Munah Dengan Nafsu Kuda Kepangnya !!

Malek pening. Dia tak pasti apa yang telah dilakukannya sehingga ketara nampak perubahan pada isterinya Munah sejak akhir2 ini. Tak lagi mesra macam biasa,bila ditanya.. sepatah sahaja dijawabnya. Apatahlagi memandangnya.. seolah2 Munah jelek dengan dirinya. Hasil perkongsian hidup selama 25 tahun bersama, dikurniakan dengan 6 orang anak.. inilah pertama kali Munah berperangai sedemikian. Malek tau ada sesuatu yang Munah sembunyikan..

'Apa kata kau pergi jumpa bomoh Andak. Mana tau dia boleh tengok2kan ke?', Ujar Paiman rakan sekerja Malek.

'Taknak la aku.. tahyul. Aku tak percaya benda2 karut ni', Malek terus menyelak helaian suratkhabar yang berada di depannya.

'Bukan apa Lek.. zaman sekarang ni,  orang makin maju.. tapi tabiat kembali jahiliah, kembali buat benda karut marut ni. Ko ada buat salah ngan bini ko tak? Ke.. si Munah kena buatan orang?', Paiman menduga. Malek hanya membisu tapi jelas kerut2 di dahi tuanya itu menunjukkan betapa risaunya dia terhadap keadaan yang berlaku sekarang.

Malek termenung di bilik jaga. Mengingatkan kembali saat2 manis sewaktu muda2 dulu bersama isterinya. Berlari2 di taman sambil berlatarbelakangkan lagu Rafeah Buang. Menonton cerita Bobby di Cathay Cinema yang hanya berharga 20 sen. Ah, terlalu banyak kenangan antara mereka. Adakalanya berlaku pertelingkahan, tapi selalunya tak lama. Tapi kali ni.. lain benar fiil Munah. Hampir seminggu mereka tidur berasingan. Walaupun Malek tau bininya itu hampir menapos tapi sayang dan cintanya pada Munah tak pernah luntur.

'Aku kena tanya Munah sendiri. Masalah ni mesti disettlekan!', tekad Malek sebaik sahaja habis waktu kerjanya.

Setibanya Malek di rumah, dilihatnya Munah mengadap tv.. langsung tak mempedulikannya. Tak seperti biasa Munah akan meluru ke arahnya dengan secawan kopi. Munah memang benar2 berubah! Malek duduk di sisi isterinya itu. Melihatkan Munah langsung tak mempedulikan kehadirannya.. Malek memulakan bicara.

'Kenapa awak sejak akhir2 ni.. dingin je ngan saya. Apa yang saya buat?'

Munah masih membatu mendiamkan diri membuatkan kesabaran Malek sedikit tercalar.

'Kalau ye pun awak marahkan saya, takkan sampai macamni sekali?? Cuba awak bagitau apa yang saya dah buat?'

Mungkin dah bosn didesak, Munah akhirnya memandang muka Malek. Muncung mulut bininya hampir sehasta gamaknya kalau diukur dengan pembaris.

'Abang dah guna tak pencuci muka yang saya belikan tu?? Ada tak??'

'Eh ada. Saya pakai la. Kan awak yang belikan. Kenapa??'

'Tipu!!! Abang tipu saya', suara Munah sedikit meninggi tapi akhirnya terdengar esakan kecil darinya. Malek bingung. Kenapa dengan pencuci muka tu? Takkan sebab pencuci muka, Munah marah begitu sekali padanya?

'Abang tipu. Abang sebenarnya tak pakai pencuci muka tu kan? Mengaku je la. Jangan nak buat wayang depan saya', Munah masih berterusan menuduhnya membuatkan Malek panas hati.

'Eh awak ni kenapa? Takkan pasal pencuci muka pon nak melenting macamni sekali?'

'Maunya saya kecewa. Kalau betul abang pakai pencuci muka tu. Apsal muka abang tak berubah jadi Kim Bum??'

