Nuffnang Celebrates BlogDay!

12:31 PM

Assalamualaikum..Hy peeps,


Have you been sparked with a new blog post idea while taking a shower? Perhaps you whip your phone out to take pictures every few minutes, thinking, “This is so going on my blog”? Or you start experiencing withdrawal syndromes if you go even a day without blogging? Well, congratulations! You are officially a blog junkie. :)


Kalau korang berminat nak join korang KLIK SINI


Hohoho. Agak terkejut sebab aku telah diingatkan tentang Nuffnang Blogday. Bukan aku tak tau, tapi sebab dalam kesibukan aku buat persiapan hari raya hujung bulan ni, terlupa sekejap. Nasib ada orang yang tolong ingatkan. So di sini aku nak kena listkan 6 nama blog yang aku rasakan terbaik untuk diterjah oleh pihak Nuffnang. Ha..aku ni baca bukan ikut dan je, tapi aku lebih suka kepada pengisian entry blog samada penuh dengan ilmu, cara penyampaian dan entry yang gila2 macam selalu aku buat. Barulah happening!!

Blog Simanis
Ni blog hasil kerja tangan seorang cikgu yang tak berapa nak center otaknya. Dia merupakan anak didik wan_cikgumuzik. Entry2 dia lately berkenaan pasal makanan je..ye la tau la dia puasa, tapi yang aku berkenan ngan blog ni.. cara dia berbahasa yang sangat santai dan dia mesra alam. Entry2 dia pun aku rasakan seperti baca diari, dengan bahasa yang mudah difahami. Mungkin dah biasa berhadapan ngan kanak2 kot? haha. Apa2 hal gud job cikgu..semoga sukses selalu :)



Ni salah satu blog yang sangat senget..aku tak suka baca blog ni, tapi aku suka tengok pic2 yang pelik yang dipertontonkan oleh admin blog. Ntah mana datang gambar yang dia ambil tu aku pon tak tau. Nak kata dia lukis sendiri.. takkan kot, sebab gambar ori tu. Eh senang cakap..apekepelik punya blog la. Haha. Blog ni korang jangan harap la nak baca.. korang tengok je gambar2 tu ye :)  Sangat santai!



Blog Syahadasubri
Ni bukan blog raja lawak, ni pun bukan blog SEO. Ni blog peribadi yang merupakan seorang yang sangat minat dengan gambar2. Salah seorang blogger yang gilakan foto shoot. Dalam gambar2 yang dia ambil, ternyata membawa makna dalam bahasanya yang tersendiri. Dia pandai berpuisi, jelas dia merupakan orang seni. Cantik susunan kata2nya..walaupun kadang2 aku tak berapa nak faham. Walaupun jiwa aku bukan seperti jiwanya, aku suka gambar2 yang dia ambil dan bahasanya yang berbunga2 tu buat aku dalam get into apa yang dia rasakan. Nice ChaCha :)



Blog Cik-Bulan
Hahaha sori aku gelak dulu. Ni blog seorang budak yang senget, tak seperti usianya dan gayanya yang nampak ayu. Jangan mudah terpengaruh ye! Hehe. Cara dia berbahasa sangat memeningkan kepala aku tapi itu yang menjadi tarikan aku sebab kelakar! Ntah macam2 jenis entry dia masukkan, ada gak entry pasal aku yang typo, menganjing aku tak hengat dunia!haha. Ni merupakan blog sarkastik, kalau korang tak boleh layan entry lawak yang zalim..baik korang jangan terjah blog ni. Karang ada yang makan hati pulak ye! Hehe. Aku sayang budak ni. Haha



Blog Harrazdani
Dah puas ngan blog gila2, sekarang aku nak bawa ke blog berilmiah pulak. Blog ni sekarang dah macam blog SEO pulak. Banyak pengetahuan yang aku perolehi di sini. Bukan setakat pengetahuan am, agama, pendapat, dan bermacam2 isu di kupas beserta hujah yang bernas (macam beras pulak). Admin juga sangat suka berfotografi, gambar anaknya menjadi model pada setiap entry. Syabas bro usaha yang gigih dan teruskan hasil entry yang menarik dan lebih berilmu :)



Satu lagi blog yang awesome, ni blog yang terbaik pada aku..dengan cara dia berbahasa, berkias dan bercerita. Walaupun nampak ringkas, tapi di sebalik apa yang hendak disampaikannya ternyata ada makna yang tersembunyi. Cara dia bercerita menunjukkan dia seorang yang humble, seorang penasihat yang baik.. tiada kata2 kasar dan boleh diterima oleh setiap orang. Entry2 dia mengetengahkan unsur2 ketuhanan, kemantapan jiwa dan rohani..kira macam kaunselor la. Entry2 dia memang terbaik, sesuai untuk dibaca dan diamalkan :) Best bro, aku support ko sepanjang zaman!!


So kalau boleh ada banyak lagi blog2 yang nak aku senaraikan, terlalu banyak sebab blogger2 sekarang ada macam2 cara untuk ekspresikan diri mereka. Aku bukan nak berat sebelah..seyes aku nak sangat masukkan nama blog korang. Tapi syarat2nya dah ditetapkan 6 blog sahaja. Apa2 pun korang yang tersenarai dan yang tak dapat aku listkan di atas..korang memang awesome. Korang menceriakan hidup2 aku. Thanks guys! xoxo


Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

5:44 AM

Assalamualaikum,
Diam tak diam hari ni Ramadhan terakhir bagi kita semua umat Islam menunaikannya. Perginya Ramadhan, kini tiba pula Syawal yang penuh keriangan, kegembiraan setelah kita berjaya mengekang nafsu dan menyucikan dosa2 di bulan Ramadhan. Ah! rindunya pada Ramadhan yang berlalu..pada masa yang sama menantikan Syawal yang mulia.


Mungkin sekarang kalian sedang sibuk mengemas rumah, memasang langsir baru, menukar sarung kusyen.Kebanyakannya masih berada di lebuhraya menuju ke kampung halaman. Ada juga yang sedang berasak2 beratur membeli barangan basah di pasar mahupun pasaraya. Tak kurang juga sebahagian daripada kawan2 aku ni yang masih berpusu2 mencari pakaian raya bagi melengkapkan sambutan Syawal yang bakal di rai tidak sampai sehari lagi. Apa sahaja yang kalian lakukan, pastikan kalian menjaga keselamatan diri, aku harapkan kalian selamat dalam setiap apa yang kalian lakukan.

Sudah hampir setengah tahun aku berkecimpung di dalam portal maya ini. Selama aku mengenali kalian, aku pasti banyak perkara yang kita kongsikan bersama. Suka duka, hilai tawa, tangis hiba tidak dapat dinafikan lagi. Justeru itu, merasakan diri masih dibelenggu rasa penyesalan di atas kekhilafan yang ada.. aku di sini menyusun jari memohon ampun dan maaf, seandainya aku ada tersalah kata, terlanjur bicara, terkurang bahasa, tertajam lidah terhadap kalian. Ye dalam masa kita menyesuaikan diri..ada kalanya kita tidak perasan yang kita ada melukakan hati sesetengah pihak. Jadi dengan itu aku harapkan buanglah yang keruh, ambillah kembali yang jernih. Semoga hubungan kita semakin erat dengan kehadiran Syawal yang berbahagia ini. InsyaAllah

Akhir kata, sebelum umat Islam mula bertakbir hari raya dikesempatan ini, aku Afzalsukasuki @ Mohd Norafzal mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan2 semua. Kalau lalu Kajang tu, singgah2 lah rumah aku ye :)

Aku Yang Insaf Di Hari Raya

11:42 AM

Sherry termenung jauh. Pandangannya dilontarkan sejauh mata memandang. Jari jemarinya ligat menggulung2 hujung rambutnya yang ikal mayang. Sesekali kedengaran DJ radio memutarkan lagu retro raya, jiwanya mula sebak. Hatinya kembali pilu apabila melihat keletah anak2 kecil di luar sana yang berlari2 sambil bermain bunga api. Matanya bergenang namun cepat2 dikesatnya pada hujung lengan baju. Fikirannya kembali terawang2.. jiwanya kosong.


