Tutorial Handmade Dompet Syiling Macaroon

Assalam,

Haha geng mak2 la katakan kan? Aku dah mula hadiri ahli mesyuarat tingkap geng jiran2 tak berkepentingan semalam. Kami ditekankan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti bermoral cenggini la.. buat kraftangan. Kahkahkah *jahanam masa depan lelaki maskulin macam aku ni


Aku tertarik ngan menda alah ni, aku teringin nak buat. Daripada aku buat sensorang, meh aku ajak korang buat sekali. Mana tau bila aku mula belajar menjahit, aku boleh aplikasikan ilmu aku ni untuk menjahit selipar mahupun jahit perut ibu2 bersalin. Kikiki

Comel kan? Comel kan?


Barang2 yang diperlukan :
  • Cover butang / badge bulat 1.5" (38mm) - nak sepasang
  • Kain polka dot - 5.5" x 3"
  • Kain lining - 5.5" x 3"
  • Kain untuk jahit bahagian zip - 1.5" x 1.5"
  • Batting - 4" x 2"
  • Zip 5" punya
  • Kadbod untuk dapatkan bentuk
  • Reben 3/8" x 2"
Alatan yang digunakan :
  • Alat menjahit
  • Pensel atau pensel menjahit
  • Playar atau pemotong dawai
  • Gunting
  • Gam kain

Sediakan barang2 dan alatan untuk menjahit
dompet syiling macaroon


Jahit pada bahagian awal dan akhir zip.
Lipat riben dan jahitkan pada bahagian atas zip
di hujungnya


Lipat zip dan jahit pada kedua2 hujungnya
(pastikan kepala zip di bahagian)


Trim hujung kain pada zip dalam 1/2".
Lipat kain berbentuk segiempat kepada 2 bahagian
dan lipat sekali lagi hingga menjadi lipatan 1/4
seperti gambarajah


Jahit kain tadi pada bahagian hujung zip


Jahitkan pula hujung kain dengan hujung kain 
zip yang satu lagi macam di atas


Jahit kain seperti gambarajah di atas hingga
dapat satu bentuk bulat


Buang tangkai pin butang menggunakan playar
atau pemotong dawai. Nak dua keping butang ye


Lukiskan 2 bentuk bulatan pada permukaan kain
polkadot dan 2 batting. Saiz kain adalah 2 3/4" dan
2" untuk batting


Letakkan gam fabrik pada batting dan lekatkan
pada butang. Tunggu hingga kering


Susun lapisan mengikut tertib seperti di atas.
Jahit keliling tepi kain seperti gambarajah di atas.


Kemudian tarik kedua2 hujung benang hingga
menjerut dan korang akan dapat seperti gambar atas.
Ikat hujung benang tersebut


Ulangi kaedah yang sama untuk butang sebelah
lagi. Kadbod bulat pula dilekatkan pada kain 
perca seperti gambar di atas (kain bunga2)


Tandakan garisan jahitan pada keliling fabrik
pada butang


Jahit zip yang dibuat pada awal tutorial tadi
pada butang mengikut garisan
yang telah dibuat tadi


Lakukan perkara yang sama pada
butang yang satu lagi


Manakala kadbod berkain bunga2 diletak
di bahagian dalam butang dan dijahit pada kelilingnya. 
Lakukan pada kedua2 belah butang


Nah! Sekarang dah siap. Dompet syiling
berbentuk macaroon. Comel kan? Letak syiling je,
jangan korang buat tapau lauk kenduri! Jahanam!!


Ni rupa bentuk pada permukaan luarnya plak


Dompet syiling macaroon hanya untuk mereka 
yang bajet macam korean. Chait pait weh!


Sekarang korang mampu angkuh dan sombong sambil
buat2 terjatuhkannya sewaktu orang beratur amik nasik kenduri kawen
sambil kata 'Eh eh comelnya sape punya ni? Eh tak terperasankan
saya punya la'. Korang juga boleh buat2 gempak, 
buat2 makan macaroon padahal korang tipu2. Puih!!




SUMBER


P/s : Hahaha gamaknya aku terminum kacip patimah la pagi tadi

42 Comments

  1. wahhhh

    tok! dh siap jahit, pos kat saya eh

    ReplyDelete
  2. besaq tu boleh bubuh duit 5kupang sebijik je la. tapi memang comel. Buat gantung2 kat kunci ka, kat beg ka pun comels.

