Blogger Retis VS Blogger Bajet Retis

As Salam,

Agak2 korang di dalam kelompok yang mana? Kelompok ye.. bukan keropok. Bila orang gelar kita 'Blogger retis!' dengan tak semena2 kita nafikan tapi dalam hati berbunga2 panau, kombang kompih idong usah cakap la kan. Rileks2 jangan cepat teruja. Betul ke dia ikhlas atau ada makna makan dalam macamni 'Blogger bajet retis. Puih!'

Aku bagi contoh mudah, Ben Ashaari? Zack Zukhairi? Yuyu Zulaikha? Personal blog je kot.. tapi tengok how they survived?? Betapa besar pengaruh mereka dikalangan blogger2 lain? Blogger SEO Abgteror, Harrazdani, Suka@kereta, JR Revolusiku, Emy Ulan yang tak putus dengan entry2 hangat berbentuk berita dan sukan. Blogger yang sering update entry macam kak Dianarashid, entah la sehari berapa kali dia update aku pon tatau la.. memang sangat rajin dan aku kagum dengan kesungguhannya. Blog Rafinamimi yang sekarang dah selesai dengan eNovel keduanya, dah nak masuk novel ketiga plak tu. Rajin kan? Ini macam baru la boleh pegang title blogger retis.. takde siapa boleh nafikannya lagi samada dari segi usaha, kesungguhan dan komitmen mereka dalam berblog. Macam Lyssa Faizureen dan lain2 ada je datang blog aku.. komen2. Tak cukup kat blog, kat group aku pon ada je muka dorang menempek! Talak sombong punya olang maaa!!

Blogger bajet retis pulak? Oh kejenya senang je dan mudah sangat la nak kenal. Takyah nak buat entry2 bagai, takde banyak masa nak baca apatahlagi drop komen waima sebaris ayat. Hari2 kejenya folo blog orang dan disuruh orang folo blog dia. Bila dah ramai follower, baru la retis namanya kan?kan? Ala bukan orang tau pon :)

Next, blogger 'bajet retis' ni kejenya menyendeng ngan blogger2 retis. Amik gambar banyak2 di setiap event. Skripnya mudah, hari2 cakap 'Say cheese!!' Pastu kencing orang kampung kata dia kamcing ngan blogger2 yang besar namanya. Ohsem kan?? Kawan2 pun harus ngan blogger2 ada nama je okeh. Eh berkudis kot kalau singgah blog2 picisan ni..Eww ko sape?? Do i kno u?? Sorry dear, tak kenal lol. Katanya la kan. Eh harusla cakap macamtu.. dia kan retis! Nak beramah mesra?? Choi jangan harap la !! Dia hanya baik ngan mereka yang kuat mengipas dia je. Nak suruh aku kipas? Maaflah ketiak aku krem!

Back to the basic. Apa niat sebenar ko berblogging? Kalau ko nak jadi retis sangat, pegi la bikin album. Tu pun harap ko punya suara, setakat lepas jerit2 dalam karok jamban, ko cuba la cara lain. Maaflah retis dikalangan blogger ni memerlukan usaha keras bertahun2. Tak bermakna ko menyelit mana2 event blogger besar, amik gambar bebanyak membuktikan ko retis. Sudah2 la mimpi di siang hari yek :)

So guys, korang rasa korang kat mana? Blogger retis atau blogger BAJET retis?




P/s : Retis bukan sesuatu yang dicari, ia datang dengan sendiri bergantung pada bakat dan kesungguhan.

69 Comments

  1. saya hanyalah blogger kelas 1...hehee

    ReplyDelete
  2. gua tengah komen dekat blog retis ni, auwww

    ReplyDelete
  3. "Next, blogger bajet retis ni kejenya menyendeng ngan blogger2 retis. Amik gambar banyak2 di setiap event. Hari2 cakap 'Say cheese!!' Pastu kencing orang kampung kata dia kamcing ngan blogger2 yang besar namanya. Ohsem kan?? Kawan2 pun harus ngan blogger2 ada nama je okeh. Eh berkudis kot kalau singgah blog2 picisan ni..Eww ko sape?? Do i kno u?? Sorry dear, tak kenal lol. Katanya la kan. Eh harusla cakap macamtu.. dia kan retis! Nak beramah mesra?? Choi jangan harap la kan!!"