"Salam Sherry. Ai tak balik raya ke?", Saiful jiran sebelah rumahnya tiba2 menyapa menyebabkan Sherry sedikit tersentak. "Tak la Saiful, saya macam tahun2 sudah la..beraya kat KL je ni", Sherry membalas sambil cuba mengukir senyuman walaupun tampak hambar. Saiful tidak mahu bertanya lebih2, takut dikata jaga tepi kain orang. Sherry kembali masuk ke dalam rumah setelah hampir setengah jam duduk di laman rumahnya. Dia memerhati setiap inci rumah, lengkap dengan perabot dan perhiasan mewah2. Kalau lah abahnya dapat melihat kejayaan dia sekarang.. pasti abahnya turut berbangga.

"Anak derhaka! Apa nak jadi ngan kau ni ha!Apa yang kau terkejar2 sangat ke Kuala Lumpur tu?Kenapa kat kampung ni dah takde kerja untuk kau lagi?", berdesing telinga Sherry apabila abahnya membuka mulut. Tapi dia tetap berdegil dengan keputusannya. Dia nekad untuk mencri rezeki di Kuala Lumpur walaupun dia tahu abahnya lagsung tidak merestui cita2nya itu. Di penjuru sudut rumah, maknya menangis teresak2. Kalau nak diikutkan hati, tak sanggup dia melihat maknya menangis..tapi setiap kali di tengking, di herdik, makin meluap2 niatnya untuk ke Kota Metropolitan itu. "Sekali kau keluar dari rumah ini..sampai mati pun jangan harap aku nak mengaku kau sebagai anak!!". itulah kata2 terakhir abahnya sebelum Sherry melangkahkan kaki pergi meninggalkan mereka sendirian di kampung. Dia menangis seadanya.

Ah apa nak jadi aku tak peduli. Hampir 7 tahun dia menghambakan diri mencari rezeki.. nah sekarang dia akan tunjukkan bukti kepada abahnya. Dia nak abahnya tahu yang segala usaha yang dilakukannya selama ini tidak sia2. Sherry memandang cermin, dia tersenyum puas. Ye kali ni dia nekad..senekad hatinya sewaktu meninggalkan mereka berdua dahulu. Mengenakan shawl serba ringkas dan kebaya yang baru ditempahnya.. Sherry berangkat ke kampung halamannya di utara tanah air berbekalkan Toyota Caldinanya. Heh dia pasti abahnya kagum!!Dia mahu penduduk kampungnya datang melihat sendiri kejayaannya di pagi raya.

Sesampainya di kampung, Sherry mendapati banyak mata yang memerhati kenderaan miliknya melintasi mereka. Kembang kempis hidungnya, hampir2 puas. Masih belum cukup selagi abahnya tak mengakui hasil usahanya selama ini. Setibanya dia di depan rumah, Sherry mengetuk pintu memberi salam. Kelihatan ibunya menguak pintu..uzur benar orang tua itu. "Ye cari sapa nak..?" belum sempat ibunya menghabiskan ayat, Sherry terus memeluk erat. "Mak, ni saya mak..anak mak yang dulu dibuang abah", Sherry sebak mula teresak2. Maknya tergamam..dari belakang abahnya muncul memandang tepat ke arah keletah mereka berdua.

"Abah..Sherry balik abah. Maafkan Sherry..", tak sempat dia menghabiskan kata2, abahnya dengan pantas melepaskan penampar.. kelepek ke pipi gebunya! "Anak haram. Aku baru nak touching2 tengok anak aku balik beraya..tapi ko datang bawak bala kat umah aku ye!!Sherry kepala hotak ko berjambul??Ko tinggalkan rumah sebagai Saripudin, sekarang ko balik sebagai Sherry pulak!!!", sekali lagi abahnya bagi flying kick dari jarak 10 meter, kemudian di sep oleh maknya yang terus melakukan buah penyudah Stone Cold Steve Austin. Aiyarkk Sherry lupa yang dia terbawa2 penampilan maknyahnya tu ke kampung halaman..dan sekali lagi, buat kali kedua Sherry dihalau berambus malah punggungnya sempat ditendang oleh Ketua Kampung yang baru balik dari beli juadah berbuka. "Baru aku nak insaf..beraya sensorang lagi la aku jawabnya!! Waaaaaaaa"

P/s : Buruk bebenor kalau jantan nak jadi maknyah!


Berapa Banyak Korang Spend Duit Raya Tahun Ni?

1:34 AM

Assalamualaikum,

Terpanjang pulak tajuk entry aku hari ni. Aku tak tau nak letak tajuk apa. Boleh la tajuk macamni kan? Korang tak rasa terseksa kan? Takde la sampai korang terpaksa mandi hadas plak kan? Haha. So aku nak tanya ni, berapa banyak korang spend duit raya tahun ni? Banyak tak? Jeng jeng jeng!


Bila time raya ni..memang rasa meriah betul tak? Tapi antara sedar atau tak, bila datangnya Hari Raya Aidilfitri khususnya..kita terpaksa spend baaanyaaakkk duit sebenarnya. Lagi2 kita terpaksa fikirkan mana nak cekau duit untuk diagihkan kepada anak2 saudara kita yang bakal beratur berjujuk panjang sambil menghulurkan tangan mintak duit raya. Aku ada plan nak bagi syiling, tapi aku fikir panjang bila menjangkakan yang sah2 aku kena kutuk belakang2 ngan bebudak kecik tu. Cheh! Spek mata je baru.. bagi 50 sen je! Kedekut taik idong masin mengalahkan masin taik idong Haji Bakhil! Well u know la.. bebudak sekarang kan??

Since last week kengkawan aku dah tukar duit raya kat bank..siap dapat sampul duit raya free lagi tu. Huhu. Aku pun tak tau nak tukar ke tak nak. Hmm yang aku pasti, aku spend duit raya tahun ni untuk mak abah aku, adik aku yang paling bongsu dan nenek2 aku. Hmm ada la dalam RM300 kat situ je. Humang aih banyak tu kan. Tapi pejam mata je la..buat tak tahu je.

Entah sapa punya idea la yang cipta trend bagi2 duit raya ni kan?Bagi la baulu ke.. kad raya ke atau apa2 yang tak melibatkan duit. Trend sekarang ni pulak, makin lama duit raya yang kecil nilainya orang dah tak pandang. Paling koman pun RM2. Itu pun malu2 nak hulur. Dulu time aku, 10 sen pun ada gak yang bagi..aku amik je. Berat beg pouch aku dengan duit syiling je. Hehe

Tapi nak buat macamana kan, kita yang dah besar2 panjang ni tak la excited sangat beraya tu, bebudak kecik je yang hepi kemain. Korang tengoklah nanti bila dorang dapat duit raya..senyum sampai ke telinga! Dengan menyumbangkan duit raya kepada mereka, sekurang2nya dapat menceriakan dorang. Dorang seronok tang tu je la raya2 macamni. Anggapkan je la itu satu sedekah dan amal jariah kita, nak bagi tu hati mau ikhlas. Korang bebudak kecik jangan nak demand lebih2 plak. Daripada elok aku nak hulur seringgit..kang tak pasal2 aku hulur sampul duit raya kosong je. Padan muka korang!! Haha

So tahun ni aku spend RM300 untuk duit raya je. Huhu RM300 tu..adoyai. Afzal, releks2..raya setahun sekali kan?kan? Haha. So korang pulak berapa banyak? Err..takpe2 aku dah spend megi banyak2 untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas hari raya. Kalau tak cukup megi, saki baki kuih raya pon aku sebat!! Kuikuikui.

