'> Bisa Gugur Jantung Gue #8 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, April 4, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #8

KLIK SINI untuk episod sebelum

Man terasa pipinya diusap lembut walaupun dia tau pipinya tak serata pipi Hanif macam apam polkadot. Dia seakan2 tak mahu membuka mata, biarkan sahaja jejari mulus halus tu mengusap pipinya sepuas puasnya. Aww Man mengetap bibir, tak mampu lagi menahan lalu tangan yang membelainya itu terus digenggamnya erat2. Bibirnya dimuncungkan jelas menunjukkan air sudah naik ke atas kepalanya.. tunggu nak melimpah ruah je.

"Mely.. I lap you.. lap you very the strong, stronger strongest all over the universe and maybe university!!"

Man membuka mata, apa yang dilihatnya bukan Mely tapi Ain!! Dia berada di dalam kereta Ain.. entah sejak bila. Tiada Mely, Hanif mahupun Ainul. Hanya dia dan Ain semata2. Ain mendengus dan macam beruang sarkis, tunggu masa nak geget Man. Man terkedu. Dilihatnya Ain menyingsing lengan.

Nak buat pengsan balik, Ain dah perasan dia sedar. Nak bagi alasan mengigau.. macam tak logik plak. Terima hakikat je la yang mulut dia celupar. Apa lagi yang mampu dilakukannya selain mengucap panjang. Dengan muka yang merah padam, penumbuk Ain singgah tepat ke hidung Man. Man pengsan lagi, cantek terperosok tepi pintu kereta!!


**********


Man terasa bibirnya dituam2 lembut. Dia cuba meneka, cepat2 dia meramas tangan tersebut. Lembut.. Sah bukan tangan Ain. Dia pasti itu tangan Mely. Dia mungkin mengesyaki Ain meninggalkannya di mana2 dan Mely terjumpanya. Lalu Mely membawanya pulang dan merawat lukanya. Man melafazkan perasaannya kepada Mely dan mely tersipu2 malu menerima cinta Man. Mereka happily ever after. Cantek sungguh jalan cerita yang digambarkannya itu, dah boleh bikin drama dah.

Man tak melepaskan tangan tersebut, digenggamnya erat2 dan dikucup perlahan2. Terdengar hilaian halus, berkerut dahi Man. Lebih bertambah kerut dahinya bila tangan yang dihidunya bau belacan! Perghh menosok2 lobang idongnya, makin parah resdung yang dihidapinya. Bila Man membuka mata, bukan Mely disitu.. apatah lagi Ain. Tapi Hanif yang dok tersipu2 blushing di pipi sambil menggeget2 ibu jarinya. "Choiii haram ko nyah!!", bertempik Man kat situ gak sambil terdengar hilai tawa dari Ainul.

"Aku tak kisah asalkan ko sanggup menerima aku yang berbulu dada lebat ni abam Man. Aww", lembut Hanif berkata2.. bertambah gamak suasana dalam bilik tersebut dengan hilai tawa mereka. Man memuncung "Bingai kau!!"

"Macamana aku ada kat sini? Mana Ain? Mely?", tanya Man sambil mengusap2 bibirnya yang bengkak.

"Ain yang hantar ko tadi. Mely plak bawak kitorang ke klinik. Mulanya Mely nak bawak ko sama, tapi si Ain offer nak bawak ko ke klinik. So ko ke klinik ke tadi? Apsal plak bibir ko tu? Ain geget ye kahkahkah", jelas Ainul membuatkan Man berkerut2.

"Aku nak biar je ko berehat tapi sayang plak nasi tu. Ain belikan, dia blanje kita semua. Untungla kita kalau hari2 macamni", Hanif menyampuk, duduk bersimpuh ayu di hujung bilik sambil bersiul lagu Ramlah Ram. "Bingai apsal aku ada housemate macamni?Pelik macam menatang!", bebel Man sendirian.