    ReplyDelete
  3. tok buat lah banyak2 pastu pos kt kami hihi

    ReplyDelete
  4. aku hampir berjaya membuatnya..tapi secara tiba2 aku disajikan dengan burger grill. terus aku buang menatang ni..hahahaha

    ReplyDelete
  5. wow tok..segak dan comel...terpegun ! hehe

    ReplyDelete
  6. zal...... nie mesti hang belajaq sebab nk kasi dlm goodies bag waktu kenduri nanti....... remy nak yg kaler blue......ha3....

    ReplyDelete
  7. comelnyeeee tokk ^^. x dpt macaroon, dpt menatang ni pun x ngape dah ^^

    ReplyDelete
  8. alololo sweet-nya tok ketuat pergi kelas menjahit, errr bro phat mesti pandai ni..bab kraftangan serah pada dia kan..hehe

    ReplyDelete
  9. comel.comel.comel.

    taknak wat utk tempahan ke?

    hahahah....

    ReplyDelete
  10. aaaaaaaaaaa comel!!! mohon diberi kpd bebudak GBS time kenuri nanti, yang tak pergi majlis pun KENA dapat! ^^

    ReplyDelete
  11. kak afz!!
    nak tempah dengan kak afz boleh tak??saya tak pandai menjahit la..
    jari keras..

    ReplyDelete
  12. cayalah ko..aku yg wanita sejati pun tak reti menda mcm ni...ermm berapa paket ko bancuh kacip timah tu..hahahaha..jgn lepas ni ko tukAr bground pink plak...*gurau weiiiiii*

    ReplyDelete
  13. sila mulakan menjahit ye tok, nanti boleh jdikan sbgai goodies-goodies kawen nanti. jimaaat~ :P

    ReplyDelete
  14. kelazzz ko nyah...dah pandai buat kraftangan skrg ni....

    ReplyDelete
  15. perghh..boleh wat tempahan dengan ang lah lepas nie..ha ha ha

    ReplyDelete
  16. boleh jual buat duit nih...

    org pompuan tentu ramai suka :)

    ReplyDelete
  17. wah cntik nye ....nk buat pasti nye malas.

    ReplyDelete
  18. ko buat ke ni jah? eh jal.. kelas kau jal :P ~~ ( gaya lembut smbil menepuk bahu dgn lemah gemalai) ^__^

    ReplyDelete
  19. zal, kalo zip tu aku nak gune zip suar skolah menengah aku tu boleh takk agak2?

    ReplyDelete
  20. wah comeynya dompet tu afzal! ko nak buat bagi doorgift kan kan...

    ReplyDelete
  21. weee...comel giler.tapi cam complicated je nak membuatnya..apjal,buatkan fiza satu..hehehe..

    ReplyDelete
  22. lembut tangan kau yek..hehehehe
    Kalau siap kau buat giveaway kat aku yek...hahahaha

    Aku awal2 angkat tangan ...tak ada seni benda2 macam ni

    ReplyDelete
  23. tok blh la masukkan skali dlm goodie bag masa kndri kahwin nanti hehe ;)

    ReplyDelete
  24. hehe..comelnya.rsa cm nk mkn jer he..geram tgk ngee...bbkat cikgi =)

    ReplyDelete
  25. Gila jambu rain sekarang. Weh, buat kat saya satu...nak kaler pinkkkkk:D

    ReplyDelete
  26. ahak ...jadi blog tutorial pulak dah ...leh lwn lica pajureen nih ..hahha

    ReplyDelete
  27. haha syomel jer benda alah tue....mmg tok dah terkena sindrom mak2 hahaha...


    p/s: yup tok...eyza nak pergi umrah...doakan semuanya selamat da berjalan lancar yer tok.

    ReplyDelete
  28. klau rendam dlm milo agak2 sdap x, hukk...

    ReplyDelete
  29. pasni nak cari laki mcm tok ar yg pndai buat bnde ni..ahaks

    ReplyDelete
  30. Comel la wei.
    Aku cari g0ogle psal kain perca jumpa bl0g ko. Aku xtau nk buat apa dgn kain perca bnyk2.
    Marac0n? Best ni. Teringin nk cuba.
    Tq wei.


    sha myheart

    ReplyDelete
  31. nak try ar klu mcm nie , class ko maria..

    ReplyDelete