P/s : Aku nak buat2 demam la boleh tak. Ngelat taknak bagi duit raya! :P






Spontaneous Thursday #2

6:37 AM

Assalamualaikum


Taraa!!!
Selepas hampir satu jam meng-usha baju melayu,
Inilah output yang aku dapat
Aku langsung tak buat apa2 persiapan..
Melainkan beli kejadah ni..
Tak kisah la berbaju singlet, berseluar yankee..
Janji menatang ni ada..
Boleh cover mata aku dari panas terik,
Cover mata aku yang juling2 itik,
Kalau nak tido pon orang tak perasan,
Nak usha awek pon, takde siapa tau
Item wajib ada bagi aku
Korang ada ke??

P/s : macam biasalah lain yang dirancang, lain yang dibeli :P


Yeay Kad Raya Korang Dah Sampai !!

1:44 PM

Assalamualaikum,
 Jeng jeng jeng.. Weh kad raya korang dah sampai kat tangan aku!! Aku nak ucapkan trimas kepada ChaCha, AIEN NOT ALIEN dan ZouL sebab susah2 je kirim kad kat aku. Hehe. Bukan ape seronok tau, rasa kembali ke alam persekolahan dulu :) Tapi takde la sampai nak bertanding ngan adik beradik aku..nak gantung kat dinding kebagai. Tu zaman bebudak dulu..kena la ikut peredaran zaman tak gitu? Trend sekarang kalau dapat kad raya, kasi gantung kat leher, baru macho!! Haha. Kalau aku buat pegi ke pasar Ramadhan, mau kena sepak ngan orang! Hehe

kad2 raya yang baru aku terima

So aku pun dah delivered kad raya untuk korang hari Selasa hari tu, so sempatlah sampai sebelum raya kan? Lagi masyuk kalau kad raya aku tu sampai malam raya. Perghh sambil dengar takbir raya.. korang baca kad raya aku kan. Mesti syahdu sambil nangis teresak2. Haha. Eh aku buat karangan dalam kad raya tu.. macam karangan dalam entry aku ni. Biasalah kalau aku dah stat melalut, kalau orang tak suruh berhenti aku memang takkan berhenti. Ke laut la peginya. Kihkihkih

Ni pulak kad raya untuk korang

So kat sini adalah nama2 blogger yang dah aku pos kad raya ye. So korang tunggu je la kad raya aku tu.

AIEN NOT ALIEN
Syida'R
ChaCha
CikYana(",)
Teynteyn
Kunci Locker
Wan Cikgumuzik
Rohayu Md Isa
Cik Kiwi
Shalina Samsudin
Cik Bulan
Onie Iyoko
Merahnya Makngah
Burung

Sepatutnya hari ni WW tapi aku buat entry plak. Hehe. Qada' ke esok hari tak boleh ke? Anyway aku seronok berbalas kad raya ngan rakan2 blogger aku nih :) xoxo a lots :) Ada rezeki tahun depan kita buat lagi ye :)

P/s : Terima kasih juga kepada abang posmen yang tolong hantar kad2 raya aku. Kalau dia
        bagi alamat kat aku, boleh aku sent satu pada dia :) Sian dia penat buat keje

Beginikah Malam Lailatulqadar??

1:04 AM

Assalamualaikum,


Kembali dengan diri aku yang sebenar. Semalam puas aku berhempas pulas menghasilkan puisi, walaupun last2 minit punya kerja..tapi alhamdulillah. Bukan apa, aku mampu tunjukkan sedikit kesungguhan untuk support rakan2 :) So entry kali ni aku nak cerita kisah malam Lailatulqadar. Sementara korang nak baca sampai habis tu, apa kata korang mainkan lagu Uji Rashid ni, Dengan Bismillah.. liriknya ada kena mengena dengan malam Lailatulqadar :) Kira macam lagu tema untuk entry aku la ni. Hehe




So malam Lailatulqadar, dah terlalu ramai orang menceritakannya. Malah ada juga yang menggambarkannya. Setiap blog yang aku terjah mesti ada bawak kisah ni. Tapi kebanyakannya menceritakan kelebihan malam tersebut. Ada tak antara korang yang pernah lalui malam Lailatulqadar. Aku kat sini nak ceritakan pengalaman2 yang aku dengar..dan mungkin juga aku alami. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan cerita2 tersebut, tapi sekadar jadikan pedoman dan panduan untuk kita buka hati, buka akal.. melihat betapa hebatnya rahsia yang Allah janjikan pada malam tersebut.


Masa aku muda dulu2.. nenek aku ada bukak cerita pasal malam Lailatulqadar. Dulu kiranya atuk kepada nenek aku ni, merupakan seorang yang buta huruf membaca Al Quran. Menetap di perkampungan yang jauhnya di pinggir kampung. Setiap kali Maghrib, dia akan duduk di tangga rumah melihat anak2 kampung yang lain pergi mengaji. Niatnya memang hendak mendalami bacaan ayat suci Al Quran, tapi memandangkan keluarganya yang daif dan serba kekurangan.. dia akur dan sekadar mengaji sendiri dengan tergagap2.


Pada suatu malam, dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan..dia duduk bertinggung sambil mengenang nasib diri. Dia menangis, sedih kerana masih gagal membaca Al Quran dengan lancar. Suasana malam tersebut kelihatan  terang benderang. Pada ketika itu dia perasan pokok2 yang berada di sekeliling rumahnya melentok rebah ke bumi seolah2 sedang sujud. Antara berani dan takut.. dia lantas mematahkan lidi pada salah satu dahan pokok kelapa. Kemudian lidi itu dijadikannya kayu penunjuk untuk membaca Al Quran. Korang nak tau apa jadi selepas itu? Dia akhirnya menjadi seorang hafiz, telah menghafaz Al Quran semasa hayatnya. Nah takjub bukan?




So aku nak bawak pulak kisah aku. Apa yang aku ceritakan ini berdasarkan kisah sebenar aku, tapi aku tak kata aku temui Lailatulqadar. Cuma aku pasti ada sesuatu yang Allah hendak tunjukkan pada aku. Ia berlaku sewaktu aku belajar di asrama dulu. Aku tak pasti malam ke berapa, tapi dalam lingkungan 10 malam terakhir. Aku terjaga di sepertiga malam, kira2 pukul 2.30 pagi. Apa yang buat aku terkejut.. suasana malam pada ketika itu seperti petang. Langit terang benderang berwarna jingga. Macam siang tanpa bulan. Aku ada terpinga2 sekejap..belek2 jam. Kot2 aku salah waktu. Aku ada gak terfikir nak kejutkan kawan aku, tapi aku batalkan dan teruskan niat aku untuk ke tandas.


