Sekarang Korang Percaya Tak?

Naiemah tersengguk2 beberapa kali. Ai kalau diikutkan hati maunya dia tarik selimut tapi apakan daya setiap kali hendak melelapkan mata, muka garang Puan Maimun terus menempelaknya agar kembali ke meja study. Dia trauma acapkali melihat rakan2 sekelasnya diherdik, dilempar kembali buku2 latihan dengan tugasan masing2 yang belum selesai. Naiemah mengeluh panjang.. dia cemburu melihat roomatenya sudah lama diulit mimpi. Pasti asyik lebih2 lagi kelihatan sesekali roomatenya tersengih2 ketika tido.

Naiemah bergerak ke koridor.. lengang. Dia mundar mandir sendirian dan akhirnya menghampiri pintu bilik Asma, salah seorang rakan kelasnya. Bila pintu bilik dikuak, kelihatan Asma, Cha dan Diana duduk berteleku mengadap antara satu sama lain. Naiemah termangu seketika, tapi lamunannya terhenti tatkala disapa Cha. "Ko ok ke ni Naiemah? Jangan kata ko pun..", ayat Cha terhenti di situ. Naiemah mula memandang Asma dan Diana. Masing2 membatu tanpa kata. "Apasal plak korang ni? Semacam je semua? Ada pape yang tak kena ke?", Naiemah mula bersuara. Akhirnya tangannya ditarik Asma lalu merapati mereka. Cha yang dari tadi memerhati koridor lantas menutup pintu..

"Ko takde dengar pape cerita ke lately?", tanya Diana membuatkan Naiemah sedikit berkerut.. sekadar menggelengkan kepala. "Aku dengar pasal blok lelaki kena 'ganggu' semalam. Aku tahu ni pun sebab si Safarin bagitau", beria2 Diana menerangkan sambil yang lain hanya memaku memberi perhatian. Naiemah buntu, petang tadi roomatenya pun ada cerita pasal perkara tersebut tetapi disebabkan dia nak cepat ke library menyiapkan assignment.. ceritanya hanya separuh jalan. Tertangguh.

"Apa yang kau tahu?", Naiemah mula menunjukkan rasa minat. Keadaan hening seketika, tiada siapa mahu bersuara. Masing2 hanya mengharapkan antara mereka ada yang berani bersuara. "Hantu tanpa kepala lagi!", akhirnya Asma meluahkan perkara sebenar. Jawapan tersebut dibalas dengan hilai tawa kecil dari Naiemah. "Hehe apsal la korang ni. Since kita dari form 1 kita dok dengar cerita ni. Still percaya lagi? Come on la guys!", Naiemah menyindir sinis, yang lain hanya mencuka. Damn!

Sedari dulu lagi kisah hantu tanggal kepala cukup sinonim di Sekolah Abu Bakar Baginda seolah2 taboo kepada setiap pelajar junior yang baru mendaftar. Mereka sering dimomokkan oleh pelajar2 senior tetapi kisah itu hanya omongan kosong. Pelbagai versi cerita sudah mereka dengar, sehingga satu tahap boleh dibukukan tetapi masih tiada bukti yang mengesahkannya. Hantu itu dikalangan mereka, akan menanggalkan kepala sendiri. Bila mengenangkan kisah tersebut, Naiemah menjuih, mula bangun untuk beredar meninggalkan Asma, Cha dan Diana dalam keadaan terpinga2. Siapa mau percaya tanpa bukti?

Belum sempat Naiemah memulas tombol pintu bilik, tetiba pintu tersebut diketuk dengan kuat dari luar. Naiemah tersentak, sedikit kebelakang. Terdengar satu suara memanggil Cha dari luar. Cha yang sedari tadi berteleku hanya berdiam diri di penjuru katil. Nak taknak Naiemah membuka pintu, kelihatan Suffi termengah2 memegang lutut. Naiemah dan yang lain tercengang.. melihatkan Suffi seperti baru selesai berlari keliling padang. Naiemah terus menarik Suffi masuk ke dalam bilik dan menenangkannya. Suffi masih tidak bersuara menyebabkan mereka yang lain bertambah bimbang.. Mesti ada sesuatu yang berlaku!