Man sendiri tak tahu kenapa Ain tumbuk mukanya. Sebab dia sebut nama Mely ke? Man berteka teki, nak ditanya si Ainul dan Hanif, sah2 kang bebudak ty menganjing dia. Mula la kata dia perasan la.. bajet hot la. Puih semua jawapan2 tu dah dibacanya terlebih dahulu. Tapi bila mengenangkan tindakan Ain tu, nampak gaya memang dia cemburukan Mely. Man tersengih mengadap nasi yang masih tak tersentuh.

"Nganga Man.. nganga. Aumm", terkejut beruk bila Hanif di depannya duduk bersimpuh sambil cuba menyuapkan nasik ke mulutnya.

"Gampang ko Hanif!! Ko memang nak kena sula ngan penyangkut baju ni kan??", Man berang acapkali digoda Hanif. Mereka berkejaran, pusing2 bilik yang sekangkang kera tu tak ubah macam adengan cerita tamil di mana hero sedang berkejar2 dengan heroinnya di taman bunga. Tapi dalam situasi ni heroinnya si Hanif hanya berkemban, mengenakan tuala. "Eloklah tu.. larilah laju2, mau tanggal tuala si Hanif tu nanti kompom bisul mata ko Man. Gelap pemandangan kejap! Kahkahkah", Ainul terus ketawa berdekah2melihat dua ekor mangkuk hayun yang tak serupa pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik tu.


**********


Malam tersebut, bulan terang. Hati Man sedikit berbunga. Wajah Mely dan Ain sering bertukar2 dalam kotak fikirannya. Tak sangka mamat sengal macam dia boleh dirapati ramai gadis. Mely.. perasaan dia katakan suka, tapi tak tau pula tuan punya badan macamana. Ain, dia orang luar yang dulu pernah disakatnya.. kini punya hati padanya. Dia?? Hmm takkan Ain kot.. ganas budaknya tu mau nafsu 700hp tu..nafsu kuda kepang!! Man teringatkan Mely, hatinya berbunga riang..


Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...


"Woi tido la esok kelas. Kemain ko ye luka sunat pon tak kering lagi, ada hati nak di sana menanti di sini menunggu?? Haa jangan lupa esok spot quiz menanti, puan Mimi menunggu!!", sampuk Ainul.

"Gulp!!", Man telan air liur dalam2




(Bersambung)


19 comments:

  1. hakhakhak...di sana menanti, di sini menunngu man...apakah itu? penumbuk ain ker? godaan hanif huhu..

    ReplyDelete
  2. hahahahah adehh . sbr jelah hahaha

    ReplyDelete
  3. hahah siap kene tumbuk?
    sula pakai hanger..kikiki

    ReplyDelete
  4. hahahahaha. adoyy, tak ley blah. lawak tahap maksima dah ni

    ReplyDelete
  5. hahah..dah lame aku nantikan sambungan dia ni..klaka siot...aku tunggu yg pasni punya...kehkeh

    ReplyDelete
  6. hahahahaha..bez3
    mencuit hati..
    cpat smbung... :)

    ReplyDelete
  7. semakin sengal perangai masing masing kan..nak membahan je keje..apehal si man baru nak bersunat tu..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha..memang sengal kan..man tu xmenahan..kesian tgok dier..angau tlbey,hahahaha..

    ReplyDelete
  9. agak2 la man..ain tu dah comey dah angau lagi kat mely plak choiiii

    ReplyDelete
  10. adooii tokkk....ketawa jek baca...siap ada lgu ukay lgi...haha =)

    ReplyDelete
  11. mana satu ku jadi keliru..lalala~


    ain ada mely ada..untung man :)

    ReplyDelete
  12. syabas anda telah berjaya memeningkan kepalahotak gua bc stoli lu ni..gua jd xsdr diri bc lu pya stoli muahahahaha

    ReplyDelete
  13. terasa macam nak terkincin aku dah ni hahaha

    ReplyDelete
  14. antara mely , ain dan haniff....
    mana yg lebih ayu ?????

    ReplyDelete
  15. hahaha~ sula dgn hanger? miahaha..mmg cari pasal letew :p

    ReplyDelete
  16. haha, tu baru kene tumbuk tu.. kang bila sesi luah perasaan tah lagu apa yang keluar...kahkah...terbaik..!

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com