Cara Membuat Biskut Pinata Yang Awesome!

Dah macam mainan dalam Dindang plak aku tengok

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 2 biji telur
  • 1 sudu serbuk tartar (cream of tartar)
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu ekstrak kacang almond
  • 1 sudu serbuk soda
  • 5 cawan tepung
  • 1 sudu vanilla
  • Gula gula m&m
  • 1/2 cawan gula icing (disejukkan)
  • 2 sudu susu (disejukkan)

Cara-cara membuat biskut Pinata




Membuat Doh

Gaulkan gula dengan mentega. Pukul telur. Tambahkan minyak. Campurkan bahan2 kering sekaligus, dan gaulkan di dalam mesin penggaul / mixture. Campurkan sekali perisa vanila dan ekstrak kacang almond.

Mewarnakan Doh

Bahagikan doh kepada 5 bahagian, semuanya sama saiz dan 1 saiz kecil (untuk doh berwarna hitam). Tambahkan pewarna makanan pada doh hingga mendapat warna yang kita mahukan. 
Penggunaan gel pewarna adalah lebih baik kesannya terhadap doh berbanding pewarna bentuk cecair


Membuat Lapisan Doh

Bekas tupperware digunakan dalam membuat lapisan biskut Pinata ni. Tinggi bekas dalam 10-15 cm. Alas bekas dengan lapisan plastik. Kemudian lekatkan doh dalam bekas satu per satu hingga membentuk lapisan dan diakhiri dengan lapisan berwarna hitam.



Tunggu

Tutup bekas dan dibiarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 4 jam (semalaman)

Membakar Biskut

Bawa keluar doh yang disejukkan semalaman dari bekas dan buang plastik atas doh. Potong doh dengan ukuran 1/4 inci tebal. Susun doh di atas tray oven dan bakar doh pada suhu 350 darjah selsius selama 12 minit.


Membentuk Biskut

Setelah dikeluarkan daripada oven, dengan pantas bentukkan biskut2 tersebut menggunakan acuan pinata (kalau takde guna acuan lain pun boleh). Jika menggunakan acuan pinata, terdapat 3 set disediakan. Perlu diingatkan bila menggunakan set acuan pinata, potong 2 acuan mengikut arah yang bertentangan (dengan memusingkan bahagian acuan sahaja pada biskut untuk mendapatkan permukaan yang bertentangan) dan acuan tengah perlu dilubangkan pada bahagian abdimen pinata. Dengan cara ini, bila kita menggabungkannya nanti bahagian tapak biskut (gelap dibakar) akan tersorok di dalam bahagian pinata dan rupa bentuk luarannya yang cantik


Membuat Ruangan Tersembunyi

Pada bahagian tengah biskut, potong bahagian telinga dan kaki Pinata dan buang bahagian abdomennya supaya terdapat ruang kosong di situ. Lakukan secepat yang boleh kerana sebaik sahaja biskut sejuk, ia akan mengeras nagn rapuh. Lakukan sewaktu biskut masih berada di atas traw oven lagi sebelum biskut dialihkan ke tray lain.


Menggabungkan Lapisan Biskut

Untuk digabungkan, ambil lapisan pertama biskut dengan bahagian lapisan tapak biskut (bahagian di bakar) di bahagian atas (menghadap kita). Letakkan bahagian tepi biskut dengan lapisan 'gula keras' dimana bahannya dibuat daripada susu dan serbuk gula. Sementara ia masih cair, sapukan di sekeliling biskut dan lekatkan bahagian tengah biskut padanya. Kemudian pada lubang biskut bahagian tengah, letakkan gula2 m&m dan seperti sebelum letakkan lapisan gula di sekeliling biskut dan lekatkan lapisan terakhir. Ia mengambil masa selama 30 saat untuk gula menyejuk dan mengeras sebelum biskut pinata boleh didirikan :)




Kasi Tunjuk Jiran Sebelah Bagi Dorang Dengki


Rasa sayang plak nak makan, macam nak simpan dalam
almari je buat perhiasan

Perghh dengki Mak Jemah melihatnya *ngintai2 sambil
buat2 sapu sampah depan umah


P/s : Sempoi je buat dia, bahan2 pun senang nak cari. Kira kalau suami korang
        masuk jamban mandi, keluar jamban leh siap dah beskot ni :D




31 Comments

  1. kalau cenggini punya comel n cantik, tak sampai hati pulak nak makan

    ReplyDelete
  2. wow...makin gegerl la ko tok..jeles aku..

    cambest doe biskut tu..grrr..geram pulak aku tengok.dahla kalerful..hehe

    ReplyDelete
  3. AWESOME!!! tapi tak ske cekelat wkakakaka

    ReplyDelete
  4. nampak macam sedap,boleh buat time raya,hewhewhew

    ReplyDelete
  5. pergghh ! sedap nyaaaa !...tp mls lak nk buat . . hehehe

    ReplyDelete
  6. peh sjk2 nk kawen ni mcm2 tuto abam share kihkih
    note kt bwh tu tuk bkl bini leteeww

    ReplyDelete
  7. macam rumit je...
    (alasan orang malas..hehehe)

    ReplyDelete
  8. apa kata tok jer yg buat pastu eyza jd pembeli heuheuheu... =)

    ReplyDelete
  9. ha3...... takut nak mkn...... tgk kaler dia dh mcm pelangi sengal.....
    sure byk colouring .....

    ReplyDelete
  10. giler comey...... ko ni sejak2 nak kawen.. tetiba post resepi kuih ngape?

    ReplyDelete
  11. haih tok ni..sejak 2 3 4 menjak ni post berkaitan rumah tangge je..kih3

    cantik sih biskut,nak makan,sayang..buat hiasan je la eh =D

    ReplyDelete
  12. tu mesti mak jemah lastik bagi pecah beskut tu...hehehee

    ReplyDelete
  13. humm boleh la aku nambat hati suami dan anak2 nanti, trimas tokk, moga2 laki aku tertambat sampai bila2 dgn sekut ni =))

    ReplyDelete
  14. kompem budak n mak bapak budak suka ni..terbaikkk

    ReplyDelete
  15. waa mcm best je kan? nak share la !

    ReplyDelete
  16. nice...hehee ^_^ sng je kalo dilahat cara dia..

    ReplyDelete
  17. menarik dan kreatif sggh...konpem bleh cepat abis biskut ni... :)

    ReplyDelete
  18. dah try buat?macam2 bentuk boleh buat nih..

    ReplyDelete
  19. kaler dh laa fancy, kiut plak tu, hikk...

    ReplyDelete
  20. erk tok, banyak buat tutorial, nak jadi bakal suami mithali la katakan...eheheheh

    ReplyDelete
  21. err..mcm xlalu nk telan...

    ahahahaha

    kalau kt sekolah doh tu mcm tanah liat yg bewarna warni..buat main picit2 jer..ahaha

    ReplyDelete
  22. buat perhiasan atas meja pun menarik ni apjal..cayalah apjal.memang dah layak jadi geng mak mak sekarang >.<

    ReplyDelete
  23. hai geng mak2...cantik la beskut tu, nanti kalau tak rajin kita cuba try test ek... :D

    ReplyDelete
  24. mcm main plastesin plak aku nengok doh ye ahha.. ade tempahan ke? haha

    ReplyDelete
  25. tu dia..nk mkn pun syg..comel cgt..hakhak

    ReplyDelete
  26. boleh tahu x susu tu susu apa???susu cair ke susu pekat ke??

    ReplyDelete
  27. cam rumit je.. ta ambik order ke tok? meh nak order standan.. ^^p

    ReplyDelete