    Perghhh. Gila punyooo ayat nihh . hahaha :) Aduyyy ~ Tiba-tiba nama Lyssap pulak hado kat situu . DELETE-2. haha ;p Tak layak pun digelar blogger retis :)

    ReplyDelete
  4. perghhh . ntry yg panaih kot terbaik . kikiki .

    <----- digelar bajet retis dok tok ketua ? komen sat .

    segala kritikan amat dihargai .

    ReplyDelete
  5. gua blogger Dinosaur

    tapi tak ada katogeri kat atas ~~~

    Gua menempel pon bawah ketiak TOK ketua jerp AGAGA!!

    ReplyDelete
  6. akak ingatkan retis tu tergolong dalam golongan penyanyi ngan pelakon je.. ehem thanks di atas backlink yg di beri :) rasa segan ni.. :P

    ReplyDelete
  7. gua boleh dikategori kan blogger yang xde kategori dalam kategori yg wujud kat dunia nih . keh3

    ReplyDelete
  8. huhu.....fyna hanya blogger picisan sahaja.. ^^;

    ReplyDelete
  9. zureen suka entri ni.. bukan apa, kita sama-sama saling ingat memperingatilah kan.. kadang-kadang ada jugak blogger yang terrrsasar niatnya bila nak mengejar populariti. yang penting, niat kita sentiasa betul, hubungan kita dengan rakan-rakan blogger yang lain sentiasa baik. jangan takbur, jangan sombong. takkan ke mana kalau macam tu. :)

    kemain komen macam karangan budak sekolah :)

    ReplyDelete
  10. menempek dan menyelit dalam event blogger retis??? ok foine foineee aku letteww nyelit bergambo dengan blogger retis afzalsukasuki dlm gath GBS, kbai blogger bajet retis ni nak tacing sambil diaktibet semua akaun yg ada..

    kah kah kah!

    ReplyDelete
  11. bagi dorang yg bajet retiss ni..kire follower ramai,dah rase retiss lettuw..tapi reader..zero..komen..zero..kene la usaha lebih kan..bukan setakat nak harap follower je..eh,tapi aku suka blog ko..semua entri ko buat aku gelak kemain over..boleh aku panggil ko retis?

    ReplyDelete
  12. Bak kata matluthfi"Artis tu orang yang hasilkan seni"..so,layak tak geng geng hasilkan seni ni di panggil sebagai blogger retis..hahaha..kurang budget di situ..ape pun takyah budget sangatlah kan..yang penting niat berblogging tu niat ke arah yang baik.

    ReplyDelete
  13. I'm a reader, not blogger anymore.

    ReplyDelete
  14. kite buat blog ikutdan jer.... takde femes2.....
    tak reti nk retis2 nie.....
    tapi kita suka dtg cni....
    maknanyer... tok ketua ler retis kita.....

    ReplyDelete
  15. aku blogger budget retis..hahahahahaha

    ReplyDelete
  16. perghh , nasub baik aku ni blogger kelas bawah , keh3 ,, xde bajet retis , pftt~

    ReplyDelete
  17. bagi kite follower beriban pun tak guna kalau readers nyer takde . berblogging lah dgn cara yang betul

    ReplyDelete
  18. woo wooo ...ooo ..ooo ..cinta di muka buku ...hahha ...

    sebenarnya tiada blogger retis ...yang ada cuma blogger sombong dan tak sombong ....tu je ...

    sambung nyanyi ..lallla..aaa..cinta di muka buku..hahhha

    ReplyDelete
  19. adik blogger kanak2 je.kbai.haha

    ReplyDelete
  20. saya retis pun xde harapkan betis sebesar batang balak nie je yg ada.. :( sob..sob..

    ReplyDelete
  21. saya blogger retis bang sebab saya ni retis..retis yang bajet retis bang..err tolong la sapot saya bang.

    u folo me i folo u. give and take mat saleh kata bang...sekian..




















    kahkahkah..kbai.

    ReplyDelete
  22. I rasa i blogger picisan .. Huwawawawa tp apa mkna picisan ek ??? Hehehe.. Retis ke bajet retis.. Dua2 bukan keropok pilihan i.. Ehhh.