Keesokan harinya aku ceritakan kepada senior2 yang arif tentang ilmu agama. Dorang ada bertanyakan adakah aku melaksanakan solat sunat 2 rakaat? Aku cuma geleng2kan kepala. Dorang tak pasti apa yang berlaku, tapi apa yang pasti aku rugi kerana tak gunakan peluang yang ada walaupun aku tak tahu kejadian apakah yang berlaku ketika itu. Apa yang berlaku pada aku terus menjadi tanda tanya. Itukah malam Lailatulqadar? Hanya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di langit dan di bumi.


Ini kisah benar yang aku kongsikan pada korang. Aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku, tapi aku pasti adanya malam2 yang telah Allah penuhkan dengan keberkatan, rahmat dan rahsia2 yang tersembunyi untuk mereka  yang terpilih. Apa2 pun aku tetap berdoa agar ditemukan dengan malam Lailatulqadar sebagaimana yang telah Allah janjikan kepada umat manusia dari dulu sampai sekarang, walaupun aku tau aku tidak cukup layak berbicara mengenai amalan aku yang sedikit ini. Sama2 lah kita berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar menemui redhaNya. Wallahua'lam




P/s : Suasana pada malam tersebut masih jelas dalam ingatan aku
         sampai sekarang





Pesanan Untukmu Kawan

2:46 AM

Assalamualaikum,


Jikalau kau sudah membuka hati untuk menerima cinta,
Maknanya kau juga sudah bersedia untuk menanggung risikonya


Bercinta memang indah,
Sebab nak mendapatkannya memang payah,
Tapi sayang kan..
Sekiranya putus di perantaraannya,
Bekas luka yang ditinggalkan ternyata parah..

Menangislah sekuat manapun kau mahu
Menangislah sekiranya itu mampu melegakanmu
Maafkan aku kerana sekadar mampu mendengar
Maafkan aku kerana tidak berada di sisimu

 Maafkan aku..
Kerana aku malu sikap kaum Adam itu..
Menafikan hak yang telah dijanjikan kepadamu dahulu
Maafkan aku kawan..maafkan aku

Aku harap kau tabah
Aku yakin kau tetap matang..
Aku pasti dia semangnya bukan untukmu..
Kerana Allah telah janjikan dari dahulu
Allah tentukan mereka yang baik..
Haknya untuk yang baik juga
Tidak lebih..tidak kurang

Aku doakan yang terbaik untukmu
Bukalah buku catatan baru..
Pandanglah ruang yang terbentang di hadapan..
Tanpa kau lupa untuk berpaling sekali sekala ke belakang
Aku sentiasa ada di sini memerhatikanmu
Tetap bersedia meminjamkan bahuku
Di kala kau memerlukan aku :)


P/s : Entry ringkas aku ni aku tujukan kepada salah seorang rakan aku,
         Juga merupakan seorang rakan blogger, rakan kita jugak yang
         baru putus cinta

Aku Ingat Saiz Aku M !!

12:54 AM

Assalamualaikum,


Hoho aku baru shout cenggitu.. korang dah menganjing aku ea?? ChaCha kata aku cari baju kat bahagian kanak2, baju budak sekolah darjah 4!! Mankete plak kata bukan setakat nampak pusat.. siap boleh nampak anu aku!! Hahahampeh tol korang! Korang yang lain mesti blur kan apsal aku buat entry nih. So meh aku nak story mory apa sebenarnya yeng berlaku pada aku hari ni.




Aku sebenarnya keluar bawak kawan aku, dia nak pegi repair henpon kat Kuantan Parade. So tokey kedai tu mintak kitorang pusing2 dulu dalam 20 minit sementara dia repair fon tu. Aku ni asyik tengok housmate aku shopping je, aku satu hapak pon tak beli ape. Aku plan nak beli kasut.. tapi ntah macamana aku boleh tersangkut kat kedai baju. So bermula la kisah sadisku..


Dari niat aku datang nak tengok2, terus termakan pujuk rayu promoter tu. Ai ayat promoter tu memang tak hengat, cair aku sekejap. Macam kena pukau pun ada! Dia suggest baju saiz M, aik pelik plak aku..rasanya sebelum ni aku pakai saiz L. Agaknya dia perasan kot yang aku makin kurus sejak2 puasa nih? Tak sia2 aku jaga makan.. rasa nak meleleh air mata aku akibat terharu yang amat dalam. Namun keadaan masih terkawal walaupun lubang hidungku turut bertakung hingus tanda gembira. Aku pun yakin yang aku kurus, makin slim dan budget kiut.. tanpa melalui fitting room aku terus bersetuju mengambil tshirt saiz M.


Huh kacak la aku sikit bila dah bersaiz M ni.. paling tidak pun ada gaya macam Yusuf Haslam muda2 dulu. Lepas settle kes henpon kawan aku tu, kitorang terus balik ke rumah. Tersengih aku macam kerang busuk.. kasut ntah ke mana, lain yang di plan..lain plak yang aku beli. Sambil lalalala.. aku menyarungkan tshirt tersebut. Aik apsal sangkut nih?? Berkerut2 muka aku tahan nafas. Aku tarik ke bawah lagi.. stuck kat ketiak! Adoyai rasa macam muat je tadi. Aku pandang cermin. Humang aih.. dah macam pakai baju renang!! Fit tak hengat! Dengan pusat jelas tak bertutup.. nipple jangan cakap la jelas kelihatan, boleh bikin nangis sesiapa yang memandang! Turun naik perut aku.. sesak tak bernafas! Cuba kalau aku keluar macamni. Aku tengok memang la seksi, tapi orang lain yang tengok terseksa jiwa raga. Sekali tengok.. macam maknyah pon ada!! Haha..giler sendat weh!!


Adoyai aku ingat dah boleh muat pakai saiz M. Tapi aku think positive. Aku katakan badan aku memang dah makin kecik, cuma baju tu je salah bikin. Nak tukar? Ah malas lah. Aku malas nak buat keje dua tiga kali. Sah2 baju tu aku bagi adik bongsu aku je yang pakai. So moral of the story.. cuba dulu baju sebelum beli. Tu la padahnya termakan pujuk rayu si promoter. Ha padan muka aku, budget kurus!! Ptuihhh!!


P/s : Jelas membuktikan daya imaginasi aku sangat tinggi.. perut dengan
         ukur lilit macamni pun ada hati nak pakai saiz M!!

Blogger Ni Memang Baik Hati

12:09 PM

Assalamualaikum,


Salam 20 Ramadhan :) Masih lagi berpuasa ke?So bagi mereka yang 'terpaksa' tidak berpuasa tu kan, nak buat macamana. Tu dinamakan rezeki. Rezeki2 jugak, tapi adab tetap kena jaga. Tak perlu la korang pegi melantak depan orang lain yang sedang berpuasa, tak payahlah gigih sangat korek hidung tu macam tak pernah korek sebulan dan takde siapa mintak korang buat iklan percuma.. teguk air depan khalayak ramai sambil sebut ahhhhhh! Leganya. Meh sini aku dengan senang hati memijak korang sampai waktu berbuka!


Hehe bunyi macam ganas je kan nak pijak2 orang? Aku tek sekejam tu, aku ni kan baik hati (baik la sangat) :P Sebut pasal baik hati ni, aku nak bagitau pasal seorang blogger Kuantan yang baik hati. Sangat baik hatinya sampai hari Rabu yang lepas, masa kita bercuti sambut nuzul Quran.. dia masakkan lauk berbuka untuk aku. Haa.. Baik kan??


