Umpama Azan, Iqamat dan Solat


Di luh mahfuz telahku mengaku
Allah adalah Tuhanku yang satu
Dihantar Nya aku ke rahim ibuku
Sewaktu rohku ditiup ke janin itu..
Sekali lagi aku ditanya "Siapa tuhanmu?"
Allah jualah jawapanku dan takkan berubah hakikat itu


Lahirnya aku setelah mengambil separuh nyawa ibuku
Aku menangis dihantar Allah ke dunia..
Menangis tatkala mengenang dosa2 yang bakal aku lakukan
Sedang aku menangis, orang kelilingku tertawa gembira
Kerana lahir satu nyawa yang dinanti 9 bulan 9 hari lamanya

Aku dibedung dan dibersihkan seadanya
Dikendong seorang lelaki kupanggil bapa
Laungan azan di titip di telinga kananku..
Lantas diiqamatkan aku di telinga kiriku..
Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang hamba
Yang aku sendiri tak pasti bagaimana kesudahannya

Saat itu tiba lagi kini
Aku dibersihkan dan dimandi sekali lagi
Dibedung dari kepala ke kaki
Tiada lagi hilai tawa manusia
Hanya ratapan tangis dan juga hiba
Di hadapan makmum aku disolatkan
Meninggalkan dunia menemui Tuhan


Aku menilai kembali
Ada apa di antara iqamat dan solat
Apakah ada pengisiannya pada sesingkat masa
Cukupkah bekalan untuk aku bawa ke sana
Singkatnya ia bagai sekelip mata

Aku kembali ke asal usulku
Menemui Allah tuhanku yang satu
Andai aku tau singkatnya perjalanan hidupku
Umpama azan, iqamat dan solat itu
Takkan ku lalai sekelumit hayatku

Ash hadu an'laa ilaha illallah
Waash hadu anna muhammadar rasulullah


15 Comments

  1. nice sharing afzal..moga memberi peringatan buat kita di dunia ini...

    ReplyDelete
  2. bagus perinbgatan hari ni...semoga segala amalan baik yang kita buat diterima oleh Allah s.w.t :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi...


    hidup sesingkat itu...tidak selamanya kita bernyawa, tiba masa kita pergi jua...

    ReplyDelete
  4. saat hidup sehingga saat pergi menghadap Ilahi...

    ReplyDelete
  5. ~_~

    malanglah org yg lalai... (trmasuk gak ni)..aduh

    ReplyDelete
  6. perjalanan hidup penuh berliku..... penuh persimpangan..... yg mana jadi pilihan..... penentu hari kemudian....
    semoga kita semua tidak tersasar....

    ReplyDelete
  7. Dihidupkan dan dimatikan hanya padaNYA.. :) best entry macam nie tok..suka sangat2..

    ReplyDelete
  8. tingkatkan amalan moga bekalan kita cukup hendaknya.

    ReplyDelete
  9. daripadaNya kita dtg,kpdNya kita kembali .
    smoga kita semua suksess here after :)

    ReplyDelete
  10. Bagus sesekali diselitkan peringatan cenggini; jangan sampai kta leka

    ReplyDelete
  11. nice sharing afzal..keep it up.

    ReplyDelete