'> Ni Karangan Hasil Ayat Ayat Korang Yang Aku Sambungkan Semalam Kemain Panjang Tajuk Aku Harini Pergh!! | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, June 14, 2012

Ni Karangan Hasil Ayat Ayat Korang Yang Aku Sambungkan Semalam Kemain Panjang Tajuk Aku Harini Pergh!!


Assalam,


Ni lah cerita hasil daripada ayat2 korang yang aku sambung semalam. Puas aku letak noktah.. kalau sambung semua mau tak menapas laa korang kat hujung cerita. Credit kepada semua yang terlibat sebab kepala hotak korang memang masuk air hahahampeh. Jom kita layan cerita yang korang buat panjang kemain!


__________________________________________________________________________________________________________________

Tajuk : Ku Kapit Kapit Pusatmu Dengan Bismillah



Satu hari tu aku nak pegi bandar jadik aku tahan la bas mini. Lepas naik bas aku tengok ada seat kosong sebelah sorang awek mak aih cun kemain peringkat daerah ni. Aku cium lutut dia mimpi dia! (semula semula..aku stat balik) Aku pon terajang awek tu lepas keluar tanpa rasa belas kasihan. Kasihan awek tu berdarah montot. Ingat senang-senang aku nak termakan umpan..cantik konon..entah-entah khunsa..puiihh. Sesudah meludah aku merenung awek itu dengan penuh rasa kesal...aku cakap, nape badan ko besar sangt... bntot ko je dh makan 2 sit... heheehe


Tapi aku rasa tak puas hati lagi sebab kenapa dia ne cantik sangat kalah nenek aku yang umur da 130 tahun. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mendekati awek itu dengan machonya. Machonya aku, macho lagi suara awek tu. Awek tu berkata, KENAPA NI BANG. fuhh suara awek tu dah macam ramli sarip aku dengar. Dengar macam sedap, sekali halkum tejojol dekat leher, pehhh pengsan!


Pengsan lama2, sambil nk mimpi mamam ramen, erkk. Masa aku pengsan aku rasa ada orang buat CPR dan aku ingatkan awek tue tapi rupa-rupanya driver bas tue. Tak sengaja terus aku muntah kat situ jugak sebab mulutnya bau longkang sebijik macam kat belakang rumah cik melah jiran kepoh nenek aku. Aku rasa bau longkang rumah cik melah lagi sedap dari bau jering mulut driver bas itu. Driver bas pun cakap "napa aku termasuk sekali" apa salah aku ngan cik melah. Mak cik melah kawen lari!, dengar cte laki dia x kuat. Cik melah makwe lama drebar bus, kena rampas dengan tok penghulu. Cik melah mnjawab: sebab hang tolak cinta suci aku dulu semata2 nak ngorat makcik tukang bersih enjin bas.


Enjin bas pun meletop ke tahap paling maksima sekali sehingga habis semua tenok dan tapir lari bertempiaran tidak terkecuali makcik gayah yang sedang korek idung pon mintak dia pusing..kasi can aku duduk sblh. Al maklum lah, aku kn mamat ensem. harus duduk sblh awek cun. Tetibe awek tu senyum manis. Aku berdebar-debar..apakah...


Jantungku berdegup kencang tatkala direnung manja oleh si awek sweet. Aku tersipu malu. Eh! mana blh aku yg kena malu! baik aku kasi malukan dia! Ku terjah balik wajahnya yg ayu. amat menggoda. "tau x abg geram sgt kt awak..nape awak ske senyum?"..dialog per-1 terpacul keluar dri mulutku. Dia terdiam..namun senyuman masih terukir di bibirnya. Uish apsal x jwb..kasi aku bertambah geram lg. Hampir menggigil tubuhku. Bas berhenti ke destinasi seterusnya.

"Abangggg..abg tau x..seat yg abg duduk tu ade bekas tahi budak..hewhewhew", lemah gemalai bunyinya...mak aiiii..rupanye sah ko awek cun gegirl auw! dush!!! Aku bingkas bangun lari menuruni tangga bas sambil melolong ",Aku malu! aku malu! aku malu la weiiii!" -tamat-

"Tamat? abang suka baca novel tamat tu ke yang penulisnya iras2 Latip Borgiba ye? Saya pon suka!!", kata awek tersebut kepada aku. Aku pon tesengeh sengeh macam kerang tecekik selut. Ha tamat? baru nak sambung kahkahkahkahhhhh..cite ni dalam bas je ek...hahahahah mesti ada pondan dlm ni cite..muahahaha. Walaupun aku tak pasti apa itu selut, aku terus angguk2 kan kepala sambil mata masih mengerling ke arah awek cun tadi yang masih mengelap kasut latip borgiba sambil dia tayang gigi kepada tok ketua kampung sengal yang sedang menari a go go.

