Selamat Datang Ya Ramadhan ~

12:36 PM

Aku keluar pepagi ni. Aku lihat jalan2 di sekitar Kuantan sesak. Terminal bas penuh. Pasaraya, shopping kompleks dan pasar basah turut dipenuhi dengan kelibat manusia. Tua muda, sendirian mahupun berkeluarga.. tak kira peringkat umur nampak benar sibuknya. Di kaunter pasaraya.. pengunjung terpaksa berbaris panjang menunggu giliran. Masing2 sarat menjinjing pelbagai corak dan warna beg plastik..yang dipenuhi dengan barang dapur, makanan, bahan basah, pakaian dan pelbagai lagi.


Di beberapa tempat di sekitar Kuantan juga aku lihat MPK sedang mendirikan khemah2.. menaikkan tiang2 yang jumlahnya hampir berpuluh2. Hari minggu pun dorang masih lagi bekerja ye? Hari cuti pun masih ramai yang berpusu2 menyibukkan diri? Kenapa? Apa yang membuatkan mereka begitu sibuk?


Ya sebab datangnya bulan Ramadhan yang dirindui. Bulan yang penuh dengan berkat. Bulan yang membawa sejuta rahmat. Bulan yang penuh dengan makfirat, kemuliaan dan tinggi darjatnya disisi Allah. Bulan yang mana Allah bukakan semua pintu2 syurga dan ditutupnya segala pintu neraka. Pintu langit dibuka seluas2nya supaya doa yang dipanjatkan oleh setiap khalifah di dunia terus diterima Allah tanpa hijab. Bulan yang mana setiap amalan kebaikan akan digandakan pahalanya setiap satu.. mungkin digandakan berkali2 lebih besar daripada biasa. Itulah Ramadhan bulan yang ditunggu2 oleh setiap insan yang terbuka hatinya melihat ke-Esaan Allah.. mengharapkan taufiq dan hidayah daripada Maha Pencipta, Tuhan semesta alam.

Dalam kesibukan umat manusia menyambut kehadiran Ramadhan, masih ada segelintir dari mereka yang termenung jauh mengenangkan nasib diri yang serba tidak sempurna, tidak cukup makan pakai. Masih ada lagi yang bergelendangan di sisi2 kota. Hilang arah tuju tanpa sesiapa yang ambil tahu. Masih ada yang mengusung bekas meminta belas ihsan agar diberikan sedikit wang. Ringan2kanlah tangan untuk menghulurkan derma apatah lagi memberi makan kepada mereka. Daripada kita membazir beli juadah namun tidak dihabiskan, apakata kita berikan sedikit kepada mereka.. supaya mereka dapat berkongsi nikmat Allah bersama2. Supaya bertambah rasa syukur kita pada rezeki yang Allah berikan kepada kita. Mudah mudahan Allah akan bukakan pintu rezeki kita lebih luas lagi hendaknya.

Aku bersyukur..aku masih dikurniakan umur yang panjang untuk menerima kehadiran Ramadhan tahun ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagiku, siapa tahu. Jadi peluang yang diberikan oleh Allah ini seharusnya aku gunakan dengan sebaik2nya agar aku dapat terus berpegang teguh, menjadi insan yang istiqamah.. menuju ke jalan yang diredhai Allah, insyaAllah

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini kengkawan, harapnya kita tidak mensia siakan kehadirannya kali ini. Ucapan setulus ikhlas daripada aku afzalsukasuki :)

Kisah Seram

Temankan Makcik Ye Malam Ni ~

5:52 PM

Damia mengeluh panjang. Harap2 dia tak lewat. Hari ini genaplah seminggu dia bekerja di salah sebuah stesen radio penyiaran di Pantai Timur. Jam menunjukkan pukul 11.40 malam, dan dia sepatutnya akan ke udara tepat jam 12 tengah malam. Mungkin kerana keramahan dan kepetahannya berkata2, syarikat tersebut bersetuju mengambilnya bekerja sebagai DJ setelah 2 tahun menganggur. Damia tau sekarang bukannya masa untuk dia memilih kerjaya, apatah lagi dia akur kerana terlalu ramai graduan sepertinya yang masih terkontang kanting mencari peluang kerja di luar sana. Kereta yang dipandunya meluncur laju.. membelah kabus akibat hujan lebat sedari petang tadi. Mujur jalan pada malam itu sedikit lengang, melancarkan lagi perjalanannya itu.


Damia sedia maklum, waktu sebegini rakan2 opisnya yang lain mungkin sedang enak dibuai mimpi, apatah lagi hujan yang masih belum menunjukkan tanda untuk berhenti melengkapkan lagi syarat untuk mereka tido sampai ke pagi. Damia melangkah ke konti, menunggu Hafiz memutarkan lagu terakhir sebelum digantikan dengan segmennya sebentar lagi. "Tepat ko sampai..aku ingat ko tak datang dah tadi", sapa Hafiz sambil menyerahkan tugas seterusnya kepada Damia. Damia tersenyum manis.. sambil memerhatikan Hafiz berlalu pergi meninggalkannya sendirian di konti. "Apa2 hal ko cari aku kat bilik rehat ye", jerit Hafiz dari jauh memandangkan Hafiz ditugaskan untuk membantu dan memantau dirinya sewaktu ke udara..yela kalau dah seronok berborak dengan pemanggil, takut terlepas cakap je. Jadi ahli mesyuarat tingkap pulak :)

Damia mengacarakan segmen Kisah Hidupku, membiarkan pemanggil menceritakan kisah2 hidup mereka. Segala macam cerita telah didengarinya, ada yang sedih, ada yang gembira malah ada yang lucu juga. Kadangkala Damia merasakan dia beruntung kerana sedikit sebanyak dia dapat berkongsi cerita dengan pemanggil yang padanya dianggap seperti kawan2nya sendiri. Sedari dia memulakan segmennya tadi, hampir 10 pemanggil telah membuat panggilan. Damia menarik nafas panjang.. menghirup kopi o kaw yang baru dibuatnya tadi sambil memutarkan lagu sebagai selingan untuk para pendengar.

Jam menunjukkan hampir pukul tiga, dan dia boleh menerima sekurang2nya 2 panggilan sebelum rakan setugasnya yang lain menggantikan tempatnya. Nyalaan pada papan litar menyala2 menandakan ada pemanggil. Setelah lagu yang dikeudarakan tamat, Damia terus menekan butang untuk panggilan masuk. "Ye sapa di sana?", tanya Damia lembut tapi talian putus serta merta. Damia kemudian membuka talian kepada pemanggil lain dan akhirnya ada panggilan masuk. Damia melakukan rutin yang sama berkenalan dengan pemanggil dan beri peluang untuk berkongsi cerita.

