'> October 2011 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, October 31, 2011

Ni Yang Buat Aku Nangis Ni..

Assalamualaikum,

Selamat pagi Senin dan selamatlah segalanya ye :) Sah2 mood ke laut pepagi ni kan, memikirkan kerja2 baru dapat dan task2 yang perlu disettlekan dalam minggu ni. Pakat2 la korang buat muka mintak sepak? Eh semalam korang ada tengok drama yang tercalon dalam Anugerah Skrin tak? Ala kes pasal mak mentua kejam tu. Ai sadis tol kalau aku ada mak mentua macamtu. Tapi tak mampu lagi merentap emosi aku.

Korang pernah menangis tengok cerita2 yang ditayangkan kat tv tak? Aku nak cerita, selama aku hidup ni..ada beberapa kategori cerita yang buat aku mengalirkan air mata. Yup aku pun tak terkecuali, tapi takde la sampai nak nangis teresak2 macam orang mati bini. Kira nangis kontrol comel la. Tau2 merah mata. Bagi mengelakkan disedari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..bila mengalir je cepat2 curahkan air kopi kat muka. Alasan tertumpah la konon padahal coverline. Amacam bernas macam beras tak idea aku?


Mula2 aku nangis masa aku darjah 4. Aku tengok cerita hindustan. Cerita pasal gajah yang setia, last2 si gajah boleh plak mati sebab nak selamatkan tuan dia. Adoyai sadis tol. Time tu aku nangis bebetul la sebab aku pedulik hape aku tengok sensorang, mak abah aku pegi kerja. Then cerita hindustan lagi masa aku darjah 6..pasal seorang mak besarkan anak lelaki dia. Bila besar dan berjaya anak tu tak mengaku mak. Dia dakwa dia anak orang2 kaya. Disebabkan si emak ni miskin,dia gadai tanah untuk bayar yuran guaman fight anak dia kat court. At last mak dia menang kes, dan hakim benarkan dia tuntut hak daripada anak dia. Anak dia siap keluarkan cek nak bayar.. tapi nak tau mak dia mintak apa? Mintak 60 Rupees je sebagai ganti susu badannya pada anak sewaktu kecik dulu. Perghh tragis tol la citer tu!

Cerita melayu plak, aku fail bab2 kekeluargaan. Lagi2 cerita yang diarahkan Rashid Sibir. Korang tentu familiar ngan cerita2 arahan dia kan especially Pondok Buruk. Dah la cerita sedih tahap gaban, dia letak plak lagu Sudirman - Ayah dan Ibu sebagai lagu background.. humang aih luluh terus hati aku. 8 kali aku tengok.. 8 kali mata aku merah! Aku memang surrender awal2 cerita melibatkan ibu bapa ni. Cramp bulu mata aku nangis! Time tengok cerita tu pepandai la cover.. buat2 potong bawang ke. Kang kalau nangis orang bajet pedih potong bawang .Kahkahkah

Tu la antara genre2 cerita yang mampu buat aku mengalirkan air mata. Adakalanya lelaki juga mampu mengalirkan air mata, sebab mereka juga manusia. Cuma cara dan situasi berbeza berbanding wanita. Ada part2 yang mempu menyentuh jiwa lembut mereka. Tak menunjuk dan tanpa orang di sekelilingnya sedar. Tau2 je mata dah merah. Takde la menangis sebab awek tak reply mesej ke.. menangis sebab mak suruh potong misai ke hape. Tak pun nangis sebab awek terlupa wish besday. Haram jadah tu nak mintak penerajang kat pusat kot?

So korang pulak nangis tengok cerita apa ea?

Saturday, October 29, 2011

Kau Kategori Cantik, Ayu Atau Comel?

Assalamualaikum..

So hari ni aku rasa nak describe wanita pada pandangan mata kasar lelaki aku :) Ni pada mata aku..kalau mata orang lain aku tak tau la. Lagi2 yang matanya juling2 itik, juling2 air..lain pulak tastenya. Pada aku wanita dikategorikan kepada cantik, ayu dan comel :) Ada yang lain lagi ke? Yang lain tu tak termasuk dalam kategori wanita pada aku. Kalau ada pun, tu dikategorikan sebagai spesis umang2 ataupun katak pisang.

Wanita spesis cantik ni, dia mempunyai raut wajah yang jelita, susuk tubuh yang menarik dan pandai bergaya dengan pakaian, aksesori dan alat solek. Aku selalu tengok type2 model termasuk dalam kategori ni. Tapi aku kurang pasti bila si cantik ni tak mengenakan sebarang prop pada tubuhnya.. adakah dia akan kelihatan menarik? Aku pernah jugak tengok, cantik bila berhias..tetapi bila tak berdandan bagai humang aih cantik lagi makcik kantin sekolah Tamil depan umah aku. Contohnya macam Neelofa ni. Perghh seksi la mata dia. Mintak sikit bulih??


Beralih pulak ke kategori ayu. Ayu sleeping..ayu sleeping..brother john (maaf tetiba lagu tu berkumandang dalam kepala hotak aku) Si ayu ni pulak, mereka yang dikatakan natural beauty..tak perlukan alat mekap atau  prop untuk menyerlahkan kecantikan sebenar dirinya. Dia tak perlu nak mekap tebal2..kalau tak nampak macam badut sarkis. Cukup sekadar mengenakan blusher sikit2, gincu warna lembut. Perghh aku ni cakap dah macam mak andam plak! Si ayu ni pulak..kalau di selarikan dengan sikap sopan santun, lemah lembutnya humang aih macam perempuan melayu terakhir wa cakap lu!! Aku tak kenal minah ni, tapi dia ayu pada aku. Sejuk mata aku memandang :) Macam duduk dalam peti ais rasanya :P


Si comel pulak, muka dan perangai dia macam keanak anakan. Nampak kiut je. Sentiasa bermain dengan mimik muka, mata dan gerak tubuh membuatkan orang yang berada di sekitarnya rasa macam nak picit2 je dia sampai kemek. Comel sangat! Tapi kalau melampau sangat tu kira dah termasuk dalam kategori gedik pulak. Merengek2, terhentak2 kaki..ai ni macam nak mintak tapak kaki je? Maaf minah2 gedik not allowed here. Kiut boleh..gedik jangan. Ko tengok si Heliza Helmi ni..kiut kan? Sama kiut macam aku tak? Huhuhu


"Tapi mengikut pemerhatian dan keputusan ujikaji makmal la kan, aku rasa ko berada dalam kategori cantik la Ani. Walaupun gigi ko besar, tapi apa ada hal. Tu buat pakuk kepala peragut, boleh sumbing kepala dibuatnya! Eh nak tau rahsia tak? Dalam TNB ni ko la yang paling cantik ditambah pulak bau ketiak ko wangi macam bau setanggi. Punyalah wangi sampai aku boleh bau time nak parking moto kat luar tadi!!", ujar Mahmud panjang berjela. Ani dilihatnya buat muka toya tanpa perasaan.

"Dah habis ko merepek? Maaplah Mud oi..aku tak makan pujuk rayu ko tu. Ni ko nak bayar ke tak?3 bulan bil letrik ko tertunggak ni. Esok jangan pulak ko datang cari aku lagi buat cerita ko berak guna lampu suluh!", selamba badak Ani memerlinya.

Kelat2 ketat muka Mahmud sebelum beredar meninggalkan kaunter pos opis. Ai nampak gayanya taktik dia mengampu si Ani tak menjadi jugak. Rasa macam dah cantek mukadimah dia tadi..apa yang kurang pun dia tak tau. Gambar Neelofa, Heliza dan gambar entah sape yang dia amik dalam tenet semalam direnyuk2 masuk ke dalam bakul sampah. Mahmud melangkah pergi dengan gaya paling sadis sambil berlatarbelakangkan lagu A to Z - Itik Gembo2. Bertambah sedih dan pilu hatinya kerana lagu itu je pun yang dia tau selain lagu Anak Itik Tok Wi yang dia hafal masa darjah 4 sepuluh tahun dulu. Nampaknya gayanya bergelap la rumahnya malam ni!!

P/s : Nak kipas lipas pun tengok orang jugak! :)

Thursday, October 27, 2011

Aku Seorang Beskot Lemau

Assalamualaikum,

Aku memang tengah lemau ni.. seperti beskot cap ping pong yang dibiarkan tak bertutup. Tak pun macam beskot yang dibiarkan terendam dalam air teh tarik yang kaw giler. Humang aihh menanah otak dok memikirkannya lagi2 dengan cuaca yang asyik hujan kat pantai timur ni menyukarkan lagi otak aku untuk bekerja dengan lebih gigih. Aku seperti kuda laut tanpa pusat, gigih berlari sambil hafal lagu Herman Tino (aku sendiri tak faham ape aku mengarut) So izinkan aku mengarut sepuas2nya untuk entry hari ni ye.