Go to hell, jerit cik melah pada driver bus tadi. Mungkin hatinya masih panas lalu makcik melah pon menyumbat beberapa ketul karipap inti cekelat kedalam mulut driver bas tersebut..dengan pantas driver bas tersebut menelan karipap itu..erkkk..Alhamdulillah. Tiba-tiba datang seseorang menghulurkan air mineral cap ikan bilis kepada driver bas itu dan driver bas tue sempat main kenyit-kenyit mata dengan seseorang yang menghulurkan air mineral itu diteliti betul2 air itu rupa-rupanya minyak gamat cap mangkuk jamban!

Air mineral itu mengandungi racun yg amat berbisa sekali lalu datanglah seekor lembu yang datang jilat air tersebut lalu, dia bersuara berkata amboiiiiiiiiiiiii ahhh sedap gak air ini ye, dan dia terus berlalu pergi meninggalkan driver bas, mak cik melah, awek cun dan aku. Tiba-tiba hidung ku merasa gatal lalu aku garu dengan menggunakan senduk yang bini aku kirimkan untuk dihantar kerumah kenduri makcik sedara aku tadi.  Tapi tiba-tiba saja senduk itu hilang entah kemana. Seekor gajah telah berlari untuk pergi meninggalkan botol tersebut yang telah kosong dan tiba2 senduk yang hilang tadi jatuh dari langit dan terkena bahuku dan sipi-sipi terkena telingaku yang capang.

Apalagi aku pun mengeluarkan pedang samurai milik moyang aku lalu menjerit..amukan latip borgibaaaa!!!! Baa baa black sheep have u any wool!! Aku pun menyanyi riang meloncat2 seperti katak di bawah tempurung. Tempurung tu aku curi dekat bengkel motor sebelah rumah cik Tipah. Ah chai pemilik bangkel motor menjerit sambil memaki aku dengan perkataan tak senonoh..dah la bersembur-sembur air liur..bau longkang tak payah cakap la..grrrrr bau longkang pon lagi wangi dari air liur dye. Lalu aku ketuK kepala dye gune lutut aku..haha..padan muka kau..sembur2 lagi kat aku..banjir taw mula aku...aku pom mencari cermin dan melihat jerawat menumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan..aku pom menjerit...
tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!!!!!!!!!!!!!!!

Oh.... nahee.... nahee mungkin... inspektor sahab!!... apa dah jadi dengan wajahku... kalah si katak puru.... apa aku nak buat dengan wajah yang macam ni, sapa nak kan aku lagi lepasni.... toooolong.....tolong.. tolong.. tolong..... Ketika aku menjerit2 meminta tolong, muncul dukun esah dari belakang lalu berkata dengan seramnya... "aku boleh tolong kau... janji kau tunaikan 3 syarat ini" 

Syarat pertama...guling guling tengah jalan sambil bawak sepanduk..aku lah anak raja kapoor. Syarat kedua.. hendaklah kamu menyambung bulu pusat sepanjang 30 cm .. ukur guna pembaris besi ... dan syarat ketiga .... syarat ketiga kikis semua tahi gigi kau dan timbang, timbangan harus lebih 30kg. Syarat keempat.. syarat keempat?? yang kau susah susah nak sampai 4 syarat bt apa..aku mntk 3 sja,...marah dukun esah. Aku pun usha dia, ingat nak buat bini no 5..hehe

Assalamualaikum...apa khabar? =) khabar baik jawab si milah dengan rasa malu menampar muka cikgu ma pada tahap kelajuan. Tahap kelajuan kereta F1 meluncur kat litar sepang.Berbirat pipi Cikgu Mar. Cikgu mar pun marah pada tuan blog dan mengakibatkan satu perang dunia ke 3 akan meletus pada tarikh 30 hb 2 2013. Melihat pada tarikh aku rasa cte ni makin tak logik dan complited. Mesti tuan belog nak menaip balik cte ni termuntah dan tercirit 24 hari berturut-turut..dan aku dengan machonya berjalan kat awek tersebut yang tengaH banging kepale " layan lagu iron maiden agaknya " . Depan dye aku senyum dgn senyuman tarik menarik awek ni memang de boom laaa . Awek tu dgn hair ala-ala curly pon ckp " YE ABE ? " bulu roma aku naek , lantas aku kentut 2 kali kat situ . sipu - sipu malu upenye awek ni model NYAH thailand . :3 THE END