Pemanggil kali ini..seorang makcik tua yang menceritakan mengenai kisah hidupnya yang tragis. "Makcik tinggal sendirian. Anak2 semuanya kerja di bandar. Makcik sunyi duduk sendirian di rumah. Bila makcik telefon mereka, semuanya sibuk. Setiap hari makcik menunggu panggilan dari mereka..siang dan malam. Tetapi pada suatu hari. Makcik baru balik dari kedai beli garam, makcik tengok rumah makcik dipecah masuk orang. Bila makcik masuk rumah.. makcik nampak ada 2 orang lelaki sedang menyelongkar almari makcik. Makcik cuba melawan tapi apalah sangat kudrat si tua ini. Makcik dipukulnya sehingga berdarah tetapi makcik tetap enggan melepaskan mereka.. Akhirnya salah seorang dari mereka datang dan..",ayat makcik tersebut terhenti di situ. Damia yang leka mendengar meminta makcik tersebut meneruskan cerita. "Makcik ditikam nak..sakit nak. Sakit sangat !!", jelas makcik tersebut. Damia terkedu. "Abis macamana keadaan makcik sekarang?", Damia meminta kepastian tetapi talian sunyi seketika. Setelah Damia bertanya berkali2 akhirnya makcik tersebut mula bersuara. "Selepas ditikam..makcik akhirnya mati. Makcik mati di tempat kejadian. Makcik terkilan tak dapat jumpa anak2 makcik..Makcik sendirian lagi di sini, di kubur ini"

Ayat terakhir yang diucapkan makcik tersebut benar2 membuatkan Damia kelu lidah. Lututnya terasa lemah apatah lagi fikirannya mula terfikirkan perkara yang bukan2.Tak tahu samada untuk menangis atau menjerit..semuanya bercampur baur. Matanya mula berair tatkala mendengar suara makcik tersebut mengerang kesakitan dan menangis sayu di hujung talian. Akhirnya Damia menangis.. dan menyebabkan Hafiz yang berada di bilik rehat berlari mendapatkannya. Hafiz kaget melihat keadaan Damia seperti ternampak hantu! Akhirnya setelah Damia tenang, dia menceritakan pengalamannya itu kepada Hafiz. Hafiz pula terus membuat laporan polis, bagi mengesahkan panggilan yang dibuat oleh makcik tersebut.

Selang beberapa hari, pihak polis meminta Hafiz dan Damia mengikut mereka kerana mereka telah menemui lokasi di mana panggilan tersebut dibuat. Mereka sangat terkejut kerana mendapat tahu panggilan itu di buat di salah sebuah pondok telefon awam yang telah tumbang, yang lokasinya betul2 di sebuah perkuburan Islam di sebuah kampung. Apabila mereka meneliti, mereka mendapati wayar telefon tersebut tertanam di salah sebuah kubur tinggal di situ. Pihak polis tidak dapat meneruskan siasatan memandangkan segala persoalan sudah terjawab, terpulang logik akal untuk menilai kebenarannya.

Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam pada Damia dengan seribu persoalan.Dia sendiri seperti tidak mahu percaya tentang apa yang terjadi padanya tetapi itulah hakikat yang berlaku. Masih terngiang2 lagi kata2 makcik itu kepadanya tempohari sebelum panggilan terputus dengan sendiri. "Anak temankan makcik ye malam ini??"


P/s : Tengah plan nak buat segmen pertama aku nih :) Tunnggguuuu ~

Kisah Ahli Neraka

9:56 AM

Ada satu kisah di mana berlaku di jurang neraka yang sangat dalam. Dalam kesekalian manusia terjerit2 memohon ampun dan ihsan daripada Allah swt, meratapi segala dosa2 yang pernah dilakukan, tangisan akibat siksaan yang tak tertanggung penuh sesalan..berlaku perbualan di antara dua orang ahli neraka di situ.



A : Wahai sahabat.. kenapa kau dicampakkan ke dalam neraka?

B : Di dunia dahulu terlalu banyak dosa2 besar yang telah aku lakukan dan
aku sendiri rasa tak layak untuk memohon ampun daripada Allah akibat 
terlalu malu. Bagaimana pula kamu?

A : Hmm..sewaktu di timbang amalanku di padang mahsyar, 
pahala amalanku kurang satu zarah. Lalu aku dicampakkan ke sini

B : Benarkah sahabat? Aku pula punyai timbangan amal sebesar zarah.
Andaikata ini dapat membantumu, aku sanggup berikan sezarah
amalanku ini agar kau dapat lepas dari siksaan neraka ini.



Perbualan mereka di dengari oleh malaikat Malik, lalu perkara itu dikhabarkan kepada Allah swt. Allah berfirman dengan maksud Dia Maha Mengetahui segala apa yang berlaku, lalu dengan ihsan Nya, Allah mengarahkan agar malaikat Malik memasukkan kedua2 ahli neraka tersebut ke dalam syurga.


P/s : Kesimpulan daripada kisah ini, Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku walaupun 
        sekecil zarah. Jadi jangan sesekali putus harapan dan bergantung harap la dengan Allah. 
        InsyaAllah ihsan Allah ada di mana2 keadaan. Wallahu'alam



Apa Yang Patut & Tak Patut Korang Lakukan Sebagai Blogger

4:10 PM

Salam. Dah ada idea nak buat entry, tak tau plak nak letak tajuk ape. Sengal!! Ha ok2 idea sudah mari. Aku baru sangat dalam dunia per-blogan ni, so kalau ada salah silap aku mintak maaf bebanyak ye. Sekadar berkongsi ilmu yang ada. Aku nak kongsi ilmu ngan newbie2 yang lain macam aku..tapi sekiranya ada otai2 yang berminat nak kongsi ilmu dan amik sedikit maklumat.. aku tarahal :)

Aku ni bukan setegar blogger lain, bw 24 jam. Tapi dalam tak tegar aku bw ni pon aku dapati ramai blogger yang suka sangat buat silap dan kesalahan. Mungkin samada dia tak sedar, tak diberitahu atau buat bodo je walhal dah ramai orang hentam @ bagi kritikan.

Folo Saya, Saya Folo Awak Balik
Haha. Apsal ko cakap suh aku buat macamtu? Yela aku tau ko desperate nak kejar follower.. sebab anak jiran sebelah umah korang lagi ramai follower berbanding korang! Cukupla aku pening dengar arahan bos kat opis..takkan dalam blog pon stil kena ikut arahan? Tak mesra alam betul la. Ayat tak cukup manis? Ape kata dengan rendah diri.. ko folo owner blog tu, then said DONE FOLO U atau FOLO U ALREADY. Kan sedap bunyiknye. Tak perlu disuruh, dengan serta merta owner blog tu akan folo korang secara automatik.


