Jawapan Untuk Soalan Korang..

12:24 AM

Assalamualaikum,

Hari ni dalam mood santai aku nak jawab beberapa soalan daripada readers. Aku pilih soalan2 yang berkenaan sahaja ye. Sebab soalan2 ni yang kerapkali diajukan pada aku. So aku harap sedikit sebanyak menjawab soalan dan korang berpuas hati dengan jawapan yang aku bagi. Kalau korang still rasa tak puas hati boleh laporkan kepada Aduan Rakyat, tv3 amik berat. Cheewaahh :P


'Mana awak dapat idea buat entry ye?'Bukan sekali dua aku dapat soalan macamni..banyak kali daripada ramai orang. Aku pun tak tau macamana.. benda alah tu tetiba datang sendiri. Bila aku terfikir sesuatu, aku terus drafkan tajuk dalam henfon aku. Walaupun benda tu nampak macam remeh sebenarnya, tapi sekiranya korang cukup kreatif untuk olahkannya..korang akan hasilkan entry yang bagus. Aku menulis sebab aku minat, bukan sebab nak isi masa lapang semata2. Sebenarnya aku pun banyak jugak keje..aku pun perlukan masa rehat tapi bila minat sudah mari, semua tu bukan alasan :)

'Cantik awak susun ayat..macam baca novel' Tak cantik mana pun, entah serius aku tak tau mana datangnya benda2 ni. Aku dah lama meninggalkan zaman novel2 ni. Dulu aku follower novel2 Ahadiat Akashah, aku suka cara dia mengolah ayat. Santai dan tak berat. Mungkin aku terbawak2 cara penulisan dia kot.. aku rasa la. Aku bukan novelis tapi aku berminat ke arah tu. Aku pernah hasilkan beberapa cerpen since aku darjah 6 lagi. Then bila aku berada di sekolah menengah, aku kembangkan minat aku terhadap penulisan dalam kelas Bahasa Melayu. Aku pegang jawatan dalam SIDRED (Sidang Redaksi Maktab) di mana badan ini dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan majalah tahunan. Dah tu dulu aku manala ada guna henfon bagai, nak komunikasi ngan awek semua pakai surat. Aku rasa tu pun satu sebab jugak kot?Hehe

'Awak ni mesti kelakar orangnya kan?' Kahkahkah kelakar la sangat ye!! Kelakar lagi Ruminah Sidek. Tak pun Usop Lempoyang. Haha. Aku tak seperti yang korang sangka. Aku tak banyak cakap, bercakap bila perlu dan i'm a good listener. Boleh bagi pendapat sekiranya diperlukan.. tapi time sekolah dulu orang cari aku untuk mengadu masalah cinta je. Tapi aku sendiri fail bab cintan cintun ni. Mungkin sebab aku rajin dengar masalah orang..sebab tu dorang datang cari aku kot? Hehe. Nampak macam peramah je kan?Tak peramah mana pun, time online je kot :)

So tu serba sedikit soalan yang dapat aku jawab. Yup aku bukan sape2, aku blogger biasa..berblog kerana minat mendalam terhadap penulisan. Aku ada plan nak buat novel macam kak Mimi..tapi aku tak pasti aku boleh buat novel serius sebab otak aku penuh dengan idea giler2. Mungkin sebab tu kot aku awet muda! Kahkahkah. So kita tengok je la macamana nanti ye :)

P/s : 'Awak dah berpunya ke?' Err.. (tak dapat jawab sebab jantan yang tanya)

Warkah Untuk Awak

11:44 PM

Assalamualaikum


Awak,

Saya tau awak mungkin terkejut sewaktu menerima warkah dari saya ini. Awak mungkin tidak mengenali saya, tapi saya sudah lama memerhatikan awak dari jauh. Awak sering meninggalkan jejak setiap kali awak berlalu pergi membuatkan saya sering terbayangkan awak. Walaupun saya tidak tau siapa awak sebenarnya, di mana awak tinggal, nombor telefon awak..saya tetap cuba untuk menjejaki awak kerana saya sudah tak mampu lagi menahan perasaan yang sekian lama terpendam di lubuk hati saya ini.

Awak,

Saya seringkali memerhatikan awak dari jauh..melintasi halaman rumah saya tetapi bila saya cuba menghampiri.. awak hilang entah ke mana. Saya cuma ingin pulangkan barang yang kemungkinan milik awak. Seandainya perlu, biarlah kita bersua muka. Jikalau bukan milik awak pun..apalah salahnya kita berkenalan. Tak salah kan?Jangan la awak risau..saya ikhlas ingin mengenali awak dengan lebih dekat. Sekiranya benar awak tertinggal barang di laman saya..bukankah itu satu petanda yang baik untuk kita merapatkan hubungan?

Awak,

Saya tau kemungkinan besar awak takkan membalas warkah saya ini, apatah lagi membacanya. Yela siapalah saya..bukannya penting dalam hidup awak. Saya cuma orang luar. Awak tentunya sudah berpunya, takkan la si comel macam awak tidak menjadi perhatian di luar sana. Seandainya benar, saya cuma berharap dapat bertemu awak dan memulangkan barang kepunyaan awak..tetapi sekiranya bukan saya akan buangkannya jauh2 agar tidak menghantui malam2 saya kemudian hari..

Awak,

Saya benar2 berharap kita dapat bertentang mata kerana saya ingin benar meluahkan rasa terkilan bila mana awak sering meninggalkan jejak di halaman rumah saya. Bukan sekali dua malah kerapkali. Apakah tujuan awak sebenarnya? Kenapa saya? Kenapa di rumah saya? Saya cuma penyewa sahaja.. sekiranya tuan rumah dapat tahu, pasti saya akan dimarahinya. Doa orang yang teraniaya seperti saya pasti dimakbulkan bukan?Awak tahu itu bukan?

Awak,

Akhir kata, sambutlah salam mesra dari saya. Seandainya kata2 saya ada menyinggung hati awak..saya pohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Apa yang saya harapkan kita sama2 dapat memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain. Andai awak terserempak dengan saya kemudian hari, tegur2 lah saya ye. Oh ya sekiranya awak ada kelapangan, follow la blog saya ye. Sebelum saya mengundur diri, ingin sekali saya mengakhiri dengan serangkap pantun ;


Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.


Ikhlas daripada,
Afzalsukasuki


P/s : Awak yang dimaksudkan ialah seekor kucing yang datang entah dari mana
        aku pun tak tau..sewenang2nya berak atas lantai rumah aku! Dasar menatang

Kalau Dah Follow, Please Buat Macamni Boleh?

11:26 AM

Assalamualaikum,

Hari ni aku aku masuk lab lewat sikit, sebab aku nak masuk lewat. Korang tak perlu tau sebab apa aku nak masuk lewat sebab korang bukan aku punya bos atau sebuah lab. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku ngan lab aku sendiri (mukadimah yang mengarut haram jadah..aku sendiri tak faham)

So guys, maceh2 sebab folo aku. Bila korang folo aku secara automatiknya ranking kehemseman korang naik setingkat daripada biasa. Sebab bila aku klik link korang, secara automatiknya aku akan tersenyum dan cakap 'hemsemnya minah ni' tak pon 'santeknya cowok ni". Kan aku doakan korang tu kan?kan? Suka tak? Kalau korang ada alami masalah resdung, cagu tahap kritikal ke.. sila folo blog aku ni dan shout sekali, bagitau penyakit yang korang alami. Aku akan doakan supaya penyakit korang cepat2 sembuh. Hahaha :D


Then kepada follower2 intan payung buah hati pengarang jantung, bila korang dah folo aku..mintak tolong la sangat2 agar korang bagitau aku ye? Kadang2 bila aku dah tau korang folo..aku nak folo balik pada link shoutbox, tak boleh masuk plak. Salah masukkan url. Klik pada pic follower pun takde link. So macamana aku nak folo balik? Habaq mai sikit nak aku buat pa?

Aku ni sangat murah hati nak folo molo blog orang ni, sebab selama aku berblogging ni..blom pernah lagi bil sampai umah sebab folo blog orang. Tak kena bayar pun kan? So mintak tolong adik kakak dan abang2.. inform aku bila dah folo atau letakkan link/url blog korang DENGAN BETUL ye! Then kalau ada blog yang aku blom folo.. jerit2 la kat kotak shout aku tu. Nanti aku datang terjah dan folo. Kalau takde banyak keje, aku baca entry dan drop komen :) Aku support selagi termampu :) Dan satu lagi pesanan ikhlas dari pihak penaja, mintak tolong la sangat2 jangan drop link blog korang kat ruangan komen entry. Sangat tak sesuai malah menunjukkan korang tak berapa faham bahasa Melayu. Drop je kat shoutbox. InsyaAllah sampaila aku kat blog korang nanti :)

Last but not least, amalkan pemakanan yang sihat, kurangkan gula dalam minuman..tambahkan manis dalam senyuman. Rangup setiap hari..keropok Mony! (tetiba lagu iklan ni berkumandang dalam kepala hotak aku) :P

You Memang Cantik Tapi..

6:42 PM

Leeya memandang cermin. Ditatap wajahnya puas2..dalam2. Apa yang dipandangnya pun tak tau. Kadangkala bibirnya mengukir senyum tanda puas. Tangannya kemudian melurut2 lembut rambutnya yang ikal mayang. Terurus bak berus gigi yang baru dibelinya semalam. Ye Leeya memang cantik, siapa yang terpandang pasti akan menoleh buat kali kedua termasuklah orang buta dan peminta sedekah yang buat2 buta. Entah berapa ramai lelaki yang cuba mendekatinya..cuba memiliki hatinya namun hampas semuanya. Ye dia sememangnya memilih, padanya wanita secantik dan sehebatnya hanya layak untuk jejaka yang hebat2 sahaja. Bukan sembarangan orang boleh memilikinya!