The end?? belum lagi la abe,..ada lagi sambungan ni, identiti awek masih belum dikenal pasti,...siasat dan terus siasat Siasatan akan diteruskan sehingga aku menemui semula awek cun kemain peringkat daerah tadi sebab aku lupa nak tanya siapa nama dia. the end of the day aku dah insap nak naik bas..aku start naik kapal korek pergi kerja..gila macho weh..setakat awek2 retis celah gigi je aku cedok! 

Cakap pasal celah gigi baru aku perasan celah gigi aku terasa geli pulak seperti digeletek geletek sebab cebisan daging kari kambing mamak aku makan tadi tak cukup lumat habis, tu yang tersangkut. Aku pun pergi ke klinik gigi untuk mencabut kesemua gigi aku..tapi hampeh dokter gigi semua muka macam hantu karipap..tak jadi lah aku cabut gigi aku pon terus goyang ala ala goyang inul,...aduhhhh sakit, tido xlena, pipi bengkak bukan setakat tido tak lena . Mandi pown sipi2 je . Daging kambing tu masih tersekat d celah gigi . akhirnya aku ade 1 cdgan ..... Aku pown menangis entah untuk kali yg ke berapa aku pun tak tahu dan akhirnya pak mael pergi ke sebuah pergi ke sebuah club untuk bersukaria. Ahh orang tua tu masih belum sedar lagi nampaknya. Dia mengajak aku. Aku bilang "masa tidak sesuai lah pak mael" dengan keadaan masih menghadap cermin sambil melihat gigi. Ouhhh tak ku sangka aku tak boleh duduk kat sebelah awek tu.. Sebab aku naik bas tu sekali dengan bini aku.

Aku sakit perut tiba2 dan terpaksa membuang sisa kumbahan di atas kerusi itu juga tanpa segan silu di atas kapal titanic yang muncul dari alam maya aku terasa dunia ini aku yang punya haha walaupun aku tahu aku hanya berangan tak sudah. Kadang-kadang pening memikirkan...kenapa sehingga kini dia masih tidak muncul-muncul untuk menamatkan cerita aku ini...aku rasa macam nak muntah darah akibat aku terkena santau yg telah di buat oleh alien dari planet sengal yang hanya sekankang kera dari bumi ini, lalu aku pon berlari mencari kembali dukun esah.

"Haa macamtu la citernye pacik", kata aku kepada abang drebar bas. Abang drebar bas menangis teresak2 lalu memberi potongan harga tiket naik bas mini haritu asalkan aku kumpul keratan akhbar harian metro dari patblas hingga doploh pat haribulan nam taun gajah.

aku gembira tak terkata sebab tamat jugak riwayat kesan degil..eh eh tamat gak citer ni.

Sekian

__________________________________________________________________________________

ULASAN ADMIN

Jalan cerita sangat menarik dan romantik, penuh ngan kejutan, saspen dan mendebarkan. Kisah dari naik bas mini pada awalnya ditambah pulak dengan plot2 menatang yag datang entah dari mana membuatkan penonton tertanya2 ni berita jam 8 atau national geographic. Jalan cerita yang asyik lari2, lintang pukang dan penuh ngan skrip suruh tamatkan cerita tapi sambung balik merupakan kekuatan cerita bersiri ini yang boleh ditonton lepas Subuh hari2 kat tv.

Pelakon2 yang membintangi dan membinatangi cerita ini juga cukup hebat. Dari awek, mamat naik bas, tok penghulu, macik tukang cuci enjin bas, pak mael dan penampilan istimewa Latip Borgiba benar2 memberi impak kepada industi perkilangan tanah air yang mana hampir pat belas ratus penonton rancangan ini ditonton oleh pekerja2 kilang sabun Ulu Tembeling, Melaka dan nam belas ratus poin tiga merupakan penonton yang terdiri daripada pengguna Minyak Mustajab Pati Halia.

