Assalamualaikum,

Pernah suatu ketika dalam perjalanan ke Utara tanahair, aku berhenti di sebuah kawasan rehat yang dirahsiakan lokasinya. Pantau punya pantau, ada satu port kedai yang kurang pengunjung. Dengan membawa hati sesuci minyak Seri Murni: sungguh suci.. sungguh murni aku pegi la kedai tu meng-order makanan.


Abang kedai : ye dik nak makan ape? Masakan panas ada.. masakan berlauk pun ada
Aku : Saya nak nasi campur la. Ayam ni berapa rege bang?
Abang : pergh usah cakap dik. Lauk2 abang semua terbaik dari ladang. Ayam ni baru je semelih. Kalau adik perasan tadi, kepak ayam ni gerak2 lagi. Nasib takde kepalanya kat sini.. kalau tak mau dia berkokok!
Aku : Err tapi.. berapa hengget??
Abang : Jangan risau pasal rege dik. Paling murah, lagi murah dari Mydin nih! Ayam ni 3 hengget je.

Boleh tahan harga.. harga standard kedai makan yang biasa2 aku jumpa. Tak fikir panjangla, order air suam, amik ayam goreng ngan cedok kuah asam pedas je. Aku memang suka makan nasi kuah banjir. Aku makan sorang, so tak amik masa yang lama la. Jauh lagi nak jalan nih

Aku : Berapa rege ni bang?
Abang : murah je dik, 6 hengget.
Aku : Erk!! Ayam goreng, nasi putih ngan air suam.. sampai 6 hengget?
Abang : Haah dik, sesudu kuah 20 sen. Adik amik 10 sudu tadi, so kuah 2 hengget!
Aku : *Tak terkata apa2

Macam2 cara orang nak cari untung. Katanya murah, diskaun bagai tapi percayalah pasti ada caj tersembunyi. Untung rugi mereka pun. .kita sebagai pengguna serah leher je la tunggu disembelih. Nasihat aku hati2 je la ye, bukan semua orang disekeliling kita berhati baik macam kita.

P/s : Tak hairan lah kedai abang tu sunyi sepi..