Korang Memang Kaki Klepet !!
Klepet atau istilah lain kaki penipu. Sebab korang ambil kesempatan letak link iklan dalam shoutbox. Aku tau korang sibuk nak kaya..tapi jangan la ko letak dalam shoutbox kitorang !! Aku tengah layan bw.. tetiba klik iklan ko! Shoutbox aku HANYA UNTUK BW semata2. Bukan ruangan jaja iklan korang! Taknak shout.. pegi main jauh2. Then satu lagi bagi mereka yang join segmen ni.. kalau korang mintak aku komen.. let me know dalam shoutbox aku. Ni ko shout dalam komen entry. Ape kes? Ruangan komen hanya untuk entry tersebut semata2. Nak cerita lain kat shoutbox. Tak paham bahasa melayu agaknya? Kang aku cakap bahasa Sanskrit baru tau.


Apa Bahasa Korang Pakai Ni ??
Kitew tao yuolls mawah samew kitew kan?? Ape nih? Tergeliat aku nak membaca. Ko nak suruh blogger lain baca, tapi kalau macam ni la cara ko menulis.. aku rasa blogger lain pun tak tahan nak baca eventhough entry korang sangat2 bagus! Guna ayat2 yang biasa korang belajar dari sekolah rendah sampai menengah. Penulisan Bahasa Melayu yang betul. Ayat2 gedik macamni tak diterima pakai dalam blog ye! Guna bahasa yang mudah difahami. Then kurangkan penggunaan short form. Dulu aku pun pernah ditegur dan aku perbaiki setiap masa. Kalau korang baca entry2 blogger otai..blogger famous lain, dorang tak menggunakan perkataan short form pun dalam entry. Nak jadi yang terbaik..belajar dari yang terbaik!

Blog Korang Berat Sangat..
Korang letak macam2, semua widget korang pasang.. macamana la tak berat blog korang tu. Pada yang letak wallpaper tu, pastikan pixels yang korang gunakan tak terlalu besar saiznya, lambat nak loading. Aku tak banyak masalah ngan blog lelaki.. nak terjah blog pompuan nih, lagi2 blog kekanak riang. Kitorang bukan banyak masa nak bw pun.. kalau blog korang pun amik masa loading 5 minit, mati kutu la aku! Bagi aku kalau lambat sangat loading, kalau stil tak nampak dan post kat shoutbox.. aku pangkah je!

Silent Music Please !!
Aku takde masalah pon kalau korang nak letak playlist lagu ke..ape kejadah sekali pun, tapi maksure playlist korang tu ada button STOP atau PAUSE. Aku bukan sekadar nak datang jerit kat shoutbox korang semata2, kadang2 aku singgah baca entry. Mana tau aku berkenan ngan isi kandungan blog korang, hari2 kompom aku terjah. Tapi kalau terjah, bising dengar lagu yang korang pasang.. sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi blogger lain yang datang menyinggah. Ye aku tau ko suka lagu tu..sebab lagu tema cinta korang! Haha. So tukar la widget player yang ada button STOP ye

Permudahkan Urusan Blogwalking
Korang nak trafik tinggi, permudahkan urusan bw blogger2 yang datang ke blog korang. Setup balik verication words dalam post comment atau shoutbox korang. Tak perlu guna, so memudahkan blogger lain drop comment kat entry korang.. atau senang cakap mesra komen la. Then setup pop up commentPop-up comment ni maknanya, sekiranya korang nak post comment, page comment yang baru akan dibuka tanpa memerlukan loading pada page yang sama. Ha..korang nak belajar dua benda ni.. korang boleh tengok tutorial dalam blog wancikgumuzik ye.

Suka Sangat Main Nyuruk2
Haha ni satu lagi. Suka sangat main nyuruk2 shoutbox kan?Kalau korang nyuruk kat tempat yang sama seperti bahagian atas kanan dan kiri, aku dah boleh agak la. Ni ntah mana2 korang sorok. Penat la nak cari weyh!! Bila ko sorokkan shoutbox, so dikira loading page baru dan terpaksa la nak menunggu lagi. Tapi yang penting letak di tempat yang senang dilihat. Ada sekali tu aku nampak dia nyurukkan shoutbox dia nun kat hujung bawah page. Giler la!! Maaf sensangat sebab aku tak punya banyak masa nak main nyuruk2 shoutbox ngan korang yek!


Rajin Rajin Tunjuk Muka
Maknanya di sini korang kena rajin2kan bw. Jadilah seorang yang peramah. Jangan ketagih vote dari blogger lain untuk segmen yang korang join, time tu la baru nak nampak batang idong. Bila blogger2 lain dah familiar ngan korang, korang nak mintak apa pun senang. Mintak ilmu, mintak pendapat dan belajar memantapkan diri agar jadi blogger yang hebat satu hari nanti. So jangan sombong2 dan yang paling penting jangan mudah sentap, terasa hati sekiranya ditegur dan dikritik. Aku dah puas kena kritik..kena komen. Apa boleh buat, tebalkan muka je la.. semata2 nak dapatkan ilmu. Nak jadi yang terbaik, yang paling penting belajar dari kesilapan. Jangan malu untuk bertanya. Niat kena betul. Agak2 korang rasa jiwa korang macam agar2..baik korang dok tepi main masak2.

Ok tu je yang nak aku kongsikan melalui pengalaman dan pengamatan aku selama aku ber-blogging ni. Tersalah kata, terkasar bahasa aku mintak maaf. Aku harapkan dengan ilmu yang sedikit ni dapatla kita gunakan untuk memperbaiki diri dan sebagai jalan mudah untuk kita lebih berjaya dalam dunia perbloggan. Kejayaan datang berkat dari usaha yang gigih, sedia untuk belajar, mengakui dan memperbaiki kesilapan dari semasa ke semasa . Salam


P/s : Aku pun budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan


Pantun Orang Tak Puasa ~

11:52 PM


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Bangun tido dah la tengahari
Pastu bantai nasik sedulang

Buai laju laju
sampai pokok sena
Apa dalam baju
Perghh!! Nasik goreng cina

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Korek idung depan depan
Ditegur batal pose..dia jawab mana ko tahu?

Tanam pinang rapat rapat
Agar senang puyuh berlari
Nak tutup mulut dah tak sempat 
Sendawa bau megi kari!

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Karipap berbuka semalam kau telan juga

Kalau ada sumur di ladang
Boleh la hamba menumpang mandi
Aku makan kenapa dipandang
Aku piyed la pagi tadi!