"Naiemah tolong aku.. aku takut!", Suffi mula merayu. Naiemah kaget. Yang lain pula sekadar memerhati dari sudut bilik. Tak berani menyampuk..sekadar mendengar. "Naiemah.. aku dah jumpa 'benda tu' masa balik prep tadi! Hantu Tanggal Kepala! Hantu tu memang ada Naiemah!", Suffi cuba meyakinkan Naiemah tetapi hampa. Naiemah hanya membalas dengan senyuman sinis. "Ai ko pon sama? Kenapa dengan korang ni? Tadi bebudak ni.. sekarang ko plak? Lagi horror ko sendiri mengaku yang ko jumpa 'dia'?", Niemah tergelak kecil. Suffi yang dari tadi mengharapkan sokongan kini mula menangis. Ternyata Naiemah tak percayakan ceritanya!

"Betul Naiemah, Cha, Diana, Asma. .aku jumpa dia. Sumpah aku tak tipu. Dia tanggalkan kepala dia macam ni..", tiba2 Suffi mencabut kepalanya dan letakkan di sisi. Naiemah yang sedari tadi tersengih2, mula terkulat melihat kepala Suffi dengan mata terkelip2 memandangnya. Cha pengsan, Diana dan Asma terus sudah lari lintang pukang terjerit2 macam kena histeria. Naiemah menggigil melihat kepala Suffi masih menangis memandangnya. Dengan kudrat yang ada dia berlari longlai menuju ke biliknya. Lututnya dirasakan begitu lemah. Dirasakan jarak biliknya dari blik Cha terlalu jauh padahal selang 3 buah bilik sahaja. Puas diketuk2 pintu biliknya agar roomatenya sedar. Kelihatan susuk tubuh Suffi keluar meraba2 keluar dari bilik Cha sambil menggendong kepalanya.


Naiemah menangis malah semakin kuat tangannya menghentak2 daun pintu. Suffi yang tadi di muka pintu bilik mula bergerak merapatinya.. masih menangis meminta simpati agar Naiemah mempercayainya. Tiba2 pintu biliknya terbuka lantas Naimah dengan pantas masuk dan mengunci bilik. Roomatenya memerhatikannya dengan perasaan sedikit hairan, sambil menguap beberapa kali. Mungkin kerana tidurnya diganggu. "Ko ni kenapa mate? Apa kena ngan ko?", tanya Sadila, roomate Naiemah tatkala melihat Naiemah menggigil ketakutan. "Mate ko tak dengar ke kitorang jerit2 tadi? Suffi mate.. Suffi. Dia tanggalkan kepala! Dia hantu tanggal kepala", Naiemah bersuara deras tapi sedikit menggeletar. Mukanya pucat, baru kini dia tahu hantu itu benar2 wujud.. bukan lagi omongan kosong.

"Serius? Tu la ko aku dah bagitau.. cerita tu betul. Ko je tak nak percaya. Tapi aku tak sangka pulak Suffi tanggal kepala sendiri. Takkan pulak dia hantu?", Sadila musykil, berkerut2 dahinya memandang Naiemah. "Betul mate.. mula2 kitorang pun tak percaya, tapi bila dia tanggalkan kepala dia macamni baru aku tau dia hantu!", dengan tak semena2 Naiemah mencabut kepalanya dan meletakkan di sisi. Sadila lantas menjerit lantang.. melihatkan roomatenya Naiemah kini tanpa kepala. Pandangan Sadila kelam, sebelum matanya terpadam.. dia sempat menangkap kata2 dari 'roomate'nya itu. "Kau percaya aku tak mate?" Akhirnya pandangannya menjadi hitam.. legam dan dia sendiri tidak tahu akan kesudahan cerita disebalik malam tersebut

***************

Adila duduk memandang kedua ibu bapanya. Sesekali pandangannya dijatuhkan ke lantai. Dia dihantar pulang kerana kesihatannya terganggu. Di dalam kepalanya bermain2 wajah Naiemah tanpa kepala. Dalam banyak2 versi cerita, dia teringat satu versi terpencil yang mana apabila seseorang yang melihat hantu tanggal kepala tersebut.. akan turut menanggalkan kepalanya sendiri. Jadi yang menjadi persoalan di benaknya siapakah hantu sebenarnya? Adila masih diam membisu.. dikunci mulutnya rapat sadaya upaya untuk tidak memberitahu apa2 sedangkan ibu bapanya sedang menunggu penjelasan daripadanya. Adakah nasibnya seperti Suffi dan Naiemah? Menanggalkan kepala di sisi baru mereka percaya akan ceritanya???

38 Comments

  1. kahkahkah habis semua nak tanggal kepala ni tok . apa kes . haha kelakar gua baca . yang penting , gua tak nak tanggal kepala gua de ! haha

    ReplyDelete
  2. kat mana ada jual spare part utk urat kentut ek? urat kentut wa putus la tadi. gelak byk sgt.

