Blog Sihatimerahjambu

Mak, Selamat Hari Ibu...

1:52 PM

Assalam,

Berkubang blog aku lately, dengan bw terabai..mula2 sekali aku mintak maaf sebab aku sangat2 bizi dengan analisis makmal. Penat, sakit2 badan ngalahkan orang menoreh getah. Bila datang sikit rasa susah, teringat mak kat kampung. Bila penat2 badan, mak aku akan pelawa untuk buatkan air nescafe. Bila aku balik kerja, aku tengok mak aku kat dapur bersimpuh buat karipap. Karipap mak aku sedap :) Nyum nyum..

Sekarang nak kata jauh, takde la sampai overseas. Adakalanya sebulan sekali aku balik jenguk mak kat Kajang. Bukan taknak jengah selalu, tapi faham2 je la orang bujang macam aku ni.. kalau sekali sekala balik, mau 2 ratus mesti habis la atas jalan. Mak aku pulak rajin kol aku. Kadang2 aku mengekek2 gelakkan mak aku, dia kol aku semata2 nak bagitau yang anak jagaannya makin comel. Hehe kelakau, mak sape la tu kan?

Pernah suatu hari tu angah aku mesej aku. Dia siankan mak kejap2 pandang tepon dengan harapan anak2 lelakinya ada kol mahupun mesej dia. Tak lama pun, cukuplah waima sekejap. Aku terdiam. Aku bayangkan wajah tua tu duduk di sisi henponnya sambil mengharap. Maaf mak, along lalai akan tanggungjawab along sebagai seorang anak sulung. Ye, aku penat.. aku bizi. Sekarang aku bujang, bagaimana pula kalau aku sudah berkeluarga nanti? Kalau aku masih tak sedar dari sekarang.. aku tak pasti adakah aku berpeluang berbual2 mesra dengan mak lagi esok hari..

Aku malu nak meluahkan dengan kata2.. entah la, aku tak seberani adik2ku yang lain padahal mak aku sendiri. Aku menonton tv sehingga larut malam. Bila jam menunjukkan tepat jam 12, aku terus menghantar mesej kepada emak. Aku jangkakan mak sudah masuk tido, tapi sebelum aku sempat lelapkan mata, mesej dari mak masuk ke inbox aku


"Terima kasih sayang, mak pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mak agak diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat, dan dibukakan pintu2 rezeki di langit dan di bumi, jauh mahupun dekat dan juga selalu menyayangi kami hingga ke akhir hayat kami"




Aku tersenyum. Ternyata kelopak mataku bergenang lagi..



Mak mungkin bukan terbaik untuk orang lain,
Tapi mak anugerah yang tak ternilai dalam hidup kami anak2mu..
Mak, Selamat Hari Ibu..

You Might Also Like

28 comments

  1. satu hari aku nelpon mak adelah 4,5 kali...walaupun setiap hari jumpa, tapi tak pernah puas okkk...telepon la mak selagi masih ada mak... :)

    ReplyDelete
  2. sebak aku baca ni :')
    heee, esok balik jumpa family =D

    ReplyDelete
  3. hehe mak sgt sweeet :) selamat hari ibuu :D

    ReplyDelete
  4. kadang2 mak tak menunjukkan dia terlalu merindui anak2 dia tapi kita sebagai anak kena sedar dan faham.

    cik pun malu nak luahkan secara terang2an walaupun tinggal serumah..hanya mesej mengucapkannya sahaja hehehe..

    ReplyDelete
  5. lelaki malu-malu,tapi mesti ingat mak selalu ye..

    ReplyDelete
  6. entah bila nak balik jumpa mak...
    mesti dia dok tunggu tu..

    ReplyDelete
  7. wahhh sweet je along wat entri ni


    selamat hari ibu

    ReplyDelete
  8. shoooo sweeet.. dah g balik jumpa ibu....
    :)

    ReplyDelete
  9. sayang ibu kita selama-lamanya :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari-hari hari mak,cik mak! :)

    ReplyDelete
  11. aku pun sama.. kenapa sukar sangat utk tunjukkan kasih sayang kat mak kita ye? apa lagi kat bapa kita?? aku sampai sekarang tertanya2.. at least ko da berjaya ucapkan.. aku ni....

    ReplyDelete
  12. arghhh tacing la cenggini....sobss

    ReplyDelete
  13. selamat hari ibu juga utk mak afzal.......

    ReplyDelete
  14. errr..touching jp baca msg mak tu...tu la..kita biar bz mana pon mak jgn lupa..sama la..tp mak sy jenis tunggu anak2 dia call..dia lebih senang macam tu.mungkin dia selesa macam tu..tak nak kacau anak2 dia..opss..panjang pulak komen sini..hehe

    ReplyDelete
  15. tak kira la kau lelaki ke perempuan ker, tiap kali dapat mesej dari ayah atau mak, mesti air mata bergenang...sobs...

    ReplyDelete
  16. Tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari ibu ..

    ReplyDelete
  17. Salam afzal.

    Walaupun ko sogan nak ckp ngan mak ko, tpi aku yakin, lau mak ko baca entry ni, mau dia ngalir air matanya.. :)

    ReplyDelete
  18. Selamat hari ibu,
    tiada mak tiadalah kita.

    ReplyDelete
  19. nak nangis baca ni..-___-'

    selamat hari ibu untuk semua ibu ibu yang tersayang

    ReplyDelete