Kau Pergi Juga Andak..

Assalamualaikum,

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini..

Bait2 lirik Pelangi Petang nyanyian allahyarham Sudirman kerap bermain2 di fikiran aku ketika ini. Maaf dalam tempoh 3-4 hari kebelakangan ni aku menyepi. Jiwa aku kosong sekejap. Fikiran aku melayang entah ke mana. Lebih banyak menyendiri di dalam bilik. Entah mungkin aku terasa kehilangan sesuatu yang sukar untuk aku lepaskan.. dan aku masih belum dapat terima kenyataan.

Tahun 1995
"Tahniah Along di atas keputusan cemerlang UPSR". Aku tersenyum lepas dapat kad yang disertakan sekali dengan hadiah UPSR aku. Wah giler kentang!! Skateboard. Yela time tu apa lagi yang boleh aku katakan, memiliki skateboard sendiri aku rasakan sangat gembira dan teruja. Itulah hadiah paling grand pernah aku dapat atas pencapaian peperiksaan aku selama 12 tahun aku hidup. Lebih2 lagi daripada Andak aku.. seorang cikgu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran aku..pelajaran anak2 buahnya yang lain. Aku makin bersemangat untuk lebih berjaya lagi..

Tahun 1998
"Tahniah Along", ucapan tahniah daripada Andak tak pernah lekang daripada mulutnya apabila aku sekali lagi memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam PMR. aku dapat lihat jelas terpapar senyuman bangga dan gembira terukir pada wajahnya. Aku turut gembira yang aku punyai seorang pakcik yang begitu supportive akan hal2 akademik anak2 buahnya. Aku berasa Andak begitu rapat di dalam hati aku..

Tahun 2010
"Along amacam? Kerja macamana?", Andak memulakan perbualan. Aku balas pertanyaannya. Bila makin dewasa ni, tetiba rasa malu ngan Andak. Entahla tak tau kenapa.. mungkin disebabkan faktor usia yang makin meningkat dan jarang berpeluang berbual sama. Aku tergelah kecil apabila Andak beria2 untuk memperkenalkan aku dengan anak muridnya, seorang guru. Tapi aku tolak secara baik. Andak senyum memahami maksud yang cuba aku sampaikan..

14 Januari 2012
Pak Ucu memaklumkan yang Andak ada mengatakan kepadanya yang dia tak dapat pergi ke Rompin nanti. Masing2 mula terpinga2 tetapi tak siapa tahu kenapa dia membuat keputusan sedemikian. Setahu mereka Andak lah yang merancang perjalanan ke sana nanti. Tapi masing2 menghormati keputusan yang dibuatnya hari itu..

15 Januari 2012
Pukul 3 pagi, aku mendapat panggilan daripada abahku mengatakan yang pakcik yang amat aku hormati dan sayangi baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sewaktu dalam tidur. Aku dalam keadaan mamai tergamam, tak tahu samada itu adalah betul2 kejadian ataupun mimpi semata2. Andaikata itu mainan mimpi.. cepat2la kejutkan aku dari lena sebab aku betul2 tak boleh terima hakikat kehilangan seorang pakcik yang begitu akrab dan dihormati dalam keluarga mahupun masyarakat. Aku tersandar memerhatikan fon.. air mata mula bertakung di kelopak mata. Jiwa aku mula kosong..


Arwah meninggalkan kami pada usia 49 tahun, pergi meninggalkan seorang isteri dan anak2 yang masih muda remaja.. masih mentah untuk mengenal kehidupan. Aku lihat anaknya yang paling kecil gembira bermain2 di laman.. mungkin masih tidak mengerti yang dia kini sudah tidak punyai bapa lagi. Walaupun cuma dibezakan dengan hubungan pakcik dan anak saudara.. arwah aku anggap sebagai bapa aku sendiri.. seorang cikgu dan seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Besar sungguh jasa baktinya terhadap masyarakat.. dan sehingga kini aku masih belum dapat menerima kehilangannya dalam keluarga

Apa yang mampu.. aku sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham Bahari Bin Ahmad, Andak yang paling aku sayangi semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana. Al Fatihah


P/s : Ye mati itu pasti, cuma kita tak pasti bila pula masa untuk diri kita pula..