Aku cari gambar beskot, kua muka mamat ni.
Aku amik je la memandangkan dia dah nangis

Apa cerita best dua tiga hari lepas selain cerita selebriti hot jadi pengapit? Kahkahkah. Terkejut gak aku.. buat pertama kalinya entry aku dikomen sebanyak itu! Kalau ditukar ke nilai ringgit, aku rasa semalam aku dah melantak ikan bakar weh. Huhu. Korang tak sabar tengok aku naik pelamin ea? Aku rasa aku nampak kuit macam teletubbies bila pegang kipas pengantin tu. Hahaharam ko Afzal!! Hehe kalau aku kawen haruslah aku jemput korang. Aku pun tak mampu lagi menanggung bil air yang lama tertunggak ni. Giler ko leh kena batu karang kalau asyik dok menahan macamni!! Ntah2 siap boleh bela tapak sulaiman lagi! Kahkahkah. Bak kata kak dianarashid, sape la tergamak nak jadikan aku yang sengal ni sebagai surirumah sepenuh masa kan?kan? Haha :D

Balik rumah hari tu, aku tak sangka aku dirisik oleh seorang ustazah untuk dikenenkan dengan anaknya. Aiyak!! ustazah tu pun bukan calang2. Kira sangat dihormati kat taman aku. Aku mampu sengih je bila mak aku bukak cerita depan aku ngan abah aku. Kalau lah ustazah tu tau aku macamana..konfom dia amik aku jadi tiang umah dia je kot? Tak pun jadi supir ke..tukang mesin rumput pun boleh. Haha. Maaflah ustazah, saya rasa saya banyak kekurangan dan saya tau di luar sana banyak lagi calon yang lebih layak dikenenkan untuk anak ustazah tu :) Saya hanya seorang pengapit yang comel je..tak lebih dari itu (kahkahkah menyempat!!)

Cukup setakat ni aku mengarut. Siap jugak satu entry :) Aku tak tau kenapa setiap kali aku balik kampung, aku jadi macamni. Takpe2 aku dah spare kacip patimah. Eh pernah dulu aku kecuak-kan minum kacip patimah sebab kawan aku cakap kalau aku minum, nanti 'aku punya' tersedut masuk ke dalam. Gulp!! Nasib la ada lagi kat situ. Konfom! :P

P/s : Tengah tunggang terbalik nak buat entry esok plak :)

GAME : Tag, Tanya dan Jawab

Assalamualaikum,

Wallaweh rasa dah 18 tahun aku tak jumpa korang, hari ni aku nak balas dendam, balas jejak dan balas segala apa yang wajib aku balas. So memulakan hari aku dengan bismillah, aku start dengan segmen. Yeah banyak pulak kengkawan aku tag segmen atas nama aku :) Takpe2 korang punya pasal..aku kasi habiskan semuanya dalam satu hari ni. Hehe


Segmen di atas telah di tag oleh Sis92. Ai macam2 soalan dia tanya, ape dia ingat aku ni datang temuduga kerja ke hape? Tapi dengan hati yang tulus mulus dan suci murni..sesuci minyak masak, sungguh suci..sungguh murni ni aku dengan rela hati menjawab segala pertanyaan yang membelenggu benak fikirannya itu :P

Nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?
Okey nama sebenar aku Mohd Norafzal bin Narawi. Nama manja Cumi dan Ciki. Nak panggil comel pun boleh. Hahaha. Takde2. Dalam famili dorang panggil aku Along, ngan kengkawan dorang panggil aku Afzal

Bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasaan tu?

Aku kongsikan ngan sape? Aku terus shout dalam blog!

Umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?

Umur aku dah sama umur ngan kawan aku yang sebaya masa sekolah rendah dulu. Hadiah yang paling aku sayang? Takde satu kot sebab semua pakat2 banje makan je..dah jadi taik!

Jenama laptop yang kamu guna sekarang?

Aku pakai Compaq Presario CQ40 dengan kebolehan lain menjadi mesin basuh separa automatik

Hobi dan minat kamu?

Aku suka membaca, aku suka berblogging, tengok movie dan main game

Bakat terpendam dalam diri kamu?

Boleh la melukis sikit2, karaoke kasi cuaca mendung


Masih solo atau tidak..nyatakan sebab..
Masih cuba merakam album solo dengan lagu aci2 buka pintu dan 18 lagu lain antaranya semut bertelur dipusatmu, teh tarik kurang manis straw lebih ikat tepi, dan kau kunci jandaku di dalam hatimu

Kenangan waktu sekolah yang paling kelakar

Aku tengok cerita senario.Memang kelakar habis lah!! Hahaha. Sampai sekarang tak habis lagi ketawa!!

Cerita kartun kegemaran?

3 Abdul dan intisari rancangan

Lagu  yang kamu paling benci?

Lagu tajuk Benci

Rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya..berikan jantina berlawanan..

Kepada 'awak'..jangan lupa berus kaki sebelum tido sebab kaki awak bau cagu!


Ok sekarang tiba giliran aku pulak, aku akan bagi 11 soalan dan tag kepada geng2 lain. Macam tu caranya kan?


  1. Apakah perkara yang paling korang benci?
  2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
  3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
  4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
  5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang minat? Kenapa?
  6. Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerjaya bla bla bla - jawapan cliche)
  7. Korang suka tengok cerita genre macamana? Kenapa?
  8. Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati?
  9. Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
  10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
  11. 1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
Aku nak tag beberapa nama kat sini




Tuesday, October 25, 2011

Aku Naik Pelamin Akhirnya !!

Assalamualaikum,

Hy geng2 bas sekolahku. Amacam sihat ke? Sorila aku bizi 2, 3, 4 hari kebelakangan ni. Almaklumlah kenduri kawen. Yup sebagaimana yang disebut2 oleh sesetengah pihak, aku naik pelamin. Maaflah, tak sempat nak jemput. Last2 minit punya kerja.. pengantin perempuan nak cepat2 kawen. Tak tahan menunggu lama kot? Kahkahkah. Takpe2 kalau ada rezeki next kenduri.. aku jemput korang ye. Waaahhh ada hati pulak next kenduri!!

Ni sempat aku upload beberapa gambar sewaktu majlis. Maaf gambar dari fotographer sebenar tak sempat siap lagi, so korang tengok je la gambar dari fotografer amatur ni ye. Bukan apa, sebagai cukup syarat :)

masih berdebar2 menunggu ketibaan rombongan 
pengantin perempuan. Mak andam pun tak 
sampai2 lagi!! Hampeh

Gambar sekitar majlis pernikahan. Weh sekali lafaz
je ok!! Walaupun aku gabra, tapi aku tetap
control cool macam askim mat cool

Ni la pelamin yang bakal menjadi sejarah dalam hidup aku.
Santek kan? Simple je..lagi2 pulak letak aku kat situ..
Paling koman pon masuk rancangan Nona Ahad depan.

Nah!Nampak tak aku kat situ? Halamak aku bukan perantin Jemah oi!!
Aku pengapit je pon. Eh betul la aku naik pelamin!! Mana ada aku tipu??
Pengapit pompuan usha aku ketat semacam je..nak ngorat aku lettew :P


Kelebihan pengapit di atas :
Mampu mengipas selaju 40 km/jam
Kuat bekerja, kurang makan
Mampu berdiri selama 8 jam
Tahan kencing, tahan maki
Dengar kata, masih virgin

Memerlukan khidmat pengapit 'Kelas Ko Jah' di atas
sila hubungi talian bebas tol 1-800-44-34

P/s : Seronok la tengok kawan2 kawen Bila agaknya turn aku. Kepada pasangan pengantin Mohd Zaidi 
         dan pasangannya Jusnita, aku doakan korang berbahagia sampai ke akhir hayat insyaAllah :)





Monday, October 24, 2011

Bloglist Supersengal Jatuh Kepada...

Assalamualaikum,

Sori aku tak dapat balas jejak korang lagi. Tapi takpe aku bw slow2 eventhough aku tengah bizi kenduri kawen wiken hari tu. Sebab korang la..bizi2 aku pun, aku gagahkan jugak tau. Terharu mak nyah!!

So pada mereka yang berkesempatan menge-joining segmen bloglist supersengal aku, aku ucapkan terima kasih banyak2. Seriously aku appreciate sangat2 penglibatan korang. Bukan mudah nak buat segmen, aku pun fikir banyak kali tetapi untuk memudahkan aku bw nanti, aku terpaksa buat. Kalau aku pilih sendiri, aku rasa tak adil pada korang.


Aku pun dah review blog2 yang join segmen ni. Seriously aku rasa terharu sangat2 malam tadi sebab segmen aku disertai oleh golongan ibu2, ada gak di antaranya yang quite bz tapi stil sudi luangkan masa, ada gak muka2 yang baru kenal dan ada yang tak yakin keupayaan membuat ayat sengal tapi masih tetap mencuba. For those yang secara rela hati join segmen aku, trimas yang tak terhingga untuk 10-15 minit masa yang korang bazirkan untuk segmen aku. Pada aku it's not about korang sengal atau tak untuk join segmen ni..tapi lebih kepada komitmen korang bagi ruang dalam blog korang untuk segmen aku. Sengal atau tak..itu belakang kira.