Aku kenal blogger ni pun ada dalam 2-3 bulan je kot. Tapi dia memang sempoi. Lately blog dia banyak entry pasal menu masakan. Aku mula2 tu sesaja je mintak dia masak untuk aku..nak gak rasa air tangan dia kan. Tengok macam sedap je dalam entry, kot2 la indah khabar dari rupa. Nah! Rabu tengahari dia kontek aku kata nak bagi lauk. Aku ingatkan sejenis lauk je..rupa2nya dia bagi complete dari kurma sampai ke pencuci mulut!! Superb beb.. memang superb!!


Petang Rabu tu dia datang opis aku ngan family2 dia sekali hantar lauk. Dia dah inform aku awal2 jangan bawak kamera, sebab dia malu. Kahkahkah :D gedik okeh! Bila aku keluar tengok dia tersipu2 malu.. kontrol ayu macam orang tahan kentut ada.. macam orang tengah terselit spender pon ada :D Hahaha. Adoyai. Risau gak ngan suami dia..tapi suami dia sporting :)


Lauk gulai udang masak lemak, sayur campur (banyak sotong), tempoyak, 
ulam, caramel ngan kurma :)


So blogger ni memang baik hati.. hati dia sama baik macam aku punya :P Korang sure kenal blogger yang terkenal ngan ayat dia Walau Tak Cantik, Tapi Manis. Haa kenal tak? Tu la dia Cikgu Syima aka Simanis :) Untung kan kalau kita berblogging. Selain kita buat kawan..kita boleh gak dapat lauk :) Memang betul la masakan dia mantap!!! Kalau baik hati lagi, hantar la lauk kat aku lagi ye. Hehe


P/s : Sebab gembira dapat lauk free, malam tu gak kitorang pegi pasang
         lampu lip lap!! Kat taman tu rumah bujang kitorang je yang ada
         lampu lip lap,orang lain takde. Haha :D


Seronok Kan Jadi Si Cantik Hensem ??

12:14 AM

Assalamualaikum,


Its time untuk update new entry. Hari2 aku update entry. Hari2 kena perah otak :) Keh3. Ni aku nak cerita, tadi aku attend jamuan berbuka puasa. On da way balik tu masa tunggu kat traffic light, aku tengok ada mamat ganteng cross jalan. Aku perasan awek yang memandu kereta kat sebelah kereta aku usha mamat tu tak berkelip2. Hahaha giler kentang!! Sampai macam tu skali dia pandang. Muka mamat tu pulak mix. Apsal tak pandang aku (salah aku gak tinted kete gelap sangat). Aku pun mix hape, tapi mix jawa-melayu.. spoil hidung aku kemek. Agak2 kalau aku buat2 lintas jalan, aku rasa takde orang pandang aku cenggitu. Dorang langgar lagi aku adala kot? Haha




So apa yang aku nak cerita kat sini, seronok kan jadi emsem.. cantik. Pegi la mana2 mesti jadi tumpuan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kembang kempis hidung.. tu baru idung yang kembang, jalan pun jadi tak tentu arah. Ada je mata yang memandang, ada gak yang sweet2. Eh time tu dan2 nak marah, mincik la konon.. kata tak sopan kejadah, tapi dalam hati bunga2 chenta bak kata si Misha Omar. Best kan jadi cantik emsem ni?


Kalau dah cantik rupa, orang dah tak fikir lain dah. Rasanya semua perfect luar dalam. Apa yang baik.. semua bagi kat dia. Tapi kalau yang takde rupa, selekeh plak.. haa orang tu la yang jahat, pecah rumah, kaki curi ayam itik. Keh3 kesian tak pasal2 dia plak yang kena. Korang tengokla model2 iklan, hampir2 kesemua dimonopoli oleh si cantik rupa. Kalau la aku diambil jadi model iklan, aku rasa leh la jadi model iklan stokin. Amik gambar tang kaki je. Tu pun puas produksi kikis aku punya bulu kaki yang kerinting tu. Hahaha :D


Bila cantik ni, pakai ape pun nampak cantik. Nampak maching je semuanya :) Letak besen atas kepala pon orang kata cantik..fesyen. Bila orang takde rupa macam aku ni nak ngetes pakaian, bukan semua fesyen boleh masuk. Kalau salah sarung, dah macam guni bungkus nangka. Tu kalau ada orang datang offer jawatan sebagai badut sarkis pun kira mujur. Hahaha.


Sekarang ni terlalu ramai si cantik dan si emsem, sampai rambang mata nak cuci mata. Tapi pada aku, cantik dan emsem tu adalah sesuatu yang subjektif. Cantik di luar, tak semestinya cantik di dalam. So bersyukurlah apa yang kita miliki, walaupun kita tak dikurniakan rupa paras seperti mereka di luar sana. Aku teringat  nasihat yang diberikan ustaz aku dulu. Andainya kita dikurniakan sedikit kelebihan seperti mereka, mungkin kita jadi lebih angkuh dan sombong dengan apa yang kita miliki.. malah mungkin lebih teruk dari itu. Jadi setiap perancangan Allah ada sebab musabab disebaliknya :)


Jadi janganlah kita rasa down pada diri sendiri. Chill!! Biarpun takde orang pandang kita macam mamat yang aku ceritakan tadi, tapi aku pasti masih ada ramai orang yang nampak kecantikan kita dari sudut lain. Bukan perhatian manusia yang kita kejar semata2, jangan kita lupa perhatian Yang Esa la matlamat kita sebenarnya :)


P/s : Makin tebal mekap muka, makin tebal duit korang kena withdraw dari
         mesin ATM. Korang nak macmana? Hehe :P



Spontaneous Thursday #1

10:28 AM

Assalamualaikum,


Hari ni pun aku nak buat entry ringkas2 je. Aku nak letak doodle2 yang pernah aku buat. Ah tak kisah la kalau si mankete kata aku macam gegurl, aku tak kira..aku nak buat gak!!Haha. Takpe la at least aku belajar sesuatu yang berfaedah kan? sebelum ni aku melukis dengan menggunakan kaki..eh2 menggunakan jari je, ni baru 1st time guna software :)


Taraaa !! Ada macam2 doodle yang aku buat kat sini. Korang tengokkan je la ye.


Agak ganas doodle aku ni..tak mesra alam kan?Aku buat guna AP


Ni doodle yang aku bikin dengan AP gak. Haa comel dan kiut sikit


Dan ni doodle yang aku buat guna paint tool SAI
setelah aku belajar dari tutorial si Cunndaa

So apa pendapat korang ye??Aku kan budak baru belajar. Baru hari ni aku buat doodle :)

P/s : Doodle tak sama ngan noodle mahupun anjing poodle ye!!




Best Kan Dapat Kad Raya ??

10:15 AM

Assalamualaikum,


Malam tadi, tengah2 aku drive nak ke bandar..dah mula berkumandang lagu raya di corong2 radio. Ai rasa bersemangat dan teruja bila mengenangkan sudah lebih 2 minggu kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa. Melihatkan suasana sesak di gedung2 membeli belah..dengan gelagat ibu bapa yang penat melayan karenah anak mereka memilih baju raya, si suami yang penat minjinjing beg2 plastik..menantikan si isteri yang bergaya ala2 model mengenakan kasut baru, dan anak2 muda yang leka membelek2 kad raya untuk dijadikan pengganti diri kepada kengkawan. Erk! Ada lagi rupanya kad raya??


