"Ai bosanla kalau seharian macamni", Bell mengeluh. Matanya meliar kiri dan kanan. Adala sesekali kedengaran bunyi kicauan burung memecahkan keheningan pagi itu. Habis seluruh pelusuk taman di terokainya.. namun hambar. Dia kena cepat2 buat kerja, kang tak pasal2 KPI nya bulan ni tak tercapai. Ye.. Bell sedang mencari 'mangsa'. Mangsa yang macamana, tiada siapa pun yang tau.
Bell menepuk dahi. "Perghh syial apsal leh tertinggal!! Camner aku nak buat keje macamni??", dia mendengus, dan masih terkial2 menyelongkar begnya yang lusuh tu. Memang.. memang sah dia tak bawak. Dalam sibuk2 dia mencari, tiba2 dia menangkap bunyi esakan suara dari arah hadapannya. Bell melihat ada seorang gadis sedang menangis di bangku rehat. "Aik bila masa dia ada kat situ?", berkerut dahi Bell memikirkannya. Dari raut wajah wanita itu, Bell mengagak yang wanita itu awal 20 an, berdarah kacukan dan namanya.. "Nama saudari?", tiba2 saja Bell terpacul di hadapan wanita tersebut. Wanita tersebut sedikit tergamam, namun langsung tak menghiraukan kehadiran Bell dan terus menangis. "ai..perempuan..perempuan *sigh"
Bell duduk di sebelah wanita tersebut dan terus menunggu. Kehadiran Bell membuatkan wanita tersebut sedikit rimas. "Awak nak ape ni?", tiba2 perempuan tu lantang bersuara. Humangaih terkejut Bell.. mengusap dada terus. Bell senyum tapi senyumannya tak dibalas. "Saya tengok awak macam ada masalah je.. ce story mory sikit. Yup walaupun kita tak kenal, tapi sekurang2nya takde la saya bosan duduk sensorang memerhatikan awak menangis kat sini", Bell senyum lagi. Wanita tu memandang, dia perhatikan wajah Bell. Cantik.. ye cantik. Wajah Bell tak seperti lelaki lain yang kacak emsem. Dia kategori cantik! "Saya Mirian", pendek jawapan daripada wanita tersebut
Mereka berbual seketika walaupun Bell agak rimas Mirian asyik menangis dari tadi. Tiba2 muncul seorang lelaki di hadapan mereka, Bell sudah menjangkakan yang lelaki tersebut Daniel.. kekasih Mirian seperti yang diceritakan kepadanya tadi. Daniel mencuka, jelas raut wajahnya kelihatan berang melihat Mirian dilihatnya dengan seorang lelaki yang jauh lebih.. cantik daripadanya! Cantik?? Ah itu tak penting, masalah antara mereka belum lagi selesai.. ni ditambah pulak dengan masalah baru!
"Berani u?? Ni ke penyebab u semakin jauh dengan i? Lelaki ni?"
"Mana ada! U ni Daniel jangan nak tuduh sembarangan. I pun tak kenal lelaki ni"
Bell menjuih. Dia pulak yang disalahkan. Dah macam anjing ngan kucing karenah dorang berdua, ada la sesekali nama dia naik.. boleh la dijadikan watak pembantu dalam drama cinta dorang ni. Dari tak berkesudahan, Bell bangun mententeramkan Daniel. Daniel yang sememangnya tengah berang terus melepaskan tumbukan ke arah muka Bell! Terguling Bell jatuh ke tanah.. rosak muka ayunya tu.
"Daniel!! U gila pukul orang? Kenapa ngan u ni? U tak macamni sejak i kenal u!!", Mirian menjerit menghalang Daniel dari terus mengapa apakan Bell. Nampaknya Daniel memang dah macam orang gila. Ditolaknya Mirian ke tepi dan cuba mendapatkan Bell. Belum sempat Daniel menjatuhkan lagi buku limanya ke muka Bell, Bell terlebih dahulu menolak Daniel dan menikamnya dengan pisau.. tepat ke dada! Ye Bell tikam Daniel..
Mirian tergamam. Dia tak sangka apa yang dilihatnya.. lelaki yang baru dikenalinya entah datang dari mana menikam kekasihnya. Mirian menangis, menjerit meminta tolong tapi gelagatnya hanya diperhatikan oleh Bell dari tepi. Tiada siapa yang ada di situ, selain mereka bertiga. Bell tersengih, mencangkung melihat keletah mereka. "Mirian it's ok saya dah tolong awak kan? Semuanya akan selamat", Bell memujuk
"What wrong wif u? Apa yang awak dah buat??", Mirian menjerit menangis meratapi Daniel. Tiba2 Daniel bangun dari pangkuan Mirian.. terus mengusap2 dadanya dengan muka terkejut. Mirian tergamam melihat Daniel bangun seolah2 tak mengalami cedera yang serius. Namun bila Daniel menyelak bajunya.. tiada kesan tikaman pada dadanya. Mereka buntu. Tak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya pagi itu. Daniel pula lantas memeluk Mirian meminta maaf. Mirian sebak bila melihat Daniel menangis.. ye Daniel sedang menangis di hadapannya. "Mirian please forgive me. Give me just 1 more chance to prove how i'm really love u. I need u in my life Mirian. Sorry for everything", Mirian dapat rasakan yang Daniel kini seperti Daniel yang baru dikenalinya pada awal pertemuan mereka dulu. Masih ada harapan untuk 'cinta baru' mereka itu. Miriam memandang Bell.. mengharapkan penjelasan.
