'> Bisa Gugur Jantung Gue #10 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, June 26, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #10

KLIK SINI untuk episod sebelum


Kelas sunyi sepi, cengkerik sabung menyabung menunjukkan betapa matinya kelas pagi itu. Masing2 kusyuk dan tawadhuk membaca nota. Ada yang tidur, pasti tinggi tahap tawakalnya. Ada yang mula menconteng jawapan atas meja dan ada juga yang membawa toyol. Hanif dan Ainul? Masing2 blur tak tau nak buat apa. Mereka memaku pandangan pada Man. Man tersengih2 sambil mengangkat ibu jari. Bereeess!! Beres kepala hangguk dia!

Dari jauh kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri kelas. Pintu dikuak maka kelihatanlah susuk tubuh gempal menerjah masuk. Yeah tak lain dan tak bukan.. Puan Mimi dengan mainan terbarunya gasing terbanngg!! Hoyeh2. Eh2 dah macam Mat Sentul ngan iklan Dindang plak. Muka bengis Puan Mimi mengecutkan segala otot2 yang ada. Kalau tak dapat jawab maunya kena rejam dengan biji karom ni. Man? Masih tersengih2.. tersipu2 malu dah serupa Ismet Ulam Raja menang main congkak. Apa dia punya plan pon masih menjadi tanda tanya kepada Hanif dan Anoy. Tak kisahlah apa2 pun plan dia janji mereka lulus kali ni.

"Tutup segala buku dan nota, simpan semuanya. Bawak keluar kalkulator sahaja", gegak gempita suara Puan Mimi di setiap penjuru kelas. Tak payah jerit pakai hellar dah. Man menyusun pensel, pemadam dan pengorek pensel bulat bercerminnya. Sesekali dia gigih menarik2 bulu idungnya yang beralun2 dihembus nafasnya seolah2 memakai perapi Sunsilk. Hanif memandang Ainul. Ainul membatu. Harapannya cuma satu, apa yang ditulisnya di atas meja tadi sekurang2nya adalah yang mengena nanti. Hanif? Mula mengasah pensel sedari tadi, masih berkira2 apa yang hendak dilukisnya pada kertas jawapannya nanti. Minggu lepas dia dah lukis timun dalam bakul, mungkin kali ini dia akan melukis kerengga.

"Kelas, minta kamu semua bangun. Saya minta kamu duduk di meja yang berlainan sekarang",ujar Puan Mimi. Man memandang Ainul. Kelihatan berherot2 muka Ainul mencebik tunggu nangis. Punah harapan toyol belaannya tatkala dilepaskan kepada pelajar lain. Gelap masa depannya. Man mengenyitkan mata. Dari gerak bibir tanpa suaranya menyebut sabar, semua bisa diatur. Sekarang semua harapan ibu bapa, orang kampung, masa depan negara Ainul terletak di bahu Man. Punyalah berat bebanan yang dipikulnya walhal kuiz je kot?

"Ok kelas, you may start now and we'll finish at 9", skiping Puan Mimi sesudah mengedarkan kertas soalan. Selang 3 minit selepas itu, kelihatan Man mengangkat tangan untuk ke tandas. Ainul dan Hanif memerhati tak berkelip. Penyelamat mereka sudah memulakan langkah.. langkah menuju kejayaan yang lebih cemerlang lagi gemilang. Kali ini tiada lagi markah paras hidung, pasti mereka akan dipanggil ke hadapan.. dibilang pelajar contoh. Atas kebijaksanaan mereka, sudah pasti nama mereka akan tercalon untuk bertanding untuk jawatan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Paling koman pun sebagai ketua kelas, mengarah2 murid lain untuk senyap. Mengutip esaimen.. buat itu dan ini. Semuanya hanya disebabkan mereka dapat markah penuh dalam spot kuiz. Spot kuiz je laaaa!!!

"Prapp!!", kedengaran satu bunyi menyebabkan Ainul dan Hanif terbantut dari terus mengelamun. Lebih baik begitu daripada dorang terus berangan jadi PM plak.

Man tersengih2, tersipu2 malu2 unta melihat Puan Mimi. Puan Mimi menjegilkan mata. Ainul terus menekup muka ke atas meja menangis manakala Hanif yang sudah menjangkakan dari awal, mula melukis buah nenas  pada kertas jawapannya. Dan hasilnya.. seekor ayam. Ayam? Lukis nenas jadik ayam?

