Nak Kenal Blogger Single??

As Salam,

Tetiba aku terajin nak bukak pusat cari jodoh plak. Hari ni aku dengan senang hati nak pomot beberapa nama blogger yang single mingle yang boleh dibuat calon menantu. Semalam aku post kat wall FB aku bertanyakan pasal ni, anbelibebel dalam tempoh kurang 8 menet hampir 150 noti naik sambil memasing mengangkat kedua tangan dan kaki meng-offer diri untuk dipomotkan. Tak sangka aku ramai yang single and available, tu pun aku terpaksa romove beberapa nama sebab terlalu ramai. Agak2 kalau lepas ni mendapat sambutan, aku akan cuba apply booth Pusat Cari Jodoh kat Jom Heboh. Disamping mencari jodoh, booth aku juga menyediakan urutan kaki oleh golongan OKU dan teka kacang dalam balang.

So tanpa berlengah2 lagi meh aku perkenalkan satu2 blogger single mingle


Aida Omar
Sorang pompuan. Baru akil baligh. Pencinta Zirafah.
Calon yang dicari mestilah pattern macam zirafah gak.
Kalau tak belang2, mau yang leher jinjang.
KLIK SINI kalau berkenan.



Arra Ahmad

Nama timangan Anje. Tunggu pinangan.
Seorang nurse. Makanan kegemaran rahsia.
Minuman kegemaran daun ketum. Mencari
pasangan yang pandai seterika baju.
KLIK SINI kalau berkenan



 Asma Liyana
Suka makan askim mekdi. Suka main pasir.
Daripada DP nya sedang tayang ketiak, 
menunjukkan dia seorang yang berkeyakinan.
Calon yang dicari mestilah tahan maki dan
 pandai makan mi guna hidung
KLIK SINI kalau berkenan



Muhamad Azam
Pose sengaja buat2 tak nampak sambil
jawab soalan Bahasa Tamil. Nama timangan
 Cik Simah. Baru je sunat. Manja macam
siamang. Aktif hanya pada waktu malam.
Suka dibelai dengan kaki.
KLIK SINI kalau berkenan



Azhafizah
Comel macam teletubbies. Sangat kreatif macam
Latif Borgiba. Suka menonton intisari rancangan,
pandai berpantun dan boleh menulis jawi.
Kata2 hikmat : kalau jari panjang sejengkal,
lobang idong yang dalam jangan di duga
KLIK SINI kalau berkenan



Faizatun Farid
DP nya menunjukkan dia orang suka buat kolaj.
Bekerja sebagai pewarna divider jalan. Pembersih
dan lemah lembut. Suka buat mata juling kalau duduk
sensorang depan cermin. Calon yang dicari : Pandai
betulkan arial TV
KLIK SINI kalau berkenan




Nurul Syarafina
Nama timang timangan Timang Tinggi Tinggi.
Suka buat mulut itik. Pernah memenangi acara
balapan peringkat rumah sukan. Boleh cuci pinggan
dan cawan sekaligus. Calon dicari mestilah iras2 mukanya.
KLIK SINI kalau berkenan



Halimatun Saadiah
Dah bertahun tak berpasangan. Pernah hantar
penyertaan Kembang Setaman dalam majalah
URTV tapi direject sebab hantar gambar edit.
Suka lepak sensorang tengah bendang.
Jinak dan boleh diajak berbincang. Pandai
betulkan rantai basikal
KLIK SINI kalau berkenan



 Emy Ulan
Berminat pada lelaki yang berbulu dada sekitar umur
15 hingga 25 tahun untuk dijadikan anak ikan.
Hebat bermain wayang kulit. Suka mendengar suara
sendiri yang dirakam dalam enset. Boleh menyanyi
dan berpantun dalam bahasa jawa .
KLIK SINI kalau berkenan



 Korn EL Jr.
Berat 14 kati, tinggi mangkuk tingkat. Seorang
pemalu dan pemalas tukar boxer. Mudah gayat
bila berada di dalam lif dan gemar makan popkorn
masak lemak cili api. Calon yang dicari mestilah
bertudung dan bukan berstokin dikepala.
KLIK SINI kalau berkenan



