Tiada kata secantik bahasa. Itulah di antara bait2 lirik nyanyian allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kisah aku tak semenarik Hikayat Seribu Satu Malam, tak
juga segah Hikayat Megat Seri Rama tapi cukuplah sekadar menjadi penglupurlara tak bertauliah untuk aku kongsikan rona2 kisah antara aku dan dirinya
Dia orang asing dalam hidupku, tak terlintas sekalipun
untuk mengenalinya apatahlagi menjadi sebahagian daripada hidupku. Perkenalan singkat di laman sosial 3 tahun lalu merubah perjalanan hidupku. Dia merupakan
adik kepada rakan sekerjaku. Daripada kawan, hatiku memutik bunga setaman dan akhirnya menerimanya sebagai
kekasih. Dia penyayang, manja, berpewatakan ceria dan seorang yang sangat
mengambil berat terhadap aku. Adakalanya dia kuat merajuk setiap kali aku menyakat.. rindu rasanya tatkala melihat dia memuncung. Cinta jarak jauh ini tak pernah sesekali melunturkan rasa sayang yang kami semai selama ini. Sesungguhnya dia adalah watak yang tak boleh
kurang dalam hidup aku walau sesaat sekalipun.
Setelah 3 tahun mengenal hati dan
budi, kami bersetuju melangkah ke peringkat yang lebih serius. Tanggal 25
Februari yang lalu aku melamarnya dan dia kini bergelar tunanganku. Sekiranya masih
diberi peluang menarik nafas pemberian Nya, insyaAllah ikatan ini akan kami patrikan bersama di mana akadku menjadi saksi yang halal ke atas dirinya.. moga dipermudahkan segala urusan yang telah kami rancangkan.
Aku sedar aku bukan siapa2, aku tiada apa2 untuk dibanggakan dan tidak jamin mampu memberikan seluruh kebahagiaan agar dia mampu tersenyum sepanjang hidup di sisiku nanti tapi seandainya dia menerimaku.. itu sudah cukup membuatku rasa terharu. Tiada apa2
lagi yang mampu menggembirakan aku setelah dia melafazkan yang dia sudi menjadi
suri dalam hidupku. Janjiku padanya, akan kukerah seluruh kudrat hingga ke titisan keringat terakhir semata2 untuk melihat dia tersenyum bahagia
Doakan agar hubungan ini kekal
sehingga ke akhir hayat. Amin amin ya rabbal alamin..
30 Comments
gilesss.. ahhh so sweet ^_^
ReplyDeleteamin tok...tetiba rasa lapar nasi minyak laaa hihihih... =P
ReplyDeleteyeayyyy...tak lame lagi kompang pon berpalu :) hihihi...mohon masak nasi beriani! kehkeh
ReplyDeletekamu punya dahi sama macam maisara la..muahahah
ReplyDeletesweet couple of the year !!!!
ReplyDeletejom vote ramai2.....
moga berkekalan...amin
suweeetttt..
ReplyDeletesy doakan abg long bahagia hingga ke hujung nyawa..
will like ur photo..weee...
semoga jodoh berpanjangan..amin..!
ReplyDeleteDah LIKE..Good Luck ye..^^
tok tunjuk tunang
ReplyDeletekehkehkeh
will vote..
ReplyDeletetahniah bro
ReplyDeletesemoga berkekalan tok..kehkeh,,
ReplyDeleteaku dah like pon...:D
best of luck with that competition bro....
ReplyDeleteand smoga hubungan kalian berpanjangan dan berakhir dengan kebaikan....
wah.. sweet nye.. tunang afzal betul2 ke tu ??
ReplyDeletegudluck ye contest nie..
lawanya tunang dia...
ReplyDeletetahniah buat tok =)
ReplyDeletetahniah tok...lawa tunang tok, memang taste tok ketuat tiada bandingannya, saya dah LIKE semoga kekal jodoh tok dan pasangan....good luck untuk contest tu :D
ReplyDeleteucapan tahniah buat abam pejal n bakal isteri..
ReplyDeletedah berlatih akad nikah belum
hehe
ha keciwa sudah muahahahaha
ReplyDeletekalo like dpt ape hehehehehe
congrat bro
most welkem to the club nti eh
nti jemput ok
steady laa bro..
ReplyDeletecongratz ^^
warghhh...so sweet...
ReplyDeletesweetnye tok apjal berjiwang..semoga berbahgia..fiza dah like photo tu..all the best both of you ^_^
ReplyDeletedlm hati ada taman permainan siap ada bunga.. ade tasik .. sebelah taman perumahan sungguh..jugak ko ni :D
ReplyDeletesweet sangat couple ni
ReplyDeletebtw, gud luck ye encik Mohd Norafzal :)
moga berjodoh la ye...haha...
ReplyDeletedone like=P
Dah lyke dah. Takkan free je? Banje la eskem ke coklet ke. Heheh.
ReplyDeleteCayalah dah nak kawen dah. Jgn lupa jemput okeyh! Cepat2 sket kawen tuu. Dah tua sgt dah aku tgk kau. Tak menggiurkan lgsung. Hot lagi aku. Kahkah! :P
done...weeeee
ReplyDeletesmoga kekal bahgia
ReplyDeletetah-ni-ah pejal !!!!! :)
ReplyDeletepeeewittt..
ReplyDelete[nak ckp tu je.. hik3]
Jangan sesiakan masa remaja anda hahahahahahahahah larikkkkkk
ReplyDelete