Blog Sihatimerahjambu

Tutorial Membuat Arnab Stokin Yang Comel

4:30 PM



Tutorial Menjahit Arnab Stokin


Bahan-bahan:
(Bahan untuk seekor arnab)
1. Stokin (stokin panjang dengan lipatan berjahit pada bahagian atas), 1
2. Butang shank (sebagai mata) 3/8″ [10mm], hitam, 2
3. Benang Floss, Biru / Merah jambu
4. Riben, Biru / Merah jambu
5. Kekabu atau bahan poli-sintetik (tujuan mengisi)
Peralatan:
1. Mesin jahit
2. Jarum (yang panjang) dan pin
3. Gunting
4. Pensel warna fabrik
5. Seterika
Nota:
  • Memandangkan stokin akan meregang setelah di isi, stokin yang tebal adalah lebih baik daripada yang nipis.
  • Arnab stokin ni takleh duduk sendiri, jadi kena guna pin untuk bagi dia statik.
  • Korang leh letak bijian atau beras pada dasar arnab supaya menjadi berat dan dia boleh duduk sendiri. Masukkan bijian atau beras ke dalam uncang kecil dan masukkan ke bahagian dalam bawah arnab.
  • Selain daripada itu korang leh jahit tali pada kepala arnab supaya leh gantung di mana2.



1. Bahan2 untuk membuat arnab stokin ditunjukkan seperti di atas.
2. Hati2 sewaktu tetas benang pada bahagian lipatan sebelah dalam stokin menggunakan penetas
3. Bahagian dalam stokin dikeluarkan dan gosok dengan seterika dengan bahagian tapak kaki
    menghadap hadapan
4. Lukiskan gambaran arnab stokin seperti gambarajah 4 dengan menggunakan pensil warna 
    fabrik.




1. Pinkan stokin dan jahit garisan yang dilukis tadi dengan menggunakan mesin jahit atau jahit 
    sahaja menggunakan tangan
2. Gunting pada sisi garisan yang dilukis pada anggaran 1/8 inci daripada jahitan
3. Gunting hujung stokin dan gunting kepada 2 bahagian.
4. Lukiskan bentuk bulatan dan guntingkannya.




1. Pusingkan balik bahagian dalam ke luar, muka, badan, tangan, kaki dan ekor.
2. Sumbatkan telinga dengan bahan isian poli (macam kekabu tu). Hanya bahagian telinga 
    disumbatkan muat2 dan cukup padat.
3. Sumbatkan bahagian muka juga, bentukkan pada bahagian tumit hingga menjadi mulut arnab.
4. Jahit keliling bahagian bawah kepala dan ikatkan hingga membunjut seperti gambarajah 4.



Gunakan pensil warna fabrik, lakarkan bentuk hidung dan mulut
pada bahagian kepala arnab.


Sulam jahitan pada garisan mulut dan hidung arnab seperti
gambarajah di atas.



1. Tandakan titik untuk bahagian mata. Pastikan sejajar pada kedua2 belah mata
2. Jahitkan butang shank pada titik yang telah ditanda tadi.
3. Buat jahitan berulang supaya butang tersebut cukup kuat dan tak mudah tercabut.
4. Bawa jarum tersebut menembusi ke titik mata sebelah yang lain, tarik sedikit kuat untuk
    membenamkan mata pada muka arnab seperti ditunjukkan di bahagian 4. Matikan jahitan
    terlebih dahulu supaya bentuk mata dapat dikekalkan sebelum mula menjahit mata yang
    satu lagi.




1. Lukiskan bentuk bulatan pada bahagian bawah kepala. Bahagi dan tandakan bulatan tersebut
    kepada 12 bahagian seperti gambarajah 1..
2. Lukiskan garisan pada bahagian badan arnab, bahagi dan tandakan juga kepada 12 bahagian..
3. Jahit keliling badan bersama kepala berpandukan garisan yang ditandakan tadi.
4. Tanda itu dibuat untuk memastikan bahagian badan dan kepala sama.




Isikan badan, kaki, tangan dan ekor. Buat jahitan pada keliling bukaan kain, jerut dan ikat. Untuk
bahagian kaki dan ekor, guling2kan bahan poli-sintetik pada tapak tangan hingga menjadi
bentuk bulat dan kecil sebelum dibalut dengan stokin yang dibentuk tadi. Untuk kaki dan ekor, 
jahit keliling bukaan kain, jerut dan ikat seperti yang dilakukan pada bahagian badan tadi.



