Review : Battleship

As salam,

Korang tau kan pasal cerita ni? Setiap kali aku tgk wayang, sebelum mula mesti aku diprovoke dengan trailer citer ni, membuat aku mendidih nak tengok ngan bersungguh2. Then semalam, Selasa aku ngan housemate aku pegi tengok kat Big Cinema. Awal kan? Rezeki kami, dan bermula aku punya review pasal filem ni. Hahaha!!

Arahan Peter Berg dengan kerjasama Hasbro, syarikat permainan Battleship.. cerita ni penuh aksi seperti filem2nya terdahulu 3 sequel Transformers. Plot jalan cerita menekankan peperangan di lautan dan sedikit plot di daratan betul2 macam permainan asal Battleship yang aku main dulu2. Ko takkan tau kat mana lokasi kapal perang lawan. Kalau korang biasa tengok transformer, korang leh bayangkan jentera2 yang ada dalam filem tu. Dimulakan dengan sejarah pertemuan planet baru oleh NASA, Planet Goldilocks yang mempunyai kesamaan dengan bumi. NASA akhirnya menghantar isyarat ke planet tersebut.

Selang beberapa lama kemudian, 5 objek dikesan melalui satelit bumi dan NASA dipanggil. Sebuah daripada objek itu terlanggar satelit dan terjunam jauh ke China, dan lagi 4 jatuh di Lautan Pasifik berhampiran Honolulu, Hawaii dimana tempat berlakunya latihan ketenteraan RAMPACK antara USS Navy Seal ngan tentera Jepun. Lieutenant Alex Hopper (Taylor Kitsch) yang telah dipaksa abangnya, Stone Hopper (Alexander Skarsgard) untuk menyertai tentera laut setelah gagal mendapatkan kerja dan kerana ayah mereka seorang tentera laut yang dihormati. Alex pada masa yang sama bercinta dengan Sam (Brocklyn Decker) anak Ketua Angkatan Laut, Admiral Shane (Liam Neeson).

Sewaktu latihan ketenteraan dilakukan, mereka telah mengenalpasti objek yang berada lokasi latihan mereka, tapi takleh detect dalam radar. Objek yang dikenalpasti itu telah diaktifkan sewaktu Alex menyentuhnya dan menjadi sebuah kapal perang yang sangat besar. Stone Hopper dan anak2 kapalnya mati pada awal cerita kerana ingin menyelamatkan adiknya Alex. Ketiadaan Stone sebagai ketua, menjadikan Alex sebagai pengganti yang bertanggungjawab menggantikan abangnya memberikan arahan untuk peperangan mereka itu.

Apa yang buat aku ternganga sekejap adalah strategi peperangan yang dibuat oleh pihak tentera ke atas makhluk asing. Walaupun Alex bersikap panas baran, tapi kebijaksanaannya akhirnya dapat mematahkan serangan dan sekaligus mengemudi kapalnya menghapuskan 4 buah kapal kepunyaan makhluk asing tu. Mula2 aku blur gak apsal makhluk asing tu tak serang manusia, certain2 benda je dia serang. Rupanya baru aku faham matlamat utama mereka ke bumi setelah Alex bersentuhan dengan salah seekor makhluk asing tu.
Kurang pertarungan antara makhluk asing tetapi menekankan perperangan di atas lautan. Aku kompius ceriata ni arahan Peter Berg, tapi efek CGI dan kapal perang serupa Transformers! Hmm..

"Hoyeh!! Ada kapal ikan la", kata Rihanna sewaktu kua memancing


Barrier yang telah dibuat oleh kapal perang makhluk asing 


unstoppable machine yang dilepaskan ke arah kapal perang Alex 


 scene sewaktu Alex dikejar oleh salah seekor makhluk asing


 serangan balas oleh kapal perang Missouri yang sebelum ini dijadikan muzium sejarah sahaja


salah satu kapal perang milik makhluk asing yang muncul di hadapan
bot peronda Alex


trailer terakhir filem Battleship

Rating :

Jalan cerita          : 4/5
Aksi                      : 4/5
Kepuasan            : 4/5
Keseluruhan        : 4/5




P/s : Kalau korang suka cerita aksi sainfiksyen, pegi la tengok. Seyes awesome dan berbaloi
        tengok 2 kali!! :)

20 Comments

  1. nak tgk dgn selendang merah malam ni tok. hehe

    p/s: bilo cito ni kuar? haha

    ReplyDelete
  2. abang tak baca lagi review kau ni. sebab abang sendiri nak tengok. haha

    ReplyDelete
  3. ni yang buat hati tak tenteram selagi x tgk ni.....

    ReplyDelete
  4. asyik tengok wyg je pejal.tengok tak nak ajak :p
    ok,ade mase leh tgk >.<

    ReplyDelete
  5. Saye ! sAYE ! peminat sainsfiksyen .. abg jom tgok sesame

    ReplyDelete
  6. ok juga cite nih tp tp..nk tgk cite ni dlu hehee... The Cabin In The Woods :)

    ReplyDelete
  7. kira bes la ni ek...boleh la cuba nanti :)

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tonton battleship..nak-nak ada si rihanna tu auww hahahha

    ReplyDelete
  9. alaa titew tak paham bahasa inggeris hehe....cik afzal tlg terjemah utk kita blh tak hihi..

    ReplyDelete
  10. fuwoo fuwoo dan...fuwooo... nak neok gaks...

    ReplyDelete
  11. uwaaaaaaaaa...nak tgk tp xde ms..hukhuk...cri cd je la

    ReplyDelete
  12. xdan la nak tgk movie sekarang..memang hanyut ditinggal arus tau...sebuk gegilerrr...

    **jaja tu sebuk jer nak tgk movie..dah habis kena observe blum?hehe

    ReplyDelete
  13. kalo tgk luaran, kira cerit ani menarik kot. pasal robot dan perang2 sikit. tpi kalo tgk real, lom tau la. :D nanti2 bole terjah.

    ReplyDelete
  14. Tak suka tengok cite cenggini.Huru hara jek.hahaha

    ReplyDelete