Tinggi tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Dari jauh ku hidu kari
Tepi longkang rupanya korang merempat

Kalau padi katakan padi
Tidak aku tertampi tampi
Ko dah niat pose malam tadi
Apsal pepagi ni ko mintak kopi?

Berakit rakit ke hulu
Berenang renang ke tepian
Tak kira ko bos atau tok penghulu
Dah tau bulan pose..apsal ko makan?



P/s : Sesekali layan pantun pun bes gak kan :)

SEGMEN : PUTUS CINTA

1:08 PM

Aku tertarik nak join segmen ni sebab aku ada banyak kisah nak diceritakan. Hmm..tapi aku tak nak cerita semua sekali. Aku tau pasal segmen ni pun dari blog mentor aku wancikgumuzik dan aku rasa berminat nak masuk. Boleh ye tuan segman?Ha tuan punya segmen ni adamainaa. Hehe. So kalau korang turut berminat, terjah la segmen ni ye :)


Meh KLIK sini kalau korang berminat macam aku :P


Aku kenal ngan Nia (bukan nama sebenar) sewaktu majlis persandingan Pak Su aku. Aku pengapit lelaki, manakala Nia pengapit perempuan. Dari mata bertentang mata, kemudian senyum2 malu dan akhirnya bertukar2 nombor telefon. Nia merupakan rakan kepada Mak Su aku..jiran sekampungnya. Semangat aku semakin lama, semakin berkobar2 tatkala hasratku ingin berkenalan dengan Nia disambut baik oleh abahku sendiri. Abahku berkenan dengan sikapnya yang lemah lembut, tampak ayu gitu. Familiku tiada masalah dalam hubungan kami, cuma Pak Su aku saja..mengambil keputusan berdiam diri. Tak menunjukkan tanda setuju..ataupun membantah. Aku bahagia sewaktu dengan Nia.


27 November 2008 kami mula berkenalan sehingga kedua2 belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan upacara merisik dan bertunang 6 bulan kemudian. Terlalu awal kan untuk mengenali hati budi masing2?? Sehari selepas majlis pertunangan, Nia terus tak membalas mesej dan panggilanku. Pada mulanya aku fikir mungkin dia penat selepas kenduri, tetapi masalah ini berlanjutan selama seminggu..dua minggu. Setiap mesej2 dan panggilanku tak pernah dibalasnya. Aku pernah menelefon akaknya bagi mendapatkan kepastian.Tapi hampa kerana akaknya tidak mahu masuk campur. 


Kerunsingan tersebut terbawa2 sehinggakan mengganggu kosentrasi kerjaku di pejabat, lantas pegawai atasan mengarahkanku agar mengambil cuti tanpa rekod. Aku cuba menemui Nia di rumah sewanya di Putrajaya, namun dia sanggup tidak membuka pintu, membiarkan aku menunggu selama 2 jam di luar rumah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke Kuantan tanpa menyelesaikan apa2 masalah.


Masalahku akhirnya dihidu oleh kedua orang tuaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa familinya. Selepas aku putus, tiba2 aku terima mesej darinya mengucapkan terima kasih kerana melepaskannya dan mengatakan aku berhak dapat yang lebih baik daripadanya. Akhirnya kebenaran terbongkar, Pak Su aku sebenarnya tidak mahu menghampakan harapan aku..apatah lagi aku anak buah yang paling rapat dengannya. Dia menceritakan perihal buruk perangai Nia dan keluarganya yang pada aku sangat mengaibkan. Baru aku tau, selama ini dia menerima aku kerana dia sedang bergaduh besar dengan teman lelakinya. Teman lelakinya memujuknya kembali apabila mendapat tahu status pertunangannya dan Nia akhirnya tinggalkan aku dan kembali kepada bekas teman lelakinya..


Tidak habis dengan itu, famili aku turut terkena tempias apabila famili Nia merasakan mereka telah dimalukan dengan mengenakan ilmu hitam ke atas kami..walhal pertunangan itu diputuskan sendiri oleh bapa Nia. Kami tak terkata apa2. Dari kami berhabis duit membalas perbuatan mereka, lebih baik kami gunakannya untuk mengubati penyakit yang kami alami. Alhamdulillah hampir setahun berubat, mak abah aku sembuh sepenuhnya. Aku juga dapat tahu teman lelaki Nia menggunakan ilmu hitam untuk menambat hati Nia kembali.


Aku bersyukur sangat2, Allah tunjukkan aku banyak kebenaran sebelum aku mengikat hubungan yang lebih serius dengan Nia. Dalam zaman begini, masih ramai yang taksub menggunakan ilmu sesat untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Apa2 pun aku lega dan bersyukur ditunjukkan kebenaran ini dan selamat dari sebarang musibah..




P/s : "Kun Fa Ya Kun" Kalau Allah kata jadilah.. maka tetap akan terjadi. Kita sekadar
         merancang.. tetapi Allah Maha Perancang dan Dia lah sebaik2 perancang. Dia lebih
         mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu?

Sehari Sebelum Puasa, Tapi Hakikatnya ~

10:32 AM

Pejam celik..pejam celik, lagi seminggu dah nak puasa daa. Dah abis ganti puasa tahun lepas? Kalau jenis terejal tanak ganti tu, lantak korang la. Jawab la ko akhirat nanti! Bes tau datang Ramadhan ni. Sebab banyak kelainan daripada bulan2 lain. Ntah aku feel lain, korang rasa ape? Ke sama je?

Gambar encik Google

Aku sebenarnya nak cerita pasal fiil2 dalam menyambut kedatangan Ramadhan ni. Macam best je kan? Tapi hakikat sebenarnya.. Ya ado!! Sendiri mau fikir la ye :) Jom aku nak citer. Chekidaut :)