"Selalu saya tikam guna anak panah.. tapi hari ni terpaksa pakai pisau, anak panah tertinggal kat umah. Tikam terus kat hati.. pisau ni pun tak tinggalkan kesan", Bell menyengih merapatkan tangannya pada dada Daniel
"Awak siapa sebenarnya?", sapa Daniel terketar2 namun tak pernah melepaskan genggaman erat tangan Mirian
"Oh lupa nak perkenalkan diri. Saya Bell.. Belldandy dan manusia lebih mengenali saya sebagai Cupid!"
Bell berlalu.. meninggalkan Daniel dan Miriam dalam keadaan terpinga2 dan pergi mencari 'mangsa' baru, 'mangsa 'yang punya masalah cinta seperti mereka berdua, dan itulah satu2nya kerja Bell.. menyatukan kembali hati2 pasangan kekasih di dunia. Bell gembira KPI dia bulan ni pasti cemerlang lagi seperti bulan lepas..
P/s : Cupid adalah Dewa Cinta melalui kepercayaan masyarakat Rome
32 Comments
sabo je la...
ReplyDeleteigtkan keje tukang sapu kat taman tu, rupanya cupid ;)
hahahaha..cupid rupanya..
ReplyDeletehehe..bak cupid sini jap..:P
ReplyDeleteade2 jer afzal nie....
ReplyDeletecubid tu pandai ckp melayu pulak tu.....
siap ade kpi lagi....
hang memang sengal ler afzal....ha3...
suke suke...
macam pening baca cerita ni. aahaha
ReplyDeletedear cupid:
ReplyDeleteaku tikam ko btalu2 gak nak? haha
bila nak jumpa jodoh? haha
pengaruh cupid komik ni...hihihi..
ReplyDeletebaca sekali lagi dengan membayangkan watak2 dalam helios eclipse lukisan kaoru ^_^"
bawak mai cupid tu mai sini :)
ReplyDeletelol..ingatkan sapakah gerangan bell tersebut..ngeee~
ReplyDeleteerkkk...ingtkn tikam betol2 ha =__=""
ReplyDeleteouh...cupid ghupenya...
ReplyDeleteaduh, sungguh menikam kalbu..hik3...
ReplyDeletekehkehekh...cupid pulak dah.~! love story ni. =P cupid berjiwa melayu ye...^^,
ReplyDeletebgs juga cerpen ni. ada art. hehehe.
ReplyDeleteHati2... nama Cupid dlm bahasa Roman ialah Eros... eros=erotik... kang tak psl2 terberanak sebelum sah si Mirian tu...
ReplyDeletedewa cinta!!! tolong panah sy plak!!
ReplyDeleteSweetnya this story. Terasa floating plk tb2...
ReplyDeletemula2 kabur gak jalan cerita ni..last2 baru paham.
ReplyDeleteLah...cupid ke? keje dye mesti shoot org yg ada prob cinta aje kan? heheh :p
ReplyDeleteaku pun nak suruh bell tikam orang gak lah.. kahkah
ReplyDeletealahaii comelnyee ! hehehe... kalau kita ada mslah nnt jgn bawak parang ke apa. hahahahahahahahahaha...
ReplyDeletekehkehkeh....rupa2nya kerja dia sbg dewa cinta...ingatkan ejen jual insurans hihi....
ReplyDeletekeje cupid kaya x?hik3
ReplyDeleteapesal tikam hati,tikam jntung la besh ^_^
tajuk je.....dah suke...
ReplyDeletepinjam cupid..nak buat bisnes memanah
nasib cupid tu tak ckp jawa kan hahahahah
ReplyDelete*ko dah lupa aku eyhhhhhhhh :(
klo pisau tinggal mau di gergajikan si daniel tuh
ReplyDeletemelayan imaginasi kdg2 menyeronokkan..zasss
ReplyDeleteaku hrp si cupid mahu dtg padaku..kepadamu..utk menyatukan kita
kehkeh
bell ring tau lah!!
ReplyDeleteHaishh! si cupid nie..cubit nanti! kikiki
ReplyDeletehahaha.. gelak je, boleh? :p
ReplyDelete: hehehe.. cupid jer.. :p
ReplyDeletehehe minat jugak ko citer camni yea :)
ReplyDelete