Tapi sejak berkenalan dengan Firman, hatinya yang ditutup sekian lama kini terbuka. Kembali berbunga2 tak seperti selalu. Firman, bos barunya itu baru sememangnya memenuhi kriteria jejaka pilihan hatinya. Tinggi lampai, berkumis nipis, bekerjaya hebat, kacak dan punyai poket yang cukup tebal. Tebal poket Firman.. semakin tebal harapan Leeya terhadapnya. Ternyata kecantikan dan keayuan Leeya turut menarik perhatian Firman. Dirinya tidak bertepuk sebelah tangan sahaja. Akhirnya pada suatu hari  Firman menghantar pesanan ringkas kepadanya, mengajaknya keluar makan malam.Girang hatinya kerana buat pertama kalinya dia akan keluar bersama Firman. Selama ini mereka tak pernah berbual, hanya pesanan ringkas menjadi pengganti diri. Bukan apa, Firman pun sibuk dengan kerjayanya.. dia pula komited di mejanya..bersolek bagai. Memastikan yang dia sentiasa rupawan di mata Firman.

Malam itu adalah malam yang ditunggu2 oleh Leeya. Firman rancang untuk menyambut besdaynya bersama2 buat pertama kalinya dan ingin memberitahu dirinya sesuatu. Tak keruan Leeya dibuatnya. Setelah tiba di lokasi yang dijanjikan, Leeya menunggu dengan penuh sabar. Pandai Firman pilih lokasi, restoran eksklusif yang privasi di pinggir bandar. Tak lama kemuadian dari jauh Firman berjalan menghampirinya, dan sesekali berhenti membuat pose yang bisa menggugurkan hati gadis2 di sekitarnya..termasuklah dirinya. Leeya benar2 angau..Firman sememangnya superb!

Bila mata bertentang mata, Leeya tertunduk bisu menahan malu. Firman tanpa banyak bicara, menyeluk poket seluarnya. Hatinya berdegup2 kencang. "Selamat hari lahir sayang..", ujar Firman. Sayang!! sila pengsan okey! Leeya membuka bungkusan kecil itu..tapi sedikit tergamam. Bukan cincin..tapi?? "Ye getah. Sempena besday u kali ni, i nak hadiahkan u getah. U suka?", kata2 Firman terus menyedarkan Leeya dari terus mengelamun. "Getah..nak buat apa ye?", Leeya terpinga2.. mahu sahaja dia terus meluahkan segala pertanyaan yang terbuku dalam otak sempit dia tu. "I dah lama perhatikan u. U cantik, putih gebu, ikal mayang. Tapi cuma satu..bulu hidung u panjang. Kalau orang lain tengok dari jauh..orang dah kata u bela misai. I rasa kalau u ikat dengan getah mesti lagi kemas. Kalau u buat sanggul ke, ponytail ke.. pun awesome!"

Leeya menatap kembali mukanya di hadapan cermin. Entah kenapa dia berlari meninggalkan Firman dalam keadaan terpinga2 tadi. Kata2 Firman di restoran tadi benar2 tikam dirinya sampai mati. Salah ke dia bela bulu hidung..bukan bela kutu! Dia pulak entah macamana boleh lupa nak mintak balik gunting yang housmate dia pinjam tempohari buat gunting cili kering. Ha kan dah miss trim bulu hidung. Hampeh!

P/s : Nak yang terbaik..kena jadi yang terbaik. Cermin muka dulu ye!

Aku Nak Bagi Blogger Ni Jilat..

11:25 AM

Assalamualaikum,

Semalam ada blogger shout kat blog aku mintak bukan2. Terkedu aku sekejap, unsangkarable ada gak blogger macamni. Korang rasa patut la aku layan permintaan blogger ni? Kalau ikutkan hati..nak je aku layan. Aku rasa nak bagi dia jilat. Amacam? Perghh aku tau dia mesti suka punya la..tapi aku pun tak tau dia kat mana. Kalau dekat aku bagi je. Haha


Aku ingatlah kan.. kalau la dia dekat2 sini je, aku nak offer dia jilat askim yang aku beli kat kedai 24 jam tu. Askim mahal sikit la, sebab dia sudah jadi follower aku yang 1000. Tepuk2!! Weh korang fikir ape sebenarnya ni?? Otak kuning macam taik gigi aku pagi tadi sebelum mandi nih! Kasi rendam dalam kelorok la..adoyai. Kahkahkah. Aku sebenarnya tak tengok pon follower tu, tapi simanis asyik menganjing aku je semalam. barulah aku perasan. Dah seribu ea follower aku? Macam tipu je. Kot2 kengkawan aku tampal angka 0 kat skrin laptop aku.. mana tau kan?Aku check2 takde plak. Eh betul la tu!!

So aku perkenalkan blogger bertuah ni. Nak adiah ape ni ye?Aku pun tak tau nak bagi adiah apa.. jarang sangat bagi orang hadiah, mengepau dari orang adala. Hehe. Kalau ikut hati je aku bagi askim, cendol pulut ke.. err sedap pulak cendol pulut. Jomla review blog blogger bertuah ni. Eh blog dia awesome okey! Nice, simple dan entry2 dia superb!Kalau korang belum follow, follow la dia ye. Support sesama kita walaupun dia tak suruh follow pon. Hehe. KLIK SINI untuk ke blog dia :)


aku tak tau nak bagi apa..yang ni okey tak??


Oi2 korang pandang mana tu?Bawah sini laaa!!Boleh la buat bela ikan gapi


Seribu..seratus waima seorang pun..apa la ada pada jumlah follower tu. Aku sebenarnya lebih berbangga dapat kenal ramai kawan2 macam korang. Korang bagaikan jam loceng pada aku, tanpa korang tak bangun pagi aku pegi keje. Huhu. Aku harapkan aku dapat lebih ramai kawan dan aku ingat kalau dah ramai kawan, aku nak ajak korang main baling seliper ramai2. Baru happening! Sape nak main angkat kening!!

P/s : Pada blogger bertuah, tunggu je la hadiah daripada admin ye :)

Ada Blogger Nak Rasa Penampar Aku !!

2:01 PM

Assalamualaikum,

Malam semalam sedang aku bw sambil bergaduh2 manja, bertumbuk2 sayang dengan bantal busuk aku sekitar 2 pagi, aku dapat mesej seorang rakan blogger yang didakwa menyerang dan memakinya. Aku memang suka bab2 macamni, aku terus baca entry dia. Korang kalau nak tau KLIK SINI baca entry dia ye. Panas hati aku bila baca shout2 si bingai ni kat shoutbox blogger ni. Aku ada mintak link si bingai ni, tapi maybe blogger ni dah tdo kot..kol 2 pagi kan. Aku sorang je yang dok berguling2 sampai ke dapur ngan bantal busuk. Huhu


Then baru hari ni aku dapat link daripada blogger ni. Unsangkarable bukan blogger ni sorang je yang terkena, ramai lagi yang terkena carutan daripada blogger ni!!Sampai kutuk2 rupa pun ada. Adoyai kesian2. Aku budget memang dia nak hentam semua blog, so budget bila dia buat macamtu.. orang akan buat entry pasal dia. Ofkos la trafik dia naik mendadak tak gitu? Tapi bila aku terjah blog si bingai ni, aku dapati rupanya ada orang sudah access dia punya blog dan shout bukan2 kat blog blogger lain! Perghh ini kes aniaya!! Aku tak tau apa masalah mereka berdua ni, tapi takde sivik la kalau budak anon ni pi pedajal yang teraniaya ni. Dah la tu macam biasa.. tak letak link! Aku tak tau dia sapa..tapi macama dia boleh access blog si teraniaya ni, aku pun tak pasti. Hackers hebatkah??Tak pun mesti kengkawan rapat si teraniaya. Nak tengok lebih jelas, korang klik je la gambar2 tu ye

Amboi canteknya bahasa??

sampai tahap kutuk2 muka orang!Ni lebey la kan!!

kantoi pengakuan mangsa kat sini

rupa2nya terjawab persoalan. Kes selesai!

Aku tak tau nak cakap apa. Tapi aku nasihatkan sesiapa yang kena shout kurang ajar lately daripada blogger ni.. korang abaikan je ye. Aku yakin shout tu daripada pihak satu lagi yang tak puas hati ngan blogger berkenaan, mungkin itu cara mudah untuk dia balas dendam. Tak perlu la korang nak balas2, nak panjangkan cerita. Kat sini aku dah keluarkan bukti2 dan korang fikirkanlah apa yang patut korang buat. Pada blogger berkenaan, aku harap dia tukarlah kata laluan dia atau untuk mengelakkan masalah menjadi semakin serius, tutuplah blog dia. Terminate terus ye. Bukak blog baru. Serius blog dia cantik. Hmm tapi akibat dengki dan dendam.. dia jadi mangsa. Aku bagi link blogger ni, tapi sebelum korang nak buat pape kat dia, fikir panjang2 dulu lah ye.KLIK SINI

P/s : Macam2 cara orang boleh jatuhkan kita. Aku rasa macam detective Conan hari ni

Konspirasi Yahudi Disebalik PEPSI

10:44 PM

Assalamualaikum,

Penat2..hari ni aku rasa hari penat se Malaysia sebab aku asyik berjalan2 cari kedai makan. Adoyai ramai giler umat time2 weekend macam ni. Apsal dorang tak duduk umah je bagi ayam itik makan, siram pokok bunga, main jongkang jongket kat taman ke. Nak jugak masuk bandar..yang susahnya insan yang lemah macam aku, punyalah seksa nak cari parking kereta. Eh apasal pulak aku nak marah2 ni? Ha nak tau sebab apa aku marah? Moh kita ke perenggan seterusnya.