Ingin mengetahui kisah selanjutnya? Apa yang terjadi kepada lembu yang minum air bercun itu? Dapatkan pak mael menari ago go dengan jayanya tanpa diganggu Cikgu Ma? Apakah hubungan antara macik cuci enjin bas dengan drebar bas mini? Nantikan kesudahan cerita Ku Kapit Kapit Pusatmu Dengan Bismillah setiap hari Gawai, jam 5.30pagi sebelum azan subuh.

Rating penonton

Kepuasan   : tak berapa nak puas selagi tak kentut
Jalan cerita : Masukkan satu slot imam muda pada pertengahan cerita.. baru osem
Bintang       : 3+4/2 bintang


36 comments:

  1. pepagi dah bangun tunggu cerita ney di keudarakan.. haha

    hebat cte ney. sebab mengumpul banyak nye penulis skrip yang dikenalpasti masuk air... hehe :)

    ReplyDelete
  2. perenggan 5 - 6..haha itu idea sgt mahal..kahkah...
    ok...aku nk sambung balik yg aku bc...excited nih...

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHA.....mendidih anak tekak ketawa ni tokk..kreatif semuanyaaa!!

    ReplyDelete
  4. hahaha...bertabur gigi aku gelak..
    tp gigi abg kambing tu lg lawa dri gigi kucing aku...hikhikhik..
    rasa nk puaskan diri...tp kentut xmo kluar..spoil!

    ReplyDelete
  5. kah3,..abeh jugak akirnya,...pecah panggung,...

    ReplyDelete
  6. ceria pagi ni dengan cerita ni..supersengal ^__^ terbaiklah!

    ReplyDelete
  7. huahua.. best giler boleh buat novel.. msti bestseller punya la

    ReplyDelete
  8. superbbb gila...terkentut2 aku baca...

    cayalah.. ;)

    ReplyDelete
  9. huh.. hebat jugak crita nie.. hasil gabungan idea para blogger

    ReplyDelete
  10. huh.. hebat jugak crita nie.. hasil gabungan idea para blogger

    ReplyDelete
  11. huh.. hebat jugak crita nie.. hasil gabungan idea para blogger

    ReplyDelete
  12. jalan cerita tah pape..tapi aku gelak bagai tak cukup tanah nak guling2..sekiang!

    ReplyDelete
  13. tak payah baca cerita,baca tajuk pun dah ketawa berair mata,kalau baca isi kandungan cerita...sah2 keluar air oren ke air sirap ke air sarsi ke...

    dik kau buat lagi nanti,akak tak sabar2 nak tunggu ni...nak tunjuk kepakaran akak mengarang ayat...ha ha ha

    ReplyDelete
  14. haha.tergelak mase bace..bukan gelak jep taw..siap tertonggeng2 lagi..

    ReplyDelete
  15. ahahahahhahaha


    ahahahahahahahaha

    hahahh

    hah

    hahaha

    ReplyDelete
  16. mak aiii......
    panjang bebenor.......
    sampai teman rasa nak gelak tahap berapa pun dah tahu......

    ReplyDelete
  17. ponin den baco..kahkahkahhh
    mmg xleh wat story ini story
    hancusssss

    ReplyDelete
  18. kreatip betul dorang nih :)
    macam2 pesen cite korang :P

    ReplyDelete
  19. kakakkaka ayat aku pun termasuk jgk :p

    ReplyDelete
  20. adeh...tersenyum2 baca entry ni...kreatif na...

    ReplyDelete
  21. steady laa, pengsan lama2 memulakan perenggan ke3, hikk...

    ReplyDelete
  22. karangan AA+ bole pecah kepalotak...huhu

    ReplyDelete
  23. kekekekkekee....panjang bebenor entri dan cerita tapi terbaik gak pada aku

    ReplyDelete
  24. hehe...sakit jiwa dan raga baca cerita ni.....^_^

    ReplyDelete
  25. hahahaha...sengal la korang neh :P

    ReplyDelete
  26. HAHAHA seronoknye permainan nih..
    pnjg pulok tu karangan..

    ReplyDelete
  27. Panjangla pulokkk. masa aku singgah aritu baru sambung part tamat tu hahahahahah

    ReplyDelete
  28. hahaha..kelakar kot..semua orang ada imaginasi yang tinggi.. :)

    ReplyDelete
  29. nape tak bagi jalan cerita kat Yusri KRU biar cerita ni masuk panggung.. baru gegar kerusi. kentut satu kerusi... biar baban

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com