Dah macam mainan dalam Dindang plak aku tengok
Bahan-bahannya:
- 1 cawan gula
- 1 cawan gula icing
- 1 cawan mentega
- 1 cawan minyak sayuran
- 2 biji telur
- 1 sudu serbuk tartar (cream of tartar)
- 1 sudu garam
- 1 sudu ekstrak kacang almond
- 1 sudu serbuk soda
- 5 cawan tepung
- 1 sudu vanilla
- Gula gula m&m
- 1/2 cawan gula icing (disejukkan)
- 2 sudu susu (disejukkan)
Cara-cara membuat biskut Pinata
Membuat Doh
Gaulkan gula dengan mentega. Pukul telur. Tambahkan minyak. Campurkan bahan2 kering sekaligus, dan gaulkan di dalam mesin penggaul / mixture. Campurkan sekali perisa vanila dan ekstrak kacang almond.
Mewarnakan Doh
Bahagikan doh kepada 5 bahagian, semuanya sama saiz dan 1 saiz kecil (untuk doh berwarna hitam). Tambahkan pewarna makanan pada doh hingga mendapat warna yang kita mahukan.
Penggunaan gel pewarna adalah lebih baik kesannya terhadap doh berbanding pewarna bentuk cecair
Membuat Lapisan Doh
Bekas tupperware digunakan dalam membuat lapisan biskut Pinata ni. Tinggi bekas dalam 10-15 cm. Alas bekas dengan lapisan plastik. Kemudian lekatkan doh dalam bekas satu per satu hingga membentuk lapisan dan diakhiri dengan lapisan berwarna hitam.
Tunggu
Tutup bekas dan dibiarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 4 jam (semalaman)
Membakar Biskut
Bawa keluar doh yang disejukkan semalaman dari bekas dan buang plastik atas doh. Potong doh dengan ukuran 1/4 inci tebal. Susun doh di atas tray oven dan bakar doh pada suhu 350 darjah selsius selama 12 minit.
Membentuk Biskut
Setelah dikeluarkan daripada oven, dengan pantas bentukkan biskut2 tersebut menggunakan acuan pinata (kalau takde guna acuan lain pun boleh). Jika menggunakan acuan pinata, terdapat 3 set disediakan. Perlu diingatkan bila menggunakan set acuan pinata, potong 2 acuan mengikut arah yang bertentangan (dengan memusingkan bahagian acuan sahaja pada biskut untuk mendapatkan permukaan yang bertentangan) dan acuan tengah perlu dilubangkan pada bahagian abdimen pinata. Dengan cara ini, bila kita menggabungkannya nanti bahagian tapak biskut (gelap dibakar) akan tersorok di dalam bahagian pinata dan rupa bentuk luarannya yang cantik
Membuat Ruangan Tersembunyi
Pada bahagian tengah biskut, potong bahagian telinga dan kaki Pinata dan buang bahagian abdomennya supaya terdapat ruang kosong di situ. Lakukan secepat yang boleh kerana sebaik sahaja biskut sejuk, ia akan mengeras nagn rapuh. Lakukan sewaktu biskut masih berada di atas traw oven lagi sebelum biskut dialihkan ke tray lain.
Menggabungkan Lapisan Biskut
Untuk digabungkan, ambil lapisan pertama biskut dengan bahagian lapisan tapak biskut (bahagian di bakar) di bahagian atas (menghadap kita). Letakkan bahagian tepi biskut dengan lapisan 'gula keras' dimana bahannya dibuat daripada susu dan serbuk gula. Sementara ia masih cair, sapukan di sekeliling biskut dan lekatkan bahagian tengah biskut padanya. Kemudian pada lubang biskut bahagian tengah, letakkan gula2 m&m dan seperti sebelum letakkan lapisan gula di sekeliling biskut dan lekatkan lapisan terakhir. Ia mengambil masa selama 30 saat untuk gula menyejuk dan mengeras sebelum biskut pinata boleh didirikan :)
Kasi Tunjuk Jiran Sebelah Bagi Dorang Dengki
Rasa sayang plak nak makan, macam nak simpan dalam
almari je buat perhiasan
Perghh dengki Mak Jemah melihatnya *ngintai2 sambil
buat2 sapu sampah depan umah
P/s : Sempoi je buat dia, bahan2 pun senang nak cari. Kira kalau suami korang
masuk jamban mandi, keluar jamban leh siap dah beskot ni :D
31 Comments
kalau cenggini punya comel n cantik, tak sampai hati pulak nak makan
ReplyDeletewow...makin gegerl la ko tok..jeles aku..
ReplyDeletecambest doe biskut tu..grrr..geram pulak aku tengok.dahla kalerful..hehe
AWESOME!!! tapi tak ske cekelat wkakakaka
ReplyDeletenampak macam sedap,boleh buat time raya,hewhewhew
ReplyDeletepergghh ! sedap nyaaaa !...tp mls lak nk buat . . hehehe
ReplyDeletepeh sjk2 nk kawen ni mcm2 tuto abam share kihkih
ReplyDeletenote kt bwh tu tuk bkl bini leteeww
wah,comel..kreatif..
ReplyDeletemacam rumit je...
ReplyDelete(alasan orang malas..hehehe)
wah! sedap nihhhhh
ReplyDeleteapa kata tok jer yg buat pastu eyza jd pembeli heuheuheu... =)
ReplyDeleteha3...... takut nak mkn...... tgk kaler dia dh mcm pelangi sengal.....
ReplyDeletesure byk colouring .....
giler comey...... ko ni sejak2 nak kawen.. tetiba post resepi kuih ngape?
ReplyDeletehaih tok ni..sejak 2 3 4 menjak ni post berkaitan rumah tangge je..kih3
ReplyDeletecantik sih biskut,nak makan,sayang..buat hiasan je la eh =D
tok nak biskut tok...
ReplyDeletetu mesti mak jemah lastik bagi pecah beskut tu...hehehee
ReplyDeletehumm boleh la aku nambat hati suami dan anak2 nanti, trimas tokk, moga2 laki aku tertambat sampai bila2 dgn sekut ni =))
ReplyDeletekompem budak n mak bapak budak suka ni..terbaikkk
ReplyDeletewaa mcm best je kan? nak share la !
ReplyDeletenice...hehee ^_^ sng je kalo dilahat cara dia..
ReplyDeletemenarik dan kreatif sggh...konpem bleh cepat abis biskut ni... :)
ReplyDeletedah try buat?macam2 bentuk boleh buat nih..
ReplyDeletekaler dh laa fancy, kiut plak tu, hikk...
ReplyDeleteerk tok, banyak buat tutorial, nak jadi bakal suami mithali la katakan...eheheheh
ReplyDeletecomelnye biskut..boleh try ni
ReplyDeleteerr..mcm xlalu nk telan...
ReplyDeleteahahahaha
kalau kt sekolah doh tu mcm tanah liat yg bewarna warni..buat main picit2 jer..ahaha
buat perhiasan atas meja pun menarik ni apjal..cayalah apjal.memang dah layak jadi geng mak mak sekarang >.<
ReplyDeletehai geng mak2...cantik la beskut tu, nanti kalau tak rajin kita cuba try test ek... :D
ReplyDeletemcm main plastesin plak aku nengok doh ye ahha.. ade tempahan ke? haha
ReplyDeletetu dia..nk mkn pun syg..comel cgt..hakhak
ReplyDeleteboleh tahu x susu tu susu apa???susu cair ke susu pekat ke??
ReplyDeletecam rumit je.. ta ambik order ke tok? meh nak order standan.. ^^p
ReplyDelete