Ni semua punca daripada video yang aku tengok tadi, konspirasi yahudi laknatullah! Kaum ni takkan habis2 mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Setelah puas berperang dan asyik mengalami kekalahan pada zaman para sahabat, akhirnya mereka terpaksa akur yang umat Islam tak mampu ditentang dengan mata pedang. Umat Islam berperang untuk mati syahid..manakala mereka berperang untuk hidup. Jadi setelah berakhirnya perang salib, mereka mengambil keputusan untuk menentang kita secara halus. Aku nak bawak satu contoh kat sini.. PEPSI. Hari ni aku tak nak cerita panjang2 lebar, tengok video di bawah dan fahamkan apa yang ingin disampaikannya.

video

Sedar atau tidak, semakin lama kita semakin hanyut dengan konspirasi halus yang dibawa mereka. Kita terima..kita telan segala apa yang mereka bawa sehinggakan kita menidakkan segala perancangan jahat mereka terhadap umat Islam kini khususnya. Sementara ada waktu yang kian tipis, sementara kita masih bebas membuat pilihan, bukalah minda seluas2nya. Ketahuilah yang mereka sentiasa ada di sekeliling kita! Memerhati dan ketawa berdekah dekah melihat kehancuran kita semua!

Ada benarnya..sendiri mau ingatla derr..


P/s : Katakanlah padaku walaupun sepotong ayat..

Mee Bandung Muar HARAM DIMAKAN !!

1:45 PM

Assalamualaikum,

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Persatuan Pengguna Melayu Negeri Johor di sini menegaskan mee bandung Muar yang selama ini terkenal dengan keenakannya, haram dimakan! Unbelievable..aku macam gila sekejap. Weh menu feberet aku tu, kalau lalu Muar mesti mau singgah la. Kuah pekat likat, dengan rasanya yang marvellous..isk takkan la kot? Ni kalau aku dah tak boleh makan, sampai Muar aku nak makan apa? Takkan nak balun sugus je?


Penduduk Muar sendiri mendakwa yang mereka rata2nya terkejut mendengar berita ini. Walaupun sudah diberitahu pengharamannya, tetapi rata2 kedai menjual mee bandung di sekitar Muar terus beroperasi malah pengunjung tetap penuh seperti biasa. Ada yang bersetuju tentang pengharaman ini berkata ianya satu tindakan yang wajar diambil bagi mengelakkan kerugian kedai2 mee bandung sekitar Muar. Aik??Jap2 aku baca balik petikan tadi.

Sepatutnya,
Mee bandung Muar haram > kedai tutup > kedai rugi

Tapi petikan tu kata,
Mee bandung Muar haram >  kedai tutup > elak kerugian?

Musykil aku sekejap. Haji Kamarudin (bukan nama sebenar) yang ditemubual ketika sibuk interframe lalu lalang di belakang wartawan berkata, mee bandung Muar sememangnya haram dimakan SEKIRANYA pengunjung kedai tidak membayar harga makanan tersebut sesudah makan, dan blah begitu sahaja. Jadi jatuhlah hukum haram! Perghh mati2 aku ingat memang haram dimakan, kot2 la ramuannya ke hape.. rupa2nya haram dimakan sekiranya tak bayar. Maknanya kalau makan berbayar takde la haram kan?kan? Pada masa yang sama Dev Chandrapuri yang bekerja sebagai jurupam minyak di salah sebuah stesen minyak di Muar mengesahkan kenyataan Haji Kamarudin tadi adalah benar dan tiada apa yang benar selain yang benar2 belaka. Betul la tu, abis kalau dah semua orang pakat2 makan then lari taknak bayar.. lingkup la bisnes tokey kedai. Tak gitu?

Apa yang aku nak bagitau sini sebenarnya, segala hasil makanan yang kita makan mestilah dari sumber2 yang halal. Tak semestinya pada ramuannya, tapi cara kita memperolehi hasil makanan berkenaan. Aku pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki yang makan, dan blah macamtu je. Tokey kedai tu pelik dan tak kata apa2 sebab dalam keadaan konfius. Tak rasa bersalah ke? Yela mentang2 la tokey kedai bizi dengan customer lain..boleh pulak korang amik kesempatan yek? Pernah terfikir tak makanan yang ko makan akan jadi darah daging..dan sehina2 tempat untuk daging haram hanyalah di neraka.

Kalau rasa takde duit, janganlah makan. Tak pun mintak la kengkawan belanja sekali sekala. Jangan sampai korang makan tak berbayar. Kita pun begitu.. pastikan apa yang kita makan adalah dari sumber yang halal. Sekiranya rasa tak pasti atau was2, elakkan je la. Ini akan menentukan zuriat yang bakal kita lahirkan nanti. Baik darah daging kita..baik jugalah zuriat yang kita dapat

P/s : Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :)

Konspirasi Koleh Dan Berus Gigi

4:39 PM

Assalamualaikum,

Gerak ke entry seterusnya. Sudah2 la tu aku pedajal bebudak sekolah pegi baca entry aku lepas, hilang ilmu hisab dorang. Ntah2 leh sampai hilang ingatan. Haha. Ala aku dah pesan awal2 jangan baca..tu ada 50 lebih budak nakal yang kompom2 dah baca, tak termasuk yang tak di-detect lagi tu. Haha. Ai korang memang nak kena babab kan?kan? Kihkihkih

ni gambar gigi aku masa darjah 1.Boleh search dlm Google ye 

Bila sebut pasal budak2 sekolah ni, tetiba aku teringat pasal koleh dan berus gigi. Korang tau tak apa persamaan antara dua menatang ni? Dulu masa aku sekolah rendah, satu hari tu dalam kelas cikgu pesan

'Murid2 kamu dikehendaki bawa koleh dan berus gigi ke sekolah esok ye'

Aku yang tak tau menahu konspirasi apa yang cikgu aku cakapkan tu..tak banyak cakap, listen and follow je. Esoknya aku tengok macam2 jenis cawan yang kengkawan aku bawak. Perghh meriah macam2 design.. dorang ingat ada pertandingan cawan tercantik ke hape? Ada yang tak bawak bagi alasan tak tau koleh tu apa? Tak tau, tak nak tanya..tengok macam aku bawak cawan askim. Kan nak sama bentuknya ngan koleh tu. Sama2 bingai. Mak aku tak bagi bawak cawan mahal2 la ke sekolah.. pecah katanya nanti. Aku pon ikutkan je la. Berus gigo pulak masing2 kecik2 je..setaraf la ngan gigi masing2 kan? Nasib dorang kenal berus gigi lagi, aku risau dorang bawak berus jamban :P

Dah tu datang la encik India yang tak berapa hensem dengan slang yang aku sendiri terkulat kulat nak faham percakapannya. Dia ada gendong model gigi yang besar. Lah rupanya dia nak ajar kitorang berus gigi ke? Aku ingat ada makan2 ke ape siap bawak cawan bagai. Lepas dia tunjukkan demonstrasi, baru aku tau nak gosok gigi pun ada teknik2 yang betul. Selama ni aku gosok depan je, yang belakang aku simpan kumpul taik gigi. Haha. Lepas tu kitorang di bawak beratur ramai2 tepi blok bangunan sekolah..mengadap longkang. Dia suruh berus gigi sendiri macam yang dia ajar tadi. Tu la saat paling lama yang aku ambil untuk berus gigi seumur hidup aku. Aisehmen kalau aku tau kena berus gigi, takyah la aku berus gigi pagi tu. Sebagai ganjaran kitorang diberi ubat gigi percuma. Hehe

Sejak aku diajar memberus gigi dengan betul..aku dapati gigi2 aku makin ensem dan cantik sampai sekarang. Sehari konfom 2 kali paling kurang aku berus..tu yang ubat gigi aku cepat habis. Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, malam ni aku nak pegi Mydin cari ubat gigi baru sebab ubat gigi aku dah habis pagi tadi. Sekian :P

P/s : Gigi kena sentiasa dijaga, barulah hidup aman sentosa (ni apa punya ayat daa)

Apsal Ko Tengok Anu Dia Setaann !! [18SX]

3:36 PM

Assalamualaikum,

Beberapa bulan lepas, aku ada lepak ngan kawan aku. Aku panggil dia Munir la yek, bukan nama sebenar pon. Kang kalau dia tau aku bukak cerita ni..tak pasal2 aku. Haha. Ni cerita 18SX okey, mana2 yang bawah umur sila dapatkan kebenaran ibu bapa mahupun penjaga terlebih dahulu. Amaran keras, jangan lakukan aksi ini di rumah. Hehe lancar je aku cakap kan? macam iklan racun tikus. Hehe :P

Lepak punya lepak, dia ada bukak cerita yang kawan kitorang nak kawen. Aku pun ada dengar pasal cerita tu..so rasanya takde apa2 yang pelik kot. Tapi kawan aku sorang ni beriya iya pulak nak cerita. Aku pun on je la..yela mana tau kot2 ada cerita besh yang mamat sorang ni nak story ngan aku. Muka dia pulak serius semacam je, tu yang buat aku makin berkobar2 nak dengar.

"Zal aku kesian kat Mimi kalau dia kawen ngan Zack tu"

Aku buat muka pelik "Kenapa pulak kau cakap macamtu. Dorang ada problem ke?"

"Aku kompom mati si Mimi tu"

Bila si Munir cakap macamtu..darah aku berderau . Aku terus konfius. Macam2 benda aku nak tanya, tapi tak tau mana satu patut aku luahkan. Sampai mati? Zack kaki pukul ke?Ada berhutang ngan Ah Long? Aku pun dah lama tak jumpa Zack.. so sebarang perkembangan pasal dia aku agak fail sikit. Ni pulak dengar sampai nak berbunuh2!

"Rileks bro..cuba ko cerita satu2. Apa masalah dorang ni. Apsal Mimi setuju kawen kalau dia tau nak jadi macamtu?" aku cuba bertenang walaupun muka aku dah macam orang meneram taik.

"Mimi suka bro. Dia buat tak kisah je aku tengok" ujar Munir sambil menggigit2 hujung straw

Pelik! Dah mula dah tabiat aku gigit jari. Jangan sampai aku jilat pusat pulak dek kerana fikir benda nih! Agaknya si Munir tengok muka aku dah macam tapak kaki, dia pun sambung balik dia punya story

"Mati mimi bro kena kerja ngan Zack..anu si Zack besar dowh! Adala besar lengan bayi!"

