Mari Belajar Bahasa Purba

Assalamualaikum,

Bila aku berborak2, aku ada gunakan beberapa perkataan tapi malangnya tak difahami oleh kanak2 riang zaman sekarang. Yeah aku gunakan bahasa slenga, bahasa yang digunakan sewaktu pertembungan budaya di antara Zaman Neolitik dan Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ada dikarang dalam batu bersurat dan manuskrip lama. Jadi intipatinya aku terjemahkan di sini atas ihsan Bernama.

Baiklah anak murid, cikgu akan ajar beberapa perkataan, dengan maknanya sekali. Tumpukan perhatian dan soalan2 ini akan dimasukkan ke dalam peperiksaan penilaian akhir kelas lompat darjah 5.Sape gagal maka pasti gagal dalam hidup.


Sungkit
Maknanya : mencucuk lobang punggung dengan menggunakan ibu jari kaki dengan halaju maksimum 20km/j dengan niat bergurau
Contoh ayat : Ekau jangan nak bergurau dongan den..kang tak pepasal den sungkit buntut ekau, berak berdiri ekau nanti!

Jeke
Maknanya : Past tense bagi keje. Keje (present tense), Jeke (past tense), Jekes (past participant)
Contoh ayat : Semalam ko tak jeke ke Muhailim? Semua orang tunggu ko nyanyi lagu Negaraku sama2.

Muahehey
Maknanya : Seseorang yang gelak kuat2 untuk cover bunyi kentutnya
Contoh ayat : Ahmad Subkhi perasan ada seseorang sedang muahehey di dalam panggung wayang ketika menonton cerita Sarkis itu

Tuyik
Maknanya : membuat muka sedih yang sangat buruk macam taik
Contoh ayat : "Dah2 jangan ekau nak ngegado buek muka tuyik kat sini..omak takkan terpongaruh yo", kata Nona Roguy kepada anak susuannya itu

Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin
Maknanya : sendawa busuk bau lobang pusat
Contoh ayat : Woi busuk gilababeng ko Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin Tasnim! Ko makan bangkai ke hape nih??
(perkataan ni sudah lama pupus kerana terlalu panjang dan pernah dinobatkan perkataan paling panjang maknanya di dunia dengan makna yang pendek lagi vangang)

Kutilpan
Maknanya : lobang idong yang tersangkut pada bucu meja
Contoh ayat : Ha kan cikgu dah pesan jangan dok lari2 dalam kelas. Tengok kan dah kutilpan ni.

Logayaton
Maknanya : Lari dalam guni 4x100 berganti2 mengepit batu giling di ketiak dengan mengenakan spender kedap udara saiz xs
Contoh ayat : Bapak aku hebat. Dia memenangi pingat emas dalam acara logayaton peringkat Daerah dengan cacatan masa 14 saat sahaja. Tu siap buat extra pusingan padang lagik!

Oklah murid2 tu antara perkataan2 yang kita belajar hari ini. Jadi gunakanlah sebaik2nya ketika di rumah, di pejabat mahupun ketika mengurat. Aa a aa~ jangan lupa sertakan sekali ekspresi muka, kedua tangan di bahu dan mata memandang ke atas. Selamat mencuba :)

Fobia aku kalau cikgu aku macamni!Kompom musnah hidup aku



P/s : Amaran : kanak2 bawah umur sila dapatkan bimbingan orang dewasa. Kalau tak melingkup nak bangsa!

44 Comments

  1. kahkahkah.. pening kepala nak hafal masuk exam ni.. Maaf tok, bukan niat nak menganjing atau apa..niat saya ikhlas..mana nak tau..tok guna bahasa yg dah pupus :P

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha.. adohaii.. gelak guling2 bace.. tok keua ni haii..

    ReplyDelete
  3. bahasa purba ko yg no5 tu aku tobat dah takmo sebut...tergeliat berbelit2 lidah aku sebut dia tahu! susah nak rungkai...:P

    ReplyDelete
  4. wah baik di kopy untuk budak2 gua ni hehe.. tanks bro..er tapi yg no 5 tu panjang sangat lah nak berbelit lidah gua nak bace..hahaha.. betul ke tu bro?../:)

    ReplyDelete
  5. failed la gua macam nie.. susah gila ayat dia, maksud dia je dah panjang. Tension betul belajar dengan tok ketua nie..

    ReplyDelete
  6. no 5 tuh tak muat nak bubuh dalam kamus dewan bahasa pustaka haha..kelakar betul bahasa2 purba ni..

    ReplyDelete
  7. berbelit lidah aku sebut perkataan yang n0 5 tu..sungkit tu syok buat masa kawan2 tgh rukuk atau sujud

    ReplyDelete
  8. tok ketis masuk kan la sekali..
    senang nak wat rujukan :P

    ReplyDelete
  9. kena buat spell it right competition.... ayat no 5..
    hadiah 1 juta.....kah3

    ReplyDelete
  10. sebagai seorang guru..jaja mesti pertimbangkan penggunaan perkataan2 baru nie. kang bulan 3/4 blh bwk masuk parlime.. supaya semua ahlul kabinet membuat muka tuyik

    ReplyDelete
  11. kenapakah contoh di dalam loghat n9? jahanam bhsa aku huhu :P

    ReplyDelete
  12. hai...takde jeke lain ke buat kelas bahasa ni tok ketua?? :)

    ReplyDelete
  13. poning kepalo den ni ha..xdo jeke den nak menghapal semuo ni

    ReplyDelete
  14. okay...ilmu ni sgt berguna...hahaha...cmne nak ingt perkataan baru..adoiii

    ReplyDelete
  15. sungkit tu yg mcm naruto buat kan. haaa... tahu2. aku pernah buat masa zaman purba dlu.

    ReplyDelete
  16. first time d0ngar bahasa2 nie...
    Tak bagi adik bace.. takut die terikut dlm karangan BM.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. kahkahkahkahkah sentap sampai buat entry ye tok ??? haha

    ReplyDelete
  18. apa kena la ngan adik aku ni.zal demam ek..kena makan ubat budak nih..kat sini aka tulis nama ubat nanti zal pegi beli ye..

    nama ubat : kalalakuki!@#$%pajukihhaktui

    nama klinik : DOKTOR AH THONG SAM PAH AND THE GANG

    Alamat klinik : nombor 400 tiga suku, jalan harimau kaki cacat, 09000, simpang menuju maut, negeri wilayah burung hantu tak dok gigi

    ReplyDelete
  19. hahaha..gagal la sy mcm ni tok ketua..nk hafal 1 1 pkataan pon mmkan masa y lama..

    tak da yang pelik lagi ke?

    ReplyDelete
  20. abislaa saye cikgu..komfem gagal hidup saye pasnieh...

    ReplyDelete
  21. whoa unik ekk bahasa purba nie...blh guna pakai lagi ker zaman la nie hihii...

    ReplyDelete
  22. bhasa purba mcm kat filem jack and jill uh..hahaha

    ReplyDelete
  23. panjang gila word tu. nak sebut dengan sekali nafas pun semput. hoho.

    ReplyDelete
  24. Kutilpan paling power sekali . haha .

    ReplyDelete
  25. apzal tok batin...puak asli mana ni??ish2..

    ReplyDelete
  26. wah pelajaran baru la tok ketua..teheeee~~

    ReplyDelete
  27. nak kena penampo la dak afzal ni..sakit tau mulut gelak gini...

    ReplyDelete
  28. kesengalan masih terasa sampai ke lobang pusat.

    ReplyDelete
  29. baru ada niat nk bljaor btol2. apelah abg busuk ni!

    ReplyDelete
  30. Aku rasa bahasa2 slanga yang ni dah pupus dah...

    ReplyDelete
  31. cuma sungkit je yang selalu ain guna.. perkataan lain tu tak tahu la benda alah apa kan

    ReplyDelete
  32. jeke. skrg dah tukar jadi keje kot!

    ReplyDelete
  33. haha..baru tau adanya perkataan2 ni.. :D

    ReplyDelete
  34. hahaha..perkataan pertama tu jek yg selalu dengar.yang lain ini kali pertama.huhu=.=

    ReplyDelete
  35. hahaha. perkataan paling panjang tu palng tak tahan!

    ReplyDelete
  36. confirm gagal dlm hidup gara2 gagal menyebut & mengeja perkataan no.5 dengan sebaik mungkin...hahahaha

    ReplyDelete
  37. punye laa panjang nak nyebut...huhu

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah semua ayat ni kami guna dlm ujian sekolah rendah dan dpt A..tq gucik afzal

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah semua ayat ni kami guna dlm ujian sekolah rendah dan dpt A..tq gucik afzal

    ReplyDelete
  40. perghh..bau Pendumanurungsilambampapanturigaisemputipangnilamsariapudin siakk.. :P

    ReplyDelete
  41. haha logayaton ingatkan ada kaitan dengan gayat :D

    ReplyDelete