Cinta Suka Suki : Tepuk Sebelah Tangan

As salam,

Pergh tajuk tak menahan kan? Aku ingat leh buat satu slot borak2 cinta la ngan korang. Bukan apa, selama aku berblogging.. bukan2 since aku sekolah menengah lagi aku sering diajukan soalan berkenaan perasaan. Macam2 jenis masalah aku dengar, kalau aku compile dah boleh dibukukan. Kalau kat tepon tu, selagi tak bertakung peluh aku kat gagang telinga, selagi tak berlopak kat gagang cakap tu.. jangan harap nak berhenti. Mungkin aku seorang pendengar dan mampu memberi pendapat dengan baik.. aku rasa la :) So aku buatkan slot ni khas untuk bagi pandangan aku dan mana tau korang juga ada pandangan yang lebih bernas untuk dikongsikan bersama :) Jom kita tolong kawan2 kita yang lain :)


Soalan daripada..
Ok kiriman sms ini aku terima daripada Cik X ye, berasal daripada Sarawak. Katanya, hai abang pejal.. cik nak tanya sikit berhubung masalah cinta cik ni. Sebelum cik melanjutkan pengajian di sebuah IPTA di Sarawak, cik ada berkawan dengan si A. Pada cik dia begitu istimewa, caring dan kami sangat rapat. Walaupun kami tak declare pape selama 5 tahun ini, tapi cik harap hubungan antara kami bukan setakat sebagai kawan. Cik ada tanyakan berkenaan status hubungan kami, mengiyakan tak, menafikan pun tidak malah kerap menukar topik perbualan. Lebih merunsingkan cik, pada masa yang sama datang si B, menaruh hati dan meluahkan perasaan pada cik. Cik serba salah, kini cik berbelah bahagi samada mahu terus menunggu jawapan dari si A ataupun menerima kehadiran orang baru si B. Tapi cik betul2 sayangkan si A. Apa pendapat abang pejal?

cinta tak berbalas tak rasa sakit macam tak balas sms

Jawapan aku..
Kalau nak diikutkan 5 tahun satu tempoh masa yang lama. Sekiranya si A serius dengan cik, dalam tempoh itu dia dah meluahkan perasaan pada cik. Tapi kenapa dia tak buat macamtu? Adakah si A stil main tarik tali atau dia memang seorang yang caring? Selama ngan dia, pernah tak cik dapat hint2 darinya menunjukkan yang dia juga ada menaruh hati pada cik? Kalau tak ada, so cik kena proceed dan jangan berharap lagi dengannya. Anggap sahaja layanannya selama ini kepada cik adalah sebagai kawan rapat atau sebagai abang dan adik. Tapi kalau cik sayang nak melepaskan, kalau cik ada sikit keberanian.. apa kata cik berterus terang dengannya. Tapi hati mau kuat, dan redha dengan sebarang keputusan daripadanya. Biar sakit sekarang.. jangan makan hati kemudian hari.

Pasal si B pulak, apa kata cik bagi ruang padanya untuk lebih mengenali cik. Saya tau bila cik dah sukakan si A, agak sukar untuk membuka hati pada orang lain.. lebih2 lagi orang yang baru kita kenal. Dia mungkin tak sama seperti A, tapi mungkin dia lebih baik daripada A. Apa2 pun dalam hal sebegini.. peluang haruslah diberikan terlebih dahulu. Tak kenal.. tak cinta gitu? Tak perlu harapkan A.. anggapkan je selama ni dia treat cik sebagai kawan dan untuk si B, saya harapkan ada chemestry antara korang ye :) Peace



P/s :  5 tahun?? Lama tu dik oi, kalau kawen dah boleh beranak pinak!

24 Comments

  1. jadi dr chenta plak abam ni..:O

    tp btulla nsihat tu.jgn brhrp pd yg xpasti *facepalmlevelninethousen

    ReplyDelete
  2. saya pilih konsenan G untuk Gigit

    ReplyDelete
  3. remy pun pilih B..
    kalau dah 5 tahun takde hasil.....
    terimalah kenyataan hidup....

    berikan peluang pada B... mungkin lebih istimewa dari A... kita tahu kan..... apa apa pun..., gud luck !!!!

    ReplyDelete
  4. mungkin juga kerana kurang kejituan dalam perhubungan yang menyebabkan kurangnya kasih sayang terhadap mereka dan mereka. Selalulah kunjungi spa yang berdekatan untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka

    ReplyDelete
  5. sy cadangkan cik fokus pada kerjaya ye...dan jgn lupa gaji nanti kite pegi nandos...




    hahaha

    ReplyDelete
  6. 5 tahun lama tu.. kalau aida la dah lupakan si x dah.. buang masa je tunggu. Pilih la si B kalau tak mahu jugak habiskan le stdy tu.. stdy tak habis lagi ada hati nak kapel2 erk? haha..

    ReplyDelete
  7. dokter cintak..hahahaha...

    nais afzal! :)

    ReplyDelete
  8. alamak kenapa kiriman sms cik nie ada kena2 tempias skit hihi..hampir 99.99% sama dgn dia.

    ReplyDelete
  9. tak suka org yg tarik tali, sb pnh rasa...perit tau sb da lama menunggu..

    baik bagi peluang ke yg baru nak mengenali diri pula, sb tak salah pon kalau kita nak kenal2 dulu.

    ReplyDelete
  10. perghhh dah jadik doktor cinta pulakkkkkk... hahaha ala2 segmen soal jawab sri siantan pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Gua pilih dua2...heheheheh.
    Tapi memang buang masa 5 tahun!! mengharap cinta giler...
    Kalau umur kau 20 tahun campur 5 tahun..dah 25 tahun..last2 tunggu punya tunggu jadi andartu..kekekeke
    kau ada bakat bro..

    ReplyDelete
  12. Baik pilih B sebabnya A tu macam tak serious je..5tahun tu,tak kanlah tak cakap ape pun kan..kalau betul betul suka..awal awal dah cakap dah..takkan nak tunggu 10tahun baru cakap kot.

    ReplyDelete
  13. hai dr love, :)

    pendapat kitakan balik pilih B,kenal si B dulu mana tau kot jodoh ke? err.

    ReplyDelete
  14. klau kasih syg cukup mst lagi baik.hhehe wah kerlas blog

    ReplyDelete
  15. kdng2 cinta membodohkan akal smpai xtau menilai yg sedia ada utk kita..agaga

    ReplyDelete
  16. p3h tok dh jadi dr cinta wey hihi

    ReplyDelete
  17. seronok gak baca pasal entri ni :D kira mcm nasihat yg bagus..

    ReplyDelete
  18. btul tu, ati mau kuat.. proceed jaa apa2 yg sesuai ^^

    ReplyDelete
  19. adui tragis.

    prefer B lah kan.

    lebih baek memilih org yg menyayangi kita daripada pilih org yang kita sayangi.

    ReplyDelete
  20. masalah cinta ni macam2...hai dr.cinta :D


    kalau tak berjalan dengan A takpe B ada, moga2 berjodoh kannnn..

    ReplyDelete