Gulp! Terus tersedak aku. Nasib tak tersangkut straw dalam tekak. Munir tengok anu Zack? "Mana ko tau ni setaann!!"

"La aku kan satu opis ngan dia. Aku selalu usha dia, kalau sejuk2 tu..aku nampak bentuk anu dia kat peha time dia betul2kan parking. Besar weh..seyes macam lengan bayi! Nanti ko tengokla sendiri kalau jumpa dia. Tu kalau si Mimi kena mau meraung masuk spital. Hahaha"

Adoyai tetiba aku rasa bangang apsal dia bukak cerita ni. Normal lelaki cerita bukan2, tapi takde la sampai nak usha anu orang. Dah pulak tu dia bantai ajak aku usha sama. Macam gampang budak nih. Aku rasa macam nak pitam. Apsal dia dah cukup puas tengok anu sendiri gamaknya..tu yang beralih arah tengok anu orang lain? Terbantut niat aku nak tanya macam2..kang tak pasal2 orang cop aku gay! Rasa macam nak pitam. Ai cuak dah aku. Kang tak pasal2 dia usha aku punya pulak. Jahanam!@#$%&


Malam tu aku balik sendiri. Jalan kaki pon jalan kaki la. Aku risau kot2 hilang teruna kat tangan kawan aku sendiri..jantan pulak tu! Tak sanggup aku nok! Entah lepas ni anu sapa pulak yang dia usha. Kahkahkah macam hampeh :D

P/s : Banyak2 benda kat opis tu, apsal la tang situ gak yang menarik minat dia?Musykil2



Bertudung Litup Tetapi...

9:04 PM

Assalamualaikum,

Semalam aku and the geng keluar mencari hiburan. Perghh tak menahan bunyik..mencari hiburan la sangat! Jangan fikir negatif okeh. Keluar tengok wayang je pun..tengah2 hari buta. Mungkin sebab time orang sibuk bekerja dan bersekolah, panggung wayang sunyi sepi. Hanya ditemani bunyi2 cengkerik dan 2 orang budak ticketing yang mengular ke hulu ke hilir. Ah pedulikan dorang! Meh aku nak cerita ada lagi yang lebih panas..

Sedang kitorang lepak kat luar mencuci mata, melihat makcik cleaner cuci lantai..boleh pulak kitorang terpandang kelibat dua ekor munyit yang sedang bercanda berdua, beramas mesra kat hujung penjuru bangunan. Ok fine bebudak muda la tu..almaklumlah kawasan lengang, agak terpencil..budget orang dah tak nampak badan dorang yang besar gedabak tu. Melayu dan bertudung.. malah aku spesifikkan lagi kat sini, bertudung litup! Erk!!


Haa bukan aku sorang je yang terkejut, kengkawan aku yang lain pun tercengang sama. Pada aku kalau duduk berdua di kawasan terbuka, di tempat awam tanpa melakukan apa2 yang mencurigakan tak menjadi masalah. Tetapi yang aku panasnya, munyit jantan tu boleh pulak main tacing2 si munyit betina yang bertudung litup tu! Tangan munyit jantan tu tak reti duduk diam, raba sana sini. Boleh nampak dengan jelas ke mana arah tuju tangan munyit jantan tu. Munyit betina pulak tergedik2.. mengelak pun macam tak ikhlas je. Tepis2 pastu gelak..janganla2..gelilah. Muka gersang memanjang. Hampeh perangai macam haram!

Impression aku pada wanita bertudung litup ni sangat tinggi, mulia akhlak dan peribadi. Bila tinggi akhlak.. konfom la tinggi ilmu agamanya. Tapi bila aku tengok adengan yang berlaku semalam.. terus mencacatkan sedikit sebanyak tanggapan aku pada dorang. Kalau korang pasangan suami isteri, nape dah takde port lain ke nak bikin projek? Hoi adik yang lelaki tu..apsal dah tak tahan nak memancut ke? Bila dorang datang dekat..aku tengok budak2 lagi, student kolej. Adoyai dik oi..buruk perangai la korang buat macamtu. Tak payah la nak tutup aib yang ko lakukan dengan bertudung litup bagai. Perangai macam seta*

Aku memang tak boleh blah la ngan spesis macamni. Mungkin sebab pertama kali nampak..so aku rasa hangin semacam. Jangan risau aku marah ngan budak cetek akal macam dorang je..dan aku tau bukan semua yang bertudung litup berperangai macamtu. Aku tak tau nak cakap apa..buat muka ketat je la. Cerita Johnny English yang kitorang tengok pon rasa kelat!

P/s : Muka budak lelaki tu memang tak boleh blah. Muka nak kena sepak!

Wordless Wednesday #4 : Dashboard Tetiba Mengecil?

6:42 PM

Assalamualaikum


Pernah tak dashboard korang jadi kecik macamni?
Tulisan kat komen2 semua jadi kecik?
Nak buat entry pun kecik..sampai kena guna kanta pembesar!
So aku dah tau cara penyelesaiannya :)
Tekan ctrl + 0 serentak dan dashboard anda kembali
seperti sediakala
(amboi dah macam iklan plak :P)

Lagi Blogger Baik Hati Di Temui

8:50 AM

Assalamualaikum,

Morning kamu, kamu dan kamu. Ececeh dah macam retis plak shout cenggitu. Kahkahkah. Eh aku dalam mood mengantuk awal pagi ni, so untuk panaskan enjin perlu ambil masa yang agak lama. Tapi memandangkan aku kena masuk lab hari ni, so aku kena  buat entry cepat2. Kalau lah aku ada pic menarik, aku buat je Wordless Wednesday hari ni. Habis cerita. Tapi aku takde dan sangat sedey. Huhu

So hari ni aku nak cerita pasal seorang blogger yang baik hati lagi. Wah ramai betul blogger yang baik hati ngan aku kan?Yup semua blogger yang aku kenal buat masa ni baik2 sahaja..belum lagi aku dengar dorang sakit untut mahupun mati pucuk (macam takde penyakit lain plak) :P Bak kata orang, bila kita baik ngan orang.. orang akan balas berkali2. Tak gitu?

Baru2 ni ada blogger yang baik hati bagi aku kek lapis Sarawak yang sangat awesome okey!Aku mula2 ingat nak rasa sampel je, tup2 sekali dia bagi sebijik kek daaa! Bila aku nak bayar, dia tak bagi. Jangan risau ramuan kek tu dijamin halal, aku dah usha awal2. Almaklumla kan ada kes pasal kandungan lemak bab* dalam ramuan kek lapis Sarawak sebelum ni. Blogger yang baik hati ni bagi kek perisa coklat Cadbury. Aku tak tau nak cakap apa. Bila kek tu masuk dalam mulut aku yang kecil mongel ni, aku dapat rasakan..dapat rasakan apa ye?Rasa coklat la kot?Eh serius memang sedap jep!Speechless. Tak caya korang cuba la.


Apa yang aku nak cerita kat sini, blogger ni memang baik hatinya. Sebagai credit aku buat entry ni untuk dia. Kalau korang nak kenal blogger ni, KLIK SINI la ye. Rasanya korang pun familiar kot dengan dia? Tak rugi kalau kita buat baik, buat kawan sesama blogger. Haa nak bagitau kapada blogger berkenaan, saya bukan blogger otai macam awak fikirkan tu sampai nak malu2 ngan saya okey. Trimas untuk kek yang awesome, next time leh la mintak lagi .Kahkahkah

P/s : Kalau korang nak aku buat entry pasal korang pun boleh je :)

Blog Sampah : Ko Sape Nak Judge Aku??

7:09 PM

Assalamualaikum,

Dah puas 2 3 hari ni korang menyengal ngan entry2 sarkastik tak cukup sifat aku, hari ni aku ingat mau bikin panas sikit la. Amacam ada bran? Haha. Panas la sangat. Apsal aku marah sangat nih? Ada orang kata blog aku sampah masyarakat? Belum lagi buat masa ni.. cuma aku terpanggil buat entry ni bila aku terbaca shout sorang budak tak cukup ilmu main sound2 sorang blogger newbie. Pergh aku yang baca pulak yang menyirap? Bukan sebarang sirap ni, ni sirap kenduri kawen.Yehaa



Kau siapa nak judge2 blog orang? Dah la ko tak letak link blog ko ..then ko sesedap maki hamun budak tu macam2. Paya sungguh mulut ko kan? Sebab apa aku panas? Sebab aku benci bila orang baling batu sembunyi tangan, kedua sebab bahasa yang ko gunakan menunjukkan perangai ko tak serupa orang. Adab sopan lintang pukang ke laut. Even ko rasa jiwa ko keras macamana sekalipun, takde tangkap2 syahdu bagai.. tak perlulah ko nak malukan budak tu. PM dalam facebook sudah. Aku tak kira ko sape, tapi cara ko tunjukkan tu memang salah!


Ni aku nak tanya apa yang ko faham definisi blog sampah? Entry2nya atau widget2 yang berkampung dalam blog dia? Ni pendapat aku. Rata2 blog yang aku terjah, aku tak nampak lagi blog2 yang ko kata macam sampah ni. Seyes! Pada aku blog sampah dikhususkan pada entry2 yang langsung tidak memberi manfaat dan sebarang ilmu pada readers lain. Dalam sesuatu blog, mungkin entry2 yang dihasilkan seseorang itu lebih kepada cerita dunianya sendiri.. tapi kita tak boleh nafikan yang blog dia turut ada followernya tersendiri.. punyai kesamaan dari segi kisah peribadi, hobi dan minat. Walaupun entry yang dihasilkan syok sendiri, jangan korang terus judge dia semata2 entry dia yang ntahapehape tu. Review setiap entry2 yang lain..aku pasti mesti ada entry yang boleh dikongsi dengan readers lain.