    ReplyDelete
  23. agagagaga, ramai buat pengakuan mereka sgt low profile.. dgn ini bolat ckp bolat bajet retiss.. aww

    harharhar XD k gurau je..

    <== blogger cikai..tahu bangang dri bongok? ehhhh?

    ReplyDelete
  24. follower ramai myb dia de pgaruh besar kut..tapi kalau dia dok tiap2 hari follow n paksa orang follow balik..maybe dak2 baru kut.

    kenapa part ngan artis2 tuh terpikir some1..errr..lalalalaa...

    =niat blogging share info/crita , bca2 & leh tambah ramai kwn..still keep in touch..now lagi meriah bila join GBS. hoyeh2.. ^^

    ReplyDelete
  25. haha..gua rasa,gua bukan blogger retis.. pape pun tanks atas backlink ut yer bro... :).. gua skg dah tukar facebook so x dapat lg bersengal kat group sengal tu.. :(

    ReplyDelete
  26. aku ngaku yg aku ni blogger bajet retis.. ecece.. gurau jer kowt.. :p

    ReplyDelete
  27. erm.. tikah rasa blogger suam2 retis jer...

    ReplyDelete
  28. ouhh, gua lagi blogger underground

    ReplyDelete
  29. Daku hanya blogger picisan yg menumpang sekali payung dalam dunia maya nie.hewhew :D

    ReplyDelete
  30. <--- bukan retis..nhaku jep..hahhaa ^_^

    ReplyDelete
  31. Aku bukan retis mahun bajet retis. Hanya blogger biasa yang menumpang kasih sayang sesama blogger. agagaga . tapi bro , kau boleh diketogerikan retis sebab entry kau menarik :D

    ReplyDelete
  32. huh... i donno wat to say wif this entry.... retis ke, bukan retis ke, (tbe2 xde point nak tlis ape dah)

    ReplyDelete
  33. saya beloger betis tgh kumen kat beloger retis




    kbai :P

    ReplyDelete
  34. wa bkn kedua-duanya..
    wa hanya blogger comel yang masih belajar menapak dalam dunia blogger yang owesome , sekian ^^

    tok ketua sila jgn jeles dgn kekiutan wa ,har har har

    ReplyDelete
  35. Datang menjenguk dan komen kat blogegr retis ini...kekekeke
    Gua sebenarnya pun tak tahu gua kat mana,,hahahah

    ReplyDelete
  36. Datang menjenguk dan komen kat blogegr retis ini...kekekeke
    Gua sebenarnya pun tak tahu gua kat mana,,hahahah

    ReplyDelete
  37. terbaik ar entry ni...thumb up!
    i am just a blogger.. ape retis retis ni...x minat la nak jadi retis bagai...
    LOL.

    ReplyDelete
  38. nak ngendeng2 kat sini b0ley??? hahaha

    ReplyDelete
  39. alaa baru nak beramas mesra dgn blogger diva afzal nie...hihi...

    berblog biarlah kembali ke niat asal masing2...jgn terlalu gila kejar glamer hingga menjadikan matlamat menghalalkan apa saja cara yang nak dibuat...=)

    ReplyDelete
  40. x penah brcita2 nak jadi retis..kui3

    ReplyDelete
  41. Saya hanya bloger biasa..
    Share apa yang tau..
    Ngomen mana yang mampu..
    Tak kira blog tu ramai pengikut @ tak..
    Yang penting ada new entry..

    ReplyDelete
  42. u folo i, i will folo u back..promisesssssss.....folo la i..pelis...ni link ea..-->www.akuretis.belogsepot.com...awww...awwww..

    *selalu tul jumpe komen mnx penmpar cmni time ping kt group2... aishhh

    ReplyDelete
  43. ramai sangat yang nak jadik retis ha...nak buat macammana, dunia pelbagai rencah, manusia pelbagai ragam. kau hadap je la nok... walaupun rimas, nak buat macam mana. Tapi entry ni bagus. bior terbukak sikit mata depa ni ha(aku cakap ni macam bajet retis la pulak, hehe)

    ReplyDelete
  44. sy bukan blogger bajet retis apatah lagi blogger retisssssss..tp hnya seorg perempuan kampung je,huhu :)

    ReplyDelete
  45. mak blogger suka suka je. tak de niat nak jadi retis bagai... huhuhuhu... :)

    ReplyDelete
  46. berblog bukan sebab nama, berblog kerana ingin berkongsi dan meluahkan isi hati..bermula dari zero atas usaha sendiri..jgn nk nyedeng2..klo nk sgt..salotep kan diri tu kat retis..itu lagi kelassss kau jah!