"Rahmaaaaannnn!!!", gegak gempita seluruh kelas dek kerana amarah Puan Mimi. Man tanpa disuruh terus meluru keluar kelas, berdiri macam biasa dia buat setiap kali kelas Puan Mimi. Tak menjadi pulak taktik dia kali ni. Takpe2 next kuiz boleh cuba plan lain pulak. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Cheewah banyak la kau punya hikmah!

Ainul meminta kebenaran untuk ke tandas. Dia sempat menoleh ke arah Man di luar kelas, melihat Man tersengih2 rasa nak dicocok2nya lobang idong Man dengan payung. Mincik! Ada ke si Man sorok 3 buah buku teks sekaligus kat belakang baju dia? Ape dia ingat dia lori sampah? Baik terus pikul beg ke tandas! Ainul lantas berlari2 anak menuju ke tandas, tidak dapat menahan sebak memikirkan peluangnya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford hancur luluh di tangan Man. Oxford? Ni lagi sorang bingai, berangan nak ke Oxford. Puih!

"Hai Man. Awak buat apa kat luar ni?", tiba2 Mely menyapa, entah dari mana datangnya minah tu. Berkemeja hijau gelap, dress labuh berbunga2, rambut diikat sisi. Cantik mak aih.. mintak cium satu kali boleh?



"Err awak cakap apa tadi Man?", ujar Mely sedikit berkerut. Dua orang rakannya di sebelah menutup mulut menahan tawa. Man terpinga2, dia ada sebut ke? Rasanya macam cakap dalam hati je tadi. Muka Man kemerah merahan, sama warna dengan kasut yang Mely pakai. Sedondon gitu.

"Err takde2 tak cakap pape. Man saja keluar hirup udara segar, kurang oksigen kat dalam lagi2 duduk sebelah minah mana kat dalam tu. Ketiak bau cuka!", Man memberi alasan. Mely tertawa manja. Adoyai lemah2 kepala lututnya. "Kelakar la Man ni, suka main2 tau", Mely mencubit pipi Man. Man terkedu.. kaku tergamam. Bila la agaknya si Mely nak hantar rombongan masuk meminang dia ni!!

"Ok la Man, Mely ada kelas ni. Kita jumpa lagi nanti ye. Jangan nakal2 tau", Mely beransur meninggalkan senyuman kepada Man. "Tak Mely, Man takkan nakal. Man kan manja, kalau nak nakal pun ngan Mely seorang je. Oh intan payung buah hati pengarang jantungku Mely sayam", ujar Man sendirian.. memerhatikan  kelibat bidadari idamannya yang semakin menjauh. Bila makin jauh, kelihatan satu kelibat yang semakin mendekat.. mendekat sehingga berlalu di hadapannya dengan tanpa perasaan. Man gugup. Nak tegur.. taknak. Nak tegur.. taknak..

"Ainnnn!!", jerit Man namun sapaanya tak berbalas. Ain langsung tak menghiraukannya.

"Plepap!", kepalanya di pukul dengan buku. Man menggosok2 kepala menahan pedih.

"Saya suruh awak berdiri kat luar, tapi yang awak menjerit2 panggil orang sana sini apasal? Dah meroyan?", bebel Puan Mimi. Man tersengih2 lagi, tapi fikirannya bukan di situ. Wajah Ain berlegar2 di kotak fikirannya. "Why Ain.. Tell me whhyyy???"

"Eh Rahman awak ni dah giler ea? Daripada awak buat bising kat luar baik awak masuk sekarang. Pergi berdiri belakang kelass!!",berkerut dahi Puan Mimi mengenangkan fiil pelajarnya yang kurang siuman ni.


Bersambung..


10 comments:

  1. ceritanya seruu.. jadi ingat masa2 sekolah dulu hehehee,,.

    ReplyDelete
  2. lama gila nk tunggu sambungan ko ni hahaha

    ReplyDelete
  3. agak2nya baru remy tahu kenapa depa panggil man... man sewel......
    he3....
    zal...sambung cepat......
    best sangat!!!!

    ReplyDelete
  4. selesai dah baca dari episod 1-10.. best2..kelakar pun ada. tak sabr nk bace sambungannya la

    ReplyDelete
  5. mmg ade bakat menulis...cube la join contest.hehehe hurmmm
    tp kalau aku ngan kwn2 salu bergurau sal mintak kiss tu..until now

    ReplyDelete
  6. gmbr awek manae2 la ko sebat ni.. jal2 insafla.. afjal perlu bertobat

    ReplyDelete
  7. ni dah episod ke 10 ke? kena previous post balik lah ni. hahaha

    ReplyDelete
  8. haha man ni sabo ajelah peel dy .

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com