Jadi kat sini aku putuskan mereka yang tersenarai secara rasminya dalam bloglist supersengal aku adalah kesemua mereka yang telah join segmen ni. Nape bukan 20? Nombor takde bawa sebarang makna pada aku tapi kesanggupan korang bazirkan sedikit masa untuk segmen aku ni yang amat aku hargai. Korang betul2 buat aku lebih menghargai korang sebagaimana korang sanggup spendkan masa korang untuk segmen aku. Aku ucapkan tahniah kepada nama2 blog  di bawah ni..korang memang terbaeekk!!


Seriously from the deep of my heart, aku ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian korang untuk participated segmen yang aku buat. Segala masa yang korang luangkan, aku akan cuba bagi yang terbaik semasa bw nanti Trimas..trimas!! Arigato gozaimas kawan :)

P/s : Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti
         Hutang emas mampu ku bayar, hutang budi kubawa mati

Friday, October 21, 2011

::AFZALSUKASUKI BLOGLIST SUPERSENGAL::

Assalamualaikum,

Sepatutnya aku dah buat segmen ni malam tadi, abis dah aku kekenyangan lalu buat kuak lentang atas tilam.. so ke laut la mood aku jawabnya. So seperti yang aku rancangkan, aku perlukan 20 senarai blog yang akan aku masukkan ke dalam BLOGLIST SUPERSENGAL aku.

Kelebihan bloglist baru aku ni cukup banyak selain mendapat elaun dobi, khidmat trim misai percuma di setiap stesen2 minyak terpilih dan macam2 lagi (nampak sangat aku tipu) Sebelum aku uk-uk ke jamban, mereka aku terjah dulu. Sebelum sempat aku korek pusat sendiri, pusat dorang aku korek dulu. Kira senang cerita bloglist ni merupakan blog2 feveret untuk aku terjah setiap hari la! Bloglist untuk bw semata2, tak perlu nak hapdate entry bagai :)

Syarat2 penyertaan :
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Tidak gila, tapi sengal secukup rasa.
  • Tamat sekolah rendah dengan kepujian
  • Mampu membezakan getah rambut dan getah spender.
  • Lesen tv dan saiz tapak kaki tidak diperlukan.
Apa yang korang perlu lakukan?
  • Copy paste gambar segmen kat bawah ni dan link kan ke blog aku
  • Buat satu ayat yang korang rasa paling sengal dan mampu buat aku tergelak untuk bubble dalam gambar tu. Tak perlu isi ayat korang dalam bubble tu.. korang buat ayat kat luar je.
  • Akhir sekali link kan penyertaan korang dalam ruangan komen entry ni. Tarikh tutup penyertaan pada Ahad, 23 Oktober 2011 jam 11.59 malam.
  • Pemilihan berdasarkan kretiviti dan tahap kesengalan korang. Sebarang surat menyurat, kata2 manis dan ayat menggoda tidak akan dilayan sama sekali. Harap maklong
  • Selamat bersengal-sengalan :)


Sebelum mengakhiri segmen ingin aku menyampaikan serangkap pantun sebagai tanda semangat :

Di atas burung di bawah burung,
Di kanan burung di kiri burung,
Di depan burung di belakang burung,
Di mana2 semuanya burung??

Ha jawab Kak Jemah..jawab!!

Thursday, October 20, 2011

Meh Sini Sayang Comolot Meh..

Assalamualaikum,

Huarghh humang aih letihnya badan. Setelah aku puas tido mati, kini aku kembali buat entry. Betul la kata orang.. kalau kita kerja dalam ofis yang berhawa dingin ni, badan kita senang penat. Letih lesu je. Aku pun tak tau nak buat macamana dah ni. Balik rumah jadi karpet beruang, tersadai je tengah2 ruang tamu. Hmm..

Ok2 kembali ke tajuk asal. Aku nak bagitau korang yang aku pernah nampak se-kapel yang sangat loving each other ni. Time tu aku tengah tunggu kawan aku bersiap keluar makan, aku lepak dalam kete je. Memandangkan kete aku ni bertinted, jadi merpati dua sejoli ni takde la perasan yang aku usha dorang dari luar. Seronok cuci mata sekali sekala :P Tengok cerita transformers pon tak seseronok macamni!


Aku tengok si mamat bertenggek atas motor, si awek pulak berdiri sebelah mamat. Aku tengok awek tu tergedik2 memanjang, kadang2 hentak2 kaki manja..main gesel2..cubit2 sana sini. Adoyai gedik okeh! Rambut dia ikal mayang, panjang mengurai. Potongan badan awek tu 30-28-34 kot?? Eh aku tak tau sangat tang ukur2 saiz ni sebab aku bukan tukang jahit. Aku nak bagitau yang betapa rampingnya badan dia. 'Lihat perutku.. rampingkan?' haa kira macam iklan tummy trim dalam tv tu la.

Punyalah lama aku tunggu..akhirnya sampai masa yang ditunggu2. Bermulanya adengan mukadimah jimak. Si awek tu comolot mamat tu penuh nafsu. Mamat tu terus rangkul pinggang awek tu, perghh siap pam punggung awek tu sedas dua!!Pam bro jangan tak pam..macam ko pam jamban la. Hahaha. Aku usha je dari jauh. Nape aku tergelak? Bukan sepatutnya aku stim ke? Stim kejadah la weh.. Kalau dorang telanjang depan aku pun..aku hinguskan je dorang tu! Dah yang aku tengok tu dua2nya jantan! Ape barang. Hahaha.

Mula2 aku ingat tu perempuan la jugak, tapi aku ni lelaki..masakan la aku tak kenal kaum aku sendiri. Bahagian bahu yang lebar, payudara segan2 nak timbul..tu pun pakai push up bra je kot? Pinggang ke kaki kecik..Ai macam cacat plak aku tengok. Tu kalau aku tenguk dekat2 maunya aku nampak anak misai yang baru tumbuh. Boleh luka kot bibir si mamat tu kalau comolot ngan 'awek' dia. Halkum dah sama besar ngan jam loceng aku dah! Hahaha.

Seronok ke berhubungan sesama jenis ni? Bak kata orang hubungan sejenis ni..mereka tahu cara untuk memuaskan nafsu pasangan. Adoyai aku cuba suitkan aku dalam situasi. Macamana kalau pasangan aku lelaki? Sape yang nak jadi perempuan? Macamana kalau pasangan aku berbulu dada, berjambang tebal. Haha tunggang terbalik mak bapak aku terima menantu cenggitu! Hantaran aku nanti aku letak shaver seplastik la gamaknya. Boleh kongsi2 guna! Hahaha

Aku tengok pasangan tu naik ke atas..almaklumlah menjalankan projek yang tergendala. Aku kesiankan jiran2 sebelah rumah dorang je..sebab hari2 dengar dorang main lawan pedang! Suara pulak kejap kecik.. kejap besar. Macam cerita alih bahasa pulak! Hahaha. Macamana kalau pedang 'awek' tu lagi besar dari mamat tu punya? Punaahhh!! Wakakaka!

P/s : Sport check balik awek2 korang.. konfom bukan jejantan ye? Kihkihkih

Tuesday, October 18, 2011

Oh! Jejaka Maskulin Ke?

Assalamualaikum,

Moning2. Hari ni aku sedikit cargas sebab semalam aku telah berjaya tido awal tanpa memerlukan khidmat kambing biri2 melompat pagar. Aku sekarang ni selalu je tido lewat, best memang la best tapi yang tak bestnye bangun pagi2 tu. Adoyai seksa weh! Aku perlukan 1 jam loceng dan 2 alarm henfon untuk kejutkan aku. Aku bersyukur tandas rumah aku bukan tandas duduk. Kalau tandas duduk la kan..aku komfom bantai tido lagi sedas dua. Kehkehkeh.

Haah la aku bukan jejaka maskulin. Jejaka maskelat boleh la kot? :P Aku sebenarnya tak berapa tahu pasal maskulin ni. Tetapi mengikut pemerhatian aku dan apa yang aku faham la kan.. maskulin ni adalah lelaki yang mementingkan penampilan dan kecantikan. Bukan maknanya dia nak jadi nyah.. tapi kalau ke arah gay tu aku tak tau la pulak. Aku ni jenis menjaga penampilan, tapi sekadar cukup syarat. Sekadar sedap mata memandang dan selesa je. Tak sanggup aku nak berabis duit nak beli aksesori2 kejadah hape ntah aku pun tak tau. Baik aku simpan je duit tu beli beskot cap ping pong..cicah kopi o..perghh!!!


Tapi aku ada sorang kawan maskulin..kottt?? Budak rumah aku gak. Tak tau la sehebat mana maskulinnya tu aku pun tak pasti. Tapi alat2 aksesori ngan mekap dia memang banyak. Aku ni perlukan masa dalam 10 minit mandi pagi, sekadar gosok gigi, sabun dan cuci muka. Tapi kawan aku ni masuk tandas pukul 6, pukul 6.30 belum tentu keluar tandas lagi. Masa awal2 dulu agak terbakor la gak..ye la nak menunggu dia siap mandi. Nasib la jamban ngan bilik mandi asing2. Kalau jenis tak tahan nak uk-uk tu, maunya cari inisiatif lain..cocok buntut ngan gabus sementara tunggu dia siap mandi. Haha.