Kalau ko judge blog itu sampah disebabkan widget dan benda alah apa yang ada dalam blog tu, aku totally tak setuju. Aku tak kata aku sokong atau larang dia nak letak widget banyak2. Itu hak nereka, terpulang. Yela masing2 tengah hangat nak mencuba benda baru, tengok orang ada widget..dia pun nak ada satu. Blog orang ni cantik, dia pun nak juga. Cuma aku nasihatkan janganlah sampai blog korang jadi berat macam berat badan aku dan gunalah widget yang bersesuaian. Payah pulak blogger2 lain datang nak baca entry dan bw. Korang buat entry pun nak kongsi ngan readers lain jugak kan

So janganlah korang sesuka hati nak judge blog orang lain sampah. Yup aku tau korang educated, berilmiah. Kalau korang tak nak baca, tarahal. Takde siapa pun yang paksa. Cuma aku harap, bila kita berblogging ni..kita prefer buat kawan, bukan buat musuh. Melainkan korang memang kaki gaduh, tu aku pun tak boleh nak kata apa. Support lah sesama blogger, lagi2 yang masih baru mengenal blog. Apa2 pun selamat berblogging, teruskanlah menghasilkan entry yang menarik dan kreatif. Kita cuma manusia biasa, takkan mampu puaskan hati setiap orang. Tata

P/s : Jangan putus asa. Hidup biar sedap! :)

Meh Sini Aku Nak Ajar Gerakan Kombo!!

11:11 PM

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak ajar korang satu ilmu yang jarang2 benar orang guna pakai sekarang. Ni bukan ilmu salah okey, aku dah dapat pengesahan dari SIRIM dan JAKIM malah turut disokong oleh Belia 4B Kampung Ulu Bertam Hilir, Melaka. Tapi ilmu ni ada pantang larangnya, tak boleh digunakan selalu dan bergantung pada keadaan.


Apa akan korang lakukan bila housemate korang ajak keluar makan?

  1. Follow tanpa banyak songeh
  2. Kata korang dah makan
  3. Buat alasan bangang sebab korang takde duit (situasi ini biasanya berlaku hujung2 bulan)
  4. Korang menolak pelawaan
Jadi aku dah praktikkan ilmu ni lepas Isyak tadi, alhamdulillah berjaya dilakukan ke atas housemate aku. Aku namakan gerakan kombo. Gerakan ini memerlukan kemahiran, kepantasan dan keyakinan diri. Kalau tak konfom korang akan gagal.

*AMARAN KERAS : Gerakan ini tak boleh dilakukan bersama MINUMAN KERAS!HARAM!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila housemate korang pelawa untuk keluar makan, contohnya ;
"Afzal..Jom keluar makan"

Dengan tertib lakukan gerakan kombo dibawah disertai toma'ninah ;
Sebut "Err..Err" + Kerutkan dahi + Tunduk dan garu kepala sambil ketap bibir (Ni critical hits)

Dengan kombo yang korang lakukan, secara tak langsung korang berjaya merentap emosi dan melembutkan hati pihak musuh. Dan inilah hasilnya ;

tomyam campur, kailan ikan masin,daging masak merah, telur dadar,
sambal belacan, ayam masak padprik JEEE!!

Ini bergantung pada tahap kecekapan korang, kalau korang masih belum mahir.. mungkin kurang sikit la bilangan lauk yang akan diorder oleh housmate korang tu nanti. Usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba disamping kenyang perut, duit makan korang juga dapat dijimatkan lebih2 lagi tengah2 bulan macam ni. Haha

P/s : Rasa macam nak berpantun pulak ;

         Gendang gendut tali kecapi,
         Kenyang perut sukahati. Lalala ~

Aku Bukan Bayar Tengok Bontot Ko!!

2:56 AM

Assalamualaikum,

Amboi marah nampak?Haah memang aku marah. Aku bukan amarah cinta bak kata Dato' Siti Nurhaliza.. tapi aku berbulu ketiak dengan gelagat manusia yang tak paham bahasa ni. Dari dalam panggung tadi aku rasa nak balik cepat2..nak buat entry. Kalau lambat2 hilang pulak panasnya. Tak umphh!

Dah tau korang nak tengok wayang, masuk la awal2. Masukla awal 10 minit..awal 5 minit pon jadiklah. Ni terbawak2 buat keje las minit dari time sekolah la ni. Time cerita nak mula, time tu la korang nak buang air, nak beli popcorn kejadah, nak cari seat bagai. Dah tu sibuk "Eskismi2" ngan aku. Kalau sorang dua, sekali sekala takpe. Ni kalau sederet line aku asyik "Eskismi" ngan aku..wadehel!


Dah tau ko nak tengok midnite muvie, agak2 korang tau korang memang ada penyakit keturunan pundi kencing kurang mencerut akibat banyak minum atau suhu yang sejuk..bawak sweater dan jangan pulak ko balun air banyak2. Ni tengok orang makan minum..dia pun nak jugak. Las2 "Eskismi2" ngan aku lagi keluar masuk 7-8 kali. Dah tu kua sekali 3 orang. Macam berpakat pulak masing2 kencing ikut jadual kan? Weh aku tak bayar untuk tengok bontot ko la.

Tengah2 tengok..ai minah2 sebelah aku ni boleh pulak jadi pengulas cerita tak berbayar. Siap cerita kat kawan2 sebelah dia kesudahan cerita. Aku pulak buat2 berdehem. Giler kuat aku berdehem..aku rasa saf depan sekali pon boleh dengar kot!Ye..ye ko memang best sebab dah khatam tengok cerita tu tapi aku tak perlu khidmat ko untuk buat conclusion la dik. Nah amik aku punya popcorn pegi buat cerita kat luar sana. Bikin panas je buat bising sebelah aku.

Ko tengok midnite, agak2 la ko nak bawak bebudak kecik. Time tido dorang tu walaupun aku tau esok weekend. Kalau ko ajar budak tu macamtu, jangan salahkan dia kalau dia terbawak2 perangai tu bila besar nanti. Lagi2 si baby, bila dia terjaga dari tido dan menangis..dah satu hal ganggu kosentrasi penonton lain. Adoyai tolong la ye akak2 abam2 ye. Kasi fikir sama perasaan penonton lain.

Dah la penat aku nak membebel, patuhi la etika sewaktu menonton di dalam panggung wayang. Aku jarang nak membebel tapi korang sudah langgar aku punya privasi meh. Kalau aku tau la macamni, baik aku tengok wayang kulit. Sama je situasinya..takde beza. Hampeh

P/s : Pulangkan balik RM3 aku..sebab itu budak bingai sebelah aku sudah cerita separuh jalan

Terkejut Dalam Akaun Aku Ada RM11,312.74!!

2:26 AM

Assalamualaikum,

Aku keluar tadi, check2 akaun aku..tengok2 ada RM11,312.74!! Berpinar mata aku sekejap!Mana datang duit aku ni??Banyak giler. Adoyai aku mula fikir mesti ada mana2 pakcik yang salah bank in duit umah sewa dia. Eh takkan sampai RM11k kan?Apa aku nak buat ni?Nak jumpa pengurus bank, buat laporan?Eh orang buat laporan kehilangan duit dalam akaun je..kalau penambahan duit orang tak buat.Perghh kaya! Aku kaya!!


Apa aku nak buat ye??Banyak giler ni. Aku ingat nak modified kete aku, nak letak jamban kat seat belakang. Senang nak memerut di kala saat2 kecemasan. Eh tak boley2. Hmm.. Buat hantaran kawen la. Haha, eh tapi aku bajet hantaran rendah2 je. Kalau boleh siap mintak diskaun lagi. Ah tanak kawen2 dulu. Haa..aku nak bayar duit PTPTPU aku yang tertunggak tu. Aku bayar sikit..suruh dorang senyap sekejap. Baki aku nak melabur..aku nak masuk ASB, then nak buat modal meniaga. Aku nak bukak gerai makan tengahari, tak pun masuk tender kilang. Perghh buat roling duit aku tu. Dalam tempoh setahun, aku akan cuba bukak cawangan kat kilang lain pulak. Hahaha masyuk2!! Yippie!!

Cakap bebanyak pun tak guna kan..aku pun tengah blur ni. Pasni mesti ramai yang mengaku sedara. Mesti ramai yang terjah ngorat aku..tapi aku cool. Takde2 syuh2. Nah amik RM2 pegi men jejauh. Aku ingat aku nak buat makan2 la..buat kenduri doa selamat. Dapat rezeki terpijak kan?Moga2 murah la rezeki aku lepas ni. Amin

RM11,312.74..Banyak tu, simpan gaji setahun baru boleh dapat duit cenggitu woo. Sape nak bagi kan? Korang rasa apa yang perlu aku buat? Duit tu pun aku dapat kalau aku jual blog aku ni sebab tu la nilai blog aku. Ntah aku pegi kat blog sape tadi, aku check nilai blog aku. Ai tak pasal2 aku dah jauh berangan..bawak korang sekali harung berangan ngan aku. Haha. So ada sesiapa nak beli blog aku? Masih boleh nego lagi..harga kawan2 aku bagi.Macamni la kalau korang beli..aku bagi goodies beg. Kahkahkah :D

P/s : Ala sikit je pun, tak banyak macam korang punya. Hehe.Berangan la Afzal oii..
         bukan kena bayar pon. Hahaha :D

Orang Tua Tua Kata..

11:32 AM

Assalamualaikum,

Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari 1 Malaysia kepada semua rakan2 blogger yang merupakan warganegara Malaysia. Seronok meh cuti 3 hari straight sampai Ahad. Aku dah buat perancangan awal dengan rapi, cuti 3 hari ni akan aku isikan dengan melakukan kerja2 berfaedah seperti berhibernasi, meningkatkan produktiviti tinja mata dan melakar lebih banyak peta pada permukaan bantal untuk kegunaan subjek Geografi adik aku. Biasalah, takde benda nak buat kan. Korang?

