Blog Sihatimerahjambu

Bila Hilangnya Sebahagian Iman..

10:51 AM

Assalam,

Aku dulu pernah kerja di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya sebagai banquet secara part time. Almaklumlah nak cari duit belajar, sekurang kurangnya tak membebankan mak abah aku. Kerja aku ok, bayaran juga lumayan sehingga satu hari aku terpaksa lepaskan kerja aku kerana dua sebab;

Dalam satu jamuan makan malam oleh sebuah badan korporat, aku disuruh untuk menghidangkan minuman keras pada akhir jamuan. Aku blur time tu, sebab aku tak dimaklumkan tentang perkara tu sewaktu briefing. Aku tak endahkan dan hanya bawak cocktail. Keduanya pula aku nampak ada wanita melayu, bertudung menghulur gelas untuk diisi dengan sejenis minuman keras, dan mula jelek bila dia kata 'Nak cuba rasa'. Dem aku kat situ speechless. Nak rasa?? Tak banyak cerita aku terus blah dan tak amik gaji aku untuk hari tu.




Apa makna kau kata 'Nak cuba rasa?' Ye mungkin kau up to date, berani mencuba hingga menolak tepi perasaan malu. Haah betul la tu. Aku jakun, budak kampung yang mana didikan mak abah aku tak pernah mengajar aku macamtu. Kenapa perlu korbankan sebahagian iman kau hanya untuk merasa secawan arak? Salah didikan atau pergaulan? Aku tatau nak cakap apa lagi, lebih2 ianya berlaku kat depan mata aku sendiri. Apa yang aku tau.. kita takkan mampu survive di sana nanti hanya berbekalkan sebahagian iman sahaja. Wallahua'lam




Ps : Aku bukannya baik.. tapi masih berusaha untuk jadi lebih baik

You Might Also Like

33 comments

  1. setuju dgn afzal......
    remy pun terlibat dgn perhotelan dulu...sewaktu student..... byk buat parttime... benda2 camnie sering berlaku... itu sebabnyer remy tak nak masuk hotel line after studies.... tak sanggup nak subahat !

    ReplyDelete
  2. kalau dah macam tu baik stop je kan..sepatutnya buat kerja sama masa briefing tu kan..

    ade some info yang fiza dapat dari kawan..die pernah kerja di bakery chinese.. nak hire muslim supaya nanti customer datang tak ragu ragu especially muslim.2minggu je dia keje situ sebab almost bahan diragui..wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. auwww...

    Yeah gua pon bukan baik tapi cuba untuk baik jugak!!

    ReplyDelete
  4. Ritu Syu ada dpt offer intern kt hotel n resort...umi n abah beria x bgi..sebab ni la...takot kita dipergunakan...mula2 dulu geram jugak sbb xleh accept offer tu...
    tp skrg da ok bila fikir baik buruk...
    n suatu hari nnti...kalo prasaan nk keja kt hotel tu masih menebal...Syu kena estblish hotel sndiri le gamaknye....
    ngehngehngeh......

    ReplyDelete
  5. lbeh kurg ar. Dlu aku kje satu kdai ni x smpi 3 jam pas tgk dlm peti ais ade arak. kata nya arak tu jenis C, so arak yang tu jenis halal... Aku blurrr.... yang aku tau arak tu haram...

    ReplyDelete
  6. bertudung? erkkk..

    yg haram tetap haram =.=

    ReplyDelete
  7. ada beberapa kawan masa study dulu buat part-time sebagai banquet macam awak, lumayan memang lumayan sampaikan ada satu kali tu ada syarat kena cabut tudung (kawan bertudung)dorang pun cabut...tapi bukan cabut tudung, dorang cabut lari dari kerja tu serta merta!!

    *ada kena mengena dengan cerita banquet awak kannnn...kikikiki

    ReplyDelete
  8. skrg ni mcm2 la..sy pun penah keje part time kt hotel jugak,.. f&b bhgn food & beverage..tp stakat ni alhamdulillah semuanya masih terkawal :D

    ReplyDelete
  9. pihak pengurusan sungguh tak sensitif kalau suruh muslim hidang arak.
    mmg elok berhenti..kecuali takde kerja lain boleh dapat.

    psl arak ni, setiap yg terlibat dari proses nak buat sampailah menghidang memang dilarang agama.

    *teruskan usaha ke jalan-Nya!

    ReplyDelete
  10. Benda2 tu nak menguji kita sebenarnya. Naseblah iman kau agak kuat. Susah sebenarnya nak tahan godaan ni. Tu naseb benda tu memang kau tak teringin. Kalau teringin macam mana? Sebab sometimes nafsu kita sendiri susah nak control kan?

    ReplyDelete
  11. tapi ramai yang tak kisah kerja macam tu..mungkin bagi dia yang penting dapat gaji.akak ada kawAn sorang macam tu..perempuan dah kawen pun.tak paham kenapa suami dia tak kisah isteri kerja macam tu.