 Maya Mustwani
Nama timang timangan Yusuf Haslam.
Mampu membeli kelapa parut yang dipesan ibu.
Mudah cair bila diayat. Sekarang buat part time
sebagai konduktor bas mini. Kata2 semangat :
Semangatnya anak awak.. dah berapa bulan?
KLIK SINI kalau berkenan



Nia Marlissa Hery
Nama timangan Hery Potter. Suka kaler pink.
Seorang pengawas pusat sumber. Cita2 ingin
jadi pengawas pusat sumber sampai bila2. Hobi
kibar bendera depan tanah kubur. Alasan join
cari jodoh : miang nak kawen
KLIK SINI kalau berkenan



 Reen Afny
Suka amik gambar sensorang dari sisi tepi. Suka memasak
sambil mengaji. Anak ketua kelab kompang. Mampu
menjahit pukat yang koyak. Kebolehan bertutur dalam 
pelbagai bahasa termasuk bahasa binatang.
KLIK SINI kalau berkenan



Selendang Merah
Pakar ilmu silap mata. Boleh menari tarian lilin.
Kini membuka butik jual selendang dan repair
mesin jahit. Mampu bercakap sewaktu sedang
tidur. Mencari calon isteri yang boleh berbual
dengannya sewaktu sedang tido.
KLIK SINI kalau berkenan



Shawn Razaleigh
Boleh berada lama2 atas udara macam DP nya.
Sukakan muzik berentak balada, keroncong dan
lagu rakyat. Selama hidup tak pernah kena
saman trafik. Seorang penderma organ yang
sangat suka lipat sejadah di masjid
KLIK SINI kalau berkenan



 Siti Hawa
Supervisor kilang kondom. Penyegan. Pemilik
koleksi tampon dari pelbagai jenama. Memegang
Anugerah Punch Card Paling Awal untuk bulan
Januari. Ada kereta, tapi baru lepas kena tarik
 dengan pihak bank semalam
KLIK SINI kalau berkenan



Zaza Nur Iman
Sangat ayu dan cantik kalau dipandang dari
belakang. Umur 20an, berat tak hengat.
Mencari calon yang sesuai, subur dan
kuat tenaga batin. Lelaki yang cukup gigi
diberi keutamaan
KLIK SINI kalau berkenan



BabyZyra Roxx
Nama timangan Babuji. Umur rahsia. Kerja
kimpal tin minuman. Seorang ahli gusti sambilan.
Pernah menganggotai kumpulan Rabbani tapi
disingkirkan sebab bisu. Suka main lawan mata, 
sapa kelip mata dulu kalah. Mencari calon yang tanggi
lampai, senang nak lap kipas siling.
KLIK SINI kalau berkenan



Aben Idris
Orang Negeri Sembilan. Peminat cerita
sinetron. Terhindar dari masalah cagu/cekam.
Mampu berdiri dengan satu kaki dan mencari
jodoh dikalangan abang posmen. Kata2 pujangga :
Dulu saya bencikan wajah saya, bermacam2 produk 
saya gunakan. Tetapi sejak menggunakan Almas, 
wajah saya kembali berseri. Kini saya tak bimbang lagi.
Terima kasih Almas.
KLIK SINI kalau berkenan



CALON2 YANG TERSINGKIR


Sebab tersingkir : terlalu kacak, aku jeles!





Sebab tersingkir : merahsiakan status diri





Sebab tersingkir : Hantar gambar kanak2 bawah umur






P/s : kalau dapat sambutan menggalakkan, aku akan buat fasa kedua plak :)

76 Comments

  1. arrrhhhh... aku takde.. sob..sob..

    ReplyDelete
  2. perghhhhhhh........

    biodata diri bikin orang single selama-lamanya ni hahaha

    ReplyDelete
  3. TOOOOOOOOOOOOKKKK orang sunat dah lama lah TOK!! hehe

    ReplyDelete
  4. hahha , den x cukup umo lagi nak kawiinnn

    ReplyDelete
  5. baguslah...ejen cari jodoh..hehe



    *Kembang Setaman tu memang wujud ke? macam pernah dengarlah...