Nak jadi maskulin ni, aku rasa kena banyak berhabis duit la. Buat facial, manicure, pergi gym, spa.. siap cocok vitamin C lagi. Kadang2 tu ada yang sanggup buat minor surgery bagi memperbaiki raut wajah atau kecacatan pada fizikal. Eh senang cakap apa yang perempuan buat..dia pun buat gak. Cuma tak beranak je. Tapi sepanjang pemerhatian aku, maskulin ni semuanya yang tampan2 je..ala2 model gitu. Ala korang sendiri boleh kenal la mamat tu maskulin atau tak. Dari segi penampilan kita dah boleh tau. Pakaian humang aih.. branded2 saje! Seronok ke jadi maskulin ni? Korang girls..best tak dapat boyfie macam tu?

Aku bersyukur apa yang aku ada sekarang ni. Tak perlu nak ubah pape kot? Aku rasa aku tak layak dari segi penampilan dan kewangan untuk jadi lebih maskulin. Cukuplah aku jadi lelaki normal, menjalani kehidupan biasa dan boleh membimbing anak isteri aku suatu hari nanti. Tak hensem takpe..janji dalaman mau cantik. Itu lebih membanggakan aku :)

P/s : Kalau pegang title maskulin pun, tapi baru 5 minit dah 'pancit' ape celloopppp!! Hahaha :D

Monday, October 17, 2011

Tips Coverline Baik Punya!

Assalamualaikum,

Morning. Hmm korang pernah rasa malu tak di khalayak ramai? Apa cara terbaik untuk korang cover line? Kadang2 dalam tak sedar kita kena berlakon dalam kehidupan kita sehari2. Macam2 situasi yang memerlukan kita untuk berlakon. Aku akan bagi contoh2 kat bawah, tapi aku sendiri tak pasti korang boleh terima atau tak. Terpulang pada mutu lakonan korang masa tu. Hehe.


Tersalah Tahan Bas / Teksi
  • Dalam posisi tangan ko mendepa ke depan tu, dengan muka konfiden terus guna tangan yang satu lagi buat arm streching macam gambarajah di bawah. Buat 2-3 kali pun takpe. Muka kena serius bagi mengelakkan lakonan korang menjadi. Kalau boleh lepas tu lari setempat. Untuk mendapatkan efek yang lebih dramatik korang boleh lakukan beramai2 dengan mengajak orang lalu lalang join korang buat senaman sekali. Pasti berkesan!
  • Dalam masa korang pasti korang tersalah lambai tangan, jangan panik! Teruskan melambai, tak pun angkat tangan pada kenderaan lain bagi meyakinkan pemandu bas atau teksi yang korang angkat tangan pada kawan korang, bukan dia! :P
Tersalah Tegur Orang
  • bila terjadi macamni, tersalah sapa orang dari belakang..cepat2 korang tutup mata dan kerdip2kan mata korang. Buat2 macam korang buta dan minta tolong dia bawa korang ke ke sisi kedai. Bagi alasan yang kenalan korang minta korang tunggu di situ. Senang kan? Hehe.
  • Bila dah kantoi salah orang, terus peluk dan menangis. Ni payah sikit sebab memerlukan orang berlakon watak sedih dan sebutlah nama sape2. Cakap kat dia kenapa dia dah lama tak balik kampung. Dia pasti akan tenangkan korang dan memperkenalkan diri.
  • Katakan korang halau tebuan yang hinggap di bahu dia atau sapu kelemumur dia ke. Pasti dia pun akan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih :)
Terkentut
  • Bila korang terkentut di atas kerusi - korang cuma perlu geselkan kaki kerusi pada lantai sehingga menghasilkan bunyi. Jadi orang akan menganggap bunyi kentut korang adalah bunyi kerusi
  • Bila terkentut di dalam lif - ini memerlukan komitmen korang untuk kentut sebanyak 2 kali paling kurang. Bila korang terkentut buat pertama kali.. bertenang dan cuba kentut untuk kali kedua. Kemudian dengan muka yakin berkerut, keluarkan henfon korang dari poket seluar dan buat2 jawab telefon. Nescaya orang akan beranggapan bunyi kentut adalah bunyi ringtone henfon korang.
  • korang tak pasti korang akan kentut berbunyi atau tak? Semasa nak kentut tu.. korang batuk atau bersin sekali! Bunyi kentut akan ditenggelami dengan bunyi yang korang keluarkan tadi.
Tersalah Marah
  • Lepas marah2 tu, setelah mensyaki yang korang salah marah.. jangan gabra atau buat muka kelat. Muka kena sentiasa konfiden! Terus hulurkan tangan padanya dan katakan 'Good job. Awak lulus untuk ujian penilaian yang saya tetapkan hari ini. Awak sangat tenang dan cool'
  • Tak pun lepas marah terus katakan padanya 'April Fool!' atau katakan 'Ko dalam segmen Bang Bang Boom!' Erk!
Tersadung Kaki.
  • Bila korang tersadung dan terjatuh, terus berada dalam posisi berlutut dan buat2 korang tengah ikat tali kasut atau terus bercekak pinggang dan katakan dengan lantang yang kontraktor buat lantai tu tak pandai buat kerja! Ekspresi muka korang yang diperlukan ketika itu mesti serius giler!!
  • Bila dah tersadung, terus buat2 jengket kaki dan kata 'Ai nasib la aku tak pijak semut2 ni' Pasti orang sekeliling beranggapan yang korang ni pencinta menatang :P
  • Tapi bila korang terjatuh teruk giler sampai tertiarap, terus bertiarap sambil korang lakukan push up beberapa kali dan rasa dah yakin orang sekeliling percaya ngan lakonan korang, bangun dan buat macam biasa. 
  • Tak pun bila dah tertiarap tu, korang terus buat2 pengsan sehingga orang sekeliling yang berdekatan menghampiri dan cuba mengejutkan korang. Buat2 la korang tersedar dan kata 'Err saya kat mana ni? Apa dah berlaku pada saya?' Nak rasa lebih dramatik terus korang buat2 ilang ingatan.
  • Terus buat sujud syukur. Hehe
Ha amacam? Berbaloi untuk korang cuba tips2 yang aku bagi ni.Yela kadang2 kita pun dalam keadaan gabra tak tau nak buat ape kan? So aku harap tips2 kat atas ni sedikit sebanyak dapat membantu korang ye :) Hidup mesti coverline :P

P/s : Ingat kena sentiasa yakin, fokus dan cuba menjiwai watak dalam situasi yang berbeza.
         Itulah kunci keberkesanan lakonan korang nanti! Huhu

Sunday, October 16, 2011

Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Menulis??

Assalamualaikum,

Hy guys, baru datang update blog. Walaupun aku tinggal blog sehari setengah.. aku rasa macam dah lama tak bershout shoutan ngan korang. Erk! Sekali sebut macam bersahut sahutan pulak. Bersyaitan syaitan pun ada gak! Huhu. Bukan ape parents aku datang Kuantan, so aku kena la jadi supir dorang, bawak mereka jenjalan. Hari ni aku tak sempat nak buat pape lagi, update entry dan qada' tido sekejap :) Aku plan nak jenjalan baca entry kengkawan petang ni. Ada sesiapa yang nak join?

Haah, sape kata rakyat Malaysia ni malas menulis? Aku tak sokong sebab aku punya alasan sendiri. Kat Malaysia sahaja hampir 50 ribu blogger telah berjaya membuktikan yang mereka rajin menulis! Aku tak peduli apa yang mereka tuliskan, the point is mereka ada sesuatu yang hendak dituliskan! Aku pun tak kata mereka tu pandai menulis. .tetapi mereka telah berjaya membuktikan mereka rajin menulis! Rajin menulis dan pandai menulis adalah 2 makna yang berbeza. Belakang parang kalau di asah.. lama2 tajam jugak kan??


Biarpun budak2 sekolah, eventhough mereka yang buta huruf sekali pun.. penulisan di dalam blog merupakan satu medium terbaik untuk mereka bercerita sekaligus pada masa yang sama memperbaiki teknik penulisan. Eh aku dah puas bw dari blog ke blog..aku dapati blogger dari seawal usia sampai la ke golongan veteran memang pandai dan bijak menulis! Ada sahaja cerita2 yang diketengahkan sehinggakan adakalanya aku macam tek percaya yang dia cuma budak sekolah! Ok aku bagi contoh la seorang blogger yang dah lama aku kenal ni Roti Telur. Daripada enrty2 yang dia keluarkan setiap hari tu.. korang rasa berapa anggaran umur dia? Untuk pengetahuan korang dia baru tingkatan 2 okeh! Sori Roti Telur aku terpaksa pecahkan tembelang.. tapi aku nak tunjukkan betapa umurnya bukan penghalang untuk dia menghasilkan entry2 yang hebat! Aku tabik spring pada dia!