So berbalik pada tajuk di atas, korang pernah dengar mak bapak, nenek atuk atau sesiapa je yang mulakan ayat macam tajuk entry di atas "Orang tua2 kata.." then disusuli dengan perkara2 yang pada kita "Eh macam tak logik je!!" Ada tak? Ok aku bagi beberapa contoh la ye, orang tua2 kata kalau kita pusat ke dalam.. kawen ngan orang jauh. Kalau pusat kita keluar, kawen ngan orang dekat. Haha make sense tak?Macamana dorang boleh ramal macamtu ye?Tengok pusat pun boleh tau jodoh orang mana. Hehe


Lepas tu orang tua2 kata, kalau pusar rambut ada dua.. anak tu nakal, terejal (degil) dan kalau pusar 3, anak tersebut bagus bela kambing, beranak pinak kambing2 tu. Huhu. Aku ada satu pusar je. Kalau la aku ada 3 pusar, dari kecik2 dulu kalau cikgu aku tanya apa cita2 aku..kompom aku jawab "Pengembala kambing cikgu!" Eh masyuk apa!

Bila orang tua2 kata telinga berdesing atau adakalanya telinga kita berdengung.. itu tandanya ada antara ahli keluarga kita yang meninggal dunia. Perghh..aku pun speechless bila dorang cakap macamtu. Apa yang aku tau, daun nama pada pohon di luh mahfuz gugur berhampiran dengan telinga @ daun yang tercatat nama kita. Wallahua'lam. Tu apa yang diberitahu pada aku dalam slot tazkirah la. Aku pun tak tau sejauh mana kebenarannya.

Orang tua2 kata, kalau kita berbaring sewaktu azan berkumandang..nanti mayat kita jadi berat. Aku pun ada dengar benda ni. Aku amalkan juga, sebab perkara yang baik tak salah untuk kita amalkan kan?Mak aku cakap kalau ada tahi lalat kat kepala..menandakan orang tu bijak. Kalau tahi lalat kat perut, tidak putus rezekinya..sentiasa ada insyaAllah. Tahi lalat kat kaki plak suka berjalan, tahi lalat kat bahu, orang tu banyak pikul amanah dan tanggungjawab manakala tahi lalat kat bibir..haha sendiri mau ingat la kan. Takkan korang tak familiar?Mulut pokpek2. Pokpek2 berisi takpe..jangan mulut macam longkang sudah!

Sebenarnya banyak lagi ramalan2 orang tua dulu2 yang aku nak cerita sebenarnya, aku bukak sikit2 je la sebagai contoh. Dulu kerapla dorang cakap benda2 ni, tapi sekarang dah jarang. Walaupun nampak macam merepek, merapu meraban dan adakalanya macam tak boleh diterima akal yang waras.. tapi itulah kata2 yang pada aku mencantikkan lagi budaya Melayu khususnya. Jangan percaya bulat2 kerana kita hanya yakin, percaya dan beriman pada Qada' dan Qadar Allah :)

Follower Aku Retis..Ko Ada??

1:14 AM

Assalamualaikum,

Amacam tajuk entry aku yang sangat bongkak lagi takabur ni??Masuk kubur kompom menggelupur! Haha.Cakap banyak pun tak guna la kan. Kombang kompih idong aku hari ni dek kerana selama ni, secara tak sedar ada retis follow blog aku dan komen2 entry.Ko ada??Buat muka kekwat..kelat2 macam tak puas hati je? Rileks la bro.. nanti aku syorkan retis tu folo korang satu persatu ok.


Hari ni aku terajin nak belek2 follower aku. Belek punya belek, sekali betul la..positif yang mamat sorang ni retis. Otai, orang lama ni. Dengan kumisnya yang nipis..gaya pose atas kerusi. Sah! Memang dia. Korang takde ke belek2 follower korang satu persatu..kot2 ada follower retis macam aku?Cakap nak bongkak je memanjang!Kah3.Hmm.. eh ada tak retis2 lain yang baca blog?Nak dikirakan hampir 25ribu blogger Malaysia ni, takkan takde sorang retis folo mana2 blog?Kalau ada kasi angkat tangan sikit..nak buat bancian sape yang sama level tahap kefemesan ngan aku. Haha. Sungguh menjahanamkan perangai aku hari ni!!

Korang pon mesti tertanya2 siapa retis yang bertuah tu kan?Jeng jeng jeng..kasi suprise la sikit. Ni ha artis idaman malaya.. Shahrudin Thambi. Tapi apsal nama dia lain.. Khairil@maidaribendang??Kompius aku sekejap. Err betul ke bro ni retis ea??Aisehman sekali aku tanya bukan retis daaa. Muka je seiras, mungkin bro Khairil ni ada buat pembedahan plastik masa darjah 6 dulu.Almaklumlah peminat fanatik Shahrudin Thambi. Sama kan muka dorang??Hahaha. Dah lama aku cuba camkan..muka bro Khairil ni sama ngan sape.Akhirnya terjawab sudah :)


Encik Shaharudin Thambi yang memfotostat muka bro Khairil

So ni la bro Khairil, salah seorang blogger otai dari utara. Bagi sesiapa yang baru tau atau lihat..kenal2 la dulu ye. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.. tak gitu?Pegi la terjah blog dia yang awesome tu. Agak2 tak dapat jumpa retis..jumpa yang seiras pon boley la kan?kan?Hahaha :D

P/s : Amacam bro suka tak?Femeslah bro lepas ni macam Wonderpet..eh2 Wondergirls.
         Hehehe

Kakak Blogger Yang Baik Hati ~

2:58 PM

Assalamualaikum,

Dalam sejarah satu hari aku buat 2 entry. Hebat tak? Hebat tak? Kahkahkah. Macam kepala lutut aku rasa.. orang lain buat entry 10 kali sehari pun tak kecoh macam aku. Biasala aku blogger baru nak bertatih, aku pun banyak lagi kerja lain nak kena buat :) Lagipun aku dapat tips dari blogger2 senior suuruh aku update entry sebaik2nya seminggu 3 kali. Ini adalah untuk memberi ruang kepada readers membaca entry kita. Tapi sebab aku keturunan Jebat yang keras hati.. aku buat entry sesuka hati aku. Kahkahkah :D


Aii.. banyak gak entry aku dah buat. Kalau kumpul2 leh buat buku ni. Buku rujukan UPSR, kompom melingkup tunggang langgang anak2 murid. So pada sesiapa yang follow blog aku, masukkan aku dalam bloglist korang..aku ucapkan trimas bebanyak sebab sudi mengikuti perkembangan entry aku seharian walaupun entry2 aku ada ketikanya menjadikan korang sedikit spastik dan putus urat kentut. Sebelum ni sesiapa yang ada masukkan aku dalam bloglist, korang perasan tak yang entry aku tak update?? Entry tajuk Housemate Aku Macam Haram!!

Aku ada tanya blogger2 lain apasal jadi macamtu. Ada blogger yang kata masalah coding, ada gak yang kata masalah template. So korang jangan hairan sebelum ni aku asyik tukar template je. Semua tu sebab masalah pada bloglist tu. Bukan aku sesuka hati okeh!Yela, aku appreciate blogger2 yang sudi masukkan aku dalam bloglist dorang..so aku kena lakukan sesuatu.

Tapi akhirnya supermak datang membantu. Berbekalkan 3 kali sesi tutorial dalam shoutbox, aku akhirnya berjaya update entry dalam bloglist. Wallaweh aku rasa makin hemsem walaupun aku sedar muka aku hanya melukut di tepian gantang. Tak kisah la korang nak kutuk aku macam Aaron Aziz atau Aidil Zafuan, yang penting masalah aku dah setel! Mau kenal ka sama aku punya supermak??

KLIK kalau mahu selamat

Amacam hemsem tak beliau?Sungguh otai benar ini makcik..eh akak. Settel problem aku macam kunyah kacang cap NganYing je..semudah picit jerawat jiran sebelah. Apa2 pun akak mekasih bebanyak. Sebab bantuan akak saya kini makin ensem, kacak, bergaya dan kaya raya. Kalau korang ada pape masalah rujuk la dia ye!!Jangan risau.. tiada caj penghantaran dan caj2 tersembunyi apabila meminta khidmat nasihat beliau

P/s : Dia bukan setakat blogger otai, dia juga boleh tolong carikan jodoh, cari kucing hilang, sambut
         bayi, kemas rumah..senang cerita semua benda boleh settle la. Ai kata supermak!! Haha :D

Permainan Zaman Kanak2 Aku Dulu

12:54 AM

Assalamualaikum,

Heh puas aku fb chat ngan geng2 sengal, si ChaCha, Puteri Kasih ngan Mankete. Ntah datang angin tak betul kitorang hari ni..sampai terkeluar semua jenis permainan waktu kecik2 dulu. Aku tak suka main ngan dorang.. dorang suka main ngelat. Main tipu..walaupun aku tau cuma main jarak jauh dalam fb chat je, tapi semangat itu yang kita mau! Haha. Jom la aku nak tunjukkan permainan2 yang pernah aku main dulu2. Korang ada ke?

Baling Selipar / Baling Tin



Kedua2 jenis permainan ni macam sama je dia punya undang2, 2 team, baling, lari dan susun. Baling selipar menggunakan 3 helai selipar (sukahati aku je) manakala baling tin memerlukan 10 hingga 13 buah tin (sukahati aku gak). Kerja korang, kalau tak group ngan team susun2 ni..kasi rembat opponent ngan selipar je la. Lagi2 rembat pakai selipar jepun kan! Berbirat beb!