    ReplyDelete
  47. blogger suka2 jer..tak berminat dengan blogger retis..komen blog dorang pon tak... hahaha kejam tak kejam tak..muhahaa^^

    ReplyDelete
  48. berblog sekadar nak cari ilmu n kongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  49. saya bercita2 mnjadi retis dlm mimpi je lah...hik hik hik...erkk..kita brblog suka2 ja.. ^__^ ....

    ReplyDelete
  50. Tamo retis nk jd seniman. :p ahahahahaha

    ReplyDelete
  51. blog aku blog picisan je. xde sape kesah. hahaha...

    ReplyDelete
  52. jd blogger biase2 sudah.... berblog utk suke2 n share sesuatu je. kdg2 jd tempat carut mencarut.. kah3

    ReplyDelete
  53. Kahkahkah ! Terbaikkk wooot . ~ngee . Agak2 gua yg mne bro . ~lalalaa . Huhu . :D

    Regard from Boyz_ed :- http://www.boyz-ed.com

    ReplyDelete
  54. terbaik entry ni!! sesuai utk tatapan golongan yang berkenaan. Apapun, aku jadikan blogging sebagai hobi utk isi masa lapang..itu saja.

    ReplyDelete
  55. pehhh, mantap ah ayat Tok. terbaek2. kahkahkahkah

    ReplyDelete
  56. cth bjet retis: nice entry! Ramai komen u retis ke blogger? I dog dog je.. I dah follow, tak reti2 nk follow blek ke? Dog dog btak follower tau! Auw~ ni blog i retisdogdog.blogblog.cumcum . Entry u panjang sangat la, u bebel apa? Panjang2 ni i malas bce tau~ auw~ kang org kte i retis gler, terkumat kamit dpan pc.. Luntor lipstik av0n i. Har, kan dah i bebel pepanjang kt cny..

    FidzRaymond say: saye bukan blogger p0n, tapi suke bce blog.. Haha

    ReplyDelete
  57. hebak sungguh !! setepek sudah kena...btw, first time mengomen nie...gigiL puLak rasenyee...HAHHAHA :)

    saya bLogger UTHM =) *tiba2*

    ReplyDelete
  58. Memang respek dgn blogger yang aktif menghasilkan beberapa entrinya setiap hari tanpa jemu, dgn idea penulisan yang melimpah...

    ReplyDelete
  59. makan dalam betol entry ni.. macam aku la kot bajet retis hahahahaha

    follower seribu dah cukup retis dah bagi aku hahaha

    ReplyDelete
  60. siot terasa siot..aku terasa..ko tuju kat aku kan kan kan..mencik aku x bajet retis wei

    ReplyDelete
  61. emy hanyelah blogger picisan.. tak ramai org folow xramai org bace dan xrmi org kenal.heee :D

    ReplyDelete
  62. nk gelarkan diri sendiri blogger pn mcm x layak haha

    ReplyDelete
  63. ada sesetengah blogger yg dikatakan retis pun ada ygn sombong ada yang tak, kan.

    ada sesetengah blogger yang bole dikatakan retis entry copy paste, kan.

    ada sesetengah blogger yang bole dikatakan retis cuma ramah bila belum,bile dah femes. pandang sebelah mata pun tak nak kan.

    kesimpulannya mmg la berbalik kpda niat nak blogging.

    saya blogger. bukan retis. tee-hee (^. ^)V

    ReplyDelete
  64. Blogger Retis | Bajet Retis ?
    Ermm. Dua-dua tak :)
    Aqilah tulis ikut kepuasan :)
    Bial nak hupdate. Conteng merata :D

    ReplyDelete
  65. haha suke entry ni..
    btw aq ni teruk gile la template design pun aq tah hape2 lagi..

    ReplyDelete