Ramai lagi..bukan dia sahaja. Aku sangat galakkan generasi muda yang ada supaya menulis terutamanya berblog kerana dapat menajamkan minda, memperbaiki skil penulisan dan bertukar2 pendapat. Selain itu mereka jugak boleh mendalami pengetahuan mengenai teknologi perkomputeran, penggunaan sofware dan meningkatkan kreativiti sendiri. Aku yakin setakat karangan SPM tu..koman2 pun mau A2 la dalam tangan! :)

Aku suka cara korang menulis, teruskan usaha. Jangan la korang bantai tulis kisah cinta korang 24/7 semata2.. kesiankan la kat blogger2 lain terutamanya aku sebab nak kena tolong jaga tepi kain korang pulak. Hehe. Pelbagaikan idea dan cerita. Apa2 pun korang memang awesome! Aku suka cara korang menulis sebab beribu2 blog yang aku pergi..aku pasti setiap blog membawa genre mereka sendiri, gaya penulisan yang mengagumkan dan idea menulis entry. Teruskan menulis walaupun ada yang menganggap entry2 yang korang hasilkan itu sampah. Aku pasti entry sampah korang itu lah yang akan diangkat tinggi suatu masa nanti.

So, siapa kata rakyat Malaysia malas menulis?? Habaq mai sikit..

Friday, October 14, 2011

Perangai Ko Macam Sampah Kan??

Astaghfirullahalazim,

Mengucap Afzal..mengucap. Selalu aku akan mulakan dengan salam kan, tapi hari ni aku mulakan dengan istighfar sebab aku betul2 tengah marah sekarang! Aku rasa memang dah sampai kepala aku punya amarah ni. Ni pun aku cuba kawal, aku duduk..aku baring bagi tenang sikit jiwa ni.

Ni kali kedua ko buat kat aku ye! Ko ingat tak sebelum ni ko ada janji keluar makan sekali. Aku ni yang jenis tapau nasi lepas pulang kerja pun ok la. Tak la aku tapau hari tu. Tup2 bila sampai rumah boleh pulak ko siap tapau makanan kan? Alasan ko, makcik nasi lemak tu ada meniaga kat pasar malam. Ko buat perangai hape ni??

Hari ni ko dah janji ngan aku nak pegi survey hotel lepas maghrib untuk family aku yang nak datang Kuantan esok. Sebelum maghrib ko dah keluar, alasan ko nak pegi gunting rambut. Aku punya tunggu sekarang sudah dekat pukul 10. Aku kol ko tak angkat, mesej tak reply. Aku tanya kawan aku hari ni ada bola! Sah ko pegi tengok bola. Sialan ko! Apasal la ko buat aku macam ni haa?? Hey aku kawan ko la. Pernah ke aku pedajal ko? Apa salah aku? Kalau ye pon ko nak tengok bola, tak payah tipu aku! Just text aku je..aku boleh pegi sendiri! Agak2 ko tak reti reply mesej, aku kol. Ni kol aku pon ko tak angkat! Ko bazirkan masa aku la!!

Hari ni mood aku sangat tak stabil. Yup mungkin pada ko benda ni remeh, tapi pada aku ni dah kali kedua ko buat aku macamni. Ko memang membazirkan masa aku. Selama ni aku hormat ko, sekarang jangan harap. Baru aku tau ko memang kaki kelepet! Perangai macam sampah!

P/s : Maaf entry kali ni agak kasar. This is another me. Don't ever try me!

Cinta Setin Koka Kola

'Nia cuba ko tengok tu', Myra memuncungkan bibir. Nia berpaling. Tapi apa yang Myra dapat, Nia sekadar menjuihkan bibirnya. 'Agak2 la beb..kalau nak suggest pon biar la yang layak dipandang sikit. Ni macam Osman Kering ko tunjuk kat aku?', getus Nia membuatkan Myra dan Zita terkekek2. Si 'Osman Kering' sempat memandang gadis2 mongel yang sakan tergelak2 di hujung sudut kafeteria. Mungkin dia tau mereka menganjingnya tapi apa mereka peduli!

Nia tak pernah nak berubah. Semua orang dipandangnya rendah waima pensyarahnya sekalipun. Pernah sekali dia memerli seorang pensyarah kelasnya kerana memakai beg Gucci tiruan. Merah padam pensyarah tersebut.. Nia tak peduli. Dia bangga dilahirkan cantik dan dari keluarga yang serba mewah. Bagi mereka yang ada di depan matanya semuanya sampah! Sebagai medium untuk dipijak2!

Nia melihat Myra dan Zita berhenti gelak. Pandangan mereka tertumpu pada seorang jejaka yang baru sahaja memasuki ruang legar kafeteria tersebut. 'Nia ko tak nak test mamat ni ke?', Zita mencelah. Nia sekadar tersengih. 'Apa habuan aku dapat?' Myra dan Zita berpandangan. 'Ko nak apa?' Myra memandang mamat tu sekali lagi. 'Sebab budak ni quiet looking good, aku terima setin koka kola je. Amacam?', Nia seperti biasa menganjing, Myra dan Zita tak mampu berkata apa2. Mamat ni hanya untuk setin koka kola? Ai penat mak ko lahirkan ko. Tak berbaloi langsung!

Nia menjalankan tugasnya. Baginya tempoh sebulan yang kawan2nya berikan itu terlalu lama. Padanya cukuplah seminggu untuk dia 'jatuhkan' mamat tersebut. Itulah rutin yang Nia lakukan, memainkan perasaan setiap lelaki. Padanya itu menyeronokkan apabila melihat lelaki sanggup menggadai maruah, menjadi hamba kepada wanita serba sempurna seperti dirinya..berhabis wang ringgit. Nia tahu dia punyai misi, dan dia cuba selesaikan sebelum tiba harinya. 'Lelaki semua sama', bisik hatinya.

'Takpe saya bayar, lagipun saya nak pecah duit', ujar Nia membuatkan mamat tersebut terpinga2 sewaktu beratur di kaunter pembayaran. Nia sekadar membalas senyuman. Mamat tersebut kelihatan tidak keruan sambil menyeluk2 saku seluarnya. 'Err..Cik..'

'Nia! Just called me Nia', mereka berdua berjabat tangan. 'Macam ni, kalau saya ada duit tukar..saya pulangkan pada awak balik ye?', ujar mamat tersebut yang dikenalinya sebagai Daim. Daim? Eww kampungnya. 'It's ok. Tapi kalau awak nak repay me back, why not you treat me lunch after class?', Nia mula memasang umpan. Dilihatnya Daim tersenyum lega.. Puas? Atau gembira dapat keluar makan dengan wanita secantiknya? Dia peduli apa janji kerjanya selesai. Nia sempat mengerling ke arah dua orang kawannya tadi sambil membuat muka. Kawan2nya lantas menekup mulut menahan gelak. Apa la nasib si mamat tu ye?

Sudah 2 minggu Nia bersama Daim. Dilihatnya Daim sedikit berbeza dari kebanyakan lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Tiada kata2 manis, tiada pujuk rayu. Kehidupan lelaki ni pasif sahaja. Tidak langsung menunjukkan perasaan teruja terhadap dirinya. Nia seolah2 menemui jalan buntu, tapi bukan semudah itu untuk dia mengaku kalah. Lelaki ini lebih kental dari jangkaannya. Tetapi adakalanya dirinya juga turut terhibur kerana Daim pandai berjenaka kerana sedikit sebanyak menghiburkan hatinya, tahu apa kegemarannya, tidak pernah merungut dan sangat penyabar. Apa yang Nia boleh katakan Daim seorang lelaki yang baik. Tapi dia sekeras2nya menafikan perasaan hatinya yang cintanya sudah mula berputik.

Tetapi kejadian semalam benar2 merenggut jiwa kewanitaannya. Nia hampir kemalangan apabila sebuah kereta yang dipecut laju hampir2 melanggarnya tetapi kerana Daim berada tidak jauh darinya, Daim sempat menolaknya ke seberang jalan menyebabkan Daim menerima akibat buruk. Daim kini berada di wad kecemasan apabila tulang kakinya patah 3 manakala tangan kirinya retak. Nia termenung, menemani Daim di sisi katil. Dia sendiri keliru kenapa Daim sanggup membahayakan dirinya sendiri sedangkan dia tahu pengorbanan yang dilakukan Daim langsung tidak berbaloi untuk wanita sepertinya. Mengalir juga air matanya di sisi Daim yang masih tidak sedarkan diri. Kalau lah Daim tahu..

Pernah suatu ketika Nia berhasrat untuk menyelami hati Daim. 'Awak tak suka saya ye?', Nia cuba memancing dengan soalan. Daim masih kaku..terus melemparkan pandangan sejauh mungkin. 'Kenapa awak tanya?', Daim membalas namun Nia sekadar menjungkit bahu. 'Awak..Saya tak perlu mencari cinta dan cinta bukan sesuatu yang perlu dicari. Ia datang dengan sendiri. Jika kita ikhlas, kita boleh rasakan kehadirannya. Apa yang patut kita lakukan..serahkan cinta kita pada Al Walid, pasti Dia akan bukakan seluruh pintu cintaNya kepada kita kembali', singkat tetapi begitu dalam maknanya. Ikhlas.. ye, itulah perkataan yang pernah dibuang dalam kamus hidupnya dahulu yang kini diperingatkan Daim kembali.