Tutup Botol / Ceper



Permainan yang memerlukan skil dan tahap IQ di atas 80 megapixel. Timbang tutup tin, 1 penutup membawa 2 mata. Kalau korang mampu timbang 5 penutup, 10 mata la jawabnya. Kemudian selerakkan, pilih salah satu penutup untuk dikeluarkan. Sila tengok contoh di atas. Kalau ada penutup tin yang bertindih 2, kedua2nya dikeluarkan daripada permainan termasuk 1 penutup pilihan korang. Senang cerita kan? Kalau 3 penutup bertindih..tu namanya jamban. Korang tengok budak kat atas tu tengah menge-aim tutup2 botol akibat jamban. Senang je mainnye :)

Senapang Ceri


Pistol ni memang menarik. Berbekalkan kayu dari almari terbuang dan getah bungkus nasi lemak sahaja korang dah boleh cipta permainan ni. Senapang aku tak perlu ukir2 bagai macam kat atas. Peluru ceri sahaja digunakan, belum pernah lagi aku dengar orang guna buah binjai atau buah ciku. Tapi untuk mendapatkan lebih pengalaman sakit dan cedera yang agak dramatik, lipatan kertas boleh digunakan. Makin tebal kertas, maka lebihlah azab yang ditanggung oleh mangsa!

Tepuk Terup


Kekuatan tapak tangan diperlukan dalam permainan ini, menguji sejauh mana ketebalan tapak tangan korang berbanding kekerasan lantai simen. Daun terup dipertaruhkan, dan teknik untuk menebalikkan daun terup ditekankan di sini. Berapa banyak terup yang berjaya korang terbalikkan, semuanya menjadi hak milik korang. Takde tiup2, walaupun aku pernah buat gak macamtu dulu. Daun terup boleh di dapati di kedai2 Ah Meng atau Ah Soo dengan harga serendah 20sen sahaja :)

Kad Kenderaan


Aku pernah main kejadah ni..korang ada ke?Harga satu set kad ni dalam RM1-RM2 macamtu la. Lagi murah daripada permainan kad2 yang ada sekarang. Ada macam2 jenis kenderaan boleh didapati, terutama kenderaan ketenteraan. Cara bermainnya secara berkumpulan, apabila tiba giliran..dia akan mengeluarkan kad dan menetapkan mata tertinggi pada kad untuk dipertaruhkan dengan kad2 lawan yang lain. Amacam gempak kan?

Bola Kertas 


Ni juga salah satu jenis permainan yang aku tak tau asal dari mana, tapi sape yang buat permainan ni memang kreatif tahap tong gas la. Permainan yang memerlukan tahap ketepatan passing yang tinggi dan juga skil membuat origami (lipatan gol). Aku selalu main dalam kelas, almaklumlah meja aku paling belakang. Pasukan feberet aku masa tu semestinya Argentina. Hehe


Main Lawan Pemadam


Ni permainan yang cukup menjimatkan. Time mak bapak nak beli alatulis, time tu gak aku pilih pemadam. Aku dari dulu akan pilih pemadan staedler yang berbongkah tu, atau pemadam negara2 dunia. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat tindih pemadam pihak lawan. Ada yang guna pemadam besar..ko hengat aku takut! Lagi besar, lagi payah ko nak gerakkan pemadam ko tu. Aku berbangga semasa darjah 4, mak abah aku tak payah susah2 belikan aku pemadam lagi :) Ada bran??Bring it on bebeh!

Main Masak Masak / Kawen Kawen


Last but not least.. permainan yang sepatutnya dimainkan oleh budak2 pompuan. Aku sendiri tak pasti macamana aku boleh terjebak dengan permainan seumpama nyah bagi aku ni. Mungkin kecik2 dulu aku ada masalah mengenal jantina diri. Aku main tak sampai bakar2 macam bebudak atas tu. Alatan yang wajib hadir sewaktu proses permainan, tempurung kelapa sebagai periuk dan batu sebagai lesung. Bahan2nya pula bunga raya, bunga kertas dan sedikit air. Sesiapa yang terlibat dalam permainan ini akan diberikan watak khusus bagi menjayakannya sehinggalah kaum2 ibu terjerit2 panggil anak masing2 balik makan atau mandi. Permainan di sambung keesokan harinya dengan dirombak kembali jalan cerita dan watak2. Hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu antara permainan2 yang aku main dahulu. Eh sebenarnya banyak lagi nak aku kongsikan, mungkin aku akan masukkan ke dalam next entry ye :) So apa pendapat korang? Ringkas, mesra alam, menghiburkan dan menjimatkan kan?Ternyata permainan dulu2 mengutamakan aspek semangat berpasukan, berkumpulan.. tidak seperti permainan2 yang ada kini.. lebih cenderung menjadikan kanak2 kera sumbang. Apa2 pun aku dibesarkan dengan permainan2 kampung itu..Korang ada?

P/s : Semua gambar di atas adalah ihsan encik Google. Aku rindukan masa lampau aku :)



Aku, Blog dan Secret Admirer ..

11:50 PM

Assalamualaikum,

Kehadapan rakan2 blogger yang diingati selalu, semoga kalian di dalam kandungan sihat walafiat hendaknya. Haha. Eh ni kemaruk sebab dah lama tak buat surat kiriman tak rasmi :) 2-3 hari ni aku sibuk ngan jamuan hari raya kat umah parents aku, so menghilang sekejap. Trimas pada kengkawan yang datang, yang kol dan mesej aku tanya khabar. Rindu ye? Hahaha :D

Awal2 aku buat blog ni, aku mana ada cikgu. Aku takde arah tujuan. Keje aku hari2 buat entry, ping kat gengblogger. Tu la rutin harian aku. Aku tak kenal mana2 blogger, sebab aku tak diajar mengenai blogwalking kecuali mentor aku Mak Ngah .Sebab punya banyak masa, aku selalu la tinggak jejak dan berbalas komen dan pendapat kengkawan di laman gengblogger. Dari situlah aku mengesan yang aku di-admire seseorang...



Dia ada post di forum gengblogger yang dia sukakan aku sebab entry2 yang aku hasilkan. Pada mulanya dia berkias2 mengenai aku.. sengaja aku buat2 tak faham. Dia pun ada mengeluarkan entry mengenai aku. Mula2 tu aku ada reply post2 dia.. tetapi makin lama, makin panas apabila ada antara ahli keluarganya yang turut masuk campur dan membezakan taraf di antara aku ngan dia. Aku newbie, aku yang masih cetek ilmu ni mengambil keputusan mendiamkan diri. Aku tau itu bukan keputusan yang bijak tetapi berdiam diri.. lebih baik dari aku terus mencetuskan lebih banyak masalah sambil memikirkan cara terbaik untuk mengatasi.


Aku appreciate perasaan dia terhadap aku, dia ada meluahkan selama ini dia sukar untuk jatuh hati pada mana2 lelaki.. tetapi entah mengapa  semenjak menjadi reader entry2 yang aku hasilkan, dia mula admire dengan aku. Pada aku, dia cuma jatuh cinta pada entry aku..cara aku menulis..cara aku berfikir, hakikat sebenar bukan pada diri aku. Aku tau dia boleh dapat lebih baik dari aku memandangkan dia pun bukan calang2 orangnya, punyai kerjaya yang hebat dan family orang kenamaan. Aku berpijak di bumi nyata. Aku terharu dan bangga sekiranya ada reader yang jatuh cinta dengan entry2 yang aku hasilkan. Apa yang aku lakukan pada mulanya hanya untuk kepuasan diri sendiri..tapi kini aku tau yang aku berkongsi kisah dengan kengkawan yang lain :)


Sekiranya dia ada membaca dan still menjadi silent reader aku hingga kini..aku ucapkan jutaan terima kasih kerana menghargai entry2 yang aku hasilkan. Aku harapkan dia boleh terus menjadi kawan aku.. boleh bw sama2 dengan aku. Apa yang pernah berlaku dulu.. biarkan menjadi pengalaman dan itu merupakan satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Trimas :)


P/s : Maaf aku tak boleh nak letak link dia kat sini. Ini cuma kisah lama..aku sekadar nak kongsikan
         pengalaman yang tak dapat aku lupakan.

OMG! Aku Diterjah Blogger Sombong!

8:54 AM

Assalamualaikum,

Mengantuk..mengantuk. Pepagi macam ni kalau korang suruh aku pilih breakfast Mc'D atau bantal, komfom aku pilih bantal tanpa teragak2.Biar perut tak diisi, janji hati senang mimpikan Maya Karin. Demand tinggi nak mimpi retis, kalau dapat mimpi Osman Kering pun mujur. Haha. OMG baru je semalam aku keluarkan entry pasal blogger sombong, semalam gak dia datang terjah blog aku!!Unbelievable.Kuang3

Tengah2 aku bw, tetiba naik nama blogger sombong tinggalkan jejak. La macam tau2 je nama dia disebut2. Err.. ko seyes ke ikhlas datang blog cabuk aku ni?Ke ko salah masuk blog nih?Ko mimpi apa semalam?Atau sebab ko terasa yang aku maksudkan ko la blogger sombong tu?Selama aku hidup ngan blog aku, ni lah kali pertama ko datang. Isk seyes aku masih lagi tak percaya!!Mankete ko tolong tampar pipi aku kuat2!


Tapi alhamdulillah..baguslah kalau dia tergerak hati datang ke blog cabuk aku ni disebabkan entry aku semalam. Sekurang2nya dia perasan dalam banyak2 rakan blogger dia yang emsem2 dan femes2.. terselit blog cabuk aku ni yang rajin menerjah blog dia. Trimas..trimas kerana sudi singgah akhirnya. Aku harap kita dapat bw sama2, buka buku baru sebab aku kat sini kalau boleh nak buat kawan ramai2. Bukan blog aku je, blog kengkawan blogger yang lain gak. Tak rugi pun kalau kita buat kawan..tak keluar duit se sen pun kan?

So dikesempatan ini jugak, aku nak menjemput korang rakan2 blogger aku, kawan2 Sekolah Rendah Taman Cuepacs, Maktab Rendah Sains Mara, Terendak Melaka, staf2 PLUS Berhad, staf2 TNB, staf2 Jabatan Perikanan untuk datang ke jamuan Hari Raya aku, bertempat di No.40, Jalan Kajang Mewah 18, Taman Kajang Mewah, Kajang pada 10 September (Sabtu) lepas Asar. Sebarang pertanyaan atau contact number boleh la PM aku di facebook.