    ReplyDelete
  6. adoihhhh camni sampai taung depang pong orang single oiiii :P

    ReplyDelete
  7. fuyoooo....nak masuk meminang ank2 bujang mama kecik lagi..so....biar org lain pinang dulu la yer...

    p/s zal....ko memang!!

    ReplyDelete
  8. serius klako... haa... aku da nampak calon2 dah nie..

    ReplyDelete
  9. adeshh..ingatkan kene reject.kene buat borang le cenggini..hahahaha..eh eh,tok pun single kan?

    ReplyDelete
  10. hahahahaha.. memang x bley blah nye biodata.. cungkil rahsia kak uLan (suka dgr suara rakam kat henset) ye hahahahaha

    ReplyDelete
  11. terbaiklaa...leyh join fasa ke 2 nih..haha

    ReplyDelete
  12. kahkahkah gelak sorang2 den baca. hahaa terbaik tok!

    ReplyDelete
  13. bhahahahaak! traffic aku mendadak turun tok, kah kah kah! pasni foreveralone aku terus ke level 86 :))

    ReplyDelete
  14. haha..takleh blahh entri ni. aku suka, baca sambil gelak memanjang..mujo bos takdak..CC plak tercengang2 tgk aku dok gelak. tebekkkkkk!

    ReplyDelete
  15. dah bw kat semua blog diorang.. Gelak2 baca descripition bwh dia=p

    ReplyDelete
  16. chett! buat gua gelak sensorang jer..tak de maknanya semua single tu... perasan je lebih! kuikuikui

    ReplyDelete
  17. aaah, nanak la diorang ni. nak bundel. secara borong. :P

    ReplyDelete
  18. ahaks mmg sengal la biodata tok buat nie....adehhh senak perut eden baca setiap satu...

    tp tok termiss satu nama fofular laa...eden dongar afzalsukamain kipas tue pun single mingle jugak hihi... (~_~)

    ReplyDelete
  19. sengal2 ubi semua yg trcalon..hahaha..kalau nk jalan2 naik bas mini,sila ambik tiket pada tok.hahaha..

    kpd calon tersinggkir,sila cuba lagi fasa ke2.hihihi

    kelakar2..guling2 langgar tembok baca ni.

    ReplyDelete
  20. zatiey pon single jagak!! hahaha...

    *sawan kejap!

    ReplyDelete
  21. kah kah kah...tarian tu saham wa tok..hahaha...adesss...tok cari kat mana gmbr tu? hebat2..hahaha.serius pecah perut baca semua....hahahaha

    ReplyDelete
  22. Aku nak cari blogger utk keja jadi amah... ada calon tak?

    ReplyDelete
  23. haha.. camni pun ada..

    aku single jugak.. lol

    ReplyDelete
  24. har har har , kuat btol imaginasi tok.. lawak sengal ;P

    ReplyDelete
  25. kemain... lepas ni boleh la korang buat calon ek.. ohohhh

    ReplyDelete
  26. Sy xtersenarai pn...msti kes xglamer =.='

    ReplyDelete
  27. hahaha abang phat dh kawenn sbb tu kene reject. err bhgian kedua peliss. hakhak

    ReplyDelete
  28. Bro...tolong la masukkan aku lam list bro....tgh mencari yang no. dua nih...pening pala ....peningggg!!!!

    ReplyDelete
  29. simpati kepada yg tersinggir tu.......
    terlebih kacak pun salah....huhuhu

    ReplyDelete
  30. hehehe terkekeh2 gelak tgk maklumat kt bawah gambo...ajenya le...mmg x berjodoh le jwbnya...

    ReplyDelete
  31. hahha ..calon yang tersingkir tu best ...jaat ...:)

    ReplyDelete
  32. ramai sangat kelabu mata nak pilih, nanti akak fikirkan heeee

    ReplyDelete
  33. sumpah klaka!hahahah...ponat eden golak bergolengg!!

    ReplyDelete
  34. Ni yg tak boleh tinggal baca entry budak hensem ni.Gelak golek-golek kakak generasi x ni baca!
    p/s:Berkenan kat tuan blog aka budak hensem ni jugak buat menantu.Macam mana?Boleh?