Daim benar2 telah meruntuhkan tembok egonya, meracik2 jiwa kewanitaannya sehingga Nia merasakan dirinya begitu hina di sisi Daim. Terhumban ke dalam lohong yang amat dalam, ditelan nafsu dan sikapnya yang selama ini diagung2kannya. 'Awak.. maafkan Nia. Nia banyak berbuat salah pada awak. Andai awak dengar apa yang Nia katakan ni.. Nia nak awak tahu yang Nia benar2 menyintai awak!', Nia melafazkan kata2nya ditemani tubuh Daim yang masih kaku tidak sedarkan diri. Nia tahu yang kata2nya hanya sia2..tapi dia puas. Dia benar2 berharap saat itu Daim mendengar luahan hatinya dan sudi menerimanya sebagai kekasih. Padanya Daim terlalu baik untuk dilepaskan dari sangkar hatinya. Ya! Nia kini akur yang dia menyintai Daim akhirnya.

Hari yang dinanti2kan kini tiba. Myra dan Zita turut mengikut Nia untuk mengambil Daim di hospital kerana Daim sudah boleh mulai pulang hari ini. Kegembiraan di wajah Nia jelas terpancar, Myra dan Zita juga turut perasan akan perubahan sikap Nia. Apa yang boleh mereka katakan..mereka turut gembira melihat Nia sekarang. Sesampainya mereka di sana, Nia mendapati katil Daim kosong, sudah dikemaskan. Nia menghampiri kaunter bertanyakan mengenai Daim. Jururawat yang bertugas memaklumkan yang Daim baru beredar dan meninggalkan sepucuk surat beserta setin koka kola untuknya.

'Sekiranya awak menerima surat ini, bermakna saya sudah tiada lagi di sini. Apa2 pun saya mengucapkan terima kasih kerana selama ini awak sudi menemani saya kemana2. Rasanya tak berbaloi untuk awak menghabiskan masa seumur hidup bersama saya semata2 untuk setin koka kola. Ingatlah awak, cinta tak perlu dicari, ia datang dengan sendiri. Andaikata permulaan cerita cinta kita baik, saya pasti kesudahan kisah kita takkan begini. Inilah wak..apa yang saya maksudkan cinta'

Nia terjelopok ke lantai. Dia menangis semahu mahunya. Kini dia mengerti yang cintanya pada Daim hanya untuk setin koka kola semata2. Tidak lebih dari itu. Daim pula terus menghilang tanpa jejak..setelah dia membuka hati Nia untuk mengenal erti cinta sebenarnya dan membawa sekali cinta koka kola Nia pergi bersamanya.

P/s : Sekiranya kita ikhlas..kita akan dapat penyudahan yang baik insyaAllah

Thursday, October 13, 2011

Nak Jadi Blogger Femes Tak?

Assalamualaikum,

Macam biasa aku online pepagi, perkara wajib aku buat adalah balas jejak kawan2. Penting tu dan ianya sangat serius. Bw la menentukan hidup mati blog korang. Dari situ la kita boleh advertised blog kita pada kengkawan lain melainkan korang dah cukup gah dikalangan blogger..sebut je nama semua orang kenal. Setuju tak? Ada sesiapa kat sini rasa dia blogger femes?


Best tak korang rasa jadi blogger femes ni? Follower riban2, ada photoshoot, masuk tv..tahap selebriti la katakan. Hari2 mesti ada orang folo blog kan? Tak perlu susah2 bw..update entry sekali sekala je.. tapi komen humang aih kalau dikumpulkan boleh buat buku teks darjah 6! So hari ni aku bermurah hati nak jadi konsultan secara percuma untuk korang jadi blogger femes. Kahkahkah (orang jahat je gelak macam ni.. orang baik gelak huhuhu) :P

Apa kata korang buat entry panas. Bukan entry pasal nasi lemak Macik Jemah yang panas. Ko buatla cerita ko lesbo tapi ko cool ke. Haha. Buat cerita2 yang membangkitkan amarah setiap orang. Tak pun korang pegi hentam blogger2 femes. Kalau ayat ko cukup pedas..tunggu je la peningkatan tahap kefemesan korang tu. Dengan follower2 dia hentam ko aku rasa. Kalau rasa tak cukup femes lagi, ko pegi hentam setiap blogger la senang! Lepas tu korang tau la apa nasib korang nanti. Baru korang tau langit tinggi rendah. Aku nak suruh korang buat entry SEO pun tak boleh sebab entry SEO buat blog korang jadi femes..bukan korang yang femes! Hehe

Tapi cara2 kat atas tu, kalau korang tak cukup kental.. tak cukup kamikaze tak jadi gak. Orang takde hati je boleh buat macamtu. Tapi sape yang nak buat macamtu kan eventhough aku tau ada gak dikalangan kita yang suka cara sadis macam tu. Pada aku senang je, korang rajin bw.. jangan sombong dah cukup. Balas jejak kengkawan walaupun aku tau ada kalanya kita tak sempat buat macamtu. Janji balas sudah dan bila dah habis balas jejak.. beramas mesra la dengan blogger2 lain sekiranya punya masa :) Baca entry dan drop komen. Ha drop komen itu penting ye! Kita kena sedikit rajin dan peramah :) Bukan senang nak senang tak gitu?

Aku? Aku lebih selesa macamni. Aku tak perlu nama.. aku tak perlu penghormatan. Cukup sekadar aku dikelilingi kengkawan yang tolong kejutkan aku hari2, ingatkan bila aku terlupa, shout ajak sarapan, jerit ucap gudnite. Aku gembira life aku sekarang. Dah2 jangan tanya banyak2. Kang aku stress..aku banyak makan!

Tu je la yang aku nak kongsikan. Bila korang dah femes nanti, jangan la sombong dengan kengkawan yang pernah tolong naikkan blog ko dulu, kengkawan yang sentiasa support korang dari korang nobody hingga korang jadi somebody. Jangan la ko tak singgah langsung blog2 yang suatu masa dulu pernah jadi tempat korang bershout bagai dan yang paling penting.. janganlah korang lupakan aku kat sini ye.

P/s : Andaikata korang mencapai awan, jangan lupa akar di bumi

Wednesday, October 12, 2011

Segmen : Kenapa Nickname Saya Begini?

Assalamualaikum,

Hehe kali ni aku join segmen plak :) Asyik nak buat entry je..sesekali nak jugak bersantai tak gitu?So segmen ni datangnya dari seorang blogger cun. Perghh memang cun aku cakap.. ada daya menggoda macam Nealofa dalam Tahajjud Cinta tu. Ai berpeluh2 aku bila teringatkan Nealofa..adakah dia pun sama teringatkan aku di sini? *Kletuk (soundtrak bila lesung batu hinggap kat kepala aku)

So kenapa nickname aku macam ni ha? Ko nak aku tipu2 ke..cakap betul2? Memandangkan aku kena jadi contoh yang baik kepada anak2 muda sekarang dan tunjuk perangai yang baik depan bakal2 mentua yang ada.. aku citer yang benar je la. Tiada yang benar selain yang benar2 belaka. Aku tak tau nak letak nama apa, aku rasa macam best je afzalsukasuki tu. Afzal tu dah tentu la nama aku, nama timangan di antara kengkawan aku. Afzal tau..bukan APESAL! Kalau aku kol orang mesti sangkut tang ni. Ada entry pasal ni. KLIK SINI kalau nak baca. Suka pulak makna gembira, yippiee!! Suki pula kata jamak bagi suka. Macam riang ria, gelak tawa, manja manji..err ada ke? Suka suki la :) Nickname aku ni based on entry2 yang aku hasilkan. Suka suki aku nak tulis apa. Ada paham?

So itulah serba ringkas kenapa nickname aku macamni. Kalau korang tak berpuas hati dengan jawapan aku boleh la buat laporan di aduan rakyat, tak pun jabatan PERHILITAN. Ha korang punya nickname plak macamana? Korang rembat dari mana? Agak2 korang rasa nickname korang lagi hot dari aku punya.. kasi join segmen blogger ni la. Ada bran? Haha.


kalau berani KLIK SINI!!