    ReplyDelete
  3. hehehehe...jaga2 la malam ni..kepala melayang2 kat bilik

    ReplyDelete
  4. ooo..jadi diorang main acara cabut kepala beramai-ramai laaa...baru ku tahu..

    ReplyDelete
  5. waaa..watak utama,,,yes..!!
    tapi psai pa kpla aq kena tanggal :(

    ReplyDelete
  6. Selepas ini jgn tak percaya kalau diorg merancang nak buat pesta cabut kepala besar-besaran pula...

    ReplyDelete
  7. agak agak kalau yang membaca ni tanggal kepala gak ke?seraaammm

    ReplyDelete
  8. kahkahkah.. dila dihantar pulang,,

    mmg trbaik la tok! *trcri2 bolat takde brsama =="

    ReplyDelete
  9. hhahahhhhaha..kepala kene tanggal? aguyaaiii..

    ReplyDelete
  10. hah elok! da sume men tanggal2 kpala... adkah aku pon bileh tanggal kpla bila baca citer nih?

    ReplyDelete
  11. pasni time ghatering..
    wat pertandingan cabut kepala eh tok :D

    ReplyDelete
  12. Err..sib baik tak tanggalkan kepala jugak.. Sadilla. anda yang terakhir nampak..potensi anda memang besar.. Nanti masa gathering jangan gatal-gatal nak cabut kepala..abes semua orang nanti cabut kepala.. huhu, GBS nanti dikenali sebagai GTK (Geng Tanpa Kepala) pulak :P

    ReplyDelete
  13. geng tanpa kepala.hhm cool jugak, nanti tok ketua boleh tukkar nama kampung kita kat pejabat tanah tanpa kepala..hoho

    ReplyDelete
  14. hahahaha...

    haha..

    gelak bersama hidung tersumbat, mata berair, tekak perit nak batuk angsa.kikiki

    ReplyDelete
  15. terpaksa nak bagi percaya kena tanggal kepala...huhuhu

    ReplyDelete
  16. aisehhh xseram! nk lg serammmm!!

    ReplyDelete
  17. huh..
    x caya langsung aku..
    hahaha.

    ReplyDelete
  18. nak kena tanggal kepala nie.....
    baru korang percaya yg aku tak percaya.... he3

    ReplyDelete
  19. huahh seram pulak,
    boleh pulek macam tu kuikuikui xD

    ReplyDelete
  20. jap2....seb baik kepala mama masih ada lagi nih...huahuhua....

    ReplyDelete
  21. hulamak tok main cabut kepala bagai tok..

    x sangke monen jadi watak utama hantu penanngal neyh tok..

    suspect same tok bleh wat story mory macam neyh...


    haaa dila... ko xkan x nak tanggal kepala sekali kowt..
    nanti org x percaya.. haha


    monen suke tok :)lagi part yg neyh : kelihatan Suffi termengah2 memegang lutut. Naiemah dan yang lain tercengang.. melihatkan Suffi seperti baru selesai berlari keliling padang. Naiemah terus menarik Suffi masuk ke dalam bilik dan menenangkannya.


    hahahhaaaa..

    ReplyDelete
  22. hahhahahaaaa.. hantu cabut kepala... bahaya nie... sapa yang ada roomate tu malam nie try cabut kepala roomate korang... klu xtercabut tu maknanya manusia lagi laaa... hahahhahahhaaa

    ReplyDelete
  23. dah semua pakat duk tanggal kepala, semua la hantu. hahahaha

    ReplyDelete
  24. ni kalo prgi filem, genre yang sesuai adalah seram komedi.. hehe

    ReplyDelete
  25. habis la satu sekolah kerja dok tanggal kepala je..muahahahah...

    ReplyDelete
  26. hahaha habes sume org pon nak tanggal kepale..habes sape hantu yang sebenarnye?haha :P

    ReplyDelete
  27. macam tanggal kepala patung je..mudah sgt.

    ReplyDelete
  28. siapa hantu tanggal kepala yang sebenarnya ea? misteri sungguh cerita nie..lawak2. haha..

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Tak habis ni dok tanggal kepala je hahahahahahah

    ReplyDelete
  31. rasa macam misteri jer awal2 tue alih2 last jadi lawak plak...blh buat skrip utk komedi seram nie... =)

    ReplyDelete
  32. berbakat lah! haha.. kelakar~

    ReplyDelete
  33. hadoi.. nampak tkade kepala je trus tutup takmo baca.. hadoiii jgn ler cter hantu. HAHAHA

    ReplyDelete