Bila bercerita pasal kad raya, aku mula mengimbau kembali zaman kegemilangan aku dulu dengan kad2 raya. Time tu kami adik beradik sibuk bertanding siapa yang dapat kumpul kad raya paling banyak. Tetapi macam biasa, sudah semestinya aku mengungguli kutipan kad raya terbanyak memandangkan aku lebih fofular daripada dorang. Haha (gelak jahat). Dengar je bunyi moto abang posmen, masing2 mencecet mendapatkan abang posmen tersebut dengan harapan ada la kad raya yang bakal diterima. Rasa berdebar2 dan berteka teki..sape la agaknya yang hantar kan?? Ada pulak nota kat sampul kad raya tu ; Senyum dulu sebelum buka. Keh3


Harap maklum : bukan kad ni yang aku nak antar.Mekasih :)


Bila tiba hujung Ramadhan, kami adik beradik pakat kumpul kad raya masing2 untuk digantungkan di dinding ruang tamu. Penuh weh dinding rumah dengan bermacam2 jenis corak dan bentuk kad raya. Perasaan gembira hanya Allah je la yang tau :) Bila dapat kad raya, feel raya tu ada mari. Bersemangat kemain. Korang mesti familiar dengan pantun ni kan? Tak menahan. Haha


Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas


Jadi kat sini, aku nak ajak korang rasakan kembali feel dapat kad raya. Memandangkan aku pun ada lagi kad2 raya yang masih belum diguna, jadi daripada dibiarkan begitu je, baik aku bagi kat kengkawan aku. So pada korang yang nak kad raya dari Afzalsukasuki, just leave your adress dalam ruangan komen ye. Manalah tau, bukan setakat kad dari aku.. mungkin korang juga akan terima daripada kengkawan lain. Jom kita tengok sape dapat kumpul kad raya terbanyak kali ni. Huhu. Sesekali kita dapat kembalikan memori dapat kad raya macam dulu2..apa salahnya kan? Siapa cepat dia dapat :)


P/s : (Ni alamat aku)
         Mohd Norafzal Narawi
         Pusat Biosekuriti Perikanan Kuantan
         Lot 20755, Jalan Tanah Putih
         25150 Kuantan, Pahang


        (Ada gak yang mintak private msg rupanya. FB : Mohd Norafzal)

Mana Daa Baki Duit Aku ??

3:18 PM

Assalamualaikum,


Kelmarin aku ingat nak ubah selera. Wiken kan, sehari suntuk free..so petang tu aku membujur lalu melintang pukang ke bazar ramadhan kat masjid bandar. Besar bazar kat situ, di samping banyak pilihan juadah.. terdapat jugak banyak pilihan awek2 yang sedia dijadikan calon isteri. Malah bagi mereka yang baru berjinak2 untuk memakai shawl, mengenakan mekap dan dan berfesyen..haa bazar ramadhan adalah tempat yang sesuai untuk mencari contoh2 yang sesuai. Kehkehkeh




Aku pelik roomate aku giler tau fu fah. Hari2 dia tibai benda tu. Tak jemu2. Aku pun bila dia asyik makan tanpa pelawa, kesat air luir je la. Nekad nak kena gak cari menatang tu untuk berbuka. Aku tulis dalam list menu yang perlu dibeli. Bukan budget, tapi fiil aku ni.. plan kat umah lain, bila sampai ke bazar lain pulak yg aku beli. Rambang mata tengok semuanya sedap2 belaka !!


"Dik bagi tau fu fah 1", sambil aku menghulurkan not RM2 kepada adik manis tersebut. Tersenyum sipu dia, ai comel2. Nasib awek tau fu fah.. kalau awek jual bayam kompom aku ngorat! Sukati aku la nak ngorat sape.. lagipon aku suka makan bayam! Haha. Aku tengok awek tu terkedek2 ke belakang gerai.. nak tukar duit la gamaknya tu. Sesambil tu mata aku meliar melihat gerai2 yang ada di situ. Perghh sesak dah macam pesta fesyen. Pegi bazar je pon, bukan nak pegi majlis tari menari.


"Ai lama pulak adik ni tukar duit", aku merungut sendiri. Jam kat tangan pukul 6.45 petang. Alamak sekali aku tengok adik manis tu boleh bergurau senda,siap main konda kondi kat belakang gerai. Ai macamana nih? Tau fu fah RM1.50, baki 50sen aku mana? Bukan nak berkira, tak cukup 50sen ni..tak isi minyak moto aku. Takkan la aku nak isi minyak singgit setengah? Drop la my waterface okeh!


Kelibat aku melambai2 akhirnya disedari adik manis tersebut. Nak marah ke tak nak?Aku mula bercatu2. "Dik mana baki abang lagi 50sen?", perlahan tapi tegas dengan tangan mencekak pinggang. Kalau tangan aku letakkan kat ketiak nampak macam tak serius pulak kan?Kan aku kena buat gaya marah ni.. konon2nya. "Err..maaf.." Belum sempat dia habiskan ayatnya, aku pantas tersengih. Haa aku dah agak mesti budak ni terlupa!! Kembang kempis idong aku menahan amarah cinta. "Maaf bang..harga tau fu fah RM2, bukan RM1.50" Erk!! Keras aku sekejap.RM2?? Selalu aku beli kat pasar malam RM1.50 je?? Aku berundur sikit ke belakang dan melihat kain rentang gerai. TAU FU FAH RM2.


Aku pandang balik adik tu dengan muka sedikit kelat. Tak tau nak buat alasan apa. "Eh Herman Tino kat sana!!" Cepat2 aku berpaling dan blah dari situ. Esok kalau nak singgah beli lagi, aku ingat nak pakai shawl, harap2 adik tu tak perasan muka aku :P


P/s : Tengok dulu tanda harga sebelum beli ye :) Semua juadah dah naik
         harga time pose







Nak Beli..Buatlah Cara Nak Beli !!

11:15 PM

Petang tadi sebagaimana yang aku shout kat korang, aku keluar pegi buat2 tanya harga lauk kat makcik bazar.. walhal aku tak beli pon. Sesaja je aku nak buat cenggitu, sebab kalau makcik2 tu bijak.. dia takkan marah sebab dia tau aku sedang menguji tahap kesabaran dia. Dia sepatutnya berterima kasih lalu bagi lauk free kat aku sebab aku membantu dia menambahkan pahala di bulan Ramadhan ni. Eh aku tak buat macamtu pon.. aku sesaja je shout cenggitu :P




Korang pernah kena marah ngan makcik2 yang meniaga tak? Contohnya korang ni sibuk2 menanya harga.. setiap lauk korang tanya, bahan2 yang digunakan laa.. last2 korang tak berminat pulak nak beli. Atau korang kata nak jalan2.. pusing2 dulu. Ada tak korang kena sindir atau marah ngan peniaga2 tersebut?


Aku belum pernah lagi sebab bila aku menyinggah, aku kompom2 beli. Tapi kengkawan aku yang jenis kekwat, memilih.. selalu je kena perli. Pada aku apa yang kedua2 pihak tu buat memang tak patut. Kenapa? Meh aku nak jelaskan. Kita sebagai pengguna memang ada hak memilih, tapi sekiranya kita terlalu beri harapan pada orang.. dan tiba2 kita hancurkan harapan tu..apa perasaan dia?


Kita belek2 lauk, tanya macam2.. makcik tu pun bukan main la layan kita dengan harapan kita akan beli lauknya. Gaya, ekspresi..dengan tangan pegang senduk angkat2 lauk memang penuh gaya nak membeli, tapi last2 pulak kita kata takpe la makcik.. lain kali lah. Ai luluh hati orang tua tu. Tak ke kesian dia? Sekiranya kita ditanya.. katakan saja takpe makcik..saya tengok2 dulu. Sekurang2nya kita tak bagi harapan pada dia.