Tandakan 3 garisan pada bahagian kaki arnab. 
Jahitkan dan bentukkan kaki tersebut.



1. Tandakan untuk bahagian tangan pada sisi badan arnab.
2. Jahitkan tangan pada sisi badan arnab.
3. Tandakan ekor dan jahitkan ekor pada bahagian belakang arnab.
4. Ulang perkara sama untuk bahagian kaki.



Lakukan beberapa jahitan pada bahagian telinga supaya ia
dapat diikat bersama nanti.



Akhir sekali ikat bahagian yang dijahit pada bahagian telinga tadi dengan
reben berwarna biru atau merah jambu. Siap!!



Comel kan? Simple sangat, leh la buat banyak2 pasni :)



You Might Also Like

30 comments

  1. ni blog afzal ke blog mak jemah ni konpius aku

    ReplyDelete
  2. ni blog afzal ke blog mak jemah ni konpius aku

    ReplyDelete
  3. buat tutor tuk buat kambing pulak pahni ..hehe

    ReplyDelete
  4. nak suruh org bagi hadiah kawen lettew..kui3

    ReplyDelete
  5. blog afzal ni kan???refresh bnyk kali da ni..lain macam je...haha

    *anywayss cute lorh...nk buat hantaran ke :)

    ReplyDelete
  6. awwwww cuteeee! boipreng, tlg buatkan! :<

    ReplyDelete
  7. hahahahaha..sengal punya phat..hahaha.. tak mungkin ni blog mak jemah.hahahahaha

    ReplyDelete
  8. cik afzal...aku rasa..esok apa kata ko buat entri arnab masak lemak cili api..baru umpphh...hari tu ko buat coin purse macarooon...hari ni bunny dr stoking..hehehehhe

    *aku gurau je tau, jgn sentap*

    ReplyDelete
  9. sumpa comel..xpena terlintas setokin bley buat gini, haha

    ReplyDelete
  10. weeiii apesal comel sgt!!..rase nk pijak jeee..haha tak reti pulok nk buat bnde2 craft ni..mmg x berseni

    ReplyDelete
  11. eh? ni afzal ke fazila?
    very the kreatif kau jah...

    ReplyDelete
  12. aiyaaa..comelnye..apjal tolong buatkan leh..hehe..nanti bolehlah buat doorgift kawen apjal nanti kan

    ReplyDelete
  13. ewahhhhhhhh! cntiknya stokin bila upgrade jd arnab nie kan

    ReplyDelete
  14. ohh makk....sungguh kreatif u....tp terpegun sekejap tgk tuan tanah nie lelaki....tak sangka saya....barvo2x....gogogo....

    http://wadahberbicara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. comel nyer zal...... dah siap nanti kasi remy satu,......
    tak sangka dlm brutal2 zal..... masih terserlah kesenianmu......he3

    ReplyDelete
  16. comel zal..mcm xsgka zal ni tgan blh buat suami ^_^

    ReplyDelete
  17. wah.. boleh jimat duit. tak payah dah nak membazir duit beli bear dah kan?

    ReplyDelete
  18. nak tempah dekat afzal boleh? haha. cute kot, lepas nie nak buat katak pulak lah.

    ReplyDelete
  19. sangat2 kiut macam afzal hihi...tp eyza tak kreatif nk buat camtue...tempah kat afzal boleh sebab kat umah eyza ada banyak stokin yg berwarna warni huhu...

    ReplyDelete
  20. comel betei ni,tengah cari stocking,nak try buat kalau ada masa.

    ReplyDelete
  21. memang comel.. tapi xreti la nak buat.. x kretif.. mcm susah je..

    ReplyDelete
  22. boleh la ajak mak join bw blog ni...asek duk layan blog masak2 aje...lps ni gerenti ramai la stok kawan baru ko dikalangan kwn2 mak aku...haha

    ReplyDelete
  23. waahhhh jah kelas kau buat stokin renab skrg :D

    ReplyDelete
  24. last year pnah wt cmni tapi huduh laa plak, hukk...

    ReplyDelete
  25. tok buat la mende ni bnyk tuk cenderahati kawen nnti..akaka

    ReplyDelete
  26. Tetiba je tutorial stokin ingat salah masuk blog hahahahah

    ReplyDelete