  • Malam sebelum pose, berjanji depan bendera Mesia..nak jimat cermat tanak beli juadah banyak2, kata nak simpan duit untuk raya..tapi hakikatnya lepas sehari pose, rambang mata! Semua juadah dia beli. Takut tak sempat rasa kononnya. Padahal gelojoh!!Jimat kemana..det raya ke mana!
  • Malam sebelum pose,berkobar2 pakat ngan housemate nak mengimarahkan masjid..solat tarawih, saf depan lagi tu..tapi hakikatnya lepas berbuka pose, berkobar2 gak tapi cari bantal, tido awal. Masing2 dah macam ular sawa
  • Malam sebelum pose, niat pose sebulan..takut lupa nak niat. Ikrar nak puasa penuh cukup sebulan. Tup2 esok bangun pagi2, balun kopi ngan roti alasannya sebab terlupa dah pose, lupa bangun sahur, tertelan ubat gigi, gastrik, piyed, terkorek idong, hilang ingatan..bla bla bla!
  • Malam sebelum pose, nasihat kengkawan pose mengajar erti sabar dengan dugaan.. tapi hakikat bila sehari pose, merayu kat mak..mintak pelepasan berbuka pose setengah hari sebab tak tahan tengok adik minum air ribena!
  • Malam sebelum pose, niat sampingan nak berdiet..jaga badan, tapi hakikatnya bila mak masak lauk kegemaran, makan tak hengat dunia. Paling koman mesti 2 pinggan penuh kompom!Biasala air tangan mak kan?? hehe
  • Malam sebelum pose, dah bincang ngan suami tahun ni balik umah mak mentua, tup2 sehari pas pose.. dok meraung2 mintak tukar. Nak balik umah mak dia pulak!Bagi alasan mimpi mak dia.. kempunan kuih bangkit!
  • Malam sebelum pose, plan nak tukar set sofa baru, langsir baru..semuanya nak serba baru la senang cerita.Tup2 sehari selepas pose suami khabarkan takde bonus untuk raya tahun ni. Punah harapan.
  • Malam sebelum pose, sibuk download lagu nasyid berkaitan puasa.. malam sehari berpuasa pulak sibuk download lagu raya!
  • Sehari sebelum pose, klinik lengang tiada pesakit..sehari lepas puasa, berjujuk pesakit mengadu mintak MC, kena gastrik konon.
  • Malam sebelum pose..dah siap niat sebelum tido nak pose keesokannya, tapi hakikat bila bangun tido baru perasan semalam sebenarnya niat mandi hadas, bukan niat pose Ramadhan laa!

Hehe banyak lagi sebenarnya fiil orang2 kita dalam menyambut kedatangan Ramadhan kan? Kelakar pon ada bila dilihat balik. Nak buat macamana, rambut sama hitam..perangai lain2. Ape2 pun aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada rakan2 blogger yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya ye kengkawan. InsyaAllah :)




P/s : Jaga tutur kata, pandangan, perbuatan dan hati. Bukan setakat makan minum je ye :)

Betul..Aku Bukan Mat Rempit !!

10:20 PM

Betul la.. Aku tak bohong. Korang percaya lah, aku bukan mat rempit ok. Semua ni sebab aku jatuh motor. Tahun 2003, aku tido lewat malam sebelumnya. Nak siapkan assignment. Submit sebelum pukul 2 petang keesokan harinya. Pagi tu dalam mamai2, tak sempat makan..tapi sempat la jamah roti telur. Aku gerak ke UiTM Shah Alam. Dalam pukul 11.30 pagi, aku melalui jalan Putrajaya-Puchong, bersebelahan tapak MAHA. Aku komfom depan aku memang takde kereta. Aku pandang sekejap ke arah tasik di tepi jalan, tapi bila aku palingkan pandangan ke hadapan..pandangan aku jadi gelap 3 saat. Bila pandangan aku pulih, aku nampak kete waja yang sedang berhenti di bahu jalan bebetul berada di hadapan aku. Aku cuba brek tapi memang tak sempat. Kaki kiri aku terhimpit di antara motor dan kereta waja. Dada aku terhentak pada kepala motor. Aku terus jatuh, dan cepat2 merapatkan diri di sisi kereta, takut sekiranya di langgar oleh kenderaan yang lalu lalang.

pasang aerial kat kaki..time kilat, ngilu rasa kaki aku

Ni la keje aku. Dok diam2 sambil baca komik :)

Owner kereta tu terkejut, cepat2 menelefon ambulans. Aku tak dapat bernafas.. budget memang nak mati time tu. Tetapi lama kelamaan aku mula dapat bernafas. Aku lihat entah dari mana.. orang ramai mengerumuni aku. Ada yang payungkan aku, ada yang pinjamkan aku telefon untuk maklumkan kepada famili aku, ada yang bagi aku minuman. Betul2 ramai !! Entah mana datang aku pun tak tau. Bila aku cuba bangun.. aku rasa kaki aku kebas. Longlai. Rupa2nya kaki aku dah terpeleot. Nasibla aku pakai seluar panjang..kalau tak boleh pengsan gak aku. 10 minit kemudian ambulans datang. Aku kehilangan banyak darah. Doktor mengatakan tulang kaki aku patah..kulit kaki aku koyak Termenung aku sekejap. Aku pitam ke tadi? Aku berada di hospital selama sebulan, follow up selama 2 tahun. Namun belum baik sepenuhnya sehingga kini. Betul..aku bukan rempit !!

"Awak bernasib baik. 90% kemalangan yang berlaku di kawasan itu..semuanya mati" Aku teringat kata2 pegawai polis yang mengambil keterangan aku. Aku bersyukur..aku masih dipanjangkan umur. Apa akan jadi sekiranya Allah cabut nyawa aku ketika itu? Kini aku OKU. Memang tak boleh nak lasak mana.Tak boleh berlari, jogging atau berjalan lama. Tapi aku masih lagi bersyukur. Percaya lah.. Aku bukan mat rempit seperti yang korang sangkakan !!



P/s : Bawak lelaju memang best..tapi kalau dah kena, makan tak habis!

Tutorial Meletakkan Favicon Pada Blog Tab

8:11 PM

Salam. Hari je aku dah masukkan 2 entry. Haha. Aku rasa sebab aku makan banyak cekelat kot pagi tadi, tu yang hyper aktif hari ni :P So entry kali ni plak, aku nak ajar macamana nak letak Favicon kat blog tab korang. Aku akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk korang faham.So Teynteyn leh la cuba lepas ni ye.




Ha bagi sesiapa yang tak tau favicon tu ape..cuba lihat gambar tutorial di atas. Anak panah tu menunjukkan logo favicon :) So meh kita ke langkah seterusnya.




Korang klik DESIGN kat atas tu




Then klik pada EDIT HTML untuk ke langkah seterusnya




Pada ruangan seperti yang dipaparkan diatas, korang taipkan  </head> 




Then pada EDIT TEMPLATE korang perkataan </head> tu akan di-highlight kan.




Lepas tu korang masukkan kod yang aku tunjukkan dalam kurungan di atas. Copy semua sekali ye dan letakkan di baris atas kod </head> seperti yang ditunjukkan di atas. Then gantikan 'letak URL imej di sini' dengan URL imej korang. Sesudah selesai, pastikan korang SAVE


Copy kod dibawah :
<link href=’letak URL imej di sini’ rel=’shortcut icon’ type='image/x-icon'/>

Kalau tak boleh cuba kod di bawah ini :
<link rel="icon" type="image/gif" href="url imej anda">




Bagi korang yang tak tau macamana nak dapatkan URL pic, korang cuma RIGHT KLIK pada mana2 pic dalam internet dan COPY IMAGE URL ye. Semudah ABC kan? Selamat mencuba :)

CIKGU WAN BLOGGER GILA l SEGMEN SEO

6:35 PM

Haha hari ni ntah ape hangin tak betul yang mendatang, nak kata bukan piyed.. kompom2 dia lelaki!! Hari ni mentor aku buat segmen meng-gilak!! Jom aku nak ajak korang terjah segmen tikam-bertubi2-sampai-mati tu!!

SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN."


Aku pun baru kenal ngan Cikgu Wan ni. Dia la mentor aku. Dia MEMANG GILA!! Kalau korang nak cari cikgu yang boleh tunjuk ajar dalam dunia ber-blogging nih, sekiranya jiwa ko macam teletubbies, tak pun muka macam pembunuh+perogol bersiri, tapi dalam hati ada playground..bek korang lupakan nama cikgu wan ni. Sebab ape?Cakap bebanyak pun mengabihkan air liur aku je kan? Meh aku nak tunjuk bukti

Korang tengok dia marah aku macamana?
Tapi jiwa aku kental mcm agar2 beb :P



Kena marah lagi ni! Adeh dia kalau marah memang takkan 
fikir perasaan korang ok! :)



Dia juga gatal merenyam.Semua blogger cun dia rembat.Sian Mankete ngn 
Adam SahajaAku pun tak dapat cari makan.Uhuk3 :P Tapi pada masa yang sama Cikgu Wan tolong kacipkan si Mankete ngan Adam Sahaja. Semoga jodoh mereka berdua berkekalan.Haha!!



Dia buat entry yang dia GAY



Ni dengar suara orang pon boley jatuh chenta??!!Jatuh chenta ngan 
CikYana plak tu!!Hampeh tol kan?



Dia post lagi pasal ke-GAY-an dia tu.Amboi minat bebenor nak jadi songsang :D



Dah la tu..buat entry lucah!!Adeh aku baru tau aku menuntut ngan 
salah orang.Haha :D


La post pasal gay lagi. Risau aku cikgu aku ada perangai cenggini..


Ni plak post dari Simanis yang membuat pengakuan yang Cikgu Wan luah perasaan cinta kat dia. Laaa..kata gay! Ni ape plak luah perasaan kat pompuan nih?? Depan belakang boleh pakai la gamaknya ni? Hahaha



Bukan ni je ok..Ada banyak lagi yang korang perlu tau sebenarnya. Terlalu banyak bukti untuk diketengahkan dan kalau disabitkan kesalahan.. Cikgu Wan boleh dihukum lompat katak sampai mati. Aish kesongsangan beliau bukan setakat ni sahaja..bukan setakat lobang cacing, sampai lobang pusat pon akan dia terjah!! Haha. Itula Cikgu Wan yang gilak!

Tapi pada aku, gilak2 dia pon..kengkadang leh pakai. Dia banyak membantu aku memperbaiki blog, aku pun banyak belajar dari dia. Apa yang dia buat tu sekadar CAKAP MULUT sahaja, hanya hiburan semata2. Tak berniat untuk menyinggung mana2 pihak :) Cuma depends ngan korang je la samada boleh terima atau tak. Terpulang. Hehe :P



P/s : Perilaku Cikgu Wan tak mencerminkan perilaku anak muridnya. Harap maklum :P

Segmen : Jom Kongsi Entry

11:56 AM

Salam guys. Tengah2 kusyuk dan tawadhuk bw, tetiba nampak segmen yang dianjurkan oleh kizmyself dalam blog harrazdani. Aku pernah join segmen2 blogger lain..tapi aku mengaku aku sikit memilih. Tapi kali ni aku taknak lepaskan peluang untuk men-join segmen yang kizmyself anjurkan. Let cekidaut!

Nak tau ape yang menarik sangat pasal segmen ni? Klik sini

Segmen ni meminta para blogger mengetengahkan entry terbaik masing2. Aku tak tahu mana satu entry terbaik dalam blog aku ni..Sekadar cuba nasib sahaja. Kalau nak diikutkan pada jumlah komen, banyak tertumpu pada entry yang berbentuk humor. Tapi untuk segmen kali ni, aku meletakkan harapan tinggi pada entry terbaru aku. Entry yang aku hasilkan dengan penuh penghayatan dan perasaan. Mungkin lari sedikit dari genre yang aku tampilkan sebelum ini.. tetapi berbaloi pada aku untuk mencuba. Bukan sekadar mendapat tempat di hati empunya segmen, aku cuma harapkan aku dapat berkongsi sesuatu yang bermakna dengan  bersama blogger lain. Mari aku perkenalkan entry yang aku ketengahkan di dalam segmen ini, Monolog Si Tua



P/s : Harap sangat dapat sampaikan sesuatu yang bermakna dalam hidup, walaupun sekecil zarah :)

Monolog Si Tua

7:24 PM

Dari hujung mata aku memandang. Gagah sungguh si tua itu. Terbongkok2 menyusun kotak yang jatuh bertabur dari basikalnya. "Pakcik..boleh saya tolong?", aku cuba membantu. Raut wajah tua itu lantas memandangku.. berkerut dek panas terik mentari, namum masih mampu mengukir senyum. "Takpe la nak.. kotor baju anak nanti", ujarnya sambil menahan tanganku dari terus membantu.. masih terkial2 menyusun kotak di pangku belakang basikal. Aku mampu memandang.. melihat si tua tersebut mula mengayuh basikal usangnya, meninggalkan sisiku. Meninggalkan kesesakan manusia yang ada.. tanpa sedikit pun mereka mempedulikan nasib si tua yang kelibatnya semakin lama.. semakin hilang dari pandangan mata kasarku. Aku gagahkan untuk memerhati.. dengan harapan si tua selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Aku termenung seketika. Aku kasihankan nasib Si Tua tadi. Kenapa dia masih lagi gagah mencari rezeki pada hujung usianya? Kenapa dia sanggup berkayuh basikal kehulu kehilir semata2 mencari kotak terbuang? Kenapa sanggup berpanas terik walaupun dia tau hasilnya tidak setimpal dengan jerih peluhnya? Apa alasannya untuk terus mengerah keringat sebegitu?


