'> Kontest KadKahwinMu : Kisah Aku Dan Dia.. | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, May 2, 2012

Kontest KadKahwinMu : Kisah Aku Dan Dia..

Assalam,

Tiada kata secantik bahasa. Itulah di antara bait2 lirik nyanyian allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kisah aku tak semenarik Hikayat Seribu Satu Malam, tak juga segah Hikayat Megat Seri Rama tapi cukuplah sekadar menjadi penglupurlara tak bertauliah untuk aku kongsikan rona2 kisah antara aku dan dirinya

Dia orang asing dalam hidupku, tak terlintas sekalipun untuk mengenalinya apatahlagi menjadi sebahagian daripada hidupku. Perkenalan singkat di laman sosial 3 tahun lalu merubah perjalanan hidupku. Dia merupakan adik kepada rakan sekerjaku. Daripada kawan, hatiku memutik bunga setaman dan akhirnya menerimanya sebagai kekasih. Dia penyayang, manja, berpewatakan ceria dan seorang yang sangat mengambil berat terhadap aku. Adakalanya dia kuat merajuk setiap kali aku menyakat.. rindu rasanya tatkala melihat dia memuncung. Cinta jarak jauh ini tak pernah sesekali melunturkan rasa sayang yang kami semai selama ini. Sesungguhnya dia adalah watak yang tak boleh kurang dalam hidup aku walau sesaat sekalipun.

Setelah 3 tahun mengenal hati dan budi, kami bersetuju melangkah ke peringkat yang lebih serius. Tanggal 25 Februari yang lalu aku melamarnya dan dia kini bergelar tunanganku. Sekiranya masih diberi peluang menarik nafas pemberian Nya, insyaAllah ikatan ini akan kami patrikan bersama di mana akadku menjadi saksi yang halal ke atas dirinya.. moga dipermudahkan segala urusan yang telah kami rancangkan.

Aku sedar aku bukan siapa2, aku tiada apa2 untuk dibanggakan dan tidak jamin mampu memberikan seluruh kebahagiaan agar dia mampu tersenyum sepanjang hidup di sisiku nanti tapi seandainya dia menerimaku.. itu sudah cukup membuatku rasa terharu. Tiada apa2 lagi yang mampu menggembirakan aku setelah dia melafazkan yang dia sudi menjadi suri dalam hidupku. Janjiku padanya, akan kukerah seluruh kudrat hingga ke titisan keringat terakhir semata2 untuk melihat dia tersenyum bahagia

Doakan agar hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin amin ya rabbal alamin..


Minta jasa baik kalian untuk LIKE gambar aku ni ye di KadKahwinMu. Aku sedang join kontest :)


30 comments:

  1. gilesss.. ahhh so sweet ^_^

    ReplyDelete
  2. amin tok...tetiba rasa lapar nasi minyak laaa hihihih... =P

    ReplyDelete
  3. yeayyyy...tak lame lagi kompang pon berpalu :) hihihi...mohon masak nasi beriani! kehkeh

    ReplyDelete
  4. kamu punya dahi sama macam maisara la..muahahah

    ReplyDelete
  5. sweet couple of the year !!!!
    jom vote ramai2.....
    moga berkekalan...amin

    ReplyDelete
  6. suweeetttt..
    sy doakan abg long bahagia hingga ke hujung nyawa..
    will like ur photo..weee...

    ReplyDelete
  7. semoga jodoh berpanjangan..amin..!

    Dah LIKE..Good Luck ye..^^

    ReplyDelete
  8. semoga berkekalan tok..kehkeh,,
    aku dah like pon...:D

    ReplyDelete
  9. best of luck with that competition bro....

    and smoga hubungan kalian berpanjangan dan berakhir dengan kebaikan....

    ReplyDelete
  10. wah.. sweet nye.. tunang afzal betul2 ke tu ??

    gudluck ye contest nie..

    ReplyDelete
  11. tahniah tok...lawa tunang tok, memang taste tok ketuat tiada bandingannya, saya dah LIKE semoga kekal jodoh tok dan pasangan....good luck untuk contest tu :D

    ReplyDelete
  12. ucapan tahniah buat abam pejal n bakal isteri..

    dah berlatih akad nikah belum
    hehe

    ReplyDelete
  13. ha keciwa sudah muahahahaha
    kalo like dpt ape hehehehehe
    congrat bro
    most welkem to the club nti eh
    nti jemput ok

    ReplyDelete
  14. sweetnye tok apjal berjiwang..semoga berbahgia..fiza dah like photo tu..all the best both of you ^_^

    ReplyDelete
  15. dlm hati ada taman permainan siap ada bunga.. ade tasik .. sebelah taman perumahan sungguh..jugak ko ni :D

    ReplyDelete
  16. sweet sangat couple ni
    btw, gud luck ye encik Mohd Norafzal :)

    ReplyDelete
  17. moga berjodoh la ye...haha...

    done like=P

    ReplyDelete
  18. Dah lyke dah. Takkan free je? Banje la eskem ke coklet ke. Heheh.

    Cayalah dah nak kawen dah. Jgn lupa jemput okeyh! Cepat2 sket kawen tuu. Dah tua sgt dah aku tgk kau. Tak menggiurkan lgsung. Hot lagi aku. Kahkah! :P

    ReplyDelete
  19. peeewittt..
    [nak ckp tu je.. hik3]

    ReplyDelete
  20. Jangan sesiakan masa remaja anda hahahahahahahahah larikkkkkk

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com