Malek makin kusut terpinga2. Kim Bum?? Ape tu? Tiger Bum dia tau la.

'Tu.. dalam tv tu kata kalau abang guna pencuci muka tu, wajah abang akan jadi cantik emsem macam penyanyi korea Kim Bum tu. Abang kata dah pakai.. apsal tak macam Kim Bum pon?? Pait macam selalu je? Nampak sangat abang tipu saya.. abang tak pakai kan? Mincik!!', Munah mencebik lalu berlari2 anak ke dapur.

'Hampeh punya bini. Menganjing aku ke hape? Nasib ko blah, kalau tak kulutut2 kepala ko Munah. Taula muka aku cenggini dah tu ko kata aku pait??', Malek menepuk dahi dengan remote tv 8 kali. Cecepat mukanya ditenyeh dengan pencuci muka dengan harapan adala berubah sikit.. kalau tak, tak makan malam dia nanti. Dah tua bangka tahap menapos.. tapi nafsu ngalahkan kuda kepang!! Puih







P/s : Aku nak cuba LOREAL mana tau muka aku leh jadi Aaron Ajis :P

24 Comments

  1. hahahaahaha...

    lama2 perhatikan cerita ceriti afzal selama nie kan..jaja lebih memahami and dpt detect apa objektif yg afzal yg sampaikan.

    hehe

    pakai laa mana2 pon..tapi susah nak jumpa yg sesuai dengan kulit muka masing2..jaja sendiri after many years baru jumpa..skg guna simplysiti :p

    selamat men'try' loreal.gudlak!

    ReplyDelete
  2. nak cuba librease, mana tau muka macam yuna :P

    ReplyDelete
  3. Walaweeeeeiii..hahahaha..giler punyer munahhh..tacing sampai macam tu sekali.. :D

    ReplyDelete
  4. bernafsu kuda kepang cap korea ni..hahaha..



    tak perlu jadi aron ajis, apjal dah cukup manis dipandang gadis-gadis :D

    ReplyDelete
  5. ha3.... munah dah meroyan nak monopous ler tu......

    ReplyDelete
  6. makan dalam entry ko ni zal..aku tahulah muka aku pait!

    ReplyDelete
  7. Auwww... bayangkan tok jadi Arona Ajijah ahaaha

    ReplyDelete
  8. mincik hahaha sedar la munah...wajah anugerah Tuhan...pakai la sabun buku cap kapak pun, kalau dah muka Melayu mana leh jadi korea...hihih tok jgn lupa sampaikan advice cik nie kat munah hehe... (~_~)

    ReplyDelete
  9. hahaha xboleh blah punya bini..suami pon dok cuci lagi berharap ubah..kikiki..

    ReplyDelete
  10. hahahahhahahah...lawak oh....
    melayu mana nak mai kim bum tu..
    hahahaahaha....okay...xlarat nk gelak....

    ReplyDelete
  11. mama guna safi rania gold tpi x nak tukar jadik cik ta....syukur atas wajah pinjaman dri Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  12. hahaha..lawak tol munah ni.pasal tak pakai pencuci muka leh gaduh..memang dasar nafsu kuda kepang tol..eh,trylah apjal gune loreal kot kot leh jadi macam aaron Ajis..

    ReplyDelete
  13. Aku rasa si suami tu cuci muka dgn cecair pencuci pinggan...

    ReplyDelete
  14. ni mesti keluar entry pas gk cite bobby ni kan..kata x layan panggung sabtu ...ko tipu kan hahahaha

    ReplyDelete
  15. hahahaha . tokleyh blah . gamak xkuaq pkai hat aren ajiz tuh . tonyoh ngn qetaih pasiaq .

    =='

    ReplyDelete
  16. tokkk ! i suke kim bum sangat2 ..

    maaf ta bce entri , nengok gmb fiance i je :D

    *nurshamira

    ReplyDelete
  17. hekhek~ sengal jek si munah niey..huhu

    ReplyDelete
  18. Hampehhh betul...terkena aku...🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete