Coretan Buat Kawan

Assalamualaikum,

Sekarang aku rasa lain, tak macam selalu. Kau kawan aku.. tapi asing dalam dunia aku. Bukan kau sorang, sebelum ni pun banyak kali dah terjadi. Bila kebenaran dah diketahui.. aku mula rasa terpinggir. Sebab tu la aku lebih prefer tidak memberitahu apa2 daripada aku kehilangan seorang kawan lagi. Sebab aku lebih tahu apa yang kau tak tahu.

Aku tak mampu berbuat apa, walaupun kau menafikan yang kau sedang menjauhkan diri. Aku kembali kekok. Takpe lah aku dah lali, seseorang datang pergi dalam hidup aku bukan sesuatu yang asing. Siapalah aku nak buat sebarang keputusan. Orang sudi berkawan, aku dah cukup bersyukur. Seluas2 rahmat Allah dah berikan. Bersyukurlah Afzal ke atas nikmat.

Ketahuilah Afzal, dalam menjalani hidup, kau perlu redha. Setiap apa yang Allah tentukan pasti ada sebab yang adakalanya kau sendiri tak dapat mengagak kenapa. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kau. Apa yang perlu kau lakukan, buat yang terbaik dan ikhlaskan diri.. supaya satu hari nanti pasti ada sahabat kau yang dapat melihat melalui mata hati. Aku berahsia bukan kerana aku suka2.. tapi kerana aku tahu pasti akan ada kesan disebaliknya nanti. Aku berahsia sebab aku tak mahu kehilangan sesiapa lagi..

Kepadamu kawan.. trimas tak terhingga kerana masih menerima diri aku seadanya. Walaupun sekejap, aku gembira. Sekurang2nya ada sesuatu yang mampu aku ceritakan nanti kepada kengkawanku yang lain.. dan aku bangga mengatakan yang aku punya kawan hebat seperti korang :)

Cukup sampai sini. Salam sayang dari aku.. walaupun aku tau ada antara korang tak rasa sebegitu :)





P/s : Aku kawan sampai mati..

41 Comments

  1. kawan jadi lawan..tak best macam tu..
    itu ke kawan??

    ReplyDelete
  2. erkk kenapa sampai jadi camtue...

    xper2, sy setia menjadi kawan awk selama2nya... =)

    ReplyDelete
  3. kita pun nak jadi kwn awk slmanya..hihi ^_^

    ReplyDelete
  4. kekdg, org pergi tanpa beritahu sebab...kekdg, lbh baik xtau. dan ad jgk yg beritahu. papepon...akan datang yg lbh baik kan?? hehe^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar ramai kawan.... jngn ramai lawan.... sekali berkawan. selamanya kawan.... dikatakan lbih bik x tahu... sbagai kawan sejati insyaallah die bleh mmrima baik dan buruk sahabatnya.... ( tht only my opinion la. maaf lau x sesuai..n mnx tnjuk ajar..)

      Delete
  5. carilah sahabat susah senang :) wlaupon payah mncari shabat..pasti ada wlaupon 1 :)

    ReplyDelete
  6. tapi zamn sekarag definisi kawan tu dah lari dari maksudnya.. sbb kebnyakan kawan tu just nak memperoleh keuntungan dgn berkawan dgn kita

    ReplyDelete
  7. biarkan dia pergi afzal.....
    kiteorg masih kawan kamu.... tanpa disedari.....
    percayalah... lepas nie afzal akan dapat lebih ramai kawan lagi......mungkin lebih baik dari yg dahulu....

    ReplyDelete
  8. untungnya dapat kawan mcm afzal :)

    ReplyDelete
  9. I've learnt that we don't have to change friends if we understand that friends change.

    pssttt. what's the secret?

    ReplyDelete
  10. hanya Tuhan yang Maha mengetahui..bersabar dan sentiasa memohon kepadanyA

    ReplyDelete
  11. kawan tetap kawan..tapi sampai bile nak merahsiekan..rahsie perlu diberitahu jike bende itu mendatangkan mudarat satu mase nanti..sekarang, nasik sudah jadi bubur..=) pikir2 kan lah wahai apzal..


    p/s : mcm tau2 jekan ape terjadi !~ =D

    ReplyDelete
  12. I-NasHiru$ - trimas :) macam sy bagitau, ada perkara yang lebih baik dipendam sendiri daripada diberitahu.. sebab sy lebih mengetahui apa yg org lain tak tahu.

    saya tetap akan bagitau bila smpai masanya.bila terburu2 inilah yg berlaku

    ReplyDelete
  13. tetiba rasa sebak :(

    bangga dpt kawan mcm tok afzal :(

    'kawan sejati tidak memerlukan seseorang yang sempurna'

    ReplyDelete
  14. Kawan sampai mati susah nak cari.1 dalam seribu..

    ReplyDelete
  15. kawan tu penting. sebab itu jugak kawan lagik penting dari makwe/pakwe kan?

    ReplyDelete
  16. member2 ni lg best klo sekepala ngn kite..

    ReplyDelete
  17. kwn tetap kawan..lawan tetap lawan..
    jom baca http://bahteraemass.blogspot.com/2012/02/bagaimana-cara-rasulullah-tidur.html

    ReplyDelete
  18. taht's not a good fren.
    hempuk sebijik!

    ReplyDelete
  19. waalaikumussalam sayang.. haha tetibe..

    berhati-hatilah ketika berkawan..kadang2 diam itu lebih baik kan :) stuju dgn tindakan apzal :)

    ReplyDelete
  20. awak kawan titew smpai bile2..insyaAllah..ihik ^_^

    ReplyDelete
  21. kawan tak mau lawan..lawan tak mau kawan..kawan mau kawan..lawan mau lawan..

    ReplyDelete
  22. alaaa ankel , sorry r ankel. kite kawan kan kan,
    ehh ! agagaa, *tibatiba

    ReplyDelete
  23. sabo je la.. takpe2 kitaorg kan kawan awk :)

    ReplyDelete
  24. akan ada kawan yg lebih baik nanti. insyaAllah.

    ReplyDelete
  25. Yup..me too...kawan sampai mati. hati2 dlm berkawan..kerana dari kawan blh menjadi lawan.

    kawan sejati akan sentiasa disisi..=)

    ReplyDelete
  26. ya..sgt betul..dlm dilema ..i have been in that kind of situation also.hard..reaaaaaaally2 hard..:(

    ReplyDelete
  27. Kadang kadang bila ada kawan yang menjauh, mungkin kerana ada perlakuan kita yang menyebabkan dia terasa hati...Jangan mudah mengatakan seorang kawan lupakan kita...ia tidak semudah itu...
    Boleh jadi juga dia menghadapi kemurungan melampau dan tak perlulah dihebahkan satu dunia, kan?
    Friends are forever, Afzal...

    ReplyDelete
  28. kawan biar beribu...


    tapi sampai bila yang beribu tu masih nak berkawan dengan kita ye...hmmmm

    ReplyDelete
  29. susah nak cari sahabat time susah dan senang huhu

    ReplyDelete
  30. di sekeliling saya hanya ada kawan yang makan kawan...hmmm...

    ReplyDelete
  31. Ala dengan Afzal aku taknak lah... kalau tak kawan. Eh betulke ayat aku ni, jap-jap baca balik apa aku tulis. Kita semua kengkawan kan... ^_^

    ReplyDelete