Then makcik tu sebagai peniaga, tak bagusla sekiranya mengeluarkan kata2 yang tidak elok didengar.. perli2 pelanggan. Mungkin bukan rezeki dia masa tu. Pelanggan ada hak memilih. Apa yang makcik2 tu perlu buat, dia kena banyak bersabar.. almaklumlah pelanggan bukan sorang dua punya perangai. Kena ramah, senyum disamping memasak lauk sedap2, cukup rasa dan hiasan untuk  menarik pelanggan. Ni lauk kurang rasa, mahal pulak tu. Kalau pelanggan singgah nak beli.. bila tanya lauk mak aih mahal nak mam*, kompom2la pelanggan lari betul tak?


So kat sini masing2 kena give and take, nak beli buat cara nak beli.. nak meniaga pun buat cara nak meniaga. Korang pulak janganlah main2.. sekejap nak, sekejap tak nak. Kalau dah meniaga pun asyik nak marah2.. baik bukak pub, jadi bonzer. Haha. Peniaga dan pelanggan saling memerlukan :) So pasni jangan gaduh2 ye :P

Apa Genre Blog Korang ??

4:35 AM

Assalamualaikum


Selepas berhempas pulas aku mengedit template, akhirnya berjaya jugak aku menyiapkannya. Aku suka template ni sebab warnanya, tapi agak cacat sikit dengan latar belakang berbunga tu. Jap gi kompom2 ada yang mengutuk aku jambu la, dalam hati ada taman la. Hehe. Aku tukar template ni pun sebab ada yang merungut entry aku tak update dalam bloglist dorang. Setelah mendapat pandangan daripada taiko2 blogger yang lain, dorang suruh aku tukar template. Nah, korang tengok balik.. entry aku dalam bloglist korang dah update tak??


Ok back to the main topic. Korang dapat agak tak apa genre blog korang? Sebelum korang start berblogging, apa yang korang harapkan dan jenis blog macamana yang korang mahu?Ada sesetengah blogger, masa awal2 dulu dia kata nak cerita pasal isu2 semasa, tup2 isu semasa ke mana.. jadi blog hiburan pulak. Dalam sibuk aku bw, aku jumpa banyak blogger yang khususkan pada blog yang bergenre informasi, sukan dan isu2 semasa..senang aku cakap entry berbentuk SEO. Manakala kebanyakan blog perempuan cenderung mengetengahkan blog bergenre personal life dorang. Ada juga blog yang memaparkan gambar2 hasil dari photoshoot, pengetahuan agama, bisnes, gadget, puisi, hobi contohnya seperti memancing, blog berbentuk tutorial, hiburan, resipi, muat turun movie dan bermacam2 lagi. So korang dah tau hala tuju blog korang?




Kadang2 bila aku bw ke sesetengah blog, maaf aku katakan aku meluat bila empunya blog berkenaan obses menghasilkan entry kisah cinta dia dengan pasangan.Yes memang korang tangkap cintan, sehidup semati dan korang la couple yang paling terbaeeek dalam dunia tapi agak2 la kan. Takkan la semua perkara yang korang lakukan bersama korang nak cerita, sampai picit jerawat bf korang pun nak kena buat entry?Adoyai.. Lagi bertambah meluat bila aku tau empunya blog tu budak sekolah. Blog peribadi tak bermakna korang nak cerita pasal kisah cinta korang semata2. Kreatif2 la dalam mengeluarkan entry.


So setelah aku nilai blog aku, aku kategorikan blog aku ni..blog rojak. Tak banyak info mana pon, lebih kepada pengalaman aku. Aku suka mengolah cerita, jadikan entry aku lebih santai dan mudah dibaca oleh semua orang. Aku tak suka terikat dengan mana2 genre. Aku tak nak berat2kan kepala. Aku harapkan dengan entry2 yang aku hasilkan, aku boleh buatkan mereka yang singgah baca tersenyum setidak2nya. So korang pulak macamana?


Last but not least..aku harapkan kita dapat terus berkarya agar kita dapat berkongsi sesuatu dengan pembaca di luar sana dan manfaatkan ia dalam kehidupan kita. Ingin aku kongsikan kata2 semangat dari seorang blogger otai dengan korang semua. Kehebatan seorang blogger bukan dinilai pada jumlah followernya, tetapi keupayaannya menghasilkan entry yang bagus sehingga menimbulkan rasa ketagih untuk terus membaca


P/s : Apa yang aku tau.. aku punya minat yang mendalam dalam penulisan. 
        Terima kasih kepada merahnyamakngah kerana menyediakan 
        platform untuk aku berkarya dan dialah silent reader aku dari aku 
        mula berblogging sampai sekarang :)



Review Filem : Cowboys & Aliens ( Versi Aku )

2:29 AM


Assalamualaikum.


Ello kengkawan, ada sihat ke? Harap2nya korang semua sihat dalam menjalani ibadah puasa yang dah masuk hari ke 15 ni ye? Nape? Betul la dah 15 hari dah kita berpuasa.. sebab aku dah puasa 2 hari awal sebelum korang start pose. Tak dikira ke? Kehkehkeh. Sori aku dah ting tong memalam ni, sape2 yang kenal aku.. tau la bila masa aku tak betul :P


So malam ni aku nak review sebuah lagi movie yang sedang hangat ditayangkan di pawagam2.. Cowboys & Aliens. Sape dah tengok? Kasi angkat sikit tangan tu. Satu..dua..hmm ok2 ada dalam 8 orang yang angkat dari enam orang. Jatuh tangan balik. So sesiapa yang dah tengok.. baguslah sebab dah kena tipu bulat2 dengan pengarah filem tu. Sesiapa yang belum tengok, aku dengan senang hati nak review cerita berkenaan. Kalau korang tak cukup 'sabar'.. baik jangan baca. Aku tak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku :)




Cerita ini berlaku di sekitar kawasan gurun, di mana dua orang adik beradik yang kematian  ibunya ditinggalkan sendirian oleh bapa tiri mereka di sana. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi.. kais petang makan spaghetti. Mereka terpaksa mengutip bunga lawang dan bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah pekan kecil. Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan tangan bergari singgah di pekan tersebut untuk membeli sumi dalam dua biji. Ketika itu Azmi, adik kepada Basri yang sedang bekerja di kedai berkenaan terkejut kerana lelaki tersebut iras2 pelakon Wan Maimunah. Dia cuba mendapatkan tandatangan, tetapi lelaki tersebut berlari2 anak ke hulu kehilir tanpa membayar duit sumi sambil bertenteng kerana sedang berlatih untuk sukaneka yang akan disertainya minggu hadapan. Melihatkan Azmi asyik terkejar2 lelaki tersebut.. Basri dari jauh mulai curiga tentang hubungan Azmi dan lelaki misteri itu dan tanpa berlengah2 dia pun turut serta dalam sesi kejar mengejar tersebut. Mereka berhenti sebentar pada pukul 5 untuk solat Asar.


watak selipar yang berjaya dilakonkan oleh wan cikgumuzik dengan jayanya


Sedang mereka berkejar2an, tiba2 mereka diserang sekumpulan makhluk asing yang membaling selipar ke arah mereka. Azmi cedera parah di lutut apabila tersadung raket badminton milik Syerif Husin, polis pekan tersebut. Basri terpaksa melupakan persengketaan antaranya dan lelaki misteri, dan merancang untuk membalas dendam. Syerif yang berang akibat raket yang baru dibelinya patah, cuba untuk membantu tetapi dihalang isterinya kerana kerjanya memarut kelapa untuk dibuat kari masih belum selesai di dapur. Maka cuma Basri yang berbaju hujan, berseluar hawaii dan lelaki misteri yang hanya bersenjatakan lip bum sahaja harapan penduduk pekan untuk menewaskan makhluk2 asing tersebut.