43 Comments

  1. takziah bro...aku baru tau..semalam

    ReplyDelete
  2. tahziah buat keluarge awak apzal..Al-fatihah..!!!..semoge roh nyer ditempatkan dalam kalangan orang-orang y beriman..aminnnn..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    takmo sedih-sedih..takmo-takmo >__<

    ReplyDelete
  4. takziah...al-fatihah. semoga roh nya dicucuri rahmat..mati itu pasti afzal. hanya masa dan waktu yang menentu kan nya..

    ReplyDelete
  5. takziah... al-fatihah saya sedekahkan untuk arwah andak awak...

    ReplyDelete
  6. takziah untuk afzal..
    kuatkan semangat ye..

    ReplyDelete
  7. takziah..... al-Fatihah untuk arwah..:(

    ReplyDelete
  8. takziah apzal. semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang yang soleh. alfatihah.

    ReplyDelete
  9. takziah dari remy...
    mOga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg terpilih..... amin
    Al Fatihah ...

    ReplyDelete
  10. innalillah, takziah utk anda sekeluarga... AL-Fatihah

    ReplyDelete
  11. takziah utk afzal sekeluarga...semoag redha dengan kepergian dia. jgn lupa bykkan berdoa semoga arwah tenang di sana.

    ReplyDelete
  12. takziah untuk afzal dan family.al-fatihah...

    ReplyDelete
  13. takziah

    al fatihah~

    yang hidup pasti akan mati, tak kira bila dan bagaimana. .

    ReplyDelete
  14. As salam,

    Inalillahi....semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh pakcikmu kawan...

    Lepaskanlh, walau ianya mmg perit...tabah k.

    ReplyDelete
  15. al fatihah.
    bawak bersabar ye afzal. :/

    ReplyDelete
  16. sedih bro..:(..takziah..

    hope bro tabah harungi hidup ini dan segala nasihat dan bimbingan dia, bro kena la amalkan..:)..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  17. takziah....semoga lebih tabah...

    ReplyDelete
  18. yang mati memang pasti. yang pergi tetap pergi ..

    ReplyDelete
  19. Innalillahhi wainnarojiun... salam takziah

    ReplyDelete
  20. innalillahi wa inna ilahi roji'un....

    ReplyDelete
  21. TLDR tapi aku teruskan jugak.
    penuh bermakna..

    ReplyDelete
  22. takziah zal, mama pun tahu isnin pagi di sekolah..ckgu kat skola sama belajar dgn arwah..terkejut jugak mama sbb mmg kenal dgn arwah..masa dia di pusat kegiatan guru lagi n pastu dia ke sk serkam slpas grade...apa yang mampu hanya mama sedekahkan pahala bacaan Alfatihah......semoga rohnya dicucuri rahmat....

    p/s dlm 3 bln lepas,rakan arwah di bahagian teknologi pendidikan melaka pergi meninggalkan kita dalam usia yang muda akibat sakit jantung...baru seorang anak..Al fatihah jua untuk allahyarham en.Mohd hafiz bin paijo

    ReplyDelete
  23. Dari Allah kita dtg dan kpdNya jua kita kembali..
    salam takziah dri saya.. cuma dpt pesan supaya afzal bersabar..

    ReplyDelete
  24. salam takziah untuk keluarga..
    alfatihah..

    tok ketua jgn sedih2 ye ..

    ReplyDelete
  25. takziah buat abg long dan keluarga.

    al-fatihah utk arwah...moga di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...

    ReplyDelete
  26. salam takziah afzal..shida pun "andak" juga dlm famly huhu..

    ReplyDelete
  27. takziah afzal. stay strong. semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang2 beriman. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  28. Salam Takziah..
    Al-Fatihah..moga rohnye dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  29. takziah...
    Alfatihah utk arwah..

    moga kuat & tabah..:)

    ReplyDelete
  30. takziah bro,alfathihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  31. Takziah.. Al-fatihah :(
    semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    Teringatkan kat arwah pakcik aida, yg aida paling syg.. Satu2 pakcik yang rapat ngan aida :(

    ReplyDelete
  32. Takziah afzal.. Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman. Amin

    ReplyDelete