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah. Patutnya tegur je dia selo selo. Dop malu ke dia ? Bangga kah dia ? Adoi~

    ReplyDelete
  13. dia ingat air tu air gas ke apa nak rasa2.

    ReplyDelete
  14. aku sokong bila kau terus blah daripada situ. itu semua punca2 meramaikan lagi Islam yang hanya pada nama bukannya pada iman. Dan, aku tertanya2. Kita ni duduk dan berpijak di negara Islam, tapi kenapa aku lebih terasa macam aku sedang duduk di negara2 kafir. Benda2 macam ni seolah2 dihalalkan oleh semua orang hinggakan mereka2 ni semakin berani menghidangkan arak ni kepada umat Islam. Cuba tgk red box cukuplah. Rasanya boleh je hidangkan cawan biasa kepada pelanggan. tapi kenapa perlu hidangkan cawan yang ada logo TIGER??? what the FUCK! ni semua cara2 halus untuk merosakkan anak2 bangsa kita sebenarnya

    ReplyDelete
  15. baguslah tindakan apzal tue. mujur tak terpadaya dgn bisikn2 keji tue kan..kadang2 dorg pandang enteng je bende nie kan.huhu

    ReplyDelete
  16. biasa keje hotel memang macam tu...itu baru banquet, belum housekeeping lagi? kan....setitik arak,maka tinggalkan setitik tanda hitam kat hati kite. jadi lau segelas arak? sebotol? ya Allah...:( susah nak bertaubat lau minum arak nie...jauh sgt2 dari hidayah Allah

    ReplyDelete
  17. setuju dgn tindakan tok tu..sebab tu Islam selalu dipandang rendah..sebab bende mcm ni pun kdg2 dipandang kecik mcm kuman je..mcm takde pape je kan..:(

    ReplyDelete
  18. biase la tu abg long...bos sy dl selalu ajak lepak2 minum arak ngan budak opis lain...kadang2 dia paksa minum..."ala minum sikit je...", tu ayat biasa dia...

    penah satu kali tu, bos sy boleh kata mcm ni.. "Islam kata haram minum minuman yg memabukkan...tapi takat rasa seteguk dua, tak mabuk la...takda halam punya....". Org marketing, ayat memang manis...kalo yg goyah iman memang akan termakan pujukan dia...Alhamdulillah sy masih kuat iman nak berpikiran waras....sejak tu sy tak penah ikut bos sy entertain client lg...tak lama lepas tu terus sy anta surat resign hehe....

    ReplyDelete
  19. pd yg minum arak tu..cepat2 lah bertaubat..sblm botol arak digantung di leher diakhirat nanti...syabas afzal hg kuat iman !

    ReplyDelete
  20. kesiannya perempuan tu. tak cukup didikan gamaknye.. tp apa yg afzal buat tu mmg betul.. cayalahh

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah..terus brenti kerja...
    hope tade lagila budak pmpuan yg mcm tu...yg aku kan jumpa pasni..

    "Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik..".

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah dengan didikan mak ayah takde la sampai nak jadi macam tu. nauzubillah

    ReplyDelete
  23. syukur kau tidak terpengaruh...

    dunia sekarang memang terbuka luas jika nak buat jahat ..

    ReplyDelete
  24. tindakan yg cukup bijak afzal..lebih baik menghindari perkara sebegitu..

    ReplyDelete
  25. penah jugak jadi di depan mata eyza sendiri sewaktu bercuti naik kapal. membe yang bangsa cina dah pesan, kalau ada pelayan hulurkan air jangan ambil sebab semua tue wine walaupun warna lain2. tapi seorang lelaki melayu nie dengan penuh bangga mengambil gelas yang dihulurkan untuk cuba merasa dan bukan setakat merasa sedikit tapi habis segelas diteguknya.

    ReplyDelete
  26. aduhai..
    siap pakai tudung ekh..
    memalukan umat islam tul lah...
    sedey..

    ReplyDelete
  27. kebiasaannya pihak pengurusan Hotel tidak menyediakan semua tu klu di banquet.. tp kebiasaannya banquet tu di tempah oleh org luar untuk adakan satu-satu majlis dan pihak pengurusan kadang kala terpaksa aku dgn permintaan pelanggan yg adakan majlis kat situ.. sbb dalam bidang perhotelan khususnya dlaam bidang F&B nak tak nak dia terpaksa terima demi keuntungan... lainlah klu pemilik dan pengurusan hotel tu di kalangan orang2 islam... maka daro awl lagi si pelanggan atau kompani atau badan2 berkenaan ta akan adakan majlis kat situ...sbb kebiasaanya syarikat atau pertubuhan yg nak adakan satu-satu jamuan ataupun majlis diorang survey dulu.... inilah keburukkan bidang perhotelan selain dari pada kena maki hamun ...itu perkara biasa... walhal kesalahan tu tak besar mana pun... langkah tok lari dari situ adalah langkah yg amat bijaksana... masakan tok boleh jd tok ketua klu tok kurang pandai... SYABAS TOK!!!!!

    ReplyDelete