P/s : Makna Afzal tu tungku kaki tiga! kahkahkah aku tipu! :P

Tuesday, October 11, 2011

Filem Pecah Panggung RM40 juta : Aku Budak Jamban

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan publish ayat2 yang korang buat menjadi satu jalan cerita ye. Tapi sebelum itu aku nasihatkan sesiapa yang ada masalah mudah terkucil, terkincit akibat ketawa berlebihan ataupun wanita mengandung sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Adengan ini diklasifikasikan sebagai 18SG. Kanak2 yang belum cukup haul wajib ditemani oleh penjaga masing2. Harap maklong.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari sedang aku leka berjalan2, tiba2 mata aku terpandang seorang awek. Awek tu pun terpandang aku..mata kami saling bertentangan. Mata bertemu mata, lama kami saling berpandangan. Lidah kelu seribu bahasa. Ermm tetiba..jeng..jeng..jeng..Awek itu menyergah aku. Heh apa pandang2 orang.. terkojut beruk den..fuhh! Alamak..awek ni lah yg tolong bayar kat makcik jaga toilet tu sebab masa tu aku tak sempat nak bayar. Aku terjah jer masuk 'jamban' awam tu. Dari belakang potongan badan persis bak Tiz Zaqiah, rambut mengurai macam Ning Baizura. Pasti wajahnya secantik Fasha Sandha. Lalu aku meng'feeewwwiit'.. dan dia toleh kebelakangku. "HAI ABANGGGG," dengan suara yang garau, dia menegurku. Alamaakkkk!! salah awek nih...! hadooiiii~~!!

Eh rupenye bukan nenek aku. tapi nenek orang lain. Lepas tu, kan nenek tu rupanya kawan LIMAH yang suka panjat bumbung umah orang ekekkek bersama kekasihnya, ingat nk ngorat. Huhu. Tapi aku duk usha je dari jauh. Sedap dok usha..tiba2 nak terkeluar gas sulfur dioksida. Aku apa lagi.. berlari2 anak dan terus mencari toilet untuk melepas tapi sayangnya sudah tidak tertanggung lagi lalu berciciran di tengah jalan. Selepas tu.. awek lintas jalan lalu eksiden booomm :P Ehh.. kenapa nih dik.. wajah ayunya merona merah apabila ditegur seorang mat rempit hemsem ala2 brad pitt.. tekeluar segala isi perut awek tu akibat eksiden.. yang penting seketul ayam kfc beciciran dari perut awek tesebut... perghh bau kfc menyelerakan sekali! Apelagi.. taik bertaburan tadi mintak tolong suruh dikutip bawak balek. "Ish..tak sior teman!" kata seorang pakcik dengan loghat perak pekat, yang tiba2 je muncul dalam cerita ni..

Ngeeee yerkkkk goli den. Tiba-tiba muncul pula seoraang yang dikenali lalu disitu lalu berkata "Erh Mat ! kok yew pun nak mengorat , guna lah tektik yang elok sikit . Awek cam nieh yang kau nak nak . aihh , selisih malaikat 44" Si mamat terus rasa nak marah bila pakcik tu sound dia begitu, lalu 'chenta tak pandang pada rupa'...jawab si mamat.(sal tibe2 keluar nama mamat??) hehe lalu dengan rasa simpati mamat tu pun tepon ambulan..nak harap orang lain..tau sambung ayat jek..kahkahkahkahhh. Mamat tu pun ikut bersama2 ngan awek yg ntah mana dia pun x kenal..tapi tiba2 dia mempunyai rasa hati yang...tumpang lalu yo....wakakaka 

Mamat berasa tensen sebab Pak Cik yang menegurnya tadi cuba mengurat aweks berkenaan. Dengan rasa bangga mamat sound pak cik tu tadi.. Wei pak cik.. tak cukup ke mak cik kat umah tu... nak kacau aweks aku lak.. dengan slumber pak cik tu jawab... mak cik ko dah takde. Akibat panahan mata si awek tu, aku terjatuh berguling-guling dengan muka merah lalu aku bagun semula dan berpura-pura shuffle dengan machonya aku berjalan ke arah awek tu dan berkata .."hai lame tunggu abang? agak-agk bile kite boleh couple" Hehe si awek dengan muka merah menahan berak dan malu pada si jejaka perlahan-lahan memusingkan badan dan tersenyum sambil lubang idung terkembang-kempis dan mulut terkemut-kemut cuba untuk berkata-kata namun dengan tidak sengaja taik idungnya terkeluar dan taik giginya meleleh ke mulut.. selepas itu.."loklaq punya awek" kata jejaka itu.

Selepas itu si mamat rasa sangat sengal sebab entah mana2 punya watak masuk interframe dalam cerita dia. Dia meninggalkan mereka semua dan berjalan menuju ke shopping mall yang tidak berjauhan dari situ.. Sampainya mamat kat shopping mall, dia pun menyanyi lagu kak pah di tengah2 orang ramai namun, mamat berasa sungguh musykil kerana banyak mata merenungnya dengan tajam, mulut mereka pula berbisik-bisik sambil tersenyum kambing sehinggalah seorang wanita bersuara jantan mengenyitkan mata dan berkata "Abang ni hot lagi macho lah, zip seluar pun tak rapat..awww" Mamat pun terkejut lalu pengsan. kerana malu yang teramat. Mamat tu pun sound balik.."Ini trend baru la..ekau tak nak mencubanya ke" sambil2 buat muka control macho, padahal dalam hati terasa macam nak lempang je orang yang sound2 tadi tu. Kemudian mamat terasa sakit tekak..lalu dia pun carik mamat yang berak dalam jamban yang cakap, 'Woi pegi jahana* laa. Spoil aku nak berak okeh. Tengok!! Tersedut masuk balik t**k aku!' Tiba-tiba dia pun mencari kfc untuk menghilangkan rasa perit tekaknya yang dahaga itu...tiba2 dia terkesima... terpandang seorang awek cun yang juga sedang keseorangan...eh macam pernah nampak aje awek nih..tandas tu kosong..mamat yang sepatutnya berada dalam tandas tadi tu dah hilang entah kemana. Yang ada dalam tandas tu rupanya itulah awek yang mula-mula dia terpandang pada permulaan cerita...

Kahkahkahkahkahkahkahkah mamat pun ketawa sambil terkentut bertubi-tubi. Selepas itu mamat bergegas ke kedai perfume beli berbakul-bakul minyak wangi sebab dah busuk satu badan sebab mencari seliparnya yang ilang masa main teng teng tadi. Woi!! Sape curik sebelah selipar aku ni?? Kalau nak curik..curik la dua2 belah!! Rupanya aweks yang ushar aku tuh yg curik. Kelepet nye awek. Haram muka jea buruk.. perangai.. huh!!! Huduh!!! Tapi takpe..sebab aku penyabar orangnya terus aku gi kedai beli santan yang mak aku pesan pagi tadik...kerana ilang sebelah selipar (macam cinderella lak) dan selepas dah habis spray berbotol-botol perfume, mamat tu pun terlompat-lompat sebelah kaki mencari selipar yang hilang... Tamat..begitulah nama bapa awek yang cun ushar aku pagi tadi yang curik sebelah selipar pas aku sembur perfume satu badan. Tetiba2 aje bapak awek cun tuh terus sound aku..agak2nye skang nih nak makan selipar ke..nak makan nasik. Walaupun nama bapanya Tamat bin Selamat.. awek tersebut tidak rasa malu apatah lagi terhina kerana sudah pasti awek itu merasakan yang dia lebih hensem dari bapaknya itu..

Lalu dia pergi menghilang kan diri entah ke mana... tiba-tiba dia terdengar satu orang yang biasa dia dengari   "Jah, jah bangun jah dah tengahari ni.." lorh mimpi rupanya.. spoil betul la mak ni. Baru mimpi mamat ensem tadi.. aiseyy ! Rupanya selama ini kisahnya hanya dalam mimpi. Tamat!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ulasan Admin.

Plot jalan cerita yang begitu mencabar dan mendebarkan. Penuh dengan watak2 yang muncul entah dari mana dan hilang secara tiba2. Jalan cerita diserikan lagi dengan unsur2 komedi, gelak tawa dan seram. Jalan cerita yang berbelit2 meminta penonton mencari jalan penyelesaian pada hujung cerita. Berbekalkan prop tandas awam, seliper, kepsi, perfume dan santan menjadikan filem yang menelan budget paling murah tahun ini.Watak2nya yang bersilih ganti bersesuaian dengan bayaran sebanyak RM50 seorang itu membuatkan penonton akan tertanya2 siapa sebenarnya pelakon dan siapa sebenar orang lalu lalang. Watak utama dalam filem ini juga digantikan pada pertengahan cerita dengan watak mat rempit, awek dan watak pakcik menjadikan filem pertama membariskan hero teramai setakat ini. Keseluruhan cerita ini sangat bagus untuk mereka yang tak boleh ketawa dan sukar untuk kentut pada waktu malam.

Rating : Berbintang2 tak terkira


5 PENULIS SENGAL







Anugerah Khas
Kaki Ketuat Menyambung Ayat

(7 ayat dia buat! Hamek ko!)


Pada yang tak terpilih boleh cuba lagi di lain segmen. Apa2 pun korang buat aku kencing dalam plastik hari ni sebab penat asyik ulang alik pegi jamban! Yang tak sempat tu, korang boleh draf ayat awal2 kot2 la aku akan buat segmen lain. Haha. Korang memang super awesome, bab mengayat memang tak hengat!!

P/s : Aku target pecah panggung RM40 juta untuk filem aku ni yang bertajuk Aku Budak Jamban.

Jom Main Sambung Ayat Nak?

