Ini Kisah Abah

Assalam,

Abah tu panggilan aku kepada seorang lelaki yang telah berkongsi hidup ngan emakku, menjaga aku dan keluarga semenjak 29 tahun lamanya. Dan dia masih gigih menjaga kami hingga kini walaupun kudratnya di mamah usia.

Rasa macam banyak benda yang ingin aku kongsikan, tapi hilang sedikit demi sedikit ditelan waktu. Abah aku seorang yang tegas tapi lembut hatinya. Macam bapa orang lain, dia juga penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun begitu hubungan aku ngan abah.. tak seakrab hubungan aku ngan emak. Mungkin aku terlalu hormatkannya dia barangkali.


Dalam usia aku yang bakal mencecah 30an, aku masih tak dapat lupakan satu kisah tentang abah. Aku tatau kisah korang macamana, tapi kisah aku ni buatkan aku terasa sayu hingga kini. Aku ke klinik kesihatan Semenyih untuk medical check up. Jarak dari rumah aku ke Semenyih adalah dalam 15km. Lepas ke klinik, tayar motor aku pancit. Aku pulak tak nak terlewat ke kuliah di Shah Alam, pagi2 macamtu bengkel motor pon tak bukak lagi. Aku hanya ingatkan abah.

Aku kol mintak tolong abah. Abah datang dan tukar motor ngan aku dan aku tatau apa yang berlaku pada abah selepas tu. Balik dari kuliah mak cerita yang abah menolak moto dari semenyih sampai ke rumah. Berdengkut2 kakinya sebab kakinya gout. Abah terlantar demam dek kerana taknak aku lewat ke kuliah. Sayu aku dengar lagi2 melihat keadaan abah di katil. Aku rasa sangat bersalah bila mengenangkan lelaki tua menolak moto anaknya yang kuat upaya sejauh 15km. Dia tak kata apa2, dia mampu lakukan segala.. sebab dia adalah abah..

Kisah abah aku mungkin biasa je pada korang, tapi dia lelaki luar biasa pada aku dan keluarga. Aku tak tau kenapa lelaki ini masih kuat membela dan menyara kami sekeluarga walaupun umurnya sudah lewat usia. Abah, mungkin sukar untuk Along luahkan bila kita bersemuka.. tapi ketahuilah yang Along sangat sayangkan Abah tak kira dimana pun abah berada..

Selamat hari bapa! Dan inilah kisah abah..

19 Comments

  1. kasih ibu bawa ke syurga, kasih abah sepanjang masa.. sanggup berpayah dan bersusah untk anak2.. sama la mcm ayah kita, sanggup bt apa je tuk anak2 die

    ReplyDelete
  2. Sedihnya..tetapi memang ramai rasanya terasa sukar untuk ucapkan dan luahkan rasa sayang kita pada ayah kan.. :)

    ReplyDelete
  3. jiwang juga ko ni dik...apa-apapun akak bangga kau ingat kat abah kau...ingat abah ingat mak gak tau..

    ReplyDelete
  4. tersentuh hati dengan kisah awak...selamat hari bapa ya abah afzal.

    ReplyDelete
  5. abah tetap dihati sesiapa saja zal...... masing2 punya kenangan terindah...... abah yg mencorakkan masa depan kita, memantau dan idola kita..... tanpa abah siapa kita.........
    kenang jasanya , hormatinya.....
    abah.....remy syg sangat kat abah !!!! luv u muaaaaahhhhhh!!!!

    ReplyDelete
  6. itu lah ayah, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, walaupun dia x tunjuk kasih sayang dia depan kita tapi dalam hati seorang ayah sentiasa mendoakankan yang terbaik untuk kita. ayah adalah lelaki paling hebat dalam hidup kita :')

    ReplyDelete
  7. serious sedih bace and aku x ske bace cerita sedih ;(

    ReplyDelete
  8. lau ni ayah aku, dah lama aku peluk and cakap, "ayah,lau tahu ayah buat camni, sumpah kakak takkan call ayah mintak tlg"

    ReplyDelete
  9. sedih kisah ni,
    abah tak pernah mengeluh kalau anaknya mntk bantuan

    ReplyDelete
  10. hebatnye perngobanan seorang ayah...tabikkk

    ReplyDelete
  11. tersentuh mendengar cerita abah awak. Selamat hari bapa :)

    ReplyDelete
  12. dihati sesiapapun ada abah..
    bezanya cuma panggilan~

    sumpah sedih cerita ko..

    ReplyDelete
  13. Terharu akak baca.Ni betul2 ek zal?

    ReplyDelete
  14. tersentuh..hargailah ibu bapa kita :)

    ReplyDelete