Itulah Si Tua.. biar dia penat, sesukar mana pun baginya..demi meneruskan kelangsungan hidup anak2 dan isi rumah..bersabung nyawa adalah sesuatu yang berbaloi. Aku lihat di mana2 sahaja.. masih terlihat Si Tua yang kuat kudratnya membanting tulang mencari sesuap nasi walaupun hakikatnya tidak begitu. Menyapu sampah di jalanan.. mengutip tin2 kosong.. menjadi jaga premis walaupun dia tahu risikonya amat tinggi. Apalah yang mampu Si Tua itu lakukan? Besar mana sangatlah kudrat yang dia ada? MANA ANAK2 MEREKA?? Soalan2 tersebut kerap kali bermain di fikiran aku. Setiap kali aku pulang, hati aku menjadi sayu tatkala melintasi bangunan sepi itu. Rumah Jagaan Warga Tua. Melihatkan Si Tua  mengisi sisa2 hidup dengan merenung jendela. Itukah balasan untuk mereka setelah mereka berhempas pulas, menyabung nyawa membesarkan anak2 sehingga anak2 mereka kenal erti berjaya dan bahagia?


Wajah mak abah aku mula bermain di kotak fikiran. Acapkali wajah mak aku menggantikan wajah Si Tua yang menyapu sampah di jalanan. Seringkali wajah abahku menggantikan Si Tua yang mengutip tin2 kosong. Sebak hati aku.. biarpun aku tahu Si Tua yang aku lihat bukan darah dagingku..bukan waris aku. Tetapi nilai kemanusiaan menyebabkan hati aku pilu. Kalau lah air mata aku berharga.. setiap air mata yang bergenang di kelopak mataku, akan aku berikan kepada Si Tua itu. Tidak perlu kerja keras. Rehat sahaja di rumah.

"Mak tak minta apa2 dari Along, mak cuma harap Along.. anak2 mak yang lain bahagia, cukup makan pakai walaupun mak tau mak dan abah tak dapat  tunaikan segala permintaan anak2 mak" Kata2 tersebut terngiang2 di cuping telingaku. Itulah Si Tuaku. Hari ini, dengan rendah hati, aku dedikasikan entry aku kali ini untuk kamu Si Tua. Aku harap bahagia sentiasa menemanimu hingga ke akhir usia.





P/s : "Along..bila Along dah ada anak nanti..baru Along akan tau apa yang mak rasa. Sejahat mana
         sekalipun, seteruk mana anak2 mak.. mak takkan sesekali sisihkan kamu semua"

        *Luluh hati aku menghasilkan entry ni.

Meh Belajar Memasak : Nasi Kambing

9:40 PM

Korang biasa sangat ngan menu nasik ayam kan? Kalau asyik makan nasi ayam..nasi daging, muak jugak ye tak? So bagi sesiapa yang bujang.. yang kesuntukan masa tapi ada hati nak masak, meh aku nak ajar resipi istimewa yang paling mudah untuk disediakan dan sangat menjimatkan masa.*Untuk mereka2 yang selera tinggi tapi maleh nak mampuih. Moh amik pen dan kertas..salin ye :)

(Gambar ihsan abang Google)

Bahan2 :
  1. Beras dalam 2 pot (ikutla korang nak mentekadarah banyak mana)
  2. Air (untuk cuci beras)
  3. Kambing sekor yang masih hidup (belum disembelih). Kalau boleh kambing jantan.
  4. Tali

Cara2 penyediannya :
  1. Mula2 ikat kambing dengan tali pada kaki meja supaya kambing tak lari sewaktu kita teruskan ke cara2 penyediaan.
  2. Bilas beras 2-3 kali. Pastikan beras cukup bersih. Tak perlu guna sabun dan berus.
  3. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk. Sukat takat air bagi memastikan beras yang akan dimasak nanti tidak lembik atau jelantah.
  4. Tunggu sehingga periuk nasi korang berbunyi "Tak" menandakan nasi korang sudah siap dihidang :)
  5. Boleh dihidang dengan sebarang aneka jenis lauk pauk.

Ye kenapa? Kambing tu nak buat ape? Oo lupa nak bagitau kambing tu buat pembakar semangat untuk korang je. Boleh gak dijadikan peneman sewaktu korang masak nasi.. takde la korang kesunyian masak sensorang. Dengan harapan kambing sebagai peneman di sisi, selera makan korang akan bertambah2. Selamat mencuba resepi Nasi Kambing :)



P/s : Resepi ni lebih sesuai dipanggil Resepi Nasi Bersama Kambing kot?

(entry ulang tayang)


*****


Trimas kengkawan kepada yang sudi vote aku untuk SOCIAL MEDIA AWARDS dalam kategori MOST FUNNIEST BLOG. Saje suka2 isi masa lapang :) Pada yang masih mahu menge-vote sila klik link di bawah, sign up dulu sebelum vote. Trimas :)

Evolusi Kisah Cintan Cintun : Versi Aku

11:30 PM

Malam bulan di pagar bintang..nampak seri jika dipandang.. Ececeh nak buat entry menosok kalbu, kena la amik mud ye tak? Hehe malam ni aku nak story evolusi kisah cintan cintun. Korang pun sedar..semakin lama, kita semakin maju. Gaya dan kaedah bercinta pon berubah2 kan? Bila aku tengok bebudak sekarang bercinta..wallaweh hebat kemain. Meh rapat2 aku nak cerita nih.


Sekolah rendah, takde la tahap nak cintan cintun lagi. Idung pun beringus lagi. Hingus sendiri pon mak yang tolong kesatkan. Huhu. Dulu kalau tengok ada budak comel2 sikit je..dan2 suh kim salam. Kim salam je tak perlu kua duit pon. Lepas tu lupa. Nampak lain budak comel..kim salam lagi. Kira zaman sekolah rendah aku ni diisi dengan mendoakan kesejahteraan orang lain je. Haha.

Bila masuk sekolah menengah, aku mula belajar tulis surat. Yela kena la tulis surat, awek time tu sekolah harian.. aku sekolah asrama. Setem 20 sen, pen warna warni, sampul surat bunga2 dan kertas kajang memang tak lari dari hidup aku. Gambar memang kena selalu cuci sebab kamera pakai filem..nak pos kat awek. Oh tak dilupakan bedak.. harus ada! Bedak Cultikura, Follow Me, Carry Junior semua aku bedal. Aku rasa aku boleh bukak kedai bedak since aku berkecimpung dalam arena penulisan surat chenta nih. Pas abis baca surat tepek kat ketiak. Haha. Tu kalau luar sekolah.. kalau jenis bercinta dalam sekolah pulak, surat2 diselitkan bawah meja. Ada yang malas tulis surat.. conteng atas meja. Your secret admire XOXO Lepas tu satu keje plak nak tanya setiap orang, kecoh 1 tingkatan. Bangga kemain!!