Apakah kesudahan filem ini? Dapatkah Basri membalas dendam adiknya Azmi yang nyawa2 ikan, cedera di lutut kiri akibat tersadung raket milik Syerif? Sempatkah syerif menyudahkan parutan kelapa untuk membantu mereka? Adakah isteri syerif akan benarkan syerif turut serta bermain baling selipar dengan mereka? Siapakah lelaki misteri berkenaan? Apakah hubungan dia dengan dua biji sumi tersebut? Saksikanlah kesudahannya dalam cerita Cowboys & Aliens di pawagam2 berhampiran.


Antara pelakon2 yang membintangi filem berkenaan adalah :


Eman Manun
Nasir Imam Khan
Usop Lempoyang
Lisa Surirumah
Pendekar Mustar

Penampilan buat pertama kali

Adik Wan Cikgumuzik sebagai selipar
Abangteror sebagai orang lalu lalang
Mankete sebagai sumi 1
Syima sebagai sumi 2



P/s : Maaf sebenarnya aku baru nak pegi tengok cerita ni esok. Apa yang aku 
        tulis ni hanyalah gambaran aku semata2 tentang jalan cerita filem tersebut.
        Haha. Sepertimana tajuk entry aku di atas Review Filem : Cowboys & 
        Aliens (Versi Aku), matlamat aku tercapai. Aku pun ada kata yang aku 
        ting tong malam ni kan? So harap banyak2 mengucap dan sabaaaaarrrr 
        je laa yeeeee!! Moh kita tengok beramai2 esok. Hahaha :D

Apa Ada Di Bulan Ramadhan..Yang Bulan Lain Takde

10:02 AM

Assalamualaikum,

Kom apa..kombat. Bat ape..batman. Huhuhu. Adoyai memain aku pepagi nih. Ni pun dalam mood ngantuk-mamai. Memandangkan aku tak beberapa rajin hari ni, aku nak ajak korang sama2 buat survey ngan aku. Ni apa yang aku nampak dalam otak aku yang masih separuh sedar.. kalau korang nampak kasi drop kat komen je ye :) Idea ni pun aku dapat semalam, atas moto on da way balik dari beli burger. So apa yang korang nampak..ada di bulan Ramadhan, tapi takde dalam bulan2 lain.


  • Kompom2 la puasa 30 hari kan? Sebab nak harapkan bulan lain puasa rajin macamni.. aku rasa tak dapek laaa!! Itu pon ada gak yang puasa setengah hari.. alasan menyusukan anak walhal lelaki !!
  • Time ni la orang ramai2 tengok kedatangan anak bulan..ye la nak tau bila puasa kan? Orang tengok pakai teropong khas, dia tengok pakai teropong biasa. Buat2 macam nampak jugak la.. Dia gebang pon orang bukan tau. Hehe
  • Malam sehari sebelum puasa, anak beranak, adik beradik, menantu biras, ipar duai semua pakat berkumpul depan tv dengar pengumuman puasa walaupun dorang tau keesokan harinya kompom2 puasa. Siap jerit gembira lagi tu..konon2nya gembira la. Puasa belum tentu lagi tu
  • Balik2 muka pakcik yang sama buat pengumuman puasa. Sekali sekala tukar la orang lain..sian pakcik tu nak pegi semayang terawih. Siap berbaju melayu bersampin bagai. Hehe
  • Sebelum azan maghrib kat tv, ada iklan2 berbuka puasa dulu. Kira bagi orang yang berpuasa get ready depan meja makan la.
  • Semua anak beranak pakat bukak tv nak dengar azan maghrib sedangkan sebelum ni maghrib pun tak tau masuk pukul berapa.
  • Solat terawih berjemaah. Perghh bab solat terawih yang sunat ni.. semangat dia lain macam. Sanggup putus kawan bila dapat tau kawan dia tak terawih berjemaah.. sedangkan solat fardhu dia sendiri lubang2
  • Lepas solat terawih..ada makan2 yang dipanggil moreh. Haa jamuan moreh disediakan mengikut jadual. Ada gak yang menyumbangkan makanan sendiri ataupun pakat sumbang ramai2.
  • Bazar Ramadhan pun timbul time puasa je. Aku belum lagi dengar nama bazar Syaaban atau bazar Zulkaedah. Dah tu pulak macam2 jenis kuih kita boleh jumpa, yang tak pernah kita jumpa kat pasar malam biasa.
  • Orang berjujuk beratur panjang ke masjid2, surau2 ataupun berjumpa terus dengan amil bertugas untuk bayar zakat fitrah. Alhamdulillah aku dah bayar. Korang sudah ke?
  • Di corong2 radio diputarkan lagu2 raya, kebanyakannya dimainkan selepas pertengahan bulan Ramadhan. Aku belum dengar lagi DJ2 radio memainkan lagu hari jadi atau lagu2 patriotik sempena bulan ni.
  • Seawal bulan puasa, orang sibuk nak cari baju melayu atau baju kurung. Bulan2 lain takde pulak orang cari. Dah tu tak cukup sepasang..harus ada 2-3 pasang buat stok. Baju tu nak pakai pegi sembahyang sunat Aidilfitri je pun.. itu pun kalau pergi. Yang tukang jahitnya..bulan pose la untuk dorang buat duit.. banyak terima tempahan baju raya.
  • Makcik Temah ngan Kak Peah sibuk keluar shopping cari bahan2 nak buat kuih raya. Tak cukup ngan tu, perabot, langsir, perhiasan kat rumah semua nak kena tukar baru. Katanya baru datang mood raya. Dorang tak tau terkemut2 suami dorang keluarkan duit dari mesin ATM
  • Pekerja swasta dan kerajaan pakat2 berkumpul tengok berita tiap malam.. kot2 la ada dengar pengumuman pemberian bonus sempena raya yang bakal tiba. Ringan sikit beban kan?
  • Bila start bulan Ramadhan, ha mula la timbul isu nak balik beraya kampung siapa. Uishh bertegang urat siang malam janji boleh balik kampung sendiri.
  • Tiap kali pegi bank atau membeli belah..akhir hujung transaksi ada tak korang tanya 'Err dik. Ada sampul duit raya free tak?' Ngeh3
  • Masing2 sibuk nak pasang lampu lip lap. Tak cukup ngan tu..berderet pelita keliling umah. Tu kalau semak samun tinggi pinggang, leh terbakar sama tu..ngan rumah2 korang sekali terbakar.
  • Kat dada2 akhbar ada je kes yang melibatkan kecederaan akibat mercun buatan. Bulan2 lain dorang takde pulak nak main mercun? Nape nak main mercun ea?
  • Time cenggini la student2 di perantauan buat ucapan dalam akhbar, tak dapat balik beraya la, ai seronot je aku nengok .Aku pon nak buat gak la.. aku kan kat perantauan. Weh Kuantan kira jauh la gak dari Kajang :P

Haha malas2 aku pon.. banyak gak banyak gak yang aku listkan. Ha korang ada idea lagi? Kalau ada kasi tambah2 la ye. Tapi seyes pada aku, selain bulan untuk meningkatkan amal ibadah..perkara2 di atas gak memainkan peranan dalam memeriahkan lagi bulan Ramadhan. Tak ada perkara2 kat atas ni, aku rasa hambar gak. So nikmatila ia sementara kita masih diberi peluang. Assalamualaikum :)


P/s : Hai aku dah tak sabar2 nak mainkan lagu2 raya nih. Hehe :P