Assalamualaikum,

Hari ni aku selsema2 manja. Maaf ye kengkawan, aku sempat balas jejak semata2 je hari ni..tak dapat nak borak sakan ngan korang. Aku tau korang rindu aku *tiba2 dengar suara dari dalam jamban 'woi pegi jahana* laa. Spoil aku nak berak okeh. Tengok!! Tersedut masuk balik t**k aku!' Hehehe. Jangan bimbang, aku perasan kadang2 je..bergantung pada tahap ketirisan sel otak aku ketika itu.


So hari ni aku nak ajak korang main sambung2 ayat. Tak susah..senang je. Aku akan mulakan dengan sebaris ayat, then korang teruskan sambung menggunakan ayat korang sendiri SELEPAS AYAT DARI PENGOMEN TERAKHIR DALAM RUANGAN KOMEN sehingga menjadi suatu cerita. Tiada unsur lucah, sengal2 terlampau sahaja dibenarkan. Buat satu ayat sahaja, dan ruangan komen entry kali ini hanya untuk sambung menyambung ayat semata2. Bila aku berpuas hati, AKU SENDIRI YANG AKAN TAMATKAN CERITA ITU. The next day aku akan publish cerita korang tu. Aku akan backlink 5 blogger yang buat ayat paling kreatif pada aku mengikut situasi jalan cerita. Amacam ada bran? Hehe

Dengan rasa bongkak dan takabburnya, aku mulakan dengan ayat seperti berikut :

Pada suatu hari, sedang aku leka berjalan2, tiba2 mata aku terpandang seorang awek
(ayat aku disambung oleh pengomen pertama sahaja..)

P/s : Aku tau korang memang kreatif tahap lembaga pengarah. So apa lagi..buktikan!

Monday, October 10, 2011

Ni La Mentaliti Orang Kita !!

Assalamualaikum,

Semalam hari sakit kepala sedunia. Baru hari ni korang nampak muka aku kan?Bukan setakat korang, aku sendiri baru nampak muka aku hari ni..kat cermin tandas. Humang aih sakit kemain. Rasa macam kena gigit arnab kat kepala. Err..sakit ke?Aku sendiri tak pernah kena gigit ngan arnab. Uhuk3.

Huh. Sakit2 semalam pun datang gak idea aku nak buat entry ni. Aku nak cerita pasal mentaliti orang kita. Baru2 ni aku ngan kengkawan aku keluar jenjalan, bosan kot dok umah je. Pusing2 tengok muka sendiri.. paling kuat pon tengok muka housemate. Cuba-try-test tengok muka orang lain plak la kan. Then kitorang nampak 2 perempuan bergaduh bagai. Adoyai! Bergasak depan orang ramai pulak tu. Eh ni bergaduh tau.. bukan berbalas pantun! Kaki tangan naik.. tak cukup ngan tu dengan laju je mulut mencarut. Cam buntut ayam lagaknya.


Tapi yang aku kesalkan sikap orang sekeliling yang lebih berminat untuk memerhati daripada menyelesaikan. Do something la! Takkan nak biarkan je, maruah perempuan tu bhai! Mentaliti orang kita suka melihat daripada bertindak bukan setakat ni je. Bila berlaku kemalangan..kalau tak berjujuk kereta beratur semata2 untuk tolong usha je dari jauh memang tak sah, tapi lepas tu sekadar cakap 'La eksiden rupanya' Paling koman pun berhenti tengok nombor plat..mau tikam itu nombor 4 digit! Choiii!!

Bila nampak si tua mahupun wanita mengandung berdiri lama dalam kenderaan awam takde pun rasa inisiatif nak offer seat sendiri. Nampak sampah punya besar..taknak dikutip. Alasan bukan dia yang punya. Tengok mamat selekeh dikatakan muka pecah umah. Apa la dosa mamat tu ngan korang kan? Tu antara mentaliti2 orang kita yang pada aku payah la nak dikikis sekiranya tidak diasuh dari mula. Balik2 mak bapak dan cikgu jugak yang dipersalahkan. Ha! Mentaliti jugak la tu!

Dah aku rimas tengok si minah ni asyik berkocoh je, aku ingat nak pegi leraikan. Yela gentleman macam aku ni mana suka tengok orang pompuan bergaduh cenggini. Tapi kawan aku tak bagi, boleh plak dia kata nak buat hape!! Menyirap aku sekejap. Aku usha kerek.. mata bertentang mata. Aku perasan taik mata sebelah mata kiri dia. Last2 dia cakap 'Der, baik ko duduk senyap2 kat sini sebelum ko kena baling popcorn. Ai tadi ko jugak yang nak tengok citer ni?' Hmm..yela aku tau aku tengah layan BINI BINIKU GANGSTER, mungkin aku terbawak2 perasan emo aku kot. Naluri beb..naluri ke-gentleman aku mana boleh tengok pompuan bergaduh eventhough dalam movie pon. Bila difikir2 balik biarlah.. kali ni je. Lagipun aku dah bayar 8 hengget kat kaunter tadi.

P/s : Mentaliti korang kuat mengatakan aku sengal kan??Chaiit!

Sunday, October 9, 2011

Mak Abah..Along Sayang Kamu

Aku memerhati dari kejauhan. Dalam manusia berasak2 mencari ruang untuk bergerak..mata aku terpaku melihat sepasang anak beranak di tengah2 kesibukan. Kelihatan si anak merengek2 menarik tangan ibunya sambil menunjuk ke arah sesuatu. Si ibu kusam kebingungan..masih lagi berdiri cuba mententeramkan anaknya. Si anak mula menghentak2 dan menangis. Aku lihat si ibu mengeluh sambil membuka dompet kecil berwarna merah.. mungkin membelek2 baki duit yang ada. Si ibu mengukir senyuman.. anaknya membalas sambil si ibu mengesat air mata anaknya pada hujung lengan baju. Mereka berdua menuju ke tapak jualan durian. Oh! durian rupanya yang anak tersebut mahukan. Ya durian itulah yang dimahukan anaknya.. menggantikan sayur2an dan barang dapur yang sepatutnya lebih mereka perlukan. Kenapa? Kerana dialah seorang ibu..


Aku termenung sejenak..apakah akan terjadi kelak sekiranya si ibu merengek meminta anaknya durian seperti yang aku lihat tadi?Adakah anaknya mampu tunaikan hasrat ibunya sepertimana yang telah ibunya korbankan hari ini? Mampukah si anak memeluk ibunya erat2 dan memujuk akan membawa durian sebagaimana yang diminta? Mengesat air mata ibunya.. berkata yang baik2 sahaja, tidak meninggi suara? Apakah jaminan yang anaknya akan berbuat seperti apa yang ibunya lakukan hari ini?? Siapa mampu berikan jaminan? Siapa?

Tak perlu lihat orang lain..tanya diri kita sendiri. Apakah jasa bakti kita selama ini merupakan yang terbaik pernah kita curahkan kepada orang tua kita? Aku akui.. aku sendiri tidak mampu lakukan yang terbaik.. tetapi aku masih terus mencuba. Jasa orang tua itu terlalu besar bagi aku..sehingga aku merasakan satu beban yang maha berat untuk membalas segala jasa bakti dan pengorbanan mereka. Pernahkah mereka minta kita untuk membalasnya? Tak.. tidak sama sekali bukan? Acapkali mereka ucapkan asalkan kita hidup bahagia, seringkali mereka harapkan anak2nya cukup makan pakai. Tapi ketahuilah yang hakikat sebenarnya mereka  menagih sekelumit perhatian daripada kita.. anak2nya, darah daging waris keturunannya..

Aku sayangkan orang tuaku. Sayang aku bukan sekadar lafaz tanpa makna, mendabik dada dengan kerjaya entah apa2! Selagi ada kudrat, selagi mengalir keringat..aku cuba curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Aku bangga dilahirkan sebagai anak mereka. Walaupun hidup kami tidak sesempurna mana.. tapi aku tetap membesar di dakapan erat abahku, aku tetap ditatang dibalik jerih peluh emakku. Jejari kasar itulah yang pernah menyuapkan nasi ke mulutku.. tangan yang sama itulah yang tidak henti2 menyikat helai rambutku.. nyanyian mereka jualah yang menemani di setiap malam2ku. Aku takkan pernah lupa! Takkan kubenarkan sama sekali!

Andaikata ditakdirkan umurku singkat.. aku redha. Cabutlah nyawaku Tuhan, kerana aku tak pasti yang aku mampu hidup tanpa mereka di sisi. Bawalah aku menemuiMu terlebih dahulu Tuhan, kerana hidupku kurasakan mati memerhati setiap kenangan indah bersama orang tuaku di sini. Aku pasti puas, padaku hayatku ini berbaloi semata2 untuk melihat mereka terus mengorak senyum. Itu sudah cukup memadai bagi aku sebagai seorang anak, seandainya aku dipanggil untuk pergi buat selama lamanya suatu masa nanti.

'Mak abah.. Along sayang kamu'

P/s : Kita akan mula belajar menghargai sesuatu sekiranya kita mula rasa akan kehilangannya..
         Hargailah mereka selagi mereka masih ada

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com