Ni kira pose paling seksi la kiranya time tu
(gambar ihsan encik google)

Selain surat, pondok telefon awam turut menjadi saksi kisah cinta monyet aku. Sebelum tu aku kena pastikan syiling aku mencukupi, bersedia dari segi mental dan fizikal untuk beratur panjang dan menanti dengan penuh kesabaran di dada. Tak kuat semangat.. balik bilik tulis surat tak rasmi lagi. Haha. Yang tak tahannya.. gagang tepon tu dah basah ngan air liur, di tambah plak ngan bau mulut memasing yang macam paya. Tapi ape de hal..demi chenta bukan setakat lautan api, lautan air liur pon sanggup ku renangi. Yehaa ~ Bila berjanji nak jumpa, tak lain port terbaik kat bawah pokok, kat bas stop, depan kelas lepas abis subjek, kat kantin.. Bila kat umah pulak, tak cukup ngan telefon awam.. telepon umah pon aku sebat!! Sampai bil hujung bulan.. Siap sedia la kena bebel. Ape ade hal kan. Berjuta musuh sanggup ku tentang.. inikan pulak dengar mak aku membebel. Ngeh3

Bila meningkat dewasa, aku belajar sms guna henpon botol air..bukan pe memudahkan orang lain mengesan yang aku guna henpon, melaiui chatting, laman sosial.. pada masa yang lama kaedah2 lama makin dilupakan. Hingga kini, korang takkan jumpa lagi mengayat awek tanya jam pukul berapa. Takde lagi ayat Eh! Macam kenal la.Kita pernah jumpa ke? Dah takde dah bro..dulu lain sekarang lain la :)

Kaedah bercinta sekarang dah berubah. Walaupun berubah macamana sekalipun, kaedah cinta kita pada yang Esa tetap sama..tak akan pernah berubah. Taiplah ON CHENTA dan hantarkan ke 24434. InsyaAllah Allah pasti akan menjawabnya :)



P/s : Pantun ni memang takleh lupa :
       
       Pecah kaca pecah gelas,
       Sudah baca harap balas :P

       #Alhamdulillah dapat 2 BE lagi :)

Follower Lelaki Cuma 63 Tak Bermakna Aku Romeo ~

9:10 AM

Salam. Tora datang lagi dengan entry baruuuuu. Heh apsal plak entry aku tajuk cenggini? Ha..entry aku hari ni aku dedicated khas untuk hati~♡ Hehe. Kerna kamoOo..saya buat entry nih yek :P Sebelum tu meh aku nak tunjuk dulu apsal aku teruja sangat nak buat entry nih. Cekidaut !!




Apedaa..aku bukan romeo la. Semalam aku kira balik follower lelaki aku..Nah 63 orang je daripada 390 orang. Hehe rajin aku kira kan..follower sikit boleh la kira, pakai jari pon boley :) Ala eventhough aku ramai follower dari kaum Hawa.. bukan bermakna aku romeo pon. Dush!!


Aku admit aku ramai follower dan komen2 dari wanita berbanding lelaki. Aku rasa adat la kot. Kalau blogger wanita plak, mesti banyak kumbang2 jantan yang datang menghinggap ..tak kira la jadi follower atau singgah komen. Aku pon macam tu gak. Guys yang selalu datang mengomen kat entry2 aku ni pon, kengkawan blogger yang aku biasa terjah dan kenal.


Selain tu aku rasa keberkesanan sesuatu entry tu jugak memainkan peranan la. Bila entry tu ada menyentuh hal2 berkaitan kaum hawa, ada respons dari author yang melibatkan interaksi dua belah pihak..aku rasa itu pon salah satu faktor. Lagipun aku tengok blogger wanita memang suka mengomen sebab dorang sentiasa idea dan pendapat untuk disuarakan :) Aku pun suka respons komen2 dari blogger lain dan balas komen ke blog2 lain. Itu satu cara menunjukkan yang aku appreciate komen2 dari korang semua dan aku jadikan komen2 dari korang sebagai kayu pengukur keberkesanan entry yang aku keluarkan :)


Aku jual minyak? Aish kalau aku jual minyak..dah lama aku kaya beb! Haha. Mana ada la..aku kan suka bergurau, melawak..dan aku rasa dengan cara itu boleh membuatkan blogger lain selesa ngan aku. Tak perlu nak skema2 kejadah. Siapa yang biasa ngan aku..mereka kenal la aku macamana :) Ayat manis tu perlu sekadar untuk merapatkan hubungan di antara blogger..tapi tak de la mengayat sampai bulan bintang. Mengalahkan orang bercinta pulak :)


Maceh kepada Cik Hati kita.. kerana anda saya begi penerangan panjang lebar di sini :) Hehe.Bila fikir2 balik macam kelakar orang panggil aku romeo!!Kahkahkah..lawak tahap cipan peringkat daerah tol :D

Kalau Salah Faham..Macamni La Jadinya ~

1:12 AM

Seorang suami tengah tension. Dia baru balik dari klinik dan doktor mengesahkan yang dia mati pucuk. Namun berita itu dirahsiakan daripada pengetahuan isterinya di rumah. Dalam perjalanan pulang dia asyik memikirkan masalah yang di hadapinya itu. Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah, dia melihat isterinya sedang menangis di ruang tamu.

Suami : Kenapa menangis ni?

Isteri : Saya malu. Semua jiran2 dah tau pasal kita !!
Mana lagi saya nak letak muka saya ni??


(Si suami tergamam..namun masih lagi berpura2 tak tahu)


Suami : Apa?Macamana dorang boleh tahu?Sape yang bagitau?

Isteri : Tadi mamat yang baca meter elektrik kita tu yang bagitau. 
Dia kata kalau taknak kena potong, dia suruh abang pegi opis dorang esok. 
Abang kena pegi, saya tak sanggup macamni.


Si suami tergamam. Sepatutnya takde orang lain yang tahu selain dia dan doktor yang merawatnya. Dah la tu, berani pulak main ugut2 nak potong anunya !! Dengan rasa marah..tanpa menunggu keesokan harinya si suami pergi mencari mamat tersebut di TNB


Suami : Apasal korang ni ha?
Dah takde keje lain lagi ke selain amik tahu hal rumah tangga orang?
Berani pulak nak potong2??

Staf : Macamni la encik, agak2 kalau encik rasa encik tak mampu..
saya syorkan kita potong je ye. Boleh?

Suami : Potong?Ko giler?Kesian la kat bini aku.
Kalau korang potong aku punya, aku nak pakai ape?

Staf : Pakai lilin pon boleh !!
Tak cukup satu, leh pakai 2,3!!

Suami : (Tepuk dahi)



Moral of the story : Jangan sempitkan fikiran korang dengan terlalu fikirkan sesuatu masalah..
                              Kang orang cakap lain..lain pulak yang korang fikir :P