P/s : Ko jangan demand nak kambing panggang. Kalau ko jumpa ayam tu dah kira mujur!Haha

Blogger Ni Sombong Kot??

8:30 AM

Assalamualaikum,

Moning2.Cuaca pagi ni amatlah sejuk sehingga hidungku turut keras kematu..ditambah pulak dengan mukus yang keluar tanpa disuruh.Haccuumm!!Aii sakit kepala aku, lagi sakit mengenangkan fiil2 blogger yang aku jumpa. Buat masa ni alhamdulillah aku takde masalah dengan blogger2 yang ada, sebab rata2nya aku kenal. Tapi ada gak blogger yang bersikap sombong ngan aku. Kenapa ye??


Mula2 aku tak nak judge atau bersangka buruk dengan orang. Aku anggapkan dia terlepas pandang aku, yela ramai nak dibalas kunjungan kan. Aku pun terus shout kat shoutbox dia. Banyak kali jugak la, tapi tak pernah dibalas. Pada masa yang sama aku tengok dia bw je kat blog orang lain. Hmm ke sebab aku ni lelaki? Tak pun dia  mencemburui kekurangan dan ketidak-machoan yang aku ada?Ai takkan kot?Sebab aku newbie.. follower aku bawah 1k?Aku tengok follower dia pun baru 1k..lebih sikit je dari aku. Ke sebab dia cuma memilih untuk bw ke blog geng2 dia je?Ha tu mungkin boleh diterima akal.

Macam sorang blogger ni pulak, aku dah diperkenalkan oleh seorang blogger otai yang dia cuma akan terjah dan balas kunjungan blogger2 yang sama level ngan dia. Kira dia pilih bulu gak la. Yup dia top blogger, so pada aku tarahal la. Nama pun top blogger kan, dah tersenarai dalam ranking 500 blogger melayu. Ape kelas kawan ngan blogger picisan macam aku. Tapi aku tau bukan semua top blogger macamtu. Takpe lah aku berpijak di bumi yang nyata. Kalau orang taknak kawan ngan aku..apa aku boleh buat kan?

So aku ambil jalan buat tak tau je la. Bukan dorang je blogger yang ada. Aku masih ada ramai kawan lain. Tapi nak terjah blog ko lepas ni.. maaplah Jep!Pintu hatiku sudah tertutup buatmu. Sebab aku terlalu baik hatilah sebelum ni aku diamkan je. So kengkawan, tak kisah lah ko otai atau newbie..hargailah blogger2 yang datang ke blog kita. Tanpa dorang, tak kemana pun kita. Peace!

P/s : Janganlah sombong2, tuhan marah :)

Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Fatin Liyana Folo Aku!!

9:31 AM

Assalamualaikum,

"Pergh!!Unsangkarable bro Ben, Cik Yuyu, Cik Hanis and si Fatin folo aku serentak malam tadi!!"


"OMG!OMG!! Hot story betul nih. Ko baru blogging hari ni, tapi semalam lagi dorang dah folo ko??Panas!!Panas!!Komfom ke Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha dan Fatin Liyana ni??"


"Eh nama tu macam ada lari sikit la. Yuyu Zulaikhi, Hanis Saleha, Fatin Liyana Jasmay ngan Ben..err Ben 10. Eh bukan top blogger ke tu??"


"Err.."

Layan sekejap perbualan antara dua blogger tadi. Excited sangat kan bila blogger2 terhangat di pasaran folo dorang. Rasa macam dapat perhatian retis.Tak terlintas langsung aku nak buat entry ni, tapi idea tu datang dan terus menerjah sewaktu aku sedang bertungkus lumus mengira kambing biri2 aku lompat pagar malam tadi.


Semalam sedang aku tengah sakan bw, aku terjah blog A Woman's World, aku tengok dia folo setiap blogger2 terhangat kat atas. Then si Yuyu Zulaikha ada dropped komen kat entry terbaru dia.Kira tahap femes gak la si blogger ni bila blogger terhangat ada beri perhatian pada blognya kan?Aku pulak?Ada dorang kisah pasal blogger macam aku? Aku pun tengok balik follower2 aku..kot2 nama dorang ada terselit.. yes tak tersangka rupa2 ada nama Ben Ashaari dan Hanis Zalikha kat situ, tu pun sebelum jam loceng aku berbunyi tak benti2 kejut aku bangun tido. Hmm sape lah aku kan??

So semalam buat pertama kalinya aku sebagai blogger menerjah blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan buat kali ketiga untuk Ben Ashaari dan Cik Epal.. dorang sememangnya blogger terhangat! Follower main belas2 puluh2 riban je. Kalau dorang kumpul follower dorang ramai2..dah boleh buat satu perkampungan baru..tak pun mukim baru. Kampung Ben Ashaari, Taman Hanis Zalikha..perghh!!Tak hairanlah follower2 dorang dah boleh buat satu batalion tentera. Tak pun macam penonton perlawanan di antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan!

Opkos dorang memang blogger terhangat.. tapi selama aku berblogging, aku jumpa ramai blogger terhebat eventhough mereka newbie, tapi entry yang dorang hesilkan lebih superb.. penuh ngan gaya, mutu dan keunggulan. Cuma yela..apa ada pada newbie macam kita ni :) Nak tak nak kena terima hakikat yang kita kena berusaha lebih gighi, tak kisahlah samada kita mengesot atau merangkak.. yang pastinya matlamat kita hanya ingin readers menghargai entry2 yang kita hasilkan. So tak salah jadikan blogger terhangat sebagai titik mula dan kayu pengukur untuk kita menjadi blogger terhebat!

Bro EqbalZack ada folo aku. Dia ada like entry yang aku post kat fb walaupun aku tak tau samada dia baca atau tak.Tak kisah la dia baca atau tak, sekurang2nya bagi semangat pada blogger baru macam aku ni. Bukan dia je, Wan Cikgumuzik, Abgteror, Ammboi, Mankete,KizMyself,PneumedicRafinamimi pun banyak kali datang bw dan dropped komen kat blog aku. Dorang juga dalam senarai top 500 blogger melayu ape! So apa kurangnya mereka? Aku lagi sayangkan dorang sebab dorang sangat humble dan down to earth.. sebab doranglah aku banyak belajar memperbaiki diri dalam berblogging. Sebab dorang juga lah aku mampu melangkah setapak demi setapak. Dorang juga menghargai blogger2 newbie macam aku. Doranglah cikgu..dorangkah kawan aku. Trimas guys!!

Pada aku korang tetap yang terbaik dan aku kagum dengan entry2 yang korang hasilkan. Aku harapkan nama2 seperti Hatikubaik, Cik-Bulan, Simanis, Kunci Locker, Roti Telur, iniblogserius, munira, aiNa YaZiD, Acid, puteri kasih dan banyak lagi kengkawan2 aku yang lain yang sangat hebat..akan mengikut jejak langkah seperti Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Cik Epal dan Fatin Liyana suatu hari nanti. InsyaAllah :)

P/s : Aku tumpang bangga jika suatu hari nanti kengkawan sekali bw ngan aku jadi blogger terhangat
        dan terhebat. Sori aku tag 10 nama untuk entry ni. Next time aku masukkan nama korang ye :)

Kalau Nak Tahan Berak Buat Macamni ~

8:49 AM

Assalamualaikum,

Apa akan jadi di pagi hari raya yang mulia, korang melantak rendang, kuah kacang, kari ayam sekali gus. Ada tak korang ambil kira efek hasil daripada tindakbalas yang berlaku di dalam perut korang?Rendang dengan campuran lengkuas + halia, ditambah dengan kuah kacang (kandungan nitrogen yang tinggi) dan kari yang ada santan + pedas. Jadi output yang terhasil adalah angin dan cirit birit hasil daripada tindakbalas makanan2 tersebut dengan asid perut. So kompom korang nak cari tandas..berak la apa lagi!!

Ape da pepagi aku dah sebut berak2? Eh tapi memandangkan aku nak bagi tips ni, korang terimalah dengan redha ye. Ilmu yang bermanfaat perlulah dikhabarkan walaupun sebaris ayat, tak gitu?? So apa akan korang buat sekiranya tetiba korang sakit perut sewaktu dalam perjalanan yang jauh, tengok signboard 20km lagi ke perhentian R&R seterusnya.Tak pun korang stuck dalam trafik jem yang maha teruk.. time tu pulak perut korang tak mampu lagi menanggung tinja korang yang lemas mintak dikeluarkan samada secara paksa atau sukarela. Dah sampai hujung2 cerut je. Haha ayaaattt tak menahan betul!!

So dari apa yang aku belajar dulu, ilmu ni aku ceduk sewaktu aku belajar silat. Kalau korang ada cincin,kalau boleh yang ada batu besar..genggam dan ramas2 cincin tersebut pada telapak tangan sebelah kiri korang. Tapi kalau korang takde cincin, korang urut telapak tangan kiri di bahagian ibu jari (di bahagian 1 seperti gambarajah di bawah) sehingga korang rasa kurang sikit sakit perut korang tu. Aku amalkan benda ni beberapa kali sebelum ni, alhamdulillah ternyata berkesan :)

urut bahagian (1) sehingga ke ibu jari

Jangan tanya aku sebab apa, aku pun tak pasti macamana boleh reda sakit perut tu. Mungkin ada kena mengena ngan masalah urat atau angin di dalam urat. Tapi cubalah, sekurang2nya boleh la atasi masalah sakit perut korang sementara nak sampai ke R&R yang seterusnya.Tahan berak memang tak bagus, tapi takkan la korang nak berak dalam kete kan? Tips ni untuk meredakan masalah sakit perut sahaja okey, takde kena mengena dengan menahan kentut atau kencing. So selamat mencuba :)

P/s : Jangan cuba kentut sewaktu sakit perut.. peratusan korang nak mencirit tinggi!!