    ReplyDelete
  35. humanggaihh..zaza tu single rupanya...pergh..esok gak nak masuk minang..muahahahaha

    ReplyDelete
  36. as long as tak kawen kira single lah kan hahaha

    ReplyDelete
  37. Aku si Pop Korn blogger selamba walau kena kutuk...
    sama ler dengan kau ni...

    Tapi nama aku tak der...nasib baik....kekekekeke..

    ReplyDelete
  38. wah ! sume2 nie leh masuk kelab mieyrah. welcome to the club u olls. hehe

    ReplyDelete
  39. kahkahkah pomot habes...mohon bukak page kedua...ramai tunggu turn tok!!

    ReplyDelete
  40. tgh pening pilih calon menantu utk 20 thn akan dtg hehe ;)

    ReplyDelete
  41. hahaha..weh,aku single jugak wehhh

    ReplyDelete
  42. hahaha.. semua yg single mingle, memang hot! :p

    ReplyDelete
  43. kite cop abgteror!
    hahaha
    sengal dowh bio sorang2...

    ReplyDelete
  44. nak cop abg man ketee ~~~ xdpt die pon, dpt tok ketue pon xpe...#ehhh!! hehehehe

    ReplyDelete
  45. nk terjah jap..
    loading.............
    dah terjah

    ReplyDelete
  46. hahhaa...terhangat diblogspot..ke...

    ReplyDelete
  47. mana nak dapat lelaki belang2 leher jinjang bak zirafah tu?? jadi anak dara tua la saya.. :P hahaha... sengal tok ayat tak menahan tergelak baca..

    ReplyDelete
  48. Aku rasa...
    Blogger single akan letak gambar diorang banyak2 dlm blog mereka...
    Sori kalau aku silap...

    Jemput singgah ke blog Koding...

    ReplyDelete
  49. haha..masuk gak..ingatkan tersingkir..:)

    p/s: lambat baca..:P

    ReplyDelete
  50. ramai yg ayie berkenan nih...aida omar antara pilihan teratas..weeeee.. haha3

    ReplyDelete
  51. hahaha..kanak2 bwh umo..=.="
    cumey doo~

    ReplyDelete
  52. ecece..ramai lg yang single eh. kmsalam la kat mamat2 kat atas bleh. haha

    ReplyDelete
  53. wah tok..zaza ada.hahahaha.... ;)

    zaza kembali..bc entry baru

    ReplyDelete
  54. nampak benau dulu2 banglong suka belek URTV...hahaha

    ReplyDelete
  55. sekarang jugak p ngorat XD encik afzal xsingle ke? sambil angkat kening . wahahhahaha

    ReplyDelete
  56. hahaha..!!..boley jadi ejen cari jodoh niy..huhuhu..ermm, lawak giler abang phat mase bawak umo..macam kanak2 ribena..hakhakhak.. :D

    ReplyDelete
  57. hahaha...slmat tak join..kah kah..siap ada iklan almas lg !! tok sengalll !! hahaha


    *erkk...calon tersingkir pon ada..knpa tak ckp ada..kalau ckp msti dah masuk dah T__T

    ReplyDelete
  58. bagus niat murni tlg org dirikan msjd.. :-)

    ReplyDelete
  59. Wahhhh rameinya calon... Huhi huhi... Tahniah... Dot title baru... Love cupid.. Ehhh boleh ke??

    ReplyDelete
  60. fuhlamak, banyak yg single. afzal, you tertinggal nama i....hahaha.

    ReplyDelete
  61. haha tak sangke ade calon tersingkir awal...kesian dorglah apzal..soh dorg buat rayuanlah.haha

    ReplyDelete
  62. aku ingat hantar pic pakai baju sekolah x kantoi ..kantoi jugak tersingkir gak..baru nk berlakon umur 15 hahaha

    ReplyDelete
  63. mohon kau buat fasa kedua...walaupun aku org first yang komen tp time tu kau buat dek je kan...baik kau buat balik and letak aku sekali...apa daa x support aku lansung..

    ReplyDelete