20sen?korang rasa 20sen sekarang boleh beli apa je?tak banyak benda boleh aku beli dengan 20sen pun..Tapi masa aku sekolah dulu tahun 2000, aku boleh beli macam2 dengan nilai 20sen.Aku boleh beli nasi ayam dan milo ais dengan duit 20sen je.Haha..Nak tak nak korang kena percaya.Meh aku story macamana :)

Dulu aku duduk hostel, so bila aku dah senior secara automatiknya aku akan lantik beberapa orang 'ashkar' untuk bekerja dengan aku.Bekerja disini bukan dengan gaji atau sukarela..tapi lebih kepada paksa rela.Kelebihan 'ashkar' ni..keselamatan dan kebajikan mereka terjamin daripada diganggu senior2 lain.Wah dengar macam kongsi gelap plak!Yakuza Malaya.Haha.

Aku    : Bai..
Bai     : Ye bang..
Aku    : Aku lapar.Ko tolong aku beli makanan kat kantin..Ko belikan aku nasi ayam, ngan
            milo ais..Aku bagi masa 10 minit je kat ko beli makanan!
Bai     : Duitnya bang?
Aku    : Nah amik 20sen..
Bai     : Erkk !!

P/s : Kepada 'ashkar2'ku..mintak halal dunia akhirat yek :) Ala nak aku ganti pon boley laa :P

Psstt..Psst..

4:51 PM

Las wik aku balik ke Kuantan, lalu highway.Aku jarang lalu highway, sebab bagi aku ikut Muadzam lagi dekat.Tapi memandangkan dah lewat malam sangat area dan kat highway pun ada R&R, boleh la berehat kot2 aku mengantuk tengah drive nanti.Waktu tu lebih kurang dalam pukul 3 pagi.

Sampai kat Temerloh, mata aku dah mula berat.Ah tak leh jadi..aku kena berhenti pekena kopi dulu.Kalau nak tido, aku takut tak sempat masuk kerja pagi esok.Merah plak punch card aku.R&R Temerloh lengang..tak banyak kenderaan yang berhenti.Sekali sekala je dua tiga biji kereta berhenti..pemandu singgah menggunakan tandas.Aku pun tak lepaskan peluang ke tandas.Aku rasa pundi kencingku tak mampu lagi menampung dalam jangkamasa yang lebih lama..

Tandas kelihatan lengang..aku memilih tandas yang bersih untuk digunakan.Belum sempat aku menunaikan hajat..aku dgr seseorang berbisik dari luar."Pssstt..Psstt" Aku jengah ke luar pintu tandas..sunyi je takde sesiapa.Ai kepala aku mula la fikir yang bukan2.Macam2 kisah dah aku dengar sebelum ni berkenaan R&R Temerloh.Perghh makin aku fikir..makin tak keruan aku dibuatnya.

Aku cepat2 keluar dari tandas..tetapi sekali lagi aku dengar suara berbisik2 seakan memanggil aku "Psst..Psst" Dalam berani2 takut aku mencari punca bunyi tersebut..Rupanya datang dari sebuah pintu di hujung tandas.Lantas aku terus menolak pintu tandas tersebut..Aku terkejut mendapati di sebalik pintu bukannya manusia..tetapi cuma penyembur pewangi tandas..Rupanya bunyi itu datangnya dari penyembur tersebut."Psst..Psst" Memang terkena la aku pagi2 buta tu..Kencing pun